Kehilangan Kerja Pemberhentian Sukarela
Selepas satu tahun 9 bulan
berkhidmat segalanya ternoktah di sini, dengan berat hati dengan seribu
kesedihan mengiringi sebuah perpisahan. Walaupun tak lama namun saya cepat
serasikan diri di syarikat ini. Selepas kehilangan kerja di tempat lama saya
mendapat tawaran di sini melalui Head Of Department Wim de Vos yang telah
berhijrah di syarikat tempat saya bekerja sekarang. Tak sempat berehat tamat
sahaja di tempat lama cuti seminggu terus masuk kerja di tempat baru. Ada yang
telah lama saya kenal ada juga yang baru pertama kali berjumpa namun semuanya
cepat mesra.
Ekoran kejatuhan harga minyak
yang menjunam, krisis ekonomi yang berpanjangan telah melebihi 18 bulan semua
itu memberi kesan yang agak drastic kepada syarikat. Walaupun ada kontrak selama
5 tahun namun client juga menghentikan projek atas alasan keewangan. Satu lagi
projek juga ditangguhkan oleh client yang berlainan. Workshare dengan sebuah
syarikat di Arab Saudi yang diharap dapat membantu juga tergantung tanpa ada
penyelesaian.
Akhirnya syarikat tidak lagi
mampu untuk membayar pekerja yang tidak ‘charge’ pada projek. Cashflow semakin
meruncing dan memaksa syarikat mengeluarkan pilihan VSS kepada staff dan
department saya merupakan antara yang tertinggi charge `overhead’ jadi kami
tidak ada pilihan lain. Beramai-ramai kami isi VSS form sebab sekiranya nama
berada di dalam ‘retrenchment list’ dan kami tidak mengisi VSS form kami akan
rugi sebulan gaji. Saya pilih untuk isi VSS dengan alasan saya memang sudah tak
charge project sejak sebulan yg lalu.
Mula-mula rasa sedih, rasa stress
tetapi saya masih kawal supaya anak-anak tidak terasa, suami tidak bertambah
stress. Sehingga sekarang saya sudah mampu menerima semua yang terjadi. Allah
s.w.t sedang merancang yang lebih baik buat saya. Itu ubat jiwa saya. Suami
juga menyokong keputusan saya. Kami sama-sama merancang tindakan selanjutnya
sekiranya saya masih menggangur dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang
memang agak mustahil untuk saya mendapatkan pekerjaan secepat mungkin dengan
gaji yang saya miliki. Namun semua itu hak Allah, sekiranya Allah berkehendak
maka jadilah ia.
Kali kedua dalam dua tahun namun
itu bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Berakhir di sini Allah akan buka
jalan-jalan lain buat kita. Allah buka ruang untuk berjumpa dengan kawan-kawan
baru, mencuba bidang baru dan belajar dari pengalaman. Saya insan terpilih
untuk diuji. Saya bertambah kuat. Semua yang berlaku dengan izin Allah s.w.t
juga. Dia tahu yang terbaik buat setiap hambanya.
Walaupun emosi tidak stabil sebagai seorang ibu turut rasa terhibur malihat anak-anak gembira. Menerima pelawaan sahabat baik untuk sama-sama bercuti di Grand Lexis Port Dickson untuk menenangkan hati yang sedang bersedih.
takpe kak...ada rezeki yang lebih baik buat akak sebenarnya...percayalah...
BalasPadamyang penting akak positif, itu yang saya suka...
Sabar dan tabah. Itu yg terbaik. Allah sayang kita.
BalasPadamKakak rasa bukan Aina saja yg terjejas ekoran krisis harga minyak ini. Dua anak buah kakak satu di Menara Petronas dan satu di Kerteh, Terengganu juga terjejas. Lagi tinggi kedudukan lagi tinggi risiko. Petronas slaughter habis-habisan gaji mereka. Kadang kesian juga baru menjawat jawatan sebaik balik dari oversea tiba-tiba begini jadinya. Dia masih bekerja tapi gaji diturunkan. Allowance di cantas..
BalasPadamSalam
PadamAlhamdullillah madih ada kerja gaji basic ada. Cuma takde naik adalah kenaikan dan emolument.
Daripada takde kerja langsung. Syukurlah..
Sbb kalau yg baru masuk kerja..hilang kerja kesian cv mereka dan pengalaman terganggu.
Kurang kurang ada lagi gaji masuk..walau bonus tak de.
Medical covered. Cukup la..dimasa yg susah no. Bukan petronas je.. kat england pun dan us dan saudi dan negara yg bergantung pd petroliam income sakit.
Org arab yg duduk di makkah jeddah riyadh keluh daging kambing yg cheap meat mereka pun berganda.
Ayam memang mahal.
Kalau yg duduk riyadh memang takdpt la.nak makan ikan jauh daru laut.
Tapi cost import berganda.kjaan mereka takde duit. Few billions maontain kluarga sultan. So imagine la...
Pengaguran tinggi.
Diwaktu begini àda kerja dan dapat gaji..syukur
Salam
PadamAlhamdullillah madih ada kerja gaji basic ada. Cuma takde naik adalah kenaikan dan emolument.
Daripada takde kerja langsung. Syukurlah..
Sbb kalau yg baru masuk kerja..hilang kerja kesian cv mereka dan pengalaman terganggu.
Kurang kurang ada lagi gaji masuk..walau bonus tak de.
Medical covered. Cukup la..dimasa yg susah no. Bukan petronas je.. kat england pun dan us dan saudi dan negara yg bergantung pd petroliam income sakit.
Org arab yg duduk di makkah jeddah riyadh keluh daging kambing yg cheap meat mereka pun berganda.
Ayam memang mahal.
Kalau yg duduk riyadh memang takdpt la.nak makan ikan jauh daru laut.
Tapi cost import berganda.kjaan mereka takde duit. Few billions maontain kluarga sultan. So imagine la...
Pengaguran tinggi.
Diwaktu begini àda kerja dan dapat gaji..syukur
Assalamualaikum,
BalasPadamSemoga ada rezeki di tempat lain, insha allah
allah menguji2 orang yang kuat untuk jadi lebih perkasa
ada hikmah disebalik apa yang terjadi kak.
BalasPadamsemoga akak diberikan rezeki utk dapat kerja secepat mungkin
Good luck Kak!
mungkin ada hikmah disebalik nyer kan..yg penting kene sabar lebih sementara nak lepas fasa nie.
BalasPadamIn sha Allah, akan ada rezeki Aina nanti. Mungkin 'waktu bertenang' ini Allah ingin 'menunjukkan jalan lain' buat Aina...
BalasPadaminsyallah kak... ada hikmah di sebaliknya..
BalasPadamklau sebelum ni akak sgt tenang hrp kali nih akak lbh tenang n sabar
Semoga ada rezeki kat tempat lain
BalasPadamInshaallah jika ada umur kita boleh hidup, walau mgkn kurang selesa mcm selalu...
BalasPadamSana sini pun cite pasal VSS Aina. Itu tandanya bukan kita sorang yg sedang bersedih. Ramai lagi mereka diluar sana pun mengalami nasib yg sama.
BalasPadamTak pe.... positif! Kita cari hikmah disebalik perancangan Allah tu ye...
Be strong kak Aina...Semoga murah rezeki kak Aina & keluarga lepas ni..Amin.
BalasPadamRezeki pertama selepas VSS ye Aina....dpt tengok anak anak happy juga satu rezeki kan...
BalasPadam