Akhir bulan November suami saya akan menghadiri majlis makan malam tempat kerjanya di
Pulai Spring Resort, 20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor. Masa tu dah cuti sekolah, hajatnya nak bawak anak-anak bercuti sekali tetapi bila cuba
booking bilik semua dah penuh pulak pada tarikh tersebut di tempat yang sama. Mungkin syarikat tempat suami bekerja sudah buat tempahan awal secara besar-besaran. Berkenan sangat dah dengan resort ni, cantik dan nampak nyaman sahaja. Saya sudah menghantar email untuk bertanya kekosongan bilik tetapi malangnya tiada juga yang kosong pada tarikh tersebut.
Hotel besar cam gini boleh fully booked. Sob...sob...
Teruja wehhh nengok swimming pool dia walaupun tak tau berenang...wakakaaa...
Ini kali pertama saya akan ke Selatan Tanahair, sebelum ini kalau pergi Johor paling jauh pun hanya sampai ke Muar sahaja. Jalan-jalan di sana pun saya tidak mahir tetapi tak kisah sangat sebab suami akan jadi co-pilot. Masalah besar sekarang saya ingin mencari hotel yang terdekat dengan Pulai Spring Resort supaya senang suami hendak pergi ke Majlis Makan Malam anjuran pejabatnya nanti. Saya sudah minta bantuan google tetapi skill saya agak kurang jadi hanya sedikit info yang saya dapat.
Ada tak antara kawan-kawan yang boleh tolong?
1. Senarai hotel berdekatan dengan Pulai Spring Resort.
2. Tempat-tempat menarik terdekat yang boleh kami lawati sekitar kawasan tersebut.
3. Tempat makan yang menarik dan sedap yang boleh kami sekeluarga kunjungi.
Makan malam tersebut hanya untuk kakitangan sahaja jadinya malam itu saya bolehlah jalan-jalan dengan anak-anak dan biarkan abahnya berhappy-happy dengan kawan-kawan. Sesekali bagi peluang apa salahnya tapi masih dalam pengawasanlah!
Telah berlalu event yang telah di rancang lewat 2 bulan yang lalu. Majlis gilang-gemilang telah diadakan di One World Hotel, Bandar Utama setelah dua tahun tiada dalam kalendar syarikat. Temanya Dazzling Masquerade Gala Ball seperti yang pernah ditulis kat SINI.
Sekadar berkongsi kegembiraan walaupun MALDIVES yang menjadi idaman setiap staff malam itu menjadi milik orang lain tetapi tetap berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis.
Sekitar Majlis.
Menyambut para tetamu pada malam itu. Sekitar 1600 staff dan pasangan masing-masing. Ice ini juga menjadi antara tempat wajib untuk snap gambar.
Tuan punya diri. Sendirian. Masih sempat berposing diluar dewan dalam keriuhan majlis.
CEO Ranhill Worley Parson MR. Roni Adrian diarak masuk ke dewan dengan penuh bergaya sebelum berucap bagi memulakan majlis. Terpaksa memenuhi permintaan untuk mengikut tema!
Ada berani?
Hanya ini yang saya makan malam tersebut. Juga sedikit pencuci mulut yang tak berapa nak sedap tapi habis jugak semangkuk. Rata-rata berpendapat makanan kat sini tak sesedap mana atau juga mungkin orang yang datang food testing tak tau nak merasa makanan!
Perghhhh...terbaik! Awie dan Annuar Zain berjaya menarik perhatian penonton malam tersebut. ramai yang menunggu didepan stage samada untuk merakam nyanyian atau mengambil gambar. Persembahan Anuar Zain di jemput ke pentas 10 orang yang naik sampai tak muat pentas. Memang terbaekkk...!!! Awie mendendangkan satu lagu bonus buat semua...HUSSIN...HUSSIN...Cer cite...Cer cite...
Shila mendendangkan lagu-lagu Inggeris. N.D Lala tunggu kat luar dewan.
Sehebat namanya. Noryn dengan rangkaian lagu-lagu Inggeris. Saya tidak sangat memberi tumpuan kepada penggesek biola dan juga dua orang pelawak di dalam gambar di atas!
Best dress yang bertepatan dengan tema majlis. Mak Buyong tu pun boleh menang! Best Dress Lelaki dan Wanita membawa balik wang tunai sebanyak Rm 500.00 dan bagi couple membawa balik wang tunai Rm1000. Bestnyaaaa....tapi rasanya saya tidak sanggup mengenakan baju sebegitu. Dress Code: Black Tie, Formal Dress & Evening Gown.
Menjamu mata!
Berangan-angan menjadi model. Baju Koleksi Peribadi dari Butik Hasniza.
Maldives melepas hanya ini yang saya dapat. DOOR GIFT!
Sebulan yang lepas mendapat jemputan ke majlis ini. Khamis lepas kad jemputan selamat tiba. Setelah dua tahun tanpa khabar tahun ini ia kembali. Menerima jemputan seadanya tetapi temanya yang membuatkan kerisauan tahap melampau.
Inilah kad jemputan yang tiba pada Khamis lepas. Ranhill Worley Annual Dinner 2011. Jawapan ya telah di beri. Sekarang pening memikirkan apa yang perlu di pakai supaya tidak keluar tema. Mask tidak menjadi masalah kerana akan disediakan oleh penyelaras. Masalahnya Dress Code: FORMAL WEAR, BLACK TIE, EVENING GOWN. Alahai...mana nak cari evening gown ni... macam tak seswai jerk...
Inilah dia jemputan khas buat tuan punya diri dan pasangan tetapi pasangan pula ada agenda lain pada hari yang sama dan tidak dapat menemani. Lagi satu hal...rasa segan pulak nak bersendirian melintasi red carpet...cewahhhh....
Ini pula artis-artis jemputan yang bakal memeriahkan majlis. Ini kali kedua Anuar Zain di jemput dalam majlis sebegini. Anita Sarawak juga antara artis kesukaan penyelaras tetapi tahun ini tiada pula.
Gaya anggun dan bersopan. Cantik dan sedap mata memandang.
Atau gaya sebegini, tampak segar dan bertenaga (sila abaikan bahagian atas).
Di gayakan dengan mask sebegini!
Inilah yang lebih menepati tema tetapi...sanggupkah aku? (Juga sila abaikan bahagian atasnya).
* Gambar hasil carian en.google.