Memaparkan catatan dengan label jerebu. Papar semua catatan

Kuala Lumpur Yang Kelabu 2015

Lebih seminggu pemandangan Kuala Lumpur hanya berbalam-balam, jarak penglihatan agak terhad. Minggu ini semakin teruk pula jarak penglihatan. Saban tahun berlaku saban tahun juga rakyat menanggung azab jerebu. Indonesia tetap tak ambik pengajaran, apa yang mampu kita lakukan. Hukum alam bakar di sana sehingga ke Tanah Malaya kesannya.



Badan sudah mula sakit-sakit, nafas mula semakin pendek semput mula menyerang. Berulang Kajang-Kuala Lumpur dan sebaliknya setiap hari dengan motor membuatkan diri semakin terdedah kepada risiko dan kesan jerebu. Kesan bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga kesan jangka panjang yang suatu hari tiba-tiba sahaja datang walaupun waktu itu sudah tiada jerebu.


 

Marah. Sesungguhnya saya marahkan Pemerintah Indonesia. Sepatutnya Kerajaan Malaysia saman sahaja Pemerintah Indonesia kerana tidak berkeras dengan rakyatnya yang melanggar undang-undang larangan pembakaran terbuka. Letakkan ketepi hubungan diplomatik sebagaimana mereka lakukan terhadap nelayan-nelayan yang masuk ke perairan mereka yang kapal mereka diletupkan dan dikaramkan ke laut tanpa memikirkan hubungan diplomatic dengan negara terbabit. Tak perlu berehsan dengan mereka, ambil tindakan tegas supaya negara kita tak dipandang rendah.

Harapan rakyat Malaysia agar kedua negara dapat mencapai persefahaman antara dua negara yang bakal memberi manafaat kepada bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi untuk kepentingan rakyat Indonesia juga.


15.09.15 sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor diarah tutup kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200. Bagaimana pula pekerja-pekerja yang masih terus mengharungi jerebu ke tempat kerja kerana arahan itu hanya untuk sekolah. Kita semua terpaksa terus mendedahkan diri kepada jerebu. Sekiranya ada yang mengambil cuti sakit harap bos dapat bertimbang rasa. Aambil juga langkah-langkah pencegahan yang lain paling penting banyakkan minum air.



Rahmat DiSebalik Dugaan


Kemarau, panas, krisis air, jerebu dan paling kritikal kehilangan MH370 tanpa kesan. Dugaan yang Allah berikan kepada kita akhir-akhir ini amatlah sukar untuk ditelan tak kurang pelbagai telahan dibuat bila berhadapan dengan perkara tersebut. Kita sebagai orang Islam masih terus berpegang pasti ada 'Rahmat DiSebalik Dugaan'. Bila semuanya telah pulih seperti sediakala pasti kita akan dapat lihat rahmat yang terselindung, cuma masnya belum tiba.


Panas yang berdeting memberi rahmat serta rezeki melimpah ruah kepada penjual air, krisis air melambakkan rezeki kepada penjual tong-tong air dan penjual air mineral, jerebu memberi rezeki kepada klinik-klinik di mana Allah menarik rezeki kesihatan sedikit dari kebanyakan kita. Rahmat buat mereka yang berkenaan dan ujian buat kita yang terpilih untuk mengharunginya.





Panas, tanah kering dan tanah merekah tetapi pokok belimbing buluh ini berbuah lebat, ada yang sudah boleh di petik, ada yang masih kecil dan ada juga bunga-bunga baru yang berkembang. Rahmat buat kami sekeluarga dan rezeki buat jiran-jiran yang dapat merasa. Konsep kecil "Rahmat DiSebalik Dugaan".


KLCC Hilang


Pagi tadi melalui Berjaya Time Square dari Jalan Tun Razak. KLCC hilang dari pandangan, merenung lama-lama ke arah bangunan kebanggan negara, kelihatan berbalam-balam. Jerebu terus mengganas nampaknya. Bacaan IPU ketika itu 173. Kuala Lumpur gelap, bergelap dengan jerebu.




Pemandangan ke arah Jalan TAR dan Jalan Raja Laut rasanya bila mengadap KLCC jerebunya lebih kuat. Jaga kesihatan. Pakai face mask bila ada aktiviti luar, minum air dengan cukup. Harap pihak sekolah batalkan semua aktiviti luar buat masa sekarang. Jerebu dan panas bersatu menjadi belenggu, juga belenggu panjang ketiadaan air dan belenggu tak terungkai MH370.

#PrayForMH370



Petang Jerebu Semakin Teruk





Gambar di atas saya ambil dari tingkat 9 bangunan pejabat saya pada pukul 130pm, cermin bangunan mempengaruhi warna jerebu tetapi kita boleh lihat jerebu tebal dengan jelas. Gambar ini sekitar Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.







Ini pula langsung dari tempat kejadian sekitar Kuala Lumpur pada pukul 4pm. Petang angin bertiup membawa jerebu bersama ke pusat bandaraya. Balik kerja kena pakai topeng muka nampak gayanya.



Jerebu Di Mata dan Jerebu Di Hati



Jerebu dari tingkap pejabat saya.


Pagi ini jerebu sedikit kuat di Kuala Lumpur. Bangunan sebelah-menyebelah pun nampak samar-samar, hidung pedih, mata pun turut berair. Sebolehnya gunakan penutup hidung sekiranya mempunyai urusan di luar tetapi kalau dapat elakkan cuba elak dari terdedah.



Bacaan index pencemaran udara bermula pukul 6am selang masa sejam, jadi dalam gambar tu dari pukul 6am-9am.


Itu jerebu di mata tetapi jerebu di hati tiada siapa yang tahu. Bertambah kuat jerebu bila banyak perkongsian tak sepatutnya berlegar-legar di alam maya sehingga membuatkan hati-hati mereka yang kehilangan bertambah pilu. Berhentilah buat lawak bagi kita yang mungkin sangat tak lawak bagi keluarga mangsa. Jangan jadi sumber penyebar fitnah.


#Pray For MH370