Memaparkan catatan dengan label CPUV. Papar semua catatan

CPUV Nuffnang - Rakuten



Hari-hari asyik dok belek akaun Nuffnang je bukan apa kot-kot la boleh cashout lagi sekali cepat-cepat. Pagi ini masuk ja nampak satu lagi CPUV tengah running. Alhamdulillah rezeki akhir Ramadhan. Ada la dua ketoi tengah running jadilah dari tak ada.


Terima kasih Nuffnang nanti bagi CPUV lagi eh. Saya suka...saya suka...


Nuffnang Dapat CPUV Campaigns Baru





Alhamdulillah. Rezeki datang juga setelah lama Nuffnang menyepikan diri, sebulan lebih jugaklah. Mesti ramai blogger yang dapat iklan ini, sebab tengok ramai yang update. Tiga iklan sedang menari-nari di blog Rider Sejati ketika ini.


Belum ada rezeki nak jadi blogger yang berjaya dapat pendapatan dari blog tiap-tiap bulan. Seronok tengok blogger Ina dari blog Intan Berlian yang sudah mula buat duit dari blog dia. Kena usaha lebih gigih nampak gayanya.




CPUV Bila Dah Dapat Melekat-Lekat


Lama tungggu untuk dapat CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns dari Nuffnang tapi bila dah dapat tak putus-putus pulak dan ini adalah CPUV yang ke-7 buat blog Rider Sejati yang mula mendapat iklan CPUV yang pertama pada 17 Julai 2013. Walaupun earning tak banyak tapi bila tengok angka-angka tu berubah setiap hari rasa best jugak berblog dan beriklan dengan Nuffnang.


Duit tu nak simpan sampai tahun depan, raya boleh cash-out boleh bagi duit raya lebih sikit (verangan sampai ke bintang!). Kalau banyak boleh keluarkan belum sampai masanya, si kecik tu asyik dok menyebut PSP sahaja. Kesian pulak mak.




Satu credited diganti dengan yang baru pula, terima kasih Nuffnang team. Saya senyum-senyum walaupun iklan tu sekejap sangat menari-nari dalam blog. Lain-lain tu menarilah lama-lama sikit ya. Saya kagum dengan blog Mrs. Secretary satu iklan dia menari-nari sejak bulan May. Perghhh...lama tuuuu... Tengah running pulak ada 5 iklannya.


Lain orang lain pendapatnya tetapi saya rasa sebagai permulaan eloklah saya beriklan dengan Nuffnang sahaja. Kalau nak buat advertorial dari syarikat-syarikat lain rasa macam blog 'Rider Sejati' kecik sangat berbanding blogger tersohor dan telah ternama lain belum tentu kita dipandang.


Hari ini saya berada di kampung. Kakak Hayani akan menduduki peperiksaan UPSR 2013. Sebagai ibu hanya doa yang mampu di titipkan agar kejayaan sentiasa bersamanya. Sebagai tanda kasih buat anak tersayang mama korbankan RM yang akan dipotong pada Disember 2013 kerana ini adalah cuti tidak berbayar sebab cuti mama sudah habis untuk tahun ini.



Nuffnang Duit Raya


Masuk tahun ke 4 berblog sejak Julai lalu mula mendapat CPUV dari Nuffnang. Selama ini memang tak pernah ambil peduli dan tak pernah ambil tahu pun berkenaan iklan yang dapat menjana pendapatan buat blogger kerana tujuan asal menulis adalah untuk berkongsi luahan hati. Sejak rajin membaca minda sedikit terbuka, lagkah pertama saya mengikut tip-tip blogger yang sudah berjaya dapatkan CPUV dari Nuffnang.


Sikit-sikit tetapi lama-lama akan jadi bukit. Hari ini saya buka akaun Nuffnang dan dapati ada dua iklan baru sedang berjalan tetapi iklan Twisties Traxxobeats start sejak 30 Julai tapi hari ini baru dipaparkan di akaun saya. Iklan The Mortal Instrument pula bermula sejak 20 Ogos bermakna semalam.




Ini buatkan saya semakin bersemangat nak update blog setiap hari, buat masa sekarang memang satu entri sahajalah. Saya tak kreatif untuk menggunakan persekitaran sebagai idea update blog. Uniques setiap hari pula lebihkurang 200-300 sahaja. Rugi saya bermula agak lewat tetapi tanpa langkah pertama tak akan ada angkah seterusnya.


Terima kasih Nuffnang kerana beri perhatian kepada blog kecil saya. Ibarat kata pepatah 'Rezeki Tak Molek Ditolak' dan 'Kecil Tapak tangan Nyiru Saya Tadahkan'.



Ganjaran Nuffnang

Selama berblog inilah pertama kali dapat CPUV/BE daripada Nuffnang. Lama tu dok tunggu mula berblog sejak 2010 tapi start daftar Nuffnang pada 1 Jan 2011. Oklah tu lagipun dulu-dulu jarang update blog, tak reti nak blogwalking sekarang dah pandai sikit visitor pun dah ramai sikitlah. Kalau saya aktif FB, Twitter dan Instagram mesti lagi masyuk.


Apapun terima kasih Nuffnang sebab bagi CPUV/BE kat blog Rider Sejati. Coke Campaign 2013. Bolehlah penuhkan tabung superbike saya. Satu permulaan baik buat blog Rider Sejati bila saya sertai Nuffnang event Julai lalu.




Harap lepas ini adalah magic-magic yang Nuffnang buat kat blog Rider Sejati ini. Sesekali dapat kejutan pun best jugak kan?