Friday, 8 April 2016

Tamparan di Pagi Jumaat

Sianak bertantrum daripada waktu keluar rumah hinggalah sampai kesekolah tahfiz gara-gara permintaannya yang tidak dapat dipenuhi..memberontak bila disuruh mengulangkaji sedikit buku Iqra' dalam perjalanan yang agak jauh..

Sesampai di tempat parking pulak bertantrum tanpa segan silu gara-gara topeng batman punya isu..hinggalah kami ni menarik perhatian ibu dan anak yang parking disebelah...

Dalam siabang menangis dan memberontak, dipanggil anaknya yang sedang menuju ke lif untuk mengajak siabang naik bersama-sama...

Kuingat sangat ibu dan anak ni..

Awal persekolah bermula dahalu..drama yang sama pernah berlaku pada mereka..bila siibu memarahi sianak lantaran sedikit 'manners' problem..aku yang berada disitu melihat bagaiman sianak yang dalam sedu bercucuran air mata ..siibu menyurhnya meminta maaf denganku lantaran katanya tak beradab terjerit memanggil agar ditahan lif sewaktu aku nak hantar aidan kesekolah diatas bangunan tu...aku tak perasan pun...

Bagiku small matter jer tuh..budak2 bukannya tahu apa..lagipun aku yang tak perasan panggilannya terus jer naik dengan lif tanpa menunggu...

Tapi tidak buat siibu..

Hari itu siibu yang tak mau keluar dari kereta, keluar juga untuk 'straighten' anaknya...kupandang dia..tak bertudung..seluar pendek atas paha..ah macam cina lah pandangan dua tiga kali pun..

Anaknya yang juga bersama2 aidan dikelas tahfiz itu kupujuk dan hantarkan keatas sebab ibunya segan untuk naik dengan berpakaian demikian..

Setelah itu..kami beredar..hati dan fikiranku berfikir2 tentang keluarga ni...

Ibu yang begtu moden menghantar anak kesekolah tahfiz dan trained him to behave well..,mashaallah ..
Aku ni yang luarannya muslimah yang perasan kunun diri macam proper  ni  pun tidak sehebat dia, macam mana dia boleh mendidik anak sebegitu proper..aku nie....struggling untuk membentuk positive attitude seorang anak lelaki yang penuh tantrum...

Mereka membuat aku bermuhasabah akan diri sendiri...

Dan dipagi ini..ketika aku hampir2 hilang sabar, dia menasihatiku..memberikanku tips setelah anak2 beredar menuju kekelas...

'Amalkanlah baca 'rabbi habli minassolihiin' dan hembuskanlah pada makanan dan minuman anak2' ..inshaallah akan ade perubahan...katanya...

Sambil mendengar perkongsian dan tips daripadanya yang berada didalam kereta..tak bertudung..berskirt pendek..

Ya Allah ..don't be judgemental...aku should not look at her personality but apa yang diperkatakan dan hasilnya itu yang aku sepatutnya think about...

Mereka membuatkan aku berpikir2 dan bermuhasabah lagi..terasa seperti rendah dan banyaknya kekurangan aku ini.. malu pada wanita itu..malu padaMu ya Allah...

Mungkin hari ni dia masih berpakaian begitu..namun kerana dia cuba mendidik anak2 menjadi soleh, inshaallah Allah akan berikan hidayah untuknya suatu hari nanti..lihatlah arwah biduanita Sharifah Aini..

Kenapa Allah letakkan aku dalam dua situasi ini..

Perlu bermuhasabah akan diri sendiri...bukan melihat akan kekurangan orang lain..kerana kelebihan dia itulah yang mungkin tiada padaku..

""Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."


Monday, 16 November 2015

Proud of You Abang...

Harus ade menulis dan mencatat kenangan2 yang terindah dalam pembesaran anak dan diari seorang ibuku..
The second in his life, dibumi tanah tumpah darah ibu terchenta pulak... hari Iftihlal siabang...What make the day so special....?

Cikgu mintak Aidan baca surah Asshams pada hari konvo itu..dalam masa yang singkat i have to train him tuk menghafal...aduiihh dengan susah payah limited time dan kerenah adik lagi terpaksa juga kupenuhi sebab i know he can do it...and teachers also rely on him so much...

Hari yang ditunggu-tunggu...


Ibumu yang berada di kerusi audience dapat melihatmu dengan jelas..ade rasa bangga melihat anak bujang segak berbaju melayu lengkap.. Abang kena be the first yang kena perform...majlis pembuka..

He looked relax,..dan cikgu suruh dia mulakan...

After 2 minit tak keluar2 suara jugak..nape ni bang...mak dah mula rasa nervous mcm sendiri pulak yang kena present..agaknya mak kena turun dekat sikit ngan pentas kot kalau abang tak dapat keluarkan suara lagi lepas ni...huhuhu macam cerita hindi lak...

Cikgu datang lagi dekat abang..pujuk suruh baca...ade suara2 kat belakang yang cakap2 ' mesti dia tak dapat baca sebab depan crowd yg ramai...takut kot..'

Tak lama kemudian kedengaran..A'uzubillahi..wasshamsi wahuda ha.... sampailah sadakahllahul Azhiimm'..abang recited dengan tenangnya..tanpa kedengaran rasa gementar pun..good & smooth recitation..alhamdulillah abang..so proud of you...

Si ayah cakap..'tears in my eyes..'

That inshaallah would be beginning for you..may Allah makes you among good hafiz..amin..

Then bermulalah persembahan2 yang seterusnya...gabungan 3 tadika smart soleh..

 Oral speaking


 Some song..

abang dapat anugerah hafazan..

After almost 3 hours barulah acara konvo dimulakan..





Inshaallah we'll take the same pictures like this in another 15 to 17 years yer abang...

Wednesday, 4 November 2015

[ww] Singgah Sekejap




tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermemori..:)

Friday, 7 August 2015

Goodbye 'Aku Di Fiji Islands'

Assalamualaikum semua..

Selamat hari raya, selamat berpuasa 6..

Semakin susah bagiku hendak menulis sejak balik kebumi Malaya nie..alasannya? Susah nak fokus, banyak komitmen, banyak benda nak kena pikir, nak kena plan..masa plak tidak seindah dahulu untuk berhadapan ngan screen komputer nie, walaupun setiap hari bila kebosanan aku adelah jugak menjenguk blog dan ziarah kengkawan senyap2..

Lantas kurasa blogku ini semakin bersawang dan semakin malas untuk kuketuk pepapan keyboard nie..

Namun sebagai tempat yang kupernah mencurahkan pengalaman serta berkenal dengan rerakan alam maya, rasanya lebih sesuai untuk ku meminta diri daripada terus menyepi begitu..sedih tuk menutup blog tersayang nie...

Dimasa depan belum pasti samada aku akan kembali atau tidak...jika sekiranya kekembali, mungkin blog ini inshaallah akan bertukar nama dan tema..ntah bila lah tu...huhuh

Terima kasih tuk semua rerakan yang menyokongku selama ini..harap ukhwah tetap terjalin selamanya wpun kusudah tak aktif lagi dsini..di facebook maupun intagram jangan harap lerr..Ade kelapanagan pastinya aku tetap mengikut perkembangan korang sebagai silent reader...

Akhir kata maaf dipinta andaianya ade keterlanjuran kata dariku, all the best tuk korang....dan sekeping foto raya kami sebagai tatapan terakhir untuk korang...




wassalam.
UmmuAidan-Arissa,
KL 7/8/2015


Thursday, 4 June 2015

Adik...

Begitu cepat rasanya adik membesar, rasanya seperti kita baru pulang ketanah air adik begitu kurus waktu itu..masih menyusu badan dan pantang berpisah dengan mummy..

Melalui pelbagai onak ranjau, ujian dan fasa-fasa perpisahan dan kesedihan yang menguji kita..

Alhamdulillah adik semakin berisi kerana kuat menyusu botol..malam2 pun adik bangun mengarahkan mummy, "make chuchu"..kengkadang sampai 2 kali semalaman..penat dan mengantuk,..mummy turutkan jugak bos kecik kesyangan nie...

 Semakin pandai berdikari..sampai jer taska adik dah tak nanges sejak hari kedua disitu mana2 pengasuh taska amik dukung jer adik, dengan senangnya adik ikut..dan hardly adik nak toleh atau bye bye kat mummy dah lepas tuh...hmmm setidak-tidaknya tenang hati mummy tinggalkan adik disana seharian..

Bila mummy datang amek adik, terpancar kegembiraan diwajah adik..bergegas keluar dicelah rakan2 kecil menuju kepintu..adik cakap 'cana cikit' kat kengkawan...

Adik cam kamceng jer ngan abang, berinteraksi pun cakap melayu jer..semua pun nak tiru abang..abang main otomen pun adik sanggup tinggalkan baby doll demi otomen jugak..tapi bila time selfish favourite words mesti kuar 'cana cikit' tuk lebih berkuasa dari abang..huhu..
..

Nuffnang Ads