Handbag Cantik Pilihan Hati
Beli handbag tangan terakhir secara rasmi
adalah pada tujuh tahun yang lalu, setelah mula membawa beg sandang ke pejabat
nafsu untuk membeli handbag seolah-olah telah mati. Handbag yang ada
sesekali sahaja dibawa ke majlis-majlis tertentu. Bersantai di hujung minggu
mahupun bercuti lebih selesa menggunakan beg sandang. Semua barang memang ada
di dalam beg tersebut jadi tak timbul isu terlupa barang atau tertinggal
barang. Beg yang sama untuk pelbagai situasi.
Ini merupakan tahun kelapan jadi
rasanya sudah terlalu ketinggalan zaman handbag yang ada, kadang-kadang terasa
malu pula hendak dibawa ke majlis-majlis keramaian. Bukan soal mampu atau tidak
tetapi kadang-kadang terasa sayang sangat nak belanjakan duit kepada perkara
yang tidak perlu sebab handbag sedia ada masih boleh digunakan dan masih
elok tanpa cacat cela. Lagi pun duit itu perlu disalurkan ke tempat yang lebih
diperlukan.
Sejak akhir-akhir ini hati teringin
sangat nak memilikihandbag yang baru, hajat di hati hendak beri ganjaran
kepada diri sendiri atas penat lelah bekerja. Bila difikirkan handbag pun
satu keperluan juga, bukan semua keadaan boleh dibawa beg sandang. Terdapat dua
tiga handbag yang sedang dipertimbangkan semampu poket sendiri tetapi masih
ditapis agak tidak berlaku pembaziran. Bagi yang berkemampuan bolehlah pergi ke
butik pilih-pilih dan bayar, bagi saya perlu banyak pertimbangan sebelum
membeli sesuatu barang.
Semua yang menjadi pilihan adalah
dari material kulit sebab ianya lebih tahan lasak. Tidak cepat rosak jadi alah
membeli menang memakai. Beg tangan pun mempunyai `value’ yang tersendiri
kadang-kadang kita boleh menjual dengan harga yang lebih baik dari yang kita
beli tetapi biasanya untuk model keluaran khas.
Tetapi zaman sekarang ni perlu
berhati-hati bila membeli barang sebab banyak sangat barangan tiruan, ada pula
yang kata barangan lari cukai pada hal semua itu kategori barang seludup. Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya? Bila dah baca baru kita
faham dengan kenyataan barangan seludup ini. Jangan menyesal kemudian hari bak
kata pepatah Melayu `Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya’.
`Bila terhantuk baru tergandah’ selagi belum kena pada diri sendiri selagi
itulah kita tidak sedar kesan terhadap barang seludup ini. Begitulah lumrah
hidup kita sebagai manusia.