Tuesday, January 27, 2015

Oven by SLiCE : Lasagna Yang Semakin Dikenali Di Lembah Klang

Anak aku Atikah sebelum ini berniaga kain cotton Gred A secara online melalui syarikatnya yang diberi nama Sweet Little Cotton Enterprise atau singkatannya SLiCE. Pelanggannya sudah ramai dari seluruh tanahair. Alhamdulillah permintaan terhadap produknya sentiasa ada dan pada waktu-waktu tertentu terutama sebelum raya tak menang tangan dibuatnya. Jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk tersebut sila klik iklan di atas ni.

Baru-baru ini sementara bersiap untuk mengambil paper akhir ACCAnya dia mencuba berniaga barang lain pula selain kain cotton yang masih diteruskan itu.  Dia memilih untuk menjual lasagna melalui cafe boutique yang kini banyak terdapat di Lembah Klang. Dia juga menerima tempahan secara online dan melalui whatsapp oleh jiran-jiran dan sanak saudara.


Lasagna yang telah siap dimasak. Pada peringkat awal ada dua saiz iaitu besar dan regular

Secara jujur aku sendiri pada mulanya kurang yakin terhadap bisnes tersebut. Tetapi apabila melihat jualannya yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, aku naik semangat. Aku mula membantu dari aspek pemasaran dan ada ketika membantu di dalam urusan penghantaran. Jadi mat despatch pun takpelah demi untuk kemajuan perniagaan anak.


Ini jenama lasagna buatan Atikah: Oven by SLiCE. SLiCE adalah singkatan Sweet Little Cotton Enterprise. Ada beef dan ada chicken lasagna


Maklumbalas daripada pelanggan amatlah menggalakkan dan ramai yang memuji keenakkan lasagna ini. Jumlah repeat customers juga semakin bertambah ramai.

Jika anda ingin menikmati kelazatan lasagna Oven by SLiCE bolehlah menghubungi 0126830486 atau ig oven_byslice.


Monday, January 26, 2015

Aku Kembali?

Assalamualaikum para pembaca blog aku ni.

Dah berkurun aku tak update blog ini sejak aku sibuk di fb. Kepada rakan2 yang masih sudi membaca blog ini terima kasih aku ucapkan.

Jumaat lepas aku ke Melaka bersama client dan akitek untuk berjumpa pegawai dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk berbincang tentang projek kami di sana. Di dalam perjalanan ke sana, akitek tu memberitahu kpd client kami dia terbaca blog aku. Dia tak sangka aku ada blog!

Akupun beritahu dia memang aku ada blog tapi dah lama aku tak kemaskini. Sekarang ini aku lebih banyak menulis di fb. Cerita-cerita yang agak panjang pun (yang lebih sesuai untuk medium seperti blog) aku masukkan fb. Kebanyakan kawan blog aku adalah kawan fb aku juga. Tapi aku juga sedar bahawa ada juga pembaca blog ini yg bukan kawan fb aku dan tak tahu kewujudan fb aku termasuklah akitek tadi.

Aku kata senang aje. Kalau nak cari aku di mana2 laman sosial maya ini taip saja mana penuh aku. Aku takde selindung2 punya. Mesti jumpa. Samada di blog, fb, ig atapun tweeter.

Bagi yang nak menghantar emel boleh gunakan alamat berikut: [email protected]

Kepada yang nak menghubungi aku melalui whatsapp, sms atau call aku bolehlah hubungi 012-3020156.

Ini kali pertama aku beri no hp aku. Harap2 tak mendatangkan masalah yg di luar jangkaan. 


Monday, July 7, 2014

Tadarus Al-Quran

Sepanjang bulan puasa ini amalan bertadarus Al-Quran terdapat di mana-mana masjid dan surau. Di surau aku saja ada banyak kumpulan tadarus. Setiap kumpulan ada lebih kurang 10 orang peserta. Kumpulan lelaki dewasa ada 3. Kumpulan kanak-kanak ada satu manakala kumpulan muslimat ada 6! 

Ada yang bertadarus selepas solat witir setiap malam termasuk kumpulan aku. Memandangkan di surau kami diadakan tazkirah dan tahlil pada setiap malam, tadarus bermula dekat pukul 11 malam dan habis dalam pukul 12 tgh malam

Ada dua kumpulan memilih utk bertadarus selepas solat Subuh. 4 kumpulan wanita pula bertadarus dari pukul 8 - 10 pagi dari Isnin hingga Jumaat.

Bukan semua peserta tadarus lancar membaca Al-Quran. Ada yang tidak pernah belajar Al-Quran secara formal. Golongan ini yang biasanya membaca merangkak-rangkak dan menguji kesabaran peserta-peserta lain sebab nak habiskan membaca satu muka surat mengambil masa yang lama. Sabar ajelah …… huhu. Tapi aku tabik mereka ini kerana berani ikut bertadarus. Mana yang tak betul, peserta lain yang lebih terer ilmu tajwidnya bolehlah cuba membetulkan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Alhamdulillah dah masuk hari ke-9 puasa"

"Alhamdulillah"

"Eh, kau dah berapa juz quran?"

"Alhamdulillah  dah 9 juz. 1 hari 1 juz"

"Bagus"

"Eh, kau dah berapa juz pulak"

"Aku? Paling kurang 2-3 juz sehari"

"Wah maknanya dah khatamlah?"

"errr …… aku gilir-gilir"

"Maksud kau?"

"Jus tembikai, jus mangga, jus epal, jus carrot ……"

"Astaghfirullah!!!"


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails