Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Hidup Bantulah Orang Susah

Sakit gigi saya ke klinik kesihatan kerajaan sebab biasanya rawatan gigi saya selesa di sana. Rupanya gusi hanya bengkak dan terkena jangkitan kuman, gigi masih elok. Habis rawatan saya meminta cuti sakit dari doktor yang bertugas  manakan dapat menumpukan kepada tugasan sambal menanggung sakit gusi yang bengkak berdenyut. Jawapan doktor sedikit meremukkan hati sebab dengan tanpa memandang wajah pesakit dia berkata hanya cabut gigi sahaja yang boleh dapat cuti sakit. Oh my! Habis gusi ni tak berkaitan dengan gigi ke?


Lalu saya membawa diri ke sebuah klinik swasta, bukan pula klinik pilihan kebiasaan saya untuk mendapatkan rawatan. Tawakkal jelah. Saya berterus terang sahaja menceritakan apa yang berlaku sebelumnya. Doktor lelaki berketurunan India ini berleter panjang. Katanya doktor muda zaman sekarang ramai yang tumbuh tanduk sambal meletakkan tangan dikepala seolah-olah tanduk, rasa mereka besar tanpa ada rasa `humble’ sedikit pun. Tuhan beri kelebihan untuk membantu orang lain bukan untuk merasa besar atau lebih dari orang lain.

‘Awak sakit dia boleh nampak gusi awak bengkak kenapa tak boleh bagi mc? Gusi tu bukan berkaitan gigikah?’

"I will help you don't worry Junaina but I cannot understand this doctor."

“My appa cakap bantu orang susah sebab orang kaya tak perlukan kita mereka boleh pergi specialist”.

“Hormat semua orang nanti Tuhan akan bantu kita”

“Tuhan bagi kita ilmu bukan untuk rasa besar diri”

Sebab tak ada pesakit lain jadi kami berborak panjang lagipun seorang doktor dengan umur 70 tahun terlalu banyak pengalaman yang ingin diceritakan. Saya mendengar denga penuh minat.

“My appa doctor my amma doc, 3 of my sibling doc, my doter and my son in law also doctor but I always ask them to help people”

“My appa buka klinik di Seremban after retired, bila bagi treatment bayaran Rm6 that time tak mampu bayar hanya ada Rm2. He ask patient to keep that money and give Rm5 more from his pocket my amma cry outside the room and ask we have kid to feed. My appa said god will help us. Don’t worry”

“My appa sayang sangat dengan anak perempuan (dalam Islam pun ada sebut berkenaan perkara ini) layan dengan lembut but very straight to his son. 4 of us boys”
“Every day dia kejut bangun pukul 4 pagi untuk belajar, semua duduk di meja makan termasuk my appa. He sit with us and read a book. 5pm-7pm time to play and start study at 8pm-10pm”

“Tv terlalu banyak not good. Sehari 1-2 jam it’s ok”

“I’m not force my doter to be the doctor but my wife bising. Let them make a decisions but don’t go down the level. I’am a doctor so you have to maintain that level or go higher”

Setiap agama mengajar kearah kebaikan cuma bagaimana penganutnya menerima serta mengamalkan yang membezakannya. Agama, bangsa serta budaya bukan pengukur sebuah kebaikan, dia baik tetapi tidak terpilih untuk menerima hidayah namun saya merasa sangat bertuah bertemu dengan seorang insan yang berlainan agama sebaik dia.




Alya Batrisyia Pengidap Nephrotic Syndrome

Alya Batrisyia cinta hati, pengarang jantung dalam keluarga besar kami. Kehadiran dia menjadi penyeri penambah bahagia buat kami semua, menjadi ahli keluarga paling kecil ketika ini. Cucu mak tok yang bungsu, sekarang berusia 7 tahun sudah memulakan persekolahan di sekolah rendah berdekatan rumah. Pada usia 5 tahun doktor  telah mengesahkan buah pinggang telah dijangkiti kuman, protin keluar melalui air kencing yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrome atau buah pinggang bocor.



Menyibuk cat rumah dengan abah, kakak dan abang.


Dua bulan lebih di hospital 2 minggu di Hospital Kajang kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur, kami suami isteri menjadi pelawat setia saban hari tengahari dan petang. Tak pernah tidak, sebab itu dia menjadi kemanjaan abah walaupun hanya anak saudara. Sanggup tinggalkan ibu dan ayah kerana hendak berjalan dengan mama dan abah. Saya ada menulis tentang Alya Batrisyia di sini dan sini. Dengan hanya mempunyai satu buah pinggang dan yang satu lagi hanya mempunyai salur sahaj yang ada pula menghadapi masalah tentunya kami sangat memberi perhatian yang lebih tenang kesihatan dia.





Dapat kamera ada sahaja gaya yang hendak dibuatnya.


Alhamdulillah kini dia semakin pulih, selepas keluar dari hospital setiap dua minggu pergi checkup kemudian sebulan sekali sekarang 6 bulan sekali Cuma dua bulan sekali pergi ambil bekalan ubat sahaja. Tekanan darah kali terakhir jumpa doktor 90 tapi setelah memulakan persekolahan naik sehingga 100. Puncanya bersekolah ibu tak dapat kawal lagi pemakanan walaupun diberi bekal masih membeli makanan yang sepatutnya dia tak makan.



Dera abang!


Sebelum ini adik saya sangat menjaga pemakanan Alya Batrisyia, mula-mula keluar hospital sup ayam hanya direbus dan dimasukkan lobak merah untuk memberi rasa, sesekali ayam bakar yang dimasak tanpa garam atau perasa lain. Tiada garam, kicap, sos, rempah dan semua jenis makanan segera seperti burger, sosej atau nugget. Jadi kami sekeluarga pun turut berpantang makan bila Alya Batrisyia ada bersama. Sekiranya memasak di rumah pun kami hanya akan makan secara sembunyi-sembunyi. Sekarang sudah boleh makan makanan berempah tetapi dicampur air masak supaya sedikit cair, kari pula merupakan makanan kegemaran dia jadi bertambah-tambah makannya. Sos dan kicap masih belum dibenarkan.





Konvokesyen Tadika Perpaduan Taman Kajang Utama, Pusat Atom Negara.


Jadi ibu bapa yang perihatin dengan kesihatan anak-anak, sesibuk mana pun perhatikanlah anak-anak sebaik mungkin. Sekiranya ada kelainan jangan tunggu sehingga berlarutan cepat-cepat bawa ke hospital supaya sakit tidak semakin teruk. Walaupun hanya demam jangan dipandang ringan takut kita menyesal di kemudian hari. Baru-baru ini seorang kawan sekolah anak di Tahun enam meninggal dunia kerana demam panas. 

 

Intan payung, jantung hati, madu, racun semua ada kat dia!




Sakitnya Tu Di Sini Epilepsy


Hampir dua minggu berlalu 11hb Mac jam 6.45am tetapi setiap kali teringatkan detik-detik dia rebah, menggelupur, kejang, mulut berbuih dan terus terkulai diam hati bergetar dan berdebar-debar. Ketika itu terasa seolah-olah dia akan pergi meninggalkan saya. Cepat-cepat beristighfar membaca apa yang terlintas di kepala kemudian berdoa agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Sebagai ibu hati menjadi terlalu rapuh bila berhadapan situasi anak-anak yang sedang menaggung derita.


Saya tidak bersedia untuk menghadapi situasi tersebut, semasa dia berumur 10 tahun sekali dia pernah mengalaminya tetapi dalam keadaan sedar. Kali ini agak berlainan bila dia kejang seluruh badan, rebah tidak sedarkan diri, Jiran yang kebetulan hendak pergi kerja sampai dulu, kemudian jiran sebelah rumah berlari membawa ais dan tuala yang dilap kebadan Iqbal Hadi. Adik dan suami datang memberi bantuan apa yang patut dan saya hanya kaku memandang dengan dada yang bergetar namun tiada setitik air mata yang jatuh pun di pagi tersebut. 


Pada mulanya saya menghubungi ambulans kemudian saya membantalkannya dan membuat keputusan untuk membawa sendiri ke hospital setelah dia separuh sedar. Mendapat rawatan awal di KPJ Kajang Specialist dan kemudian di pindahkan ke KPJ Ampang Puteri kerana Neuro Specialist sedang bercuti panjang kerana patah kaki. Kemudian saya memandu pula ke Ampang walaupun hati sangat gusar mulut saya tidak henti berzikir dan berdoa agar tiada apa-apa yang serius.



Rawatan awal di KPJ Kajang Specialist. Separuh sedar tambah air, ambil darah dan ECG. Alhamdulillah semuanya normal tetapi perlu berehat di hospital untuk pengawasan 24 jam. Hati ibu tetap resah walaupun dia sudah mampu bercakap.



Sampai di KPJ Ampang puteri terus di rujuk ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan daftar untuk masuk wad sekali dan dibawa ke bilik rawatan untuk berehat sementara menunggu katil kosong kemudian menjalani brain MRI. Masa ini saya sedikit lega bila dia mula bercakap, minta minum dan makan. Nasib baik sebelum itu saya sempat singgah membeli nasi lemak semasa balik mengambil barang di rumah. Kakak ponteng sekolah tolong jagakan abang sementara mama bawak kereta, dua-dua tak ambil peperiksaan. Sistem sekolah sekarang sekiranya tidak hadir semasa hari peperiksaan tiada ulangan peperiksaan boleh diambil kecuali murid tersebut mewakili sekolah dalam acara tertentu.



Doktor Lim Poh Hin Neuro Specialist sedang membuat ujian fizikal. Ujian keseimbangan berjalan, ujian mata, ujian tindakan reflect bagi kedua belah badan kiri dan kanan, ujian kekuatan tangan dan kaki untuk mencari andai ada kelainan bagi kedua belah badan tersebut. Alhamdulillah segalanya normal. Sebenarnya doktor pakar ini bertugas di Hospital Serdang.


Kami bermalam di hospital saya hanya merebahkan diri di atas sejadah disebelah katil dan Kakak Hayani pula tidur di atas sofa di lounge untuk bilik 4 katil tersebut. Adik Hikram tinggal bersama Umi dan Ayah. Hari ke dua kami berkampung di KPJ Ampang Puteri dia menjalani EEG iaitu mengambil brain reading activity. Alhamdulillah juga normal dan dibenarkan pulang bila tiada kes berulang dalam masa 2 hari tersebut. Punca mungkin stress sebab minggu peperiksaan, cuaca panas dengan aktiviti bola dan futsal kemungkinan kekurangan air, tak cukup tidur atau rehat. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga aktiviti dia dikawal sepenuhnya buat masa sekarang.


Langkah awal yang saya ambil adalah dengan membaca lebih banyak maklumat berkenaan epilepsy atau sawan dalam bahasa. Langkah berjaga-jaga serta pencegahan juga langkah yang perlu di ambil apabila kes seperti itu berlaku lagi kelak. Saya juga harus belajar mengawal keadaan dan tidak panik. Pasti ada hikmah yang tersembunyi apabila saya dan dia diduga sebegini. Mungkin kebelakangan ini saya dan dia semakin menjauh jadi Allah dekatkan kami semua dengan memberi sakit kepada dia. Doa tak pernah putus moga dia dan saya tidak akan diuji sebegini lagi.



Sarapan Sihat Hari Jumaat



Sarapan sihat pagi ini sandwich telur, bawa bekal ke pejabat sejak berjauhan dengan cinta hati buat sementara waktu. Goreng telur dalam pan tampalkan roti, terbalikkan sekejap angkat potong dua, letak sedikit sos dan mayonis hiaskan dengan daun salad. Cukup untuk alas perut sehingga tengahari.



Jumaat merupakan 'fruit day' di pejabat, syarikat akan menyediakan dua biji buah untuk setiap pekerja dan jenis-jenis buah ini akan ditukar setiap minggu. Buah yang berlainan untuk setiap hari dan hari ini giliran epal hijau dan buah kiwi tetapi saya tak suka epal hijau jadi saya ambik buah kiwi sahaja.



Sudu Jeruk Sedap


Ada kawan sepejabat bercuti sambil menghadiri majlis teman sepejabat hujung minggu lalu di Penang. Kalau ke sana balik tanpa jeruk memang menjeruk rasalah. Dah jadi trade mark penang jeruk tu. Merasalah kami semua jeruk madu Pak Ali yang terkenal tu. Sedap memang sedap.




Makan jeruk sedap tapi hati-hati ya kesan pada perut kita pun sedap jugak. Bayangkan sudu kat atas tu dibiarkan semalaman di dalam balang jeruk yang bertutup rapat. Karatnya bukan setakat pada bahagian yang terendam sebaliknya dikeseluruhan sudu. Bayangkan perut kita yang lembut menerima makanan sebegini dalam jangka masa yang panjang, bayangkan juga perut anak-anak kecil yang masih baru bertindak balas dengan jeruk ini.


Makan jangan ikut sedap mulut dan tekak, perlu lihat serta fikir apa yang kita makan. Sakit bermula dari perut. Bertindak balas dari segala apa yg kita makan. Ambik pengajaran dari kisah sebatang sudu yang hanya terkena wap jeruk.


Semalam saya jamah juga sekeping dua tetapi bila memikirkan gastrik yang ditanggung sejak bertahun lalu cepat-cepat saya balik duduk di meja kerja.



Ujian - Positifkan Diri


Salam Jumaat penuh barokah.
Doa agar kita semua akan sentiasa mendapat redha Allah s.w.t sentiasa.


Saya tewas lagi semalam dalam ujian sihat yang Allah tarik sedikit. Asthma menyerang tanpa kasihan sehinggakan hendak bergerak selangkah terasa tidak mampu tetapi disebalik kedukaan itu tanggungjawab masih di jalankan seperti biasa. Rabu saya ke klinik mengambil 'nebulizer' yang hanya sekejap membantu. Khamis seharian berbaring tanpa melakukan kerja-kerja rumah melainkan sedikit petang mula memasak untuk anak-anak. Alhamdulillah mak berada di Kajang jadinya kekuatan itu dengan sendiri datang. Dapatlah bermanja dengan emak. Di urut oleh jari-jari tua emak terasa sangat bahagia.


68 hari memulakan tugasan di syarikat baru setelah khidmat tidak diperlukan di tempat lama sudah 5 hari mengambil cuti sakit, 4 hari cuti tahunan dan semalam 1 hari cuti kecemasan sebab dah segan nak pergi ambil cuti sakit. Nampaknya tempoh percubaan selama tiga bulan seperi terpaksa dilanjutkan tetapi saya sentiasa berdoa segalanya akan berjalan dengan lancar.


Pagi ini bos kecik datang kat tempat dan bertanya khabar, sebagai orang lama dia memberi nasihat agar saya berehat sekiranya saya mengalami masalah kesihatan sehingga saya pulih sepenuhnya. Bagi dia keluarga tetap datang dahulu, sekiranya saya tidak sihat ianya akan memberi kesan kepada keluarga dan seterusnya kerja saya. Mulai minggu depan juga kami akan mula sibuk. Dia tidak mahu kesihatan saya terganggu berlarutan.


Syukur alhamdulillah. Saya di kelilingi keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang hidup saya. Punyai rakan-rakan sekerja yang sangat memahami dan bertolak ansur. Saya kekurangan di satu sisi tetapi Allah s.w.t memberi nikmat dari sisi-sisi lain dalam hidup saya. Bukankah Allah s.w.t itu maha adil.


Sekiranya kita rasa terlalu diuji pandanglah insan yang lain yang mungkin lebih teruk ujian yang Allah s.w.t berikan. Kita hanya sakit sedikit tetapi masih mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta yang selesa walaupun kita rasa sangat berat tetapi ada juga orang yang sakit terpaksa menunggu berjam-jam untu menerima rawatan. Kita rasa Allah s.w.t memberi rezeki yang hanya mencukupi buat kita tanpa ada lebihan tetapi Dia maha mengetahui memberi keperluan buat kita berbanding mereka yang terpaksa bekerja membanting tulang di tengah pnasa sedangkan kita hanya menekan keyboard di dalam hawa dingin. Jadilah kita umat yang sentiasa bersyukur.


Gambar jalan-jalan raya lagi, yang tua dihormati. Ziarah rumah adik arwah tok ayah Harun Bin Senapi dan keduanya juga telah menemui Ilahi yang tinggal isteri yang merupakan juga saudara jauh mak dan anak perempuan yang menjada Tok Ngah Leha di rumah tersebut. Rumah wajib ziarah setiap tahun.



Berpusing Macam Lagu Atai


Lirik Lagu Pusing - Atai

* Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing
Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing
Macam gasing-gasing


Saya sejak dua minggu lepas pening-pening, kejap baik kejap pening berulang-ulang. Pertama kali kena selepas saya menghadiri majlis di Saloma Bistro, balik rumah saya hanya terbaring. Rumah berpusing-pusing bila bangun. Gagahkan diri bepaut pada kerusi urus makan suami dan anak-anak. Esoknya saya langsung tak bangun dan anak-anak urus makan sendiri. Alhamdulillah. Abang Iqbal Hadi masak nasi goreng untuk makan tengahari. Paginya beli roti canai.



Hari ini kepala mula berpusing kala sedang menikmati sarapan, berjalan ke pejabat saya hampir jatuh nasib baik Pak Tuan sempat papah. Sempat juga kena marah supaya hentikan tabiat 'nescafee tarik' hidangan setiap pagi saya sejak 3 bulan lalu. 'Tabiat' susah nak buangkan? Rasa hidup tak sempurna tanpa kopi.


Nak jumpa doktor pun malas, sebab bila ambik ubat tak makan buat semak rumah je. Sudahnya tahan sendiri sakitnya. Sendiri cari pasal sendiri tanggung.




KLCC Hilang


Pagi tadi melalui Berjaya Time Square dari Jalan Tun Razak. KLCC hilang dari pandangan, merenung lama-lama ke arah bangunan kebanggan negara, kelihatan berbalam-balam. Jerebu terus mengganas nampaknya. Bacaan IPU ketika itu 173. Kuala Lumpur gelap, bergelap dengan jerebu.




Pemandangan ke arah Jalan TAR dan Jalan Raja Laut rasanya bila mengadap KLCC jerebunya lebih kuat. Jaga kesihatan. Pakai face mask bila ada aktiviti luar, minum air dengan cukup. Harap pihak sekolah batalkan semua aktiviti luar buat masa sekarang. Jerebu dan panas bersatu menjadi belenggu, juga belenggu panjang ketiadaan air dan belenggu tak terungkai MH370.

#PrayForMH370



Haze Shrouds Kuala Lumpur City Centre


Safety & Health Alert dari syarikat tempat saya cari makan. Sama-sama kita jaga kesihatan dalam keadaan cuaca yang pans dan kering sekarang. Jaga diri dan keluarga. Saya harap pihak sekolah pun akan hadkan aktiviti luar buat sementara waktu.







Sindrom Carpal Tunnel


Dua bulan yang lalu Pak Tuan diserang sakit dada yang agak kritikal semasa dalam perjalanan balik dari Bota ke Kajang. Petangnya dia mengadu sakit dada tapi masih boleh bertahan tetapi bila malamnya sakit menjadi-jadi terbaring tidak boleh bergerak di dalam kereta. Saya memecut laju untuk cepat sampai ke Kuala Lumpur dan bila sakit berkurangan Pak Tuan berdegil untuk ke hospital. Minggu lepas sekali lagi serangan itu melanda semasa dia sedang bersolat. Saya paksa dia ke Klinik Segara yang merupakan klinik panel. Buat ECG dan bacaan jantung normal tetapi doktor tetap merujuk ke doktor pakar.


Saya paksa dia. Saya memilih KPJ Kajang specialist bertemu dengan Pakar Cardiologi Doktor Onn Akhbar, lama menunggu sebab ada kes kecemasan. Sekali lagi buat ECG dan bacaan tetap normal. Bila berjumpa doktor dia bertanya tentang sejarah kesihatan, juga ubat-ubatan rutin yang di ambil. Simptom-simptom yang di rasai. Akhirnya ujian darah di buat untuk mengesan sama ada kesakitan dada itu adalah disebabkan serangan jantung atau tidak. Alhamdulillah, negatif.


Berkenaan kebas-kebas jari dan tapak tangan yang Pak Tuan alami mengikut doktor adalah lebih kepada gangguan saraf. Doktor meminta saya membuat sedikit carian mengenai 'Sindrom Carpal Tunnel'. Tegas doktor bila sakit dada terus datang ke hospital ketika masih sakit bukan tunggu kemudian atau esok!


'SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.'


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Selanjutnya boleh baca di utusan online.


Simptom yang Pak Tuan alami adalah lebih kepada Sindrom Carpal Tunnel. Penggunaan tangan yang banyak terutama ketika mengawal handal motor mahupun menghayun parang di kebun adalah antara penyebabnya. Pak Tuan masih perlu mengikuti klinik seterusnya bersama Doktor Onn Akhbar. Saya doakan agar semua baik-baik sahaja.



Pesanan Buat Perokok


Kalau tak sayang nyawa sendiri sayangilah nyawa orang tersayang di sekeliling kita. Isteri, anak-anak, ibu, bapa mahupun adik-beradik kita. Kasihanilah juga insan-insan di sekeliling kita tak kira siapa dia kawan atau lawan, kenal atau tidak. Asap rokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi 2 kali lebih bahaya buat orang yang tidak merokok.


Geram dengan perokok yang tidak sensetif dengan persekitaran. Kalau tabiat selepas makan merokok tengok jugalah tempatnya. Biasanya saya paling menyampah bila mereka ini merokok di dalam restoran atau kedai makan tanpa rasa bersalah. Kita kat sebelah sibuk mengibas-ngibas asap rokok tetapi dia buat 'bodoh' sahaja (rasa macam nak angkat kerusi hempuk je atas kepala dia!).


Pelbagai kempen di jalankan, di kotak okok juga terpampang gambar-gambar menakutkan kesan dari merokok tetapi bagai dikata nanti bila 'Sudah terhantuk baru mengadah'. Masa itu 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.



Badi Tingkat 9


Ada ke badi? Tak adalah kot tapi di sebabkan kesejukan melampau kat Tingkat 9 ni mungkin juga hari-hari kena sergah denga Mat Saleh ni terus saya demam. Bukan sikit punya demam sampai tak boleh bangun tapi kerja jugak hari ini sebab separuh hari sahaja pun. Kejap lagi nak pi klinik tapi tak boleh nak mc sebab tahun ini dah habis. Cuti pun dah berhutang-hutang.


2 minggu lagi kena ambik cuti lagi kakak ada ujian di MRSM Beseri. Doa yang terbaik buat kakak. Nampak dia macam happy ja bil bagitau dia kena ambik ujian kat sana. Dia pun kalau dapat nak pergi MRSM. Bersedialah untuk perjalanan jauh lagi.


Badan dah skit otak tak mampu nak pusatkan kepada aktiviti pejabat. Saya nak turun pergi klinik panel yang mahal nak mampus kat sini. Check gastrik denga sejenis ubat dia charge kat akaun medical saya Rm80. Redha jelah sebab dah malas nak menapak gi klinik panel kat The Intermark. Rindu awak Dr Malkit!


Bertingkek-Tingkek


'Mama mengandung ke?' soalan cepu emas anak buah kala berada di kampung. Cis kek betullah.
'Mana ada'
'Habis tu pasai apa perut mama tu nampak besar?'
'Fesyen' ahahhaaaa...tak boleh blah betul jawapan tu.

Semalam terserempak seorang kawan dalam lif kami bekerja di lantai berlainan.
'Jun, lama tak nampak. Awak nampak macam dah bulat.'
'Ye ke? Senang hati kot'
'Dagu pun dah nampak berlapis'
Hahhaaaa...saya gelak je.

'Abah tengok le ni perut mama dah ada 3 tingkat'
'Elok le tu kenalah dengan lagu 'bertingkek-tingkek' yang anak-anak dok nyanyi tu'
'Apalah abah ni tak memberi motivasi langsung, malam ni tidur luar; ahahhaaa...

Kenyataannya badan saya meman naik sekarang. Jarum penimbang sudah mencapai angka 60. Baju-baju lama saya juga sudah mula agak sendat. Sebenarnya saya tak kisah sangat kalau badan naik sikt tak delah kurus macam orang-orang di tenagah sawah. Masalahnya saya jadi tak selesa bila duduk, seolah-olah ada sesuatu menongkat di dada (perut dah naik sikit katanya). Bila memandu pun rasa tak sedap je kena tolak seat kebelakang lebih sikit. Panjat tangga ke tingkat dua rumah saya pun tercunggap-cunggap.

Sit-up dah lama tak buat, jogging jauh sekali. Kena kuatkan azam, bila umur meningkat metabolisma badan pun berkurang jadinya kena usaha lebih. Tahun baru Hijrah baru beberapa hari berlalu eloklah berazam untuk jaga kesihatan sebaiknya.


Buah Yang Menyihatkan Mata


Saya rabun, rabun tahap gaban. Bila saya buka cermin mata saya separuh buta, nikmat mata yang Allah s.w.t tarik sedikit demi sedikit sejak berusia 14 tahun. Tanpa bantuan cermin mata saya tidak dapat menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna. Setiap detik saya akan berkacamata tetapi saya bukanlah 'Budak Kacamata'. Waima nak tidur kekadang saya tertidur dengan kacamata di mata dan biasanya anak-anak akan cabut dan letak dihujung kepala. Asal celik mata benda pertama yang dicari tentulah kacamata. Keluarga saya yang perempuan akan mendapat masalah mata yang lelaki tidak, mungkin faktor keturunan.

Marilah sama-sama kita jaga kesihatan mata. Bantulah mata kita untuk terus sihat.

Wartapedia - Vitamin A merupakan salah satu jenis vitamin larut dalam lemak yang berperan penting dalam pembentukan sistem penglihatan yang baik. Selain terdapat di sayuran, Vitamin A ini juga banyak terkandung di beberapa jenis buah.

Buah-buah yang boleh kita amalkan sebagai penjagaan kesihatan mata yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C :

1. Tembikai

2. Rock Melon

3. Kiwi
Kandungan lutein dalam buah kiwi dapat mencegah penyakit katarak.

4. Strawberi
Kandungan vitamin C pada strawberi berfungsi untuk memperkuat jaringan ikat dan memelihara kesihatan pembuluh darah pada mata.

5. Limau
Dikenal sebagai penghasil vitamin C, serat, folat, kalsium, dan kalium, limau dipercaya dapat menjaga kesehatan mata.

6. Tomato
Bukan hanya sekedar bahan masakan , sebuah tomato  mengandung banyak vitamin A.

7. Pepaya
Buah pepaya banyak memiliki kandungan nutrisi, salah satunya vitamin A yang melimpah. Selain baik untuk pelawasan.

8. Mangga
Salah satu jenis buah bermusim ini juga sangat kaya dengan Vitamin A.

9. Apel
Selain baik untuk diet, kandungan vitamin A pada apel membantu dalam menjaga kesihatan mata, sehingga mata tetap jernih.

10. Belimbing
Selain memiliki kandungan air yang banyak, buah yang satu ini memiliki kandungan vitamin A dan C yang baik untuk mata.


Saya lupa di mana saya salin rencana ini. Saya berkongsi di sini supaya sama-sama dapat kita amalkan agar yang belum mempunyai masalah mata mampu menjaga nikmat Allah s.w.t yang satu ini. Mata saya semakin teruk sebab 12 jam saya akan bekerja menggunakan komputer dan balik ke rumah 2-3 jam pula saya akan mengadap tv.


Saya terbaca petua di satu laman yang menggunakan minyak habastussauda dan di campur maud lalu dititik ke dalam mata sehari dua kali bagi membantu memulihkan rabun. Sama-samalah kita berusaha.




Punca Sakit Belikat Dan Cara Penyembuhan


Saya pernah menulis berkenaan sakit urat belikat yang di alami pada awal tahun 2013 dulu. Boleh rujuk ke sini untuk entri terdahulu. Kesakitan yang teramat sangat membuatkan saya sanggup mencuba apa juga perubatan yang dapat membantu melegakan kesakitan tersebut. 


Antara penyebab utama ialah kebergantungan penggunaan yang terlalu banyak terhadap tangan kiri. Walaupun saya tidak kidal tetapi banyak kerja-kerja mengangkat benda-benda berat saya lebih selesa menggunakan tangan kiri.

Contoh :

1.  Menggalas handbeg/bagpack di bahu kiri.
2.  Lebih selesa mengangkat beg yang berisi barangan menggunakan tangan kiri.
3.  Mendokong anak di sebelah kiri.
4. Tidur mengiring sebelah kiri.
5. Anak suka tidur di atas lengan kiri.
6. Banyak menaip menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan pegang tetikus.

Tiga bulan saya menderita sakit di urat belikat ini, kadang-kadang kesakitan yang tak tertanggung di rasai sehingga memaksa saya mengambil pil penahan sakit. Ada masanya kesakitan itu tidak sangat terasa dan saya boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Banyak cara yang dicuba untuk menyembuhkan sakit urat belikat saya.

Antaranya:

1. Sapu minyak panas. Tindakan ini akan menghilangkan sekejap rasa sakit kerana rasa panas minyak tersebut terhadap kulit kita.
2. Berurut. Kebetulan semasa mengalami sakit urat belikat saya melalui proses berpantang kerana keguguran jadi saya juga mengurut dengan membanyakkan urutan pada bahagian yang sakit.
3. Bertungku. Saya hanya tuam menggunakan beg panas di bahagian tersebut. Bagi saya tuam menggunakan beg panas akan lebih menyakitkan kerana mengakibatkan keradangan pada otot-otot bahagian yang kita tuam.
4. Tuam menggunakan ais. Ini adalah antara cara terbaik yang saya gunakan setakat ini. Saya bungkuskan ais di dalam plastik, baring dan letakkan pada bahagian yang sakit (baring atas ais jadi kena anggarkan kedudukan ais dan kedudukan tempat yang sakit, biar kulit terasa kebas). 
5. Bersenam. Ini adalah penyelesian jangka panjang. Setiap pagi saya akan buat aktiviti regangan ringan selama 10 minit setiap kali bangun tidur, lebihkan aktiviti yang melibatkan bahagian tangan. Jalani ruti ini setiap hari.


Kebiasaannya sakit ini akan berulang jadi berhati-hatilah terhadap penggunaan tangan anda. Pilihlah makanan yang kita makan dengan tidak memakan makanan yang berunsur angin dan sejuk. Contohnya saya tidak makan sayuran menjalar seperti petola, kundur mahupun kangkung kecuali teringin sangat. Saya juga jarang minum ais. Makanan turut mempengaruhi kesihatan kita, jadi hati-hatilah semasa makan.


Kesihatan Jantung


Sabtu saya balik ke Bota Kiri ziarah emak mertua yang semakin uzur, lupa-lupa tetapi anak-anak tetap tidak boleh membantah setiap katanya walaupun dia berkeadaan begitu. Masih cengey kata orang tempat saya. Seperti biasa edisi makan-makan tetap jadi perkara pokok. Hidangan tengahari cara kampung gulai tempoyak ikan patin, ikan talapia hitam goreng garing, ikan rebus goreng, ulam kacang botol, ulam raja, petai yang di gu dengan sambal tempoyak. Paling heaven hari itu saya dapat merasa masak air cendawan busut, cendawan ni kami jumpa dalam edisi merayau kawasan kampung emak mertua. Bukan saya memasak tapi kak ipar iaitu Chor (kak sulung) dan Yang  (kakak nombor 3) yang masak.


Petangnya lepas makan saya landing sambil mengadap televisyen dengan kakak ipar. Perut dah mula meragam bahana makan cendawan busut yang sedap sangat tu. Yang bagi ubat angin dan sapu minyak angin kat perut. Padan muka nak sangat makan. Lepas solat asar yang agak lewat Pak Tuan bersandar di tiang dengan wajah berkerut, menahan sakit tangan pulak mengusap dada bahagian kiri. Saya pucat. Takut. Risau. Kakak ipar nombor empat bagi ubat angin, kemudian sapukan minyak angin di belakang dan dada (kakak ipar ni pesara jururawat). Selepas magrib kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Kalau kami balik kampung kakak-kakak suami biasanya berkumpul kat rumah emak mertua.


Saya bimbang bila Pak Tuan tidak mampu bangun serta keluar dari kereta, terpaksa memapah dia ke bilik air di Petronas. Katanya dia masih mampu bertahan cuma dia minta bawak kereta dengan sedikit laju supaya cepat sampai ke Kuala Lumpur. Keluar sahaja dari Tol Batu Gajah saya memang terus fokus di jalan raya dan sesekali menjeling pada suami yang tidur di sebelah. Hati saya tak henti berdoa agar tiada apa yang akan berlaku dan agar perjalanan kami akan selamat sampai, 1 jam 15 minit memadu kami sampai di Tol Jalan Duta. Hajat di hati nak terus ke hospital tetapi Pak Tuan kata sakit semakin berkurangan dia menolak untuk ke hospital.


Kebetulannya Ahad Pak Tuan menghadiri Pemeriksaan Kesihatan di Hospital Pantai, Cheras. Saya meminta ujian jantung di lakukan. Dari bacaan yang di dapati menujukkan bacaan maksimum sepatutnya 15 tetapi Pak Tuan 21, mengikut doktor Pak Tuan tidak mengidap sakit jantung tetapi kebarangkalian untuk mendapat Sakit Jantung adalah tinggi. Lain-lain ujian seperti Kencing Manis, Kandungan Lemak dan Kandungan Kolesterol adalah baik cuma tekanan darah Pak Tuan agak tinggi. Sakit dada bahagian kiri Pak Tuan lebih kepada angin.


Saya mengagak kemungkinan besar faktor pekerjaan Pak Tuan sekarang mempengaruhi masalah jantungnya, bekerja di dalam keadaan stress setiap hari dengan umur yang akan menjangkau 60 tahun Febuari depan agak membebankan dia. Ikut hati saya lebih suka dia duduk di rumah menjadi tamu masjid di setiap 5 waktu dan berkebun setiap hari di kebun kecilnya. Pengalaman setahun duduk di rumah pula agak negatif kerana dia menjadi semakin uzur dari sehari ke sehari kerana tiada pengisian khusus yang dibuat.


Ada yang menyarankan saya supaya mencuba 'Cuka Apple' sebagai menjaga kesihatan jantung. Tak kurang juga menyarankan 'Minyak Zaitun' serta beberapa produk lain yang terdapat di pasaran. Sila kongsikan pandangan dan pendapat kawan-kawan di sini. Mungkin ada penyelesaian yang lebih baik, mungkin ada pengalaman sebegini yang pernah anda hadapi. Ada sesiapa sudi berkongsi?



Gastrik Lagi


Kali akhir menjadi tetamu bermalam di Kajang Specialist di entri ini. Sebelum puasa tahun 2012 kisahnya selepas mama mendapatkan rawatan untuk gastrik berehat 2 hari di rumah kembali semula bila Junior pula terpaksa berehat di hospital.


Sejak seminggu yang lalu kesihatan perut agak merudum, terasa sangat tidak selesa sekejap di bahagian kiri terasa sengal, kejap rasa hendak muntah. Hari ini mula terasa sakit di bahagian ulu hati, ternyata penyakit gastrik ini tak mahu pergi jauh-jauh.


Makan berjaga. Setiap pagi mesti ambik sarapan, makan tengahari walaupun tak makan nasi mesti ambik makanan lain, malam pulak ikut sempat kalau rajin memasak makanlah nasi kalau tak goreng sahaja mee, bihun ataupun masak berkuah. Satu rutin yang tertinggal ialah kurma yang telah kehabisan stok di rumah, susu pula terasa muak dan tekak seolah-olah tak mampu hendak menerima. Sekarang terimalah padahnya.


Menahan sakit di kerusi, pergi berjumpa doktor dan ambil ubat. Cuti sakit? 14 hari habis sudah sebab masa mengandung sebelum keguguran saya banyak ambik cuti sakit. Cuti tahunan sebanyak 20 hari bagi tahun ini pula sudah negatif.Agaknya kalau berlarutan terpaksalah saya berjumpa dengan doktor kesayangan yan tak tahu cakap Melayu walaupun sepatah di Kajang Specialist. Malas nak pergi bukan apa nanti asyik-asyiknya masuk kamera lagi.


Doktor tanya mungkin saya stress. Bab kerja rasanya tidak sebab projek tengah perlahan sekarang mungkin saya stress sebab mak nak terima menantu perempuan pertama bulan November nanti. Selepas 12 tahun mak tak berkenduri besar jadinya banyak perkara-perkara kecil yang mesti di perhatikan. Anak lelaki tahunya semua hendak siap ja.


Hubungan Intim Selepas Keguguran


Melalui entri ini saya berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan tajuk 'Hubungan Intim Selepas Keguguran'. Ini bukanlah entri lucah atau berunsur seperti itu. Sedikit perkongsian mungkin akan memberi manafaat kepada insan-insan lain yang tercari-cari info, moga dapat di manafaat sebaik mungkin.


Mengalami keguguran sedikit-sebanyak akan turut mempengaruhi emosi terutama bagi mereka yang meletak harapan yang sangat tinggi pada kandungan yang sedang di kandung. Tiada sebab-sebab khas yang menentukan kenapa keguguran berlaku dan biasanya di kaitkan dengan ketidaksempurnaan genetik. Keadaan rahim tidak kuat juga merupakan salah satu sebab.


Berpantang selepas keguguran adalah lebih complicated berbanding berpantang wanita bersalin. Ini kerana semasa pantang keguguran kita tidak boleh terlalu panas mahupun terlalu sejuk. Makan juga perlu di jaga terutama elakkan makanan berunsur sejuk (sila rujuk petua-petua Melayu).


Hubungan intim kali pertama selepas keguguran pula sebenarnya terpulang kepada pasangan. Menurut agama setelah habis darah kotor tiada masalah untuk bersama. Semua ini bergantung kepada emosi wanita terbabit. Ada sesetengah wanita seawal dua minggu telah memulakan hubungan intim, sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama.


Mengikut petua masyarakat Melayu seeloknya berpantanglah sebagaimana selepas bersalin. Saya sendiri masih mengekalkan cara pantang tersebut. Menunggu sehingga 45 hari dengan sabar, perlu ada kerjasama dari pihak suami juga. Melakukan hubungan intim secara tergesa-gesa selepas keguguran akan memberi kesan emosi yang kurang baik buat wanita tetapi ia tetap bergantung kepada emosi wanita itu sendiri.


Sekiranya keguguran berlaku dengan sendiri di mana kandungan jatuh dengan sendiri melalui pendarahan kesannya mungkin agak berbeza berbanding keguguran yang terpaksa melalui proses 'D&C' atau proses 'cuci' rahim. Siapa yang pernah melalui pasti akan faham benda seperti ini. Bagi saya keguguran secara 'D&C' memang agak memeritkan, keletihan selepas itu mengalahkan keletihan selepas bersalin.


Tepuk dada tanyalah hati. Badan bukan untuk diguna pakai sehari dua. Jangan esok belum pun umur 40an sudah sakit sana-sini, badan pula bisa-bisa. Cuba kita lihat orang dulu-dulu mereka berpantang yang dikatakan 'kuno' tetapi kegigihan mereka memang sangat berkesan hasilnya.



Tip Elakkan Sakit Perut


Hari raya macam-macam hidangan ada ketupat, rendang, mee kari, me rebus, biskut, dodol dan segala jenis kuih moden dan tradisional termasuklah pelbagai jenis air dalam berbagai variasi dan perisa. Balas dendam setelah sebulan berpuasa, kalau boleh semua nak makan, bukan setakat makan tapi buruk lantak. Bila semua dan masuk perut macam-macam boleh jadi. Perut yang pasti terkejut, sebulan behave tiba-tiba diasak sebegitu rupa. Nanges.


Mengawal apa yang kita makan adalah paling terbaik. Bagi pesakit gastrik seperti saya makan perlulah sangat berhati-hati. Gastrik bukan sahaja menyerang bila kurang makan, makan tidak menentu juga akan menyerang bila terlebih makan. Hebat. Makan lebih pun tak boleh.


Tip Elakkan Sakit Perut


1. Bangun pagi terus minum air suam/air masak.

2. Minum susu dan makan kurma.

3. Elakkan minum kopi atau teh ketika perut kosong.

4. Jamah makanan yang tidak pedas dan tidak berminyak.

5. Ambil dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

6. Elakkan memakan makanan yang bersifat sejuk dan berangin (sila rujuk kepada petua orang tua-tua).

7. Mengurangkan pengambilan air ais (kadang-kadang air yang tidak di masak boleh akibatkan sakit perut).

8. Sekiranya dihidangkan dengan air berkarbonat seeloknya jangan minum.


Pada musim perayaan semua makanan yang dihidangkan nampak sedap dimata dan dihati sementelaah pulak kita telah berpuasa selama sebulan. Berhati-hatilah dengan setiap makanan yang disuap ke dalam mulut kita, berfikir lah 2-3 kali sebelum makan, andai lebih membawa kepada kemudaratan eloklah dielakkan. Sakit diri sendiri yang tanggung.


Tip ini bukanlah hanya untuk pesakit gatrik. Sekiranya anda seorang yang sihat pun pasti akan berlaku benda-benda seperti ini apatah lagi ketika musim perayaan. Belajarlah bersabar ketika berhadapan dengan makanan. Sakit dalam tubuh kita berasal dari apa yang kita makan.



Health Tips for the Haze


Dear all,

We are currently experiencing the “haze season” . The haze is caused by "hotspots" (zones with high temperature levels as seen via satellite imagery) in Malaysia and Indonesia. Lingering smoke from forest fires on the Indonesian island of Sumatra are identified as the primary cause. Farmers regularly burn scrub and forest to clear land during the dry season for agricultural purposes. The haze   phenomenon can easily last for several weeks and quite possibly longer until the dry season ends.

Air Pollution Index (API) and Health Effects
The API is an index developed based on 5 air pollutants to reflect the air quality status and it relation to health in easily understandable way for decision-making. The following table provides details on the API values and its relevant air quality status.

API Value
Air Quality Status
Description
0 to 50
Good
-
51 - 100
Moderate
-
101 - 200
Unhealthy
Susceptible group might be affected
201 - 300
Very Unhealthy
General public are affected
Above 300
Hazardous
General public are affected

What are the possible effects of haze on health?

What Should We Do?
1.  Keep the haze out - Before going out of the house, make sure all your windows and ventilation outlets are closed. It is better to come back to stale air rather than a million haze particles that will stay inside for a long while. Practice this until the city’s air purity level goes up to ‘moderate’ and ‘good’. Constantly check the news updates and the Department of Environment’s website to keep in the know.
2. Drink at least 2 litres of water a day - The key is to stay hydrated. Haze toxins absorbed by our lungs and skin force our kidneys to work extra hard, hence we need to help them in excreting the toxins by staying hydrated.
3. Stay away from alcohol & coffee - In regards to the previous point, alcohol and coffee dehydrate our system – which makes it even harder for the kidneys to function in hazy days like these. It is hard to go coffee-less, but stay strong for the sake of well-functioning kidneys!
4. Boost your immunity with superfoods -  A healthy diet is important at all times, but in hazy days – it is a definite must. If you are determined to not suffer from scratchy throat or runny nose, then do your part: eat healthily. Make sure you have sufficient daily intake of: protein, calcium, refined carbs, and ‘good’ fats. With balanced diet – you should have enough amount of vitamin C, E, and Omega-3 without having to source them from capsules.
5. Avoid going outdoors - Stay indoor as much as possible, but when you do have to go out, put on a face mask.
6. Wash your hands & face regularly - As much as we try to not be exposed to the toxins, our skin still absorbs them. Be fussy about washing hands and face in public places. After going out, shower immediately to cleanse away the toxin residues.
7. See the doctors immediately after health problems - For those with breathing problems (e.g. asthma) and skin problems (e.g. eczema), always be prepared with your medical solutions during the haze period. For those who experience sudden health problems, especially to do with breathing, see the doctor immediately. However, be informed it is common to experience runny nose because the body produces extra mucus to excrete the toxins.


Sumber: email (lain-lain sumber dari email ini tidak diketahui)

Nicholas Maria Soosay Thas
Senior HSE Engineer