Semua orang ada otak tapi tak semua orang ada akal sebab kalau ada akal kita tak akan cakap benda bukan-bukan atau komen benda yang kita tak tahu. Serah pada orang yang lebih tahu dalam apa keadaan sekali pun, biar orang yang bertanggungjawab atau lebih pakar selesaikan.
Semalam saya pergi pasar seperti biasa. Tempat saya selalu beli ayam tu abang lebai yang jual, sebab dia memang sentiasa pakai kopiah putih. Bila sampai ayam banyak lagi saya gatal mulut tanya.
"Awat ayam banyak lagi ni selalu pukoi 12 lebih tak dak dah"
"Hari ni bisness tak masyuk la kak orang kurang"
"Agaknya orang dok kalut tunggu berita pasai kapai terbang tu kot lah no, akak pon mai lambat hari ni dok tunggu berita"
"Elok la tu kak, asyik-asyik rugi ja. Sekali ni betoi-betoi depa rugi. MAS hilang sebijik kapai terbang"
Saya terus tumbuh tanduk. Marah betul. Mana taknya seluruh rakyat Malaysia bersedih atas kehilangan MH370 dan dia selamba cakap macam tu. Sebab dah biasa dengan dia dalam gelak saya libas jugak sikit.
"MAS tak rugi pun, kapai terbang tu ada insuran. Cuma image bersih tu tercalaq sikit la.
Hat kita dok kira ni kesedihan kaum keluarga depa yang terlibat la.
Takut-takut ada anak-anak jadi yatim hilang mak, hilang pak. Bini jadi janda laki jadi duda. Mak pak hilang anak. Ada hilang tempat bergantung."
Ada juga yang komen. "Haaaa...dah jadi lagu tu baru kalut nak buat sembahyang hajat semua tu dulu hampa enjoy katak." Rakyat Malaysia buat sembahyang hajat di merata tempat bukan atas permintaaan sesiapa pun semuanya ikhlas dengan rela hati buat untuk kebaikan. Ada juga yang komen "Musibah Allah bagi la tu salah seorang penumpang tu hakim yang kendali kes DSAI. Dapat la balasan dia Allah bayaq cash." Siapa kita untuk tentukan itu hukum Allah buat dia tapi yang pasti itu adalah takdir yang Allah telah tentukan buat mereka semua. Kun Fa Ya Kun.
Tolong la perihatin sikit bila nak bercakap. Sila guna akai bukan guna kepala lutut. Bayangkan dalam kapal terbang tu ada anak-anak, laki atau bini kita, adik-adik atau saudara-mara kita sanggup ke kita cakap yang bukan-bukan.
Ni satu lagi. Akai tak dak komen dangkal. Pi Beijing tu buat maksiat ka? Kalau nak ikut buat maksiat kat Malaysia ni pun berlambak.
(Sumber gambar : Copy & Paste dari FB)
Lebih baik senyap kalau tak tau apa-apa. Doa banyak-banyak untuk mereka untuk keluarga mereka dan untuk diri kita sendiri.
(Sumber gambar : Copy & Paste dari FB)
Entri luahan hati bersama seribu emosi. Saya sedih. Saya pilu. Saya doakan mereka setiap kali solat. Saya buat solat hajat mendoakan segalanya selesai dengan cepat. Itu sahaja yang mampu saya buat.