Malaysia umpama lubuk rezeki yang membawa kekayaan buat mereka dan keturunan mereka di tanah air masing-masing. Kerja tanpa menghiraukan waktu rehat selagi dapat mengumpulkan kekayaan yang bakal di bawa balik tanpa peduli sekeliling. Sikap itulah yang membuatkan majikan tempatan lebih berminat untuk menggaji pekerja asing sama ada secara sah atau tidak.
Semalam saya menulis warga Pakistan yang mendominasi
Jalan TAR tak kurang hebat juga di
Pasar Borong Selangor yang menjadi tumpuan rakyat tempatan mencari barangan basah mahu pun kering. Menjejakkan kaki ke sana seolah-olah kita berada di luar negara! Penjual ikan kebanyakannya warga asing tidak pasti Nepal atau Myanmar rasanya gabungan keduanya. Kadang-kadang mulut merah menyala dengan warna sirih dan tanpa memikirkan kebersihan mereka ludah di merata tempat.
Kurang pasti samaada mereka pekerja atau sememangnya memiliki perniagaan tersebut. Kebanyakan lot tertulis nama tuan punya yang langsung tidak sama parasnya dengan penjual! Peniaga Melayu yang masih bertahan di Pasar Borong Selangor hanyalah peniaga ayam, daging dan sebahagiannya penjual sayur. Hanya satu dua gerai ikan merupakan rakyat tempatan.
Pernah membeli ikan di satu gerai bila kita mula tawar menawar penjual warga asing ini mula meninggikan suara. "Kalau nak Rm7 ambik free lah" dengan kasar dan kurang ajar. Saya perempuan tetapi ini tanah air saya! Terus saya jawap dengan nada tinggi jugak. "You nak bagi free ke? You jangan kurang ajar. You hanya menumpang dan merempat di tanah air saya!" Orang sebelah menyebelah pandang saya semacam. Kenapa mesti takut dibumi sendiri? Saya tahu ada kes pergaduhan yang berlaku tidak lama dulu yang melibatkan pekerja di pasar borong dengan pembeli sehingga melibatkan kes polis tetapi mereka tetap mendominasi kawasan tersebut.
Sekali lagi pihak majlis seolah pejam mata dan merestui apa yang berlaku di Pasar Borong Selangor. Hak rakyat tempatan diketepikan, undang-undang pulak dipermainkan. Percaya atau tidak kebanyakan pekerja di situ adalah PATI! Saya sangat pasti.
Kalau dulu-dulu sebut sahaja Jalan TAR pasti kita membayangkan sebatang jalan yang di penuhi peniaga Melayu kerana barang-barang yang dijual di situ lebih kepada barangan keperluan orang Melayu selain supermarket yang ada. Syurga membeli belah buat wanita. Berjalan sepanjang laluan tersebut mata menjadi rambang dengan segala yang terhidang terutama kain pasang, pelbagai tudung, telekung, kain batik, kain pelikat, jubah serta keperluan lain.
Hakikatnya kini walaupun pemandangan yang sama kita lalui tetapi kehadiran mereka sedikit mengubah persepsi kita kini. Jalan TAR di dominasi oleh peniaga-peniaga luar terutamanya Paksitan. Dulu mereka hanya menjual karpet dan kain menggunakan motosikal dari rumah ke rumah tetapi kini mereka punya perniagaan sendiri.
Menjadi tandatanya adakah terlalu longgar undang-undang negara kita sehinggakan mereka yang bukan rakyat Malaysia berniaga tanpa ada sekatan malahan telah mendominasi perniagaan di kawasan tersebut dan mula membunuh satu-persatu usahawan Melayu. Kita bukan tidak berdaya-saing tetapi kita kalah dek kekuatan mereka menyokong bangsa sendiri di tempat kita sedangkan peniaga Melayu masih ramai yang mengekalkan sifat PHD. Adakah mereka layak mendapat lesen perniagaan? Atau ada antara rakyat kita sendiri mengambil jalan mudah mendapat duit mencalar maruah dengan menyewa lesen kepada mereka?
Dewan bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya membuka mata dengan lebih luas dengan isu ini. Jangan hanya sibuk hendak menyaman kenderaan yang diletak di bahu jalan. Gunkanlah 'kanta' untuk melihat peniaga-peniaga di sepanjang Jalan TAR. Bangunan pentadbiran DBKL hanya terletak sepelaung dari situ jadi tiada alasan untuk 'orang-orang besar' tidak ambik tahu. Jangan hanya duduk baca akhbar di dalam kereta yang di pandu pemandu kemudian turun di depan pejabat dan masuk ke bangunan pejabat sejuk ber hawa dingin tanpa mahu menoleh sekeliling!
Seminggu sekali saya akan melawat Pasar Borong Selangor bagi mengisi stok dalam peti ais. Jadi saya sudah biasa dengan harga barangan di sana terutama sekali harga ikan dan sayur-sayuran. Ahad lepas saya pergi harga ikan di Pasar Borong Selangor melambung tinggi. Bukan sedikit punya naik harga tetapi hampir sekali ganda bagi ikan-ikan terpilih dan udang terutamanya.
Kebanyakan harga ikan meningkat sekitar 30-50 peratus. Harga ikan besar serta terpilih pula paling banyak peningkatan harganya. Ikan bawal hitam kebisaannya Rm15-20 sekilogram meningkat sehingga Rm30 sekilogram. Udang agak kecil yang biasnaya berharga Rm21 sekilogram meningkat sehingga Rm29.00 sekilogram udang laut yang biasanya berharga Rm45 meningkat sehingga Rm70-80 sekilogram. Siakap Rm15-18 sekilogram. Ikan besar yang lain saya tak tengok pula.
Keluarga saya jarang makan ikan besar-besar sebab kalau masak anak-anak makan tanpa semangat. Jadi kebiasaannya saya hanya beli ikan-ikan kecil seperti ikan sardin, pelaling dan selar. Talapia dan keli juga menjadi pilihan. Harga ikan kecil ini turut meningkat di mana ikan sardin kebanyakannya Rm8-11 sekilogram, pelaling juga sama berbanding Rm6-8 sekilogram sebelum ini.
Harga ayam dan daging adalah tetap, tiada peningkatan. Saya masih membeli ayam dengan harga Rm6.80 sekilogram di gerai ayam kegemaran saya. Juga daging masih pada harga yang sama di gerai kegemaran saya juga. Ikan memang saya pusing sahaja tengok yang mana cantik saya beli tapi untuk daging dan ayam memang dari gerai yang sama setiap minggu.
Harga sayur-sayuran pula bagi saya tiada kenaikan ketara kecuali bagi cili besar yang memang sangat berbeza harganya. Peningkatan harga sayur-sayuran adalah terhad mungkin 10-15 peratus dan ada diantaranya langsung tiada peningkatan.
Saya biasanya hanya akan beli ayam, daging, ikan pelaling, ikan sardin, ikan keli, ikan talapia, sesekali ikan siakap, kadang-kadang sangat tenggiri. Sotong wajib beli setiap minggu, udang 2 minggu sekali. saya memilih Pasar Borong Selangor kerana di sana lebih banyak pilihan ikan dan banyak juga pilihan harganya. Jadi kita membeli ikut kemampuan. Tak mampu beli sotong yang besar belilah yang kecil sedikit. Di situ juga saya boleh membuat perbandingan harga dan mutu ikan.
Kisah Airasia lagi. Kali ini saya nak bercerita tentang 'prosedur Airasia bila lupa bawa MyKid atau surat beranak anak' ketika nak check in di lapangan terbang. Kadang-kadang dalam kesibukan kita terlepas pandang pengenalan anak ini. Bila sampai LCCT mulalah cemas. Oleh itu sila berada lebih awal di lapangan terbang untuk mengelakkan masalah.
Biasanya kita akan buat web check in dan print boarding pass, sampai LCCT kita akan ke kaunter scan dan daftar lagi sekali di kaunter disediakan juga untuk masukkan bagasi. Biasanya petugas Airasia akan minta boarding pass dan kad pengenalan atau surat beranak/MyKid bagi kanak-kanak. Petugas juga ada bertanya sekiranya ada sebarang pengenalan lain atau fotokopi surat beranak/MyKid sekiranya kita terlupa membawa yang original, bermakna salinan juga mereka terima.
Pengalaman sesetengah orang mungkin tak sama tetapi saya menulis atas pengalaman sendiri. Petugas meminta saya ke Pondok Polis LCCT untuk buat report pengesahan mengatakan MyKid tertinggal. Berlari mencari Pondok Polis seperti menyertai Amzing Race pon ada, tempat yang biasa tengok pun jadi lupa. Terpaksa bertanya arah.
Sampai Pondok Polis sila bagi tahu yang MyKid anak tertinggal, serahkan IC orang yang membuat report (saya IC tercicir yang ada lesen jadi dia terima jugaklah tetapi pihak Polis tetap membuat pengesahan alamat di Balai Polis berhampiran dengan alamat tertera di lesen). Setelah report siap ambil salinan report dan terus masuk ke balai berlepas (masa masuk kat dalam sana sebenarnya petugas hanya tengok boarding pass dah tak mintak IC bagai sebenarnya, jadi report yang kita buat tu sebenarnya hanya memenuhi prosedur sahaja).
Pengalaman kawan saya ke Pulau Langkawi pada November 2013 melalui LCCT pula bila bagi tahu petugas semasa check in bagasi surat beranak anak tak bawa di lepaskan tanpa masalah. Cuma bila penerbangan balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dia hanya diwajibkan mengisi borang pengakuan.
Mengikut standard yang tertulis sememangnya surat beranak atau MyKid menjadi pengenalan wajib ada untuk kanak-kanak dan mungkin ada budi-bicara bagi sesetengah kes mengikut petugas-petugas itu sendiri. Tetapi adalah diingatkan bagi penerbangan ke Sabah/Sarawak adalah wajig membawa surat beranak/MyKid sekiranya tidak anda tidak akan dilayan. Penerbangan antarabangsa pula hanya memerlukan passport antabangsa sebagai pengenalan.
Saya cuba mendapatkan perkhidmatan kerusi roda AirAsia untuk emak semasa penerbangan dia bersama Kakak Hayani balik ke Perlis cuti Tahun Baru nanti. Ini pertama kali saya cuba menggunakan khidmat kerusi roda sebab emak demam dan mungkin pada tarikh itu kesihatan emak masih belum stabil. Biasalah orang tua akan ada masalah bila perlu berjalan jauh sebab LCCT tu agak besar dan saya bimbang kapal terbang di parking jauh dari balai menunggu. Di Alor Star saya tak bimbang sangat sebab Lapangan Terbang Alor Star kecik sahaja.
Saya cuba 'mengurus' semula tempahan untuk memasukkan perkhidmatan kerusi roda tetapi saya sangat terkejut rupanya ada bayaran yang dikenakan. Pulak tu bagi saya Rm60 untuk khidmat sebegitu agak mahal. Pandangan peribadi saya tak boleh ke AirAsia buat sedikit khidmat sosial kepada penumpang kurang upaya mereka.
Emak saya kata tak apalah mak jalan sahajalah pelan-pelan takkan depa nak tinggai mak pulak, lebih baik Rm60 tu bagi mak je buat belanja makan bila sampai Alor Star nanti...ahahaaa...
Lazada rasanya nama yang tak asing lagi bagi yang gemarkan shopping online. Sebelum membuat keputusan membeli secara online saya buat carian jugak di internet. Ina blogger IntanBerlian kata service bagus barang pun bagus dengan diskaun menarik boleh tengok kat
sini dan
sini tetapi saya terlepas pandang pengalaman Eyriqazz kat
sini tetapi Lazada telah meminta maaf atas kesilapan mereka boleh baca di entri
ini. Jadi terpulang pada pendapat masing-masinglah untuk shopping dengan Lazada ini.
Saya buat keputusan untuk membeli sebuah tablet untuk Hikram anak bungsu saya tetapi hanya memilih tablet yang murah dengan
call facility. Jadi dia boleh call dan sms mama juga, jimat tak payah beli telefon bimbit untuk dia. Saya beli tablet jenama
EASTCOM dengan potongan harga 50% dapatlah Rm299 dengan penghantaran percuma. Alhamdulillah telah selamat sampai walaupun ada sedikit masalah penghantaran di mana saya terpaksa menunggu 6 hari untuk barang di hantar dari Kuala Lumpur ke Kajang entri itu boleh baca kat
sini.
Janjinya GD Express nak hantar malam jadi dalam pukul 8.20pm depa pun sampai depan pintu. Hikram dah suka sangat, cepat-cepat mama buka. Ini bungkusan bahagian dalam, dibungkus kemas tanpa ada cacat celanya.
Buka sahaja Hikram dah mula senyum-senyum dan happy sangat. Tiada yang lebih membahagiakan seorang mak selain dapat menggembirakan orang yang di sayangi.
Inilah dia rupanya tablet EASTCOM tersebut. Cantik juga design dia taklah gedabak tebal seperti saya tengok di kedai telefon tempoh hari pulak harga pun agak mahal jugak. Saya happy tengok barang dalam keadaan baik dan cantik!
Alhamdulillah setakat ini tak ada sebarang masalah lagi. Kalau ada masalah boleh pulangkan dalam tempoh 14 hari dan saya berharap tak akan ada masalahlah. Sudah masuk sim kad, boleh buat call boleh sms tanpa masalah. Internet juga smooth sahaja lagipun bukan heavy duty user pun. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk pembelian seterusnya.
Saya membeli secara online dengan sebuah pembekal yang memang terkenal dengan service baiknya. Ramai yang menulis di blog masing-masing tentang pembelian mereka yang bagi saya memang memberikan yang terbaik buat pengguna. Barangan yang ditawarkan juga sangat pelbagai dengan harga yang menarik.
27hb November 2013 saya memesan sebuah tablet yang diberi 50% diskaun untuk si adik. Sudah lama dia dok meratib jadi sebelum beli yang lebih mahal saya belilah yang biasa dulu supaya dia belajar untuk menjaga barang dengan baik. Kalau rosak pun tidaklah saya berputih mata kerana harga tablet tersebut tak sampai Rm300 dan boleh masuk sim sebab syarat nak beli tablet yang dia bagi dia nak yang boleh buat call (demand betul anak).
Tunggulah saya GD Express hantar barang sebab syarikat tersebut menggunakan khidmat syarikat ini. Mengikut track record 28hb barang sudah diambil dan dihantar ke Kajang Branch. Saya menganggarkan 29hb akan sampailah barang ke rumah. Tunggu punya tunggu sampai hari ini bayang pun tak nampak, budak kecik tu pulak asyik lah dok tanya.
Hari ini saya call GD Express dan budak yang angkat call bagitau benda yang sama saya tengok dekat internet, sabar jelah. Dia bagi nombor Kajang Branch dan minta saya telefon sana. Bila telefon ke Kajang Branch katanya pada 29hb hari Jumaat ada masalah diesel (rasanya saya tak salah dengar). Saya tanya lagi Sabtu pula kenapa tak hantar? Hari Sabtu katanya pula kekurangan pekerja, ramai yang bercuti. Jadinya barang saya cuma akan di hantar malam nanti iaitu 2hb Disember.
Saya bukan apa risau. Barang yang saya beli tu tablet kot. Depa buat apa-apa pun saya tak tahu, manalah tahu bukan semua orang betul-betul ikhlas buat kerja. Masa shipping dari pembekal cantik tapi bila berada di tangan syarikat penghantaran lain pulak jadinya. Risau saya!
Budak yang mula-mula saya call bagitau benda inilah, rasa nak lempang jew!
Ini adalah antara perkara yang merisaukan saya bila membeli barang-barang online. Selepas ini mungkin saya akan pertimbangkan banyak kali untuk membeli tablet, telefon atau alat elektronik lain melalui pembelian online. Barang-barang lain mungkin boleh.
Nasib saya tak berapa baik mungkin sebab saya tengok orang lain guna penghantaran GD Express tak ada masalah pun. Tak apalah redha jelah, nak marah-marah pun tak guna buat bertambah kedut-kedut kat muka I sahaja. Tunggulah malam nanti tengok hasilnya.
Pixajoy sibuk buat promotion saya pun sibuk pilih gambar. Sebelum ini ada promo lain tapi tak pernah jadi beli kali ini tetiba pulak terasa nak beli sebab hanya print gambar bukan buat photobook bagai. 3 sekali beli untuk setiap kupon 24 keping gambar. Jumlah saya bayar untuk 72 keping gambar tu cuma Rm20.70. Sekarang tengah pilih-pilih gambar percutian keluarga ke Padang, Indonesia dulu.
Tengok tu Rm0.25 sahaja untuk sekeping gambar. Berbaloi sangatlah. Tak payah nak pergi ke kedai nak keluarkan tambang dan berpeluh-peluh. Duduk depan komputer pilih je gambar mana nak print.
Ini dah siap dua projek jap lagi nak pilih-pilih lagi. Cumanya saya tersilap agak sepatutnya saya ambik je yang 96 keping terus jimat Rm4. Tapi tak apalah percubaan kali pertama, lain kali boleh buat lagi. Nanti bila saya dah dapat salinan gambarnya saya tayang-tayang kat sini.
Jalinan lebuhraya yang terdapat di Malaysia memberi banyak kemudahan serta kelebihan kepada penggunanya begitu juga kemudahan sepanjang laluan lebuhraya tersebut. Saya merupakan pengguna tegar Lebuhraya Utara Selatan sejak berpuluh tahun lepas. Setiap hari kami melaluinya untuk ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari Kajang dan sebaliknya.
Hentian Rehat dan Rawat Serdang arah selatan merupakan antara tempat persinggahan kerap kami sama ada untuk mengisi perut mahupun melunaskan tuntutan agama. Kekerapan singgah di sini membuatkan kami seolah di kenali di sini juga bagi kami sudah hafal setiap hidangan menu yang di sediakan. Mahu ataupun tidak terpaksa juga di telan segala yang terhidang. Memasak? Kadang-kadang masa itu terlalu mencemburui, kami terlalu banyak kekangan masa yang tak boleh hendak di ungkapkan di sini.
Pada pandangan saya pihak PLUS perlulah memberi lebih perhatian kepada perkhidmatan yang di sediakan di setiap kawaan rehat. Pokok utama tentulah harga makanan yang kadang-kadang tidak masuk akal. Saya pernah membayar nasi lemak bersama seketu kecil ayam goreng berharga Rm6. Bihun sup pula berharga Rm4.50 dengan seketul kecil ayam juga. Harga air adalah seperti biasa. Bagi saya harga makanan di Hentian Rehat dan Rawat Serdang arah selatan adalah mahal.
Di bandingkan sebelum PLUS melakukan pengubahsuaian harga makanan adalah lebih murah kerana semangkuk bihun sup dijual dengan harga Rm3.50 dan tidak kedekut ayamnya. Nasi ayam Rm4.50 sekarang naik 50 sen. Lauk-lauk juga tidak ketara sangat mahalnya. Pekerja-pekerja Indonesia di gerai-gerai tersebut pula langsung tidak mesra pelanggan. Mengambil tempahan secara bersahaja kadang-kadang menarik muka masam. Tempat cuci tangan pula langsung tidak disediakan sabun. Tak salah rasanya sediakan cecair pencuci tangan di temapt basuh tangan, bukanlah di minta yang berharga mahal.
Teguran pengguna adalah untuk memberi ruang pihak bertanggungjawab membuat penambah baikan. Mungkin sebelum ini mereka terlepas pandang tetapi jangan pula memandang sepi setiap komen-komen yang pengguna telah beri.
Makan bila tah nasi putih dan sambal hijau ikan talapia harga Rm6. Bagi saya mahal harganya pendapat orang lain saya tak tahu. Dulu sekali saya ambik nasi separuh dan ikan keli sambal harga Rm5. Nak tak nak saya makan jugaklah tak ada pilihan.
Petang-petang lapar, tengok atas meja ada roti putih. Jem habis, tuna tak ada. Jalan gi pantry hajatnya nak buat air teh hijau. Tuang air pusing je terpandang milo. Tiba-tiba toink...toinkkk...dapat idea. Laju-laju ambik mug cedok milo bawak balik ke meja. Nikmatnya...tabur milo atas roti putih! Sambil teguk teh hijau.
Terbayang-bayang zaman kecik-kecik dulu. Kalau mak beli Milo memang kena sembunyi, begitu jugak kalau beli susu tepung jangan letak tempat yang anak-anak nampak. Susu biasanya mak akan beli Everyday seperti juga Milo kedua-duanya adalah produk Nestle. Kami adik beradik akan ratah-ratah je milo atau susu tu. Masuk dalam mulut kemam-kemam sehingga mencair! Nikmat sehingga terpejam mata...
Anak-anak saya tak pulak saya ajar macam tu kalau tak jenuh dok beli milo dan susu, dalam tak ajar pun masa anak-anak masih kecil mereka habiskan 3kg milo dan 1kg susu tepung sebulan. Saya masih kekal dengan milo dan susu Everyday dari zaman saya kecik-kecik sehinggalah zaman anak-anak saya kecik. Rupanya kami sekeluarga sangat sinonim dengan produk Nestle kerana menggunakan Milo, Susu Everyday, Nescafe, Maggi dan bijirin sarapan seperti Cornflake dan Coco Crunch dalam kehidupan seharian. Masih kekal dengan Nestle!
Gambar saya pinjam dari sini.
Nostalgia betulkan gambar tin milo dan susu Everyday tu. Sekarang yang banyaknya dalam soft pack sahaja. Mak saya memang pentingkan minum susu tepung ini dari dulu-dulu sampailah sekarang masih macam tu. Bekalan susu tepung ini mesti sentiasa ada kat rumah, nak bersusu segar kotak bagai tu kosnya tinggi deikitlah almaklumlah rakyat jelata kat rumah mak tu ramai. Rumah sendiri bolehlah beli masuk dalam peti ais sahaja susu segar tu.
Nilai pengalaman zaman kecik-kecik tak terbeli dengan wang ringgit.
Sejak kebelakangan ini saya jarang menggunakan khidmat Pos Malaysia bukan apa kalau dulu khidmat Pos Malaysia sangat perlu untuk menghantar surat. Sekarang tidak lagi bila zaman telah berubah. Email dari sini terus sahaja orang di sana dapat ataupun terus sahaja sms, WhatApps mahupun WeeChat, FB juga dan banyak lagi cara lain boleh di gunakan.
Sesekali ada juga keperluan menggunakan Pos Malaysia bila perlu menghantar barang atau salinan sesuatu dokumen. Sangat menyedihkan bila sampai sahaja sampul surat terdapat kesan buka. Pelik kalau di pos mestilah telah digam sebaik mungkin tetapi kesan bukaannya sangat jelas. Inilah jadinya bila ada antara pekerja yang tidak amanah. Bukan menyalahkan Pos Malaysia tetapi bila terjadi perkara begini pastinya penerima/pengirim sangat kecewa.
Sampul surat ini saya terima dari kiriman seseorang. Mengirimkan buah tangan bila kembalinya dari luar negara menggunakan pos biasa. Gam di penutup sampul surat nampak seperti dikoyak kemudian di letak tape putih sebagai pelekatnya. Mungkin depa ingat di dalam tu ada barang berharga kot. Sekali dulu sama juga menerima kiriman 'FM' dari seorang kawan dengan sampul yang sedikit koyak dan penyambut tetamu tidak mahu mengambil risiko minta saya datang collect cepat-cepat surat saya.
Zaman serba canggih, kemodenan bertali arus banyak perkara telah lebih mudah diuruskan berbanding 10-15 tahun lepas. Lama dulu sekiranya ada urusan melibatkan bank terpaksalah beratur di kaunter, berdiri berbaris panjang. Moden sikit guna sistem nombor, moden lagi tak payah pergi bank lagi guna sahaja internet banking. Mudah, cepat dan selesa. Duduklah di mana-mana pun urusan perbankkan tetap dapat dijalankan.
Salah satu kemudahan yang ada sekarang ialah Kolaborasi Bank Islam dan Tabung Haji yang sangat memudahkan pengguna perkhidmatan Tabung Haji. Perkara utama anda perlulah ada akaun Bank Islam bersama kad ATM. Aktifkan penggunaan kad ATM dan linkkan ke Tabung Haji. Semuanya anda boleh lakukan sendiri di mana-mana ATM Bank Islam. Ikut arahan yang tertera sekiranya ada masalah tanyalah petugas bank.
Kemudahan yang dapat digunakan termasuklah urusan penyimpanan melalui kaunter Bank Islam juga melalui Cash Deposit Machine (CDM). Melalui kaunter adalah percuma manakala simpanan melalui CDM akan dikenakan charge sebanyak Rm0.50 yang ditolak dari jumlah yang kita telah masukkan. Jadi kita boleh berurusan dengan Tabung Haji walaupun pada hari cuti.
Melalui Kolaborasi Bank Islam dan tabung Haji juga kita boleh membuat pengeluaran akaun Tabung Haji menggunakan kad ATM Bank Islam. Kadang-kadang kita mungkin terpaksa menggunakan duit dalam jumlah yang banyak dan duit pulak kita simpan di dalam akaun Tabung Haji melalui kolaborasi ini anda boleh mengeluarkan simpanan anda melalui mesin ATM sahaja.
Bank Islam juga memberi kemudahan pemindahan ke akaun pihak ke tiga dari mana-mana bank hanya di hujng jari. Bererti dari Tabung Haji kemudian dipindahkan ke Akaun Bank Islam dan di masukkan ke akaun pihak ketiga contohnya akaun Maybank hanya melalui satu transaksi di mesin ATM. Mudah, cepat dan selamat tanpa melibatkan duit tunai.
Itulah nikmatnya kemodenan dan teknologi. Jadi sebagai pengguna jangan salah guna teknologi yang ada. Bagi saya Kolaborasi Bank Islam dan Tabung Haji ini banyak membantu sekiranya ingin menambah simpanan kerana tidak perlu lagi ke Kaunter Tabung Haji yang mungkin jauh berbanding Bank Islam yang lebih banyak cawangannya.
12.45 bas ekpress dari syarikat yang sama sampai dan menurunkan penumpang di luar platform berdekatan stesyen bas henti-henti, rupanya bas tersebut juga akan membawa kami semua ke Kuala Lumpur dan Kajang. Non-stop trip! Naik bas penumpang duduk berselerak ikut suka hati kerana tiada nombor pada setiap tempat duduk seperti kebiasaannya. Saya bernasib baik kerana masih ada tempat duduk bersebelahan yang boleh saya duduk berasama anak kalau tak memang saya minta pemandu atau kakitangannya kira balik penumpang mengikut turutan nombor tiket masing-masing!. Perkara pertama yang saya tanya kepada budak yang memeriksa tiket adalah 'bas ini ada pemandu gantian atau tidak'. Alhamdulillah pemandunya tetap 2 orang.
Kami bertolak sekitar jam 1am dari Alor Setar. Setiap kali pemandu menukar gear akan ada suatu bunyi seolah gear mengalami masalah. Nampak sangat bas berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan. Saya hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t melindungi perjalanan kami semua hati sedikit runsing bila memikirkan Changkat Jering dan Gua Tempurung. Saya tak mampu melelapkan mata. Rasanya dalam perjalanan sekali lagi bas berhenti mengambil penumpang sekitar Sungai Petani. Saya hanya tidur-tidur ayam sehinggalah bas berhenti di Hentian Jalan Duta dan kemudian ke Pudu Sentral akhir sekali ke Kajang menurunkan penumpang. Semasa bas berhenti berehat di R&R yang terdapat di lebuhraya saya langsung tidak turun.
Alhamdulillah saya selamat sampai ke Kajang. Saya meminta pemandu memberhentikan bas di pertengahan jalan di depan sebuah tokong di Jalan Reko tidak terus ke Hentian Kajang kerana kebetulan saya boleh mengikut jalan belakang untuk balik ke rumah. Pemandu kali ini sangat berbudi-bahasa meminta saya tunjukkan tempat sepatutnya dia berhenti. Katanya dia tak biasa dengan Jalan Reko sebab ini sepatutnya bukan laluan dia, hanya menggantikan bas lain yang menghadapi masalah. Bila berhenti dia turun bukakan tempat menyimpan barang serta tolong angkatkan beg-beg saya dan letak ke tepi. Sejuk sikit hati.
Ajal-maut, jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia sepatutnya berusaha. Sekiranya bas berada di dalam keadaan tidak memuaskan seharuslah dibetulkan dahulu. Pemandu harus perihatin, tuan punya harus bertanggungjawab. Saya rasa pemandu pertama yang memandu bas ke Klang/Shah Alam perlu mengikuti krusus cara untuk melayan penumpang. Shamisha Holiday perlu lebih perihatin dengan keadaan bas. Pantau juga pemandu-pemandu yang ada. Saya tidak meletakkan kesalahan kepada orang tertentu tetapi sekiranya semua bertanggungjawab tidak akan timbul banyak masalah, kesilapan teknikal akan berlaku di mana-mana tetapi ia mampu dielak, kecuaian pulak akan membawa padah.
Bagi saya pengalaman pertama ini membuatkan saya serik untuk menggunakan perkhidmatan bas Shamisah Holiday lagi, selagi boleh elak saya akan elak kecuali sudah tiada pilihan lain. Tiba-tiba saya terbayang sekiranya mak yang berada di dalam situasi tadi sebab mak selalu berulang dari Perlis ke Kajang. Terkial-kial turun naik bas di tengah malam kemudian terkial-kial pula mengangkat beg dan biasanya dengan banyak barangan bekalan lain di usia tua sebegitu.
Mungkin rezeki saya tidak baik ketika itu, mungkin juga Allah s.w.t sedang menguji kesabaran saya. Anda ada tak pengalaman yang boleh membuat hati di simbah lahar gunung berapi ketika menggunakan perkhidmatan bas ekpress jarak jauh? Boleh kongsi bersama.
Pagi ini buka surat khabar terpampang di dada akhbar sebuah bas berwarna kuning dan oren yang terbalik dengan tajuk '16 Penumpang Bas Tercampak, Drebar Maut'. Al-Fatihah. Terasa ingin berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan bas yang sama minggu lepas.
Pengalaman naik bas ekpress dari Kangar ke Kuala Lumpur saya sangat pelbagai setelah hampir 20 tahun tinggal di kota metropolitan tetapi ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan perkhidmatan bas ekpress tersebut. Biasanya saya akan menggunakan Sani Ekpress kerana ia lebih selesa, pemandu pulak boleh bertolak ansur dan tidak sombong. Bas Ekpress Etika akan menjadi pilihan kedua. Di sebabkan kehabisan tiket kerana cuti hujung minggu bersambung dengan cuti Hari Malaysia saya tiada pilihan kerana itu adalah tiket terakhir yang ada.
Perjalanan 10.30pm, bermula pengalaman yang kurang menyenangkan buat saya. Pergi ke kaunter dan diberitahu penumpang ke Kajang akan menumpang bas yang akan ke Klang/Shah Alam ke Alor Setar kerana masalah kelewatan bas sampai dari Kuala Lumpur. Dari Kangar ke Changlun mengambil penumpang kemudian ke Jitra di sana berlakulah sedikit perselisihan faham. Saya dan anak serta 2 orang penumpang yang akan ke Kajang diarahkan turun setelah pemandu dan agen bertekak hampir setengah jam di bawah. Rupanya ada yang mengugut untuk meminta bayaran balik tiket sekiranya tak dapat naik bas tersebut (itupun saya dapat tahu bila saya mula nak naik angin dengan agen).
Bayangkan ketika itu hampir pukul 12 malam, anak saya sedang nyenyak tidur. Saya memberi alasan anak tidur. Apa yang membuatkan hati saya sangat marah ketika itu adalah pemandu dengan angkuh terus berkata 'Gerak jugak sampai bangkit' dengan kasar. Saya rasa kalau dia bercakap secara sopan dan meminta maaf atas kesulitan saya akan faham tetapi bila begitu keadaannya hati saya sangat bergelora tetapi saya pahat di hati apa yang berlaku ada hikmahnya. Beristighfar. Pelan-pelan saya kejut anak yang sedang tidur, angkat 2 beg kecil yang ada bersama, turun ke bawah dudukkan anak di koridor kerana semua bangku sudah penuh kemudian mengangkat 2 lagi beg pakaian di tempat penyimpan beg di bawah bas. Tiada siapa ingin menolong! Tidak pemandu, tidak juga wakil agen bas tersebut di Jitra. Pemandu muda yang ada rupa, bersuara sedap di rangkaian radio pemandu bas agaknya tetapi tidak mempunyai perilaku yang baik!
Kami berempat dan dua penumpang dari Jitra dihantar ke Hentian Shahab Perdana, Alor Star menaiki 2 teksi. Allah sudah tentukan malam tersebut rezeki pemandu teksi tersebut saya berbisik di hati. Dari Hentian Teksi yang berada di luar anak mamai-mamai berjalan ke platform masa telah melewati jam 12.30 malam. Pemandu teksi menawarkan diri untuk membawa barang-barang, tetapi saya tetap menolak dengan baik. 1 beg di galas di depan, 1 di belakang 2 beg lagi berada di tangan (nasib baik 2 beg ini hanya berisi kuih-kuih mudah pecah dan selimut sahaja). Sampai sahaja saya ke platform saya lihat bas yang sama ada di situ dan pemandunya biadab turut ada (masa tu rasa macam ada api dalam mulut!). Saya sangat marah!
Pelik seminggu dua ini ada satu email dari RHB Bank masuk. Seminggu dua-tiga kali jugak la. Malas nak layan sebenarnya. Sebabnya saya tak pernah gunakan service RHB Now. Akaun simpanan dengan RHB pun dah lama berkubur kot. Akaun pinjaman kereta pulak dah habis dilangsaikan akhir tahun lepas. Tak ada kena mengena sebab tulah malas nak layan.
Saya gatal tangan klik pagi ni. Saja nak tengok ke mana akan di bawa. Cer tengok dalam gambar kat bawah. Saya di bawa melawat ke sanalah tapi tak ada gunanya pun kerana saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan online banking dengan RHB.
Saya tak tahu sama ada benda ini benar ataupun tak. Sekarang nikan macam-macam scam ada. Semua nak cari duit mudah. Tak payah kerja teruk-teruk guna kudrat mahupun guna otak. Guna otak penipu ja boleh kaya raya. Pandaikan depa create semua tu.
Sebelum ni saya dah 'terkena'. Credit card scam. Nasib baik saya tersedar cepat, dan-dan tu call bank minta batalkan kad. Kalau tak sesia saya bayar 8k tapi orang lain guna!
Menyelak
helaian-helaian majalah bila pagi ini server down di pejabat. Buang masa bila
semua file tak boleh nak acces dan juga internet tak boleh nak masuk jugak.
Pagi-pagi bila jadi macam ni mood pun dah sedikit merudum untuk melakukan
kerja. Buka program pun slow. File kat server langsunglah tak boleh masuk.
Banyak
produk-produk kecantikan yang diiklankan di dalam majalah. Positif.
Kebanyakannya usahawan Melayu yang cuba memecah kepompong. Tradisi berniaga
biasanya dimonopoli bangsa asing. Kini kita juga tak mahu kalah.
Macam-macam
cara untuk menarik pelanggan membeli barangan masing-masing. Mengiklankan hanya
yang terbaik. Pelbagai tag line dan ayat juga di gunakan.
Antara yang
menarik perhatian:
1. Nenek
kebayan dah jadi putri salju (kononnya dulu tak cantik sekarang dah cantiklah).
2. Phewittt!!
Wanita tong dram dah jadi macam bintang filem (ada jugak bintang filem yang tak selim melim).
3. Sabun
mandi bunga bangkit seri pulihkan aura (senang sekarang nak mandi bunga pun ada
sabun tak payah cari bunga tujuh jenis).
4. Tenaga
muda, kulit cantik, dalaman mantap, payudara anjal (kenyataannya kita tak boleh
melawan fitrah hidup tetapi untuk melambatkan mungkin boleh).
Tagline
menarik.
1.
Sihat
Dalaman Cantik Luaran (tagline ini munasabah).
2.
Pesona
Warna-Warna Gemilang Menyerlahkan Penampilan Membangkitkan Keyakinan
(warna-warna ceria mempengaruhi keceriaan hidup).
3.
Sesuci
Sentuhan Alam.
4.
Produk
Terhebat Abad Ini.
5.
Sayang
Suami Cinta Isteri (rasanya semua orang pun macam tu).
6.
Kulit
Yang Cerah Berseri, Wajah Yang Jelita, Keyakinan Tiada Tandingan…
7.
Kecantikan
Abadi lahir Dari hati Yang Suci
Walau apa
juga cara pengiklanan kita diharap ianya tidaklah keterlaluan. Kadang-kadang
ada iklan yang kita sendiri rasa malu untuk melihat mahupun membaca. Mutu
barang juga haruslah dijaga agar setanding dengan harga. Tidak pula menipu
pengguna dengan iklan yang gah tetapi hasilnya sangat mengecewakan. Memajukan perniagaan
memerlukan kerja kuat, mengukuhkan perniagaan memerlukan kepercayaan berterusan
pengguna. Para pengguna pulak bijaklah membuat pilihan. Sesuatu barang mungkin
akan memberi kesan yang berlainan kepada
seorang yang lain.