Sehari dua ini bercerita tentang menu-menu masakan jelah, menu membuka minda supaya mempelbagaikan makanan. Asyik masak benda yang sama sesekali jom le kita cuba resepi-resepi baru yang nampak agak pelik tetapi boleh menggoncang nafsu makan dan merosakkan diet. Hari ini nak cerita tetntang resepi laici, bukan sekadar boleh buat pencuci mulut, masak kari hijau pun boleh, masuk dalam salad pun boleh dan kalau buat masak merah ayam boleh je masukkan dalam sambal, rasa pedas-pedas manis pasti membangkit selera.
Salad laici!
Kreatif adalah kunci utama untuk memasak, jadi gegarkan idea untuk menjadi kreatif dalam memasak untuk hidangan keluarga. Memasak tidak semestinya menggunakan bahan-bahan yang susah di dapati hidangan mudah pun sudah cukup untuk memuaskan hati orang yang kita sayang. Setiap masakan kita akan menjadi kenangan buat suami dan anak-anak. Paling penting kena rajin, rajin bereksperiment di dapur.
2015 berada di hari terakhir. Esok 2016 bakal datang dengan semangat baru dan harapan baru. Berusahalah moga tahun baru penuh dengan warna-warna kejayaan.
Hanya empat hari lagi cuti sekolah akan berakhir, bermakna ibu-ibu akan kembali sibuk dari pagi membawa ke malam ada sahaja yang hendak di buat. Bagi ibu-ibu yang bekerja masa sedikit santai di pagi hari akan berakhir sebab semasa cuti sekolah mungkin ibu-ibu yang bekerja mengambil peluang untuk bangun sedikit lewat dari kebiasaan. Cuti sekolah adalah masa untuk ibu-ibu dapat menarik nafas lega dek keributan pagi hari.
Anak-anak akan dipastikan bersarapan sebelum memulakan persekolahan, sarapan yang simple dan ringan irulah rutin hari sekolah manakala sarapan lebih berat seperti nasi bila hujung minggu. Ibu-ibu haruslah bijak merancang menu mudah dan cepat supaya menjimatkan masa di dapur. Pagi adalah masa kritikal jadi pengurusan masa adalah sangat penting.
Kadang-kadang ibu-ibu pun pening memikirkan menu untuk anak-anak setiap pagi paling penting untuk sesuaikan dengan kehendak anak-anak. Banyak tip-tip serta idea-idea sarapan mudah, cepat dan sihat dikongsi samada di buku, majalah mahupun yang paling senang zaman sekarang internet. Google kan ada. Salah satunya ibu-ibu boleh mencuba tips dan menu 15 Life-Saving Breakfast Hacks For The Busiest, Most Resourceful Mums Out There. Sedikit sebanyak akan membantu ibu-ibu yang gigih menyediakan sarapan sihat buat anak-anak..
Rutin saya juga akan mula berubah minggu hadapan, kalau sekarang bangun pagi pukul 6.15am kadang-kadang terlajak sehingga 6.30am makanya minggu depan seawal 5am dah kena bangun. Siapkan sarapan, kemas rumah sedikit, jadi driver ke sekolah dan pergi kerja. Setelah anak-anak semakin membesar bebanan tugasan rumah mula sedikit kurang. Anak-anak membantu yang mana perlu.
Air tangan ibu akan sentiasa diingati anak-anak akan membelai jiwa mereka sentiasa, siapkanlah sarapan pagi anak-anak walau seringkas manapun. Memulakan pagi dengan penuh bertenaga moga-moga anak akan kekal cergas dan ammpu menumpukan sepenuh perhatian di sekolah serta mampu menyerap segala ilmu dengan baik.
Mereka semua panggil saya mama! Hikram dah nampak separuh sahaja, gambar cuti-cuti Kelantan lagi di Pantai Melawi.
Pening kepala memikirkan cuti sekolah yang semakin sampai ke penghujungnya namun anak-anak masih memerap di rumah tiada agenda percutian buat mereka. Semakin banyak senarai pendek di buat tetapi masih belum dapat membuat keputusan yang tepat untuk menghabiskan masa bersama anak-anak. Seboleh-bolehnya masa yang ada hendak juga dimanafaatkan bersama-sama dengan erti kata lain menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Malaysia kaya dengan pelbagai daya tarikan pelancongan tak perlu ke menghabiskan duit berpuluh ribu untuk 'enjoy the quality moment with family. Paling penting perlu bijak mencari tempat yang sesuai dengan masa dan bajet sendiri. Syurga makanan di mana-mana sahaja di negara kita, tempat bersejarah, pantai, air terjun mahu pun peranginan tanah tinggi pilih sahaja mengikut kehendak hati. Paling penting anak-anak suka dan ibubapa boleh berehat sepuasnya. Kalau pening boleh sahaja mencari idea di sini Road Trip 101 : The Ultimate Guide To Malaysia's Best Food & Adventures. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu kita merancang percutian sebai mungkin.
Hujung-hujung cuti ni masih sempat kalau setakat nak jalan-jalan santai bersama keluarga, pilih sahaja mengikut bajet yang penting dapat habiskan masa bersama. Bercuti tak semestinya dengan gaya mewah. Bercuti mengikut keasaan. Bercuti mengikut bajet sendiri. Kenangan itu akan terus abadi. Anakanak akan ingat sampai bila-bila.
Masa berkualiti bersama dengan anak-anak cuti-cuti ke Kelantan.
Kami berkenalan hampir setahun yang
lalu apabila dia mula bertugas sebagai SHE Lead bagi projek yang sedang saya
buat sekarang. Seorang yang sangat energetic, aktif dan sangat perihatin dengan
bidang kerja yang menjadi tanggungjawab beliau. Bayangkan sehingga September
dia sudah menyiapkan kerja-kerja sehingga akhir tahun, sangat kehadapan.
Menjadi aset yang sangat berharga buat syarikat, beliau turut disenangi
kawan-kawan.
Kak Lily bertudung merah sangat mudah
di dekati tengoklah dalam setiap gambarnya sentiasa terukir senyuman.
Selain itu dia yang mesra dengan
panggilan Kak Lily sangat berpengalaman luas sebagai Safety, Health &
Environmental Lead salah satu pengalaman paling berharga buat beliau adalah
semasa berdepan dengan Tsunami di Aceh dan menangani pekerja yang berteriak
serta berlarian ingin turun dari bukit
untuk menyelamatkan keluarga masing-masing. Ketika itu dia bertugas di Aceh. Segalanya
berlaku di depan mata, itu adalah antara pengalaman paling mencabar sepanjang
kerjayanya selain kemalangan nyawa pekerja
yang melibatkan voltan besar.
Adat bekerja cabaran orang yang busuk
hati melihat kejayaan seseorang jadi beliau menjadi mangsa keadaan akibat dari
bos sendiri yang takut dengan bayang-bayang. Kelebihan serta kebolehan Kak Lily
di takuti meneggelamkan kerjaya dia sebagai bos lalu pelbagai cara dibuat untuk
menjatuhkan beliau dan mungkin juga Allah s.w.t ingin menguji akhirnya dengan
berat hati Kak Lily meletakkan jawatan akibat tekanan-tekanan yang tidak
sepatutnya sehingga melibat Ganeral Manager yang percaya bulat-bulat pada
fitnah yang dilemparkan.
Hari ini kami meraikan jamuan perpisahan
buat Kak Liliy Zuryani yang gojes. Beruntung sangat kerana dapat berkenalan
dengan dia yang sentiasa berfikiran terbuka. Alhamdulillah. Manusia menutup
pintu rezeki dia di sini dengan menanam kebencian tetapi Allah s.w.t telah
membuka seribu lagi kebaikan buat dia. Menerima tawaran pekerjaan baru yang
lebih baik dari sini dengan gaji yang lebih bagus dan moga-moga akan di
kelilingi orang yang baik-baik juga. Seramai 20 orang ‘gigirl’ kami buat plan
mengejut untuk Kak Lily, makan tengahari di Serai, Pavillion siap dengan
belon-belon. Terharu sangat wajah dia dengan kejutan yang di buat. Puaslah 'gigirl' bergedik bergambar sakan-sakan tapi jangan lupa tip-tip ini kalau nak bergambar "11 Essential Photography Tips BeautyBloggers Shouldn't Ignore"
Selepas puas makan-makan semasa nak
balik kami berposing pulak di depan Serai.
Di tempat baru moga semakin banyak kejayaan bakal diukir dan ditempa sebagai kawan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kak Lily. Allah s.w.t menguji tetapi kemudian Dia juga akan memberi mungkin yang lebih baik. Sinar mentari yang hilang seketika akan diganti dengan pelangi yang indah.
Bila tengok anak-anak yang sudah
besar di depan mata terasa cepatnya masa berlalu, rindu masa mereka kecil yang
sentiasa meriuhkan rumah. Rumah yang sentiasa bersepah dengan mainan di lantai,
tak pernah sekemas rumah orang lain. Sekejap kemas pusing ke dapur tengok
bersepah lagi. Belum hiruk pikuk anak-anak bermain, bergaduh berebut barang
mahupun berebut siaran tv kegemaran masing-masing. Kadang-kadang mama pun tumpang
pening mencari botol susu yang di mana minum kat situ letak, kadang-kadang
bergolek ke bawah sofa, meja makan bawah kabinet dapur mahupun bawah katil.
Stress sangat rasanya.



Bila berjalan pula terpaksa siapkan
beg susu dan pampers serta makanan untuk mereka selain dari baju sebagai
bekalan sekiranya tiba-tiba pampers yang digunakan bocor atau anak-anak muntah.
Masa anak-anak kecil banyak belanja di habiskan untuk susu, pampers dan untuk bayaran
penjaga. Waktu itu perbelanjaan itu menjadi keutamaan. Memilih pampers yang
bagus juga adalah perlu untuk mengurangkan perbelanjaan, kalau murah sangat
cepat pula bocornya kalau yang mahal pula tak mampu di beli jadi sebagai ibu
perlu bijak membuat keputusan dan semua itu memerluka ilmu juga. MOM TIPS: HowTo Choose The Right Diaper For Your Baby. Extra Dry, Super Comfy. Makanan
pula biasanya bubur nasi di masak sendiri, bekalan nestum sebagai tambahan juga
biskut buat kudapan anak-anak. Semua dibekalkan dan dihantar ke rumah penjaga.

Sekarang masing-masing sudah besar
sudah jadi anak dara dan anak bujang, meriah rumah semakin berkurang, masing-masing
sudah menjadi kawan mama. Tinggi ketiga-tiganya sudah melebihi mama. Sesekali
terdengar juga riuh-rendah di rumah bila si abang mengusik dan menyakat
adik-adik, kakak pula pantang di usik nyaring sahaja suara dia menjerit
manakala adik pula kalau disakat melentinglah cuma kadang-kadang bila mereka
bermain seperti anak kecil berlari di dalam rumah pening juga dibuatnya.


Masa mereka bersekolah masih ada di
rumah dapatlah menjadi kawan tetapi bila masing-masing mula melanjutkan
pelajaran ke kolej nanti semakin sunyilah rumah. Abang dan kakak cuma berselang
setahun kemudian tinggallah adik yang akan mengikut jejak abang dan kakak 3
tahun kemudian. Tika itu rumah akan menjadi terlalu sunyi, tiada lagi suara
mereka memeriahkan rumah. Tiba-tiba rasa sebak. Bayang-bayang hari tua semakin
mendekat rupanya. Fitrah kehidupan namun masih banyak lagi perkara lain yang
boleh di buat untuk mengisi masa sehingga tiba detik itu gunakalah sepenuhnya
masa yang ada bersama mereka.
Bagi yang sedang mencari-cari rumah
untuk di sewa dengan harga yang berpatutan di Kajang saya ada sebuah rumah
teres dua tingkat untuk di sewa di Taman Taming Impian, Kajang, Selangor. Taman
ini terletak berdekatan Jenaris dan Prima Saujana, landmark paling dekat adalah
Giant, Prima Saujana dan Surau Jenaris. Sekiranya anda berada berdekatan surau
akan kelihatan sign board Taman Taming Impian. Persekitaran kebanyakan adalah
keluarga Melayu.
Rumah ini akan kembali kosong pada
November 2015 sebab penyewa sebelum ini akan berpindah ke rumah sendiri.
Alhamdulillah tiga tahun penyewa ini duduk tanpa ada masalah yang timbul. Rumah
ini dilengkapi dengan kitchen cabinet dan berada di dalam keadaan yang baik.
Kemasukan November 2015
Deposit 1+1, Utility Rm200 (supaya tak membebankan penyewa)
Detail :
Rm1000/month
Rumah Teres 2 Tingkat Intermediate
Lot
4 bilik + 3 bilik air
Partially Furnished - With kitchen
cabinet
Kemudahan :
Berdekatan Giant, Tesco, Speedmart99, Kamdar, Surau
Sek Keb Kantan Permai & Sek Men
Saujana Impian
Berdekatan Bandar Baru Bangi, Semenyih, Seri Kembangan,
Serdang, Putrajaya, UKM, UPM, UNITEN 15-20 minit.
Kemudahan Jalan :-
- SILK, LEKAS Highways
- Cheras-Kajang Highway
- PLUS Highway
Alhamdulillah rumah ini sudah ada penyewanya.
Meluangkan amsa bersama anak-anak di Paya Indah Wetland.
Sebagai ibu yang bekerja pastinya
kita mempunyai masa yang sangat terhad dalam melayan anak-anak. Seawal 5am kita
telah bangun tidur kemudian sibuk di dapur memasak untuk sarapan mahupun makan
tengahari untuk anak-anak sebelum kita keluar bekerja. Sesibuk mana pun sebagai
seorang ibu tanggungjawab masih perlu dilaksanakan sebaik mungkin. 7am kita
mula keluar rumah menghantar anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Masa
kita menjadi terlalu terhad lalu kita harus mencari masa yang sesuai untk
menghabiskan masa bersama anak-anak.
Makan-makan di Shushi King, Avanue K.
Balik kerja sekitar 6pm sampai ke
rumah atau mungkin lebih, kita sekali lagi sibuk dengan urusan di rumah,
memasak makan malam, mencuci baju dan mengemas yang mana patut sebelum makan
malam yang kebiasaannya selepas solat magrib. Usai makan anak-anak akan mula
sibuk dengan buku membuat kerja rumah mahupun sekadar mengulangkaji pelajaran.
Masa inilah antara masa-masa berharga untuk kita menghabiskan masa bersama
anak-anak dengan berkualiti, walaupun nampak masa yang terhad namun itulah
antara masa-masa berharga buat mereka.
Menghabiskan masa cuti bersama anak-anak di Taman Wetland Putrajaya.
Hujung minggu adalah masa yang
dinantikan seisi keluarga selain dapat berehat, masak mengikut selera keluarga
dengan lebih sempurna saya akan memilih untuk meluangkan masa yang lebih untuk
anak-anak. Antara aktiviti yang menjadi pilihan beriadah di taman-taman sekitar
Putrajaya, berjoging atau keluar makan-makan walaupun hanya sekadar hanya `mencendol’.
Sekiranya ada movie menarik di panggung wayang yang bersesuaian untuk aktiviti
keluarga sesekali kami juga akan menonton wayang bersama. Mungkin ibu-ibu boleh
mencuba idea ini `5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool &Trendy Di Dunia!’.
Bercuti ke Kelantan.
Masa anak-anak bersama ibu-bapa
adalah sangat singkat, selepas persekolah dan mula ke kolej mereka akan mula keluar
dari rumah dan berdikari. Kemudian memulakan alam pekerjaan sehinggalah mereka
berkahwin dan membina hidup sendiri. Selagi anak-anak kecil masih bersama kita
luangkanlah waktu bersama mereka semaksima mungkin agar ikatan kasih sayang
utuh. Kekangan masa bukan alasan untuk membina keluarga bahagia kerana kita
yang mengurus masa bukan sebaliknya. Suatu hari bila termenung sendiri
memandang ruang rumah yang mula sunyi kita akan mula terbayang saat anak-anak
berlari di dalam rumah penuh riauh rendah, tika mereka makan dan bergaduh di
meja makan, ketika anak-anak leka menonton teleivisyen yang pasti kita bakal
merindui setiap detik itu.
Pejabat saya agak jauh dari LRT serta
tiada bas yang lalu di sini, bagi yang menggunakan LRT mereka perlu berjalan agak
jauh kira-kira 700 meter hampir-hampir sayu kilometer jugak lah kan. Jadi
perkhidmatan teksi memang penting bagi kami yang bekerja di sini sekiranya ada
perkara yang perlu diuruskan semasa rehat tengahari. Kebiasaannya teksi yang
berwarna biru senang sahaja nak dapat sebab pejabat saya berada bersebelahan
dengan Micasa Hotel & Resort tetapi harganya agak mahal berbanding teksi
biasa, almaklumlah teksi executive.

Kebanyakan dari kami di pejabat ini
biasanya akan telefon untuk booking teksi dan terpaksa menunggu agak lama,
kadang-kadang pemandu pula tidak mahu datang ke lokasi kerana kesesakan lalu
lintas. Pernah dengar mengenai applikasi MyTeksi? Sekarang kebanyakan dari kami
pekerja di bangunan The Icon menggunakan applikasi ini. Memang sangat mudah dan
tidak perlu menunggu lama. Hanya request teksi di applikasi MyTeksi masukkan lokasi dan applikasi akan
menunjukkan teksi yang berada berdekatan dengan lokasi kita dan pemandu teksi akan
telefon kita. Tidak perlu membuang masa. Cuma kita perlu membayar Rm5 lebih
sebagaimana kita book melalui telefon.
MyTeksi memberi diskaun sehingga 30 bagi
pengguna Samsung Galaxy dan anda boleh download applikasi MyTeksi serta nikmati
diskaun tersebut. Download applikasi MyTeksi Diskaun 30 Peratus. Mudah lepas tu dapat diskaun pula bukankah itu sangat berbaloi selain
kita tak perlu membuang masa menunggu teksi.
Zaman moden semuanya hanya berada
dihujung jari, booking teksi di dalam pejabat yang sejuk turun ke bawah teksi
sedia menunggu tak perlu berpanas berpeluh melekit atau basah berhujan. Urusan
pengangkutan anda akan berjalan dengan lancar tanpa mengaggu mode anda. Teknologi
memunungkinkan segalanya. Apa yang penting pastikan data internet telefon anda
masih ada dan internet berfungsi dengan baik. Tak rugi pun download applikasi
MyTeksi mungkin hari ini kita tak perlukan applikasi ini tetapi mungkin suatu
hari kita akan menggunakannya juga. Applikasi MyTeksi memudahkan urusan
seharian.
Beberapa hari lepas saya ada bercerita tentang keinginan
anak-anak untuk jalan-jalan ke Korea dan salah satu tempat yang mereka nak
lawati adalah Busan yang merupaka bandar ke dua terbesar di Korea entri
tersebut ada di sini. Pemilihan Busan adalaha kerana di sana terdapat pelbagai
tarikan pelancongan yang dapat dilawati dan dinikmati seperti pantai, gunung,
rumah-rumah ibadat dan yang paling saya suka adalah makanan laut yang pastinya
sangat segar di sana.

Sebelum membuat keputusan untuk ke
sesuatu tempat eloklah kita membuat sedikit carian mengenai tempat tersebut.
Selain membantu menjimatkan masa menguruskan perjalanan sedikit sebanyak kita
boleh belajar budaya kehidupan masyarakat di sana selain supaya tidak kekok
adalah sesekurang-kurangnya bila kita mengetahui cara hidup mereka kita boleh
menghormati cara mereka. Ia juga akan banyak membantu kita untuk mencari
tempat-tempat makanan halal sekiranya perlu, pengurup wang dan sebagainya sekurang-kurangnya
amat membantu ketika kecemasan. Bila bercuti di luar negara perkara paling
penting adalah sila simpan nombor telefon kedutaan Malaysia di sana.
Kebisaannya kalau berjalan saya jarang mengambil package sebab
lebih senang jalan-jalan menggunakan itenery sendiri. Boleh pilih ke mana
sahaja kita nak pergi, kalau rasa penat rehat, bila-bila masa lapar boleh
berhenti makan seseuka hati, rasa best sesuatu tempat boleh lepak lebih lama
pendek kata kita bebas menguruskan masa sendiri tanpa perlu terkejar-kejar.
Bila berjalan dengan anak-anak banyak perkara terpaksa diambil kira sebab
budak-budak kadang-kadang suka buat perangai.
Kalau makan nasi kerabu mesti ada
sambal ikan dan kelapa, di campur pula dengan lada hitam memberi rasa manis,
lemak, pedas serta beraroma kepada sambal tersebut. Pembuatan Sambal Ikan dan Kelapa ada sama sahaja
sebagaimana kita membuat serunding ikan cuma lada hitam digantikan dengan cili
kering.
Bahan-bahan :
1 cawan kelapa parut
1 cawan isi ikan (bakar/rebus)
¼ cawan dihiris dan cincang halus
¼ cawan serai hiris dan kisar
½ cawan bawang dicincang
Garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam
Cara-cara :
1. Goreng tanpa minyak kelapa parut
sehingga ringan dan kering.
2. Masukkan semua bahan kecuali lada
hitam. Goreng sehingga bawang layu. Kacau rata.
3. Masukkan lada hitam dan kacau sebati.
Mudah sangat nak buat resepi Sambal Kelapa
dan Ikan tersebut. Boleh juga digunakan untuk membuat ini karipap mahupun inti
pulut lepa (pulut udang) atau makan bersama pulut yang telah disibar santan
pasti sedap. Sambal ini antara penyedap makanan yang mudah dan senang dibuat.
Banyak lagi sambal-sambal lain yang boleh menambah kesedapan makanan seharian
kita, nak belajar cara-cara nak membuat sambal-sambal yang lain boleh tengok
kat sini `HowTo Make Sambal Belacan And 9 Other Awesome Malaysian Condiments’.
Melalui 9 resepi tersebut bolehlah
kita ubah selera dengan menghidangkan satu sambal yang berlainan untk setiap
hari. Sesekali mencuba menu sambal yang baru pasti akan membuka selera tambahan
pedas ini akan menambah nikmat makan kalua tak terasa hambar tanpa rasa pedas.
Ke Korea Kita?
Itu antara rancangan yang akan anak-anak tunggu setiap minggu di televisyen,
Wak Doyok dan Myo menjadi hos rancangan tersebut. Masing-masing teruja melihat
pengalaman mereka di Korea dan masing-masing menyimpan keinginan untuk
menjejakkan kaki ke Korea. Mulalah pujuk mama dengan pelbagai janji manis untuk
belajar bersungguh-sungguh, tak tinggal solat dan nak jadi anak yang baik. Tak
apa anak-anak nanti mama simpan duit banyak-banyak kita pergi, bukan senang nak
jalan-jalan luar negara seramai 5 orang memerlukan bajet yang besar. Kalau mama
dan abah sahaja yang pergi memang dah lama terbang berdua tapi sebab kesiankan
kesungguhan anak-anak mama dan abah tangguh
jalan-jalan berdua.

Seoul tetap menjadi tempat pertama
yang akan di lawati dengan pelbagai tarikan di sana, antara tempat-tempat yang
hendak sangat anak-anak pergi adalah Gyeongbokgung
yang merupakan istana terbesar di era pemerintahan Dinasti Joseon. Myeongdong pula
syurga fesyen dan barangan kosmetik jadi anak-anak umpan mama nanti bolehlah
mak shopping sakan-sakan kat sana. Namsan
Park terdapat sebuah perkampungan budaya Korea iaitu Namsagol Hanok Village
terdapat juga hutan rekreasi serta kompleks pelancongan paling penting
anak-anak hendak melihat kawasan `love pad lock’ sambal menikmati pemandangan
di puncak gunung juga. Insa-dong sebab
anak-anak nak shopping cenderahati untuk kawan-kawan sekolah masing-masing kat
sini. Ke Itaewon untuk melihat
penempatan Muslim di Seol sambal ziarah Masjid Besar Korea. Pulau Nami siapa tak nak pergi ke Pulau
Winter Sonata ni kan?


Destinasi ke dua impian anak-anak
adalah Busan sebab utama anak-anak
sangat tertarik dengan Gamcheon Cultural
Village, di dalam rancangan Ke Korea Kita Wak Doyok dan Myo pun ada pergi
ke sini dalam rancangan itu mereka diberi task untuk membeli senarai barangan
yang diberi. Perkampungan ini dipenuhi rumah berwarna-warni yang sangat menarik
perhatian. Jagalchi Market masuk
dalam senarai tempat mama nak pergi sebab nak nikmati udang kara di Korea! Beli
fresh seafood balik masak macam Nekcik buat, makan puas-puas. Haeundae Beach sebab pantai ini sangat terkenal di sana haruslah
menjadi salah satu tempat yang mesti dilawati bila sampai ke sana. Masjid Al-Fatah kunjungan ke masjid
tetap menjadi pilihan selain melihat pembangunan Isalm di bumi Korea ia dapat
membina ukhwah sesama umat Islam.
Banyak lagi tempat-tempat menarik untuk
dilawati dan makanan yang best-best di Busan. Sebelum pergi elok kita belajar
dan buat sedikit research untuk panduan kita di sana kelak. `Ke Korea Kita Seoul Dan Busan’
Banyak lagi tempat-tempat di Korea
yang ingin di lawati, insyaallah suatu hari moga impian anak-anak akan menjadi
kenyataan impian mama juga. Saya jenis bila bercuti tak boleh nak tinggalkan
anak-anak lagi pun anak-anak pula jenis bila mama hendak berjalan terus buat
muka sedih. Korea tetap sentiasa bermain di mata dan impian mereka. Seoul atau
Busan keduanya pasti akan memuaska hati anak-anak.
Masa saya mula-mula belajar dahulu
perkara asas yang di ajar adalah tulisan tangan
atau di sebut sebagai `LETTERING’. Enam bulan pertama kami mesti fokus
kepada cara-cara untuk menulis dengan cantik dan kemas. Tulisan mestilah tegak
seperti menggunakan mesin taip kerana tulisan pada tajuk lukisan akan turut
mempengaruhi markah yang akan diberi untuk setiap Lukisan Kejuruteraan Mekanikal yang kami buat. Tulisan dibuat di
dalam huruf kecil dan huruf besar menggunakan pensil pada mulanya kemudian bila
naik semester ke dua kami menggunakan pen. Itu kisah 21 tahun yang lalu.
Kenangan yang sangat kejap saya simpan di hati. Apa yang saya pelajari di sana
telah mencorakkan masa depan saya kini.
Cara tulisan dikatakan adalah
melambangkan sifat kita sendiri contohnya sekiranya tulisan kecil biasanya
orangnya adalah pendiam tetapi cemerlang dalam hidup. Tulisan yang sedang pula
adalah orang yang tidak `up to date’ atau agak ketinggalan. Orang yang mempunyai
tulisan tangan yang besar pula selalu digambarkan seorang yang sangat bermurah
hati, ingin selalu dihargai dan suka bercakap kosong. Sekiranya anda bertulisan
sangat besar dan jelas serta mudah dibaca anda digambarkan seorang yang sangat
berhati-hati dan berani mengambil risiko. Sekiranya tulisan berbentuk bulat
kebiasaannya orang itu adalah seorang yang beremosi, prihatin, seorang yang
lembut dan kreatif manakala tulisan agak leper menggambarkan dia seorang yang
bekerja kuat dan pandai mengurus serta mampu melakukan setiap kerja dengan
penuh sistematik.
Sedari kita mula pandai memegang
pensil kita sudah mula menulis, dari tulisan yang tak mampu dibaca sehinggalah
menulis dengan baik sekali. Cuba bayangkan tulisan kita di zaman bersekolah
tadika? Comot dan tidak teratur kemudian bila berada di sekolah rendah kita
semakin memperbaiki cara menulis sehinggalah kita ke sekolah menengah sudah
mula pandai membuat tulisan yang agak `fancy’ seperti tulisan bersambung.
Proses pembelajaran untuk menulis dengan lebih baik terus menerus berlaku.
Mungkin tidak bagi orang lain tetapi bagi insan-insan yang kreatif mereka tidak
jemu berlatih menulis dengan cantik, kemas dan menarik sehingga memuaskan hati
mereka.
Kita mungkin tidak mampu menjadi
mereka yang mempunyai tulisan tangan yang sangat cantik sehingga tidak
memerlukan mesin taip atau computer untuk menulis. Mereka mempunyai tulisan
tangan yang sangat cantic, bersih dan teratur. 22 Tulisan Tangan Paling Cantik!`Practice make you perfect’. Kalau macam inilah tulisan tangan yang kita hadap
tiap-tiap hari alangkah nikmatnya mata dan gembiranya hati bila membaca.
Makan kalau tak pedas rasa macam tak
sempurna, macam mana sedap pun makan mesti nak pedas terutama bagi orang Melayu
tetapi zaman sekarang semua bangsa pun suka makan pedas Melayu, India, Cina,
Kadazan dan lain-lain bangsa tidak akan menolak kepada rasa pedas. Walaupun
rasa pedas menyengat tetapi masih makan juga sebab rasa menyengat itulah yang
membantu menambah naiknya selera makan. Sambal tumis, sambal belacan siap
tambah cili potong bersama kicap setiap kali makan, makanan pedas turut
dihidangkan dalam pelbagai versi. Mari kita tengok sama ada ‘Anda PenggilaMakanan Pedas’ atau tidak.

Biasanya cili akan diproses dan
dimasukkan ke dalam masakan untuk menaikkan rasa pedas yang mempunyai pelbagai
khasiat yang jarang-jarang kita ambil tahu seperti antikanser, melancarkan
pernafasan boleh membantu pesakit asthma dan penyakit berkaitan pernafasan,
melawan penyakit ulser tetapi bila ulser sudah mula menyerang di bahagian perut
cili sudah tidak dapat membantu, meningkatkan fungsi pencernaan, paling menarik
cili mampu menurunkan berat badan,menyihatkan jantung serta melancarkan
peredaran darah di dalam tubuh serta banyak lagi manaafaatnya. Setiap satu
tumbuhan yang tumbuh di muka bumi ini pasti ada kegunaannya.
Pokok cili juga amat mudah ditanam
selain perusahaan secara ladang kita juga boleh menanam di dalam pasu di rumah, rumah zaman sekarang
tanahnya terhad lagilah kalua tinggal di apartment atau flat. Mengikut kaedah
yang betul tanah campuran digunakan dengan pembahagian 3 bahagian tanah, 1
bahagian kompos dan 1 bahagian pasir. Semai
3 atau 4 biji benih ke dalam pasu bila tumbuh cabut anak pokok dan tinggalkan
sepokok sahaja di dalamp pasu untuk mengelakkan persaingan. Pekebun zaman moden
manafaatkan ruang yang kecil untuk tanam pokok kegunaan asas di dapur.
Bagi saya pesakit gastrik cili adalah
antara hidangan yang perlu diminimakan pengambilannya untuk mengelakkan
berlakunya luka di dalam perut yang boleh mengakibatkan gastrik dan ulser.
Pesakit gastrik boleh megambil makanan pedas tetapi dalam kuantiti yang sedikit
tetapi sekiranya berlaku serangan gastrik pesakit langsung tidak boleh
mengambil cili sehinggalah perut pulih sepenuhnya.
Bagi penggemar pedas hidup tidak sempurna tanpa cili dan
hidup akan lebih bermakna dengan warna-warna merah didalam pinggan yang mungkin
orang lain tak mampu untuk menanggung kepedasan makanan di dalam pinggan anda.