Selepas satu tahun 9 bulan
berkhidmat segalanya ternoktah di sini, dengan berat hati dengan seribu
kesedihan mengiringi sebuah perpisahan. Walaupun tak lama namun saya cepat
serasikan diri di syarikat ini. Selepas kehilangan kerja di tempat lama saya
mendapat tawaran di sini melalui Head Of Department Wim de Vos yang telah
berhijrah di syarikat tempat saya bekerja sekarang. Tak sempat berehat tamat
sahaja di tempat lama cuti seminggu terus masuk kerja di tempat baru. Ada yang
telah lama saya kenal ada juga yang baru pertama kali berjumpa namun semuanya
cepat mesra.
Ekoran kejatuhan harga minyak
yang menjunam, krisis ekonomi yang berpanjangan telah melebihi 18 bulan semua
itu memberi kesan yang agak drastic kepada syarikat. Walaupun ada kontrak selama
5 tahun namun client juga menghentikan projek atas alasan keewangan. Satu lagi
projek juga ditangguhkan oleh client yang berlainan. Workshare dengan sebuah
syarikat di Arab Saudi yang diharap dapat membantu juga tergantung tanpa ada
penyelesaian.
Akhirnya syarikat tidak lagi
mampu untuk membayar pekerja yang tidak ‘charge’ pada projek. Cashflow semakin
meruncing dan memaksa syarikat mengeluarkan pilihan VSS kepada staff dan
department saya merupakan antara yang tertinggi charge `overhead’ jadi kami
tidak ada pilihan lain. Beramai-ramai kami isi VSS form sebab sekiranya nama
berada di dalam ‘retrenchment list’ dan kami tidak mengisi VSS form kami akan
rugi sebulan gaji. Saya pilih untuk isi VSS dengan alasan saya memang sudah tak
charge project sejak sebulan yg lalu.
Mula-mula rasa sedih, rasa stress
tetapi saya masih kawal supaya anak-anak tidak terasa, suami tidak bertambah
stress. Sehingga sekarang saya sudah mampu menerima semua yang terjadi. Allah
s.w.t sedang merancang yang lebih baik buat saya. Itu ubat jiwa saya. Suami
juga menyokong keputusan saya. Kami sama-sama merancang tindakan selanjutnya
sekiranya saya masih menggangur dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang
memang agak mustahil untuk saya mendapatkan pekerjaan secepat mungkin dengan
gaji yang saya miliki. Namun semua itu hak Allah, sekiranya Allah berkehendak
maka jadilah ia.
Kali kedua dalam dua tahun namun
itu bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Berakhir di sini Allah akan buka
jalan-jalan lain buat kita. Allah buka ruang untuk berjumpa dengan kawan-kawan
baru, mencuba bidang baru dan belajar dari pengalaman. Saya insan terpilih
untuk diuji. Saya bertambah kuat. Semua yang berlaku dengan izin Allah s.w.t
juga. Dia tahu yang terbaik buat setiap hambanya.
Walaupun emosi tidak stabil sebagai seorang ibu turut rasa terhibur malihat anak-anak gembira. Menerima pelawaan sahabat baik untuk sama-sama bercuti di Grand Lexis Port Dickson untuk menenangkan hati yang sedang bersedih.
Setakat 18 Jan 2016 harga minyak mentah terus menyusut
dengan paras terendah sejak 2004, harga minyak mentah semurah air mineral lapor
sebuah akhbar tabloid dari luar negara. Kami pekerja di dalam bidang minyak dan
gas masing-masing terus berdebar-debar melihat perkembangan yang sangat
membimbangkan ini. Ini adalah kehidupan kami, masa depan kami bergantung pada
harga minyak mentah dunia.
Satu persatu syarikat gergasi minyak dan gas Malaysia mengecilkan
saiz dengan membuang pekerja sedia ada. Akibat dari harga minyak yang terus
jatuh banyak syarikat menghentikan pembinaan pelantar minyak baru mahupun
membaik pulih pelantar sedia ada. Saya tidak menulis berdasarkan bahasa ekonomi
melakar tulisan dari sudut pandangan seorang pekerja bawahan.
Kalau bukan rezeki makanan dalam mulut pun kena luah balik
tak boleh telan, macam tulah jugak tempat saya kerja walaupun dijanjikan projek
dan client pun dah ada tempat di sini tetapi tertulis bukan rezeki. Client Tarik
projek untuk bagi secara terus kepada `vendor’ sebagai jalan mengurangkan kos. Menjadi igaun ngeri kepada semua kakitangan,
bukan apa kebanyakan syarikat menagguhkan atau membatalkan terus projek akibat
kejatuhan harga minyak yang mana syarikat tak boleh buat keuntungan langsung bila
minyak disedut.
Saya pernah diberhentikan kerja apabila syarikat lama
mengecilkan operasi namaun rezeki yang Allah aturkan buat saya sangat cantik.
Sebelum saya tamat notis telah pun dipanggil bekerja di tempat sekarang, nampak
di situ rezeki berganda buat saya sebab syarikat lama membayar pampasan
berdasarkan perkhidmatan. Alhamdulillah.
Harga minyak jatuh, kakitangan dibuang namun hidup masih perlu diteruskan. Mari kita sama-sama menjadi pengguna bijak. Jom kita sertai ‘BIG FUEL GIVEAWAY’ . Manalah tahu boleh menang minyak free Rm10,000 atau tiba-tiba dapat duit terpijak Rm5000 siapa nak bagi kan dah jimat kos.
20 tahun mungkin lebih sedikit saya
mengenali alam pekerjaan, sepanjang perjalanan itu terlalu banyak pengalaman
pahit serta manis yang dikutip. Seawal 18 tahun selepas tamat sahaja
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di salah sebuah kilang
elektronik di Kawasan Mel Jejawi kemudian menyambung pelajaran di Besut,
Terengganu. Meneruskan pekerjaan di Kuala Lumpur dan setakat ini saya bekerja
secara tetap di 4 buah syarikat dan 2 syarikat lagi hanya sebagai pekerja gantian
kerana pekerja asal bercuti panjang.
Bila berada di dalam komuniti yang
ramai suka atau tidak kita juga akan terpalit dengan politik pejabat mahupun
kospirasi yang ada di dalam organisasi. Walaupun kita tidak terlibat secara
langsung sedikit sebanyak ia akan memberi kesan. Semakin besar sesebuah
syarikat semakin banyak politik kotor yang akan kita nampak, semua itu tak akan
mampu kita elak. Pasti ada sahaja sifat manusia yang dengki mendengki, iri hati
dengan kebolehan mahupun kejayaan orang lain.
Saya sendiri pernah melalui satu
peristiwa yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Menyertai syarikat baru
saya menjadi junior di pejabat namun dari segi pengalaman saya merupakan
senior. Sedikit demi sedikit bos mula mengalihkan tanggungjawab pengurusan
kerja kepada saya memandangkan kelulusan serta kebolehan saya melebihi mereka
yang telah lama berada di situ. Setiap kerja serta arahan dari projek engineer
akan melalui saya sebelum diagihkan kepada pekerja lain di bahagian saya
sehinnga suatu hari saya mendapat panggilan telefon dengan arahan untuk salah
satu projek dan saya menyampaikan kepada pekerja yang menguruskan projek tersebut.
Bermula isu tunding menunding jari sehingga meletakkan saya sebagai seorang `kaki
bodek’ `pengampu’ kerana bos yang kebetulan satu negeri dengan saya (negeri
kelahiran saya kecil sahaja). Saya di gempur dengan pelbagai tuduhan paling
sedih bila dia berjaya mempengaruhi kawan-kawan yang lain juga.
Saya pernah di katakan sebagai `mengikat
kontrak mati’ di syarikat tersebut kerana menjadi anak emas. Suatu hari saya
datang bekerja separuh hari sebelah petang dengan sedikit bergaya dan tetap
menjadi buah mulut. Seminggu kemudian saya menghantar notis berhenti kerja.
Bukan kerana saya tunduk kepada kata-kata mereka tetapi saya mendapat tawaran
yang lebih bagus. Saya bersabar atas umpat keji serta kata-kata pedih yang
menghiris hati dan Allah s.w.t menggantikan dengan khabar yang sangat manis.
Saya sangat bersyukur dapat bekerja di syarikat antarabangsa dan meneroka
bidang baru. Percaturan Allah siapa yang tahu. Redhalah dengan setiap perbuatan
manusia kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Bersambung…
Syukur alhamdulillah percaturan Allah s.w.t itu adalah yang terbaik buat saya. Memulakan tugasan di syarikat baru sejak Isnin dalam keadaan sakit, incharge paksa saya balik untuk berehat pada hari pertama tetapi sebagai menghormati saya etap bertahan sehingga hari kedua yang saya masuk pukul 8.30am dan balik pada pukul 9am.
Perjuangan saya telah bermula di tempat baru dengan begitu manis. Rakan sekerja lama juga berada di sini memberi sambutan yang sangat membahagiakan hati saya begitu juga rakan-rakan baru yang sangat cepat mesra. Mungkin saya sudah sedikit tua untuk merasa kekok di tempat baru.
Masih ada baki pekerjaan yang perlu diuruskan, meninggalkan tugasan biarlah langsai tanpa esoknya kerja kita menjadi beban kepada mereka yang ditinggalkan. Harapnya begitulah. Walaupun dengan hati yang agak berat kerana 'mood' bekerja sudah hilang bersama masa namun tetap digagahi. Masih ada yang memerlukan kudrat empat kerat yang tersisa, lalu tanggungjawab tetap menjadi perkara pokok.
Hari ini dalam mengutip sedikit semangat yang bersisa saya ceriakan diri dengan jubah lip-lap saya ternyata ia dapat mengubah 'mood' yang kelam serta suram menjadi lebih positif. Natijahnya saya menjadi bahan kawan-kawan. Setiap kali berselisih pasti ada yang meneur baju blink-blink saya hari ini tapi apa saya kisah. Badan saya suka hatilah nak sarungkan baju apa kalau tak berbaju itu perlu jadi kisah! Ahahahaaaa...
Saya sedang berusaha gigih menyiapkan kerja-kerja yang saya abaikan sejak hampir 3 minggu lepas, sejak saya mendapat surat cinta kali pertama dan terakhir dari syarikat. Rasanya saya berjaya menguti kembali semangat yang hilang.
Salam Jumaat penuh berkat.
Syukur alhamdulillah. Saya akan memulakan tugas di tempat baru bermula 9hb Jun 2014. Percaturan yang Allah s.w.t tetapkan untuk saya sangat cantik sekali. Walaupun pada mulanya saya berkeluh kesah bergundah gulana tetapi saya kuatkan hati untuk menerima semuanya secara positif.
Saya berserah segalanya kepada Allah s.w.t, merayu hanya pada Nya. Merintih pada yang satu. Akhirnya kemanisan itu datang jua. Saya mendapat 7 bulan bonus hasil dari bayaran pemberhentian kerja selama 7 tahun di syarikat sekarang tambah bererti saya mendapat 10 peratus kenaikan gaji untuk syarikat tempat baru yang akan saya pergi walaupun saya boleh minta lebih tetapi apa yang ditawarkan adalah sudah cukup bagus buat saya yang telah kehilangan kerja.
Tiga bulan notis adalah terlalu panjang, jadinya saya meminta izin dari MOD untuk mendapatkan 'early release' dengan sebulan notis. Notis saya berkuatkuasa 28 April 2014 jadinya saya akan bekerja sehingga 27hb Mei 2014 untuk sebulan notis.
Terima kasih buat kawan-kawan maya yang sentiasa mendoakan kebaikan buat saya. Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalas jasa baik kalian (tiba-tiba touching). Sayang korang semua ketat-ketat. Kalau nak minum kopi singgah ke Sunway Tower sebelum 27hb Mei dan selepas tarikh itu boleh le singgah ke The Icon pulak dan masih juga di Kuala Lumpur.
Program pengajian yang ditawarkan adalah :
1. Diploma Kejururawatan (Diploma In Nursing)
2. Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Diploma in Medical Laboratory Technology)
3. Diploma Radiografi (Diploma of Radiography)
Saya mengambil tanggungjawab terhadap mereka sejak dulu lagi, kami sangat rapat. Walaupun saya hanya ibu saudara dia memanggil saya mama sebagaimana anak-anak yang lain. Menjadi yatim seusia saya menjadi yatim satu ketika dulu iaitu sekitar umur dua tahun. Selagi mampu saya akan tetap menyokong kehidupan dia sehingga mampu berdikari dan dapat berbakti kepada ibunya.
Mendapat keputusan SPM 4A3B1C dia menolak untuk memasuki matrikulasi yang ditawarkan, sekiranya berjaya di dalam temuduga esok kemungkinan besar juga dia akan menolak tawaran ke UPU. Alasannya. Kalau mengambil diploma dengan PPUM pekerjaannya telah terjamin tak perlu bersusah payah mencari kerja dan dalam bab keewangan pula dia tidak perlu menyusahkan ibunya kerana ada elaun disediakan. Sekiranya masuk universiti dia harus mengambil kira cabaran peluang pekerjaan di mana terlalu ramai graduan yang dilahirkan setiap tahun. Juga dia tidak perlu menyusahkan ibunya untuk perbelanjaan di universiti.
Saya memberi sokongan sepenuhnya atas pilihan dia, selagi mampu saya akan menolong. Hari ini dia akan menghadiri temuduga di Pantai Bharu. Doa yang terbaik buat Nursyamimi binti Norazrin satu-satunya anak perempuan kakak saya. Dia tidak memilih Diploma Kejururawatan sebaliknya memilih Diploma Radiografi sebagai pilihan pertama.
Badan kecik muka macam budak-budak selalu disalah anggap jadi adik kepada Kakak Hayani.
Saya telah hadzam dengan kisah tersebut, tetap redha kerana saya percaya perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat saya. Memberi keperluan berbanding kehendak kita. Khamis petang kami yang terpilih telah menerima surat retrenchment masing-masing yang tertulis butir-butir penting yang kami akan dapat dari syarikat.
Berbanding fasa pertama kali ini kami agak rugi dari segi notis pemberhentian. Fasa pertama sekiranya surat tawaran mula kerja pekerja terikat dengan tiga bulan notis maka mereka cuma perlu bekerja sebulan dan dua bulan lagi dibayar sebagai pampasan bermakna kalau berkhidmat 10 tahun akan dapat 10 kali gaji campur 2 bulan notis. Jumlah keseluruhan 12 kali gaji akan di bayar. Kali ini notis 3 bulan akan dibayar gaji penuh sekiranya meminta perlepasan awal bermakna mereka hanya akan membayar jumlah hari kita bekerja bersama jumlah tahun perkhidmatan sahaja.
Alhamdulillah. Saya masih ada 7 bulan masa untuk mencari kerja. Insyaallah sehingga akhir tahun saya akan mempunyai perbelanjaan yang mencukupi dari pampasan yang dibayar. Sekiranya saya mendapat kerja cepat bermakna duit tersebut adalah bonus buat saya, menjadi tabungan di masa hadapan pula. Ada harga yang harus kita bayar di atas apa jua yang terjadi. Duit yang ada haruslah berjimat-cermat.
Hidup harus di teruskan, perjuangan masih belum sampai kepenghujung, semngat masih membara lalu jangan biarkan hati digenggam emosi. Pakai baju merah untuk ceriakan diri.
Saya pernah lalui semua ini 13 tahun dulu. Lagi teruk, lagi lama. Sekejap gaji di bayar sekejap tidak, sekejap bayar separuh dan akhirnya saya berhijrah denga hutang syarikat beribu-ribu dengan saya. Tiga bulan saya bekerja di tempat baru saya tidak disahkan dalam perkhidmatan dan di berhentikan. Syarikat tersebut biasanya mengambil 2 orang pekerja dan akan pilih yang terbaik. Saya budak Mekanikal & Elektrikal masuk ke bidang Civil & Structure jadinya awal-awal lagi saya kalah. Saya rasa pengalam itu banyak mempengaruhi emosi saya bila dapat berita ini. Pengalaman yang mendewasakan saya.
Sebelum masuk semula ke bidang asal, saya pernah bekerja sebagai setiausaha di pejabat tapak sebuah syarikat pembinaan. Saya sangat fleksibel dalam soal kerja, selagi saya mampu melaksanakan tugas tersebut saya tak akan menolak rezeki yang datang.
Saya sedang mengalami stress berganda ketika ini dengan kerja dan sedikit masalah peribadi yang terlalu lama saya simpan. Rasanya saya sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Resah itu sudah sampai di penghujung dan kesabaran saya sudah seumpama kulit bawang kini. Doakan yang terbaik buat saya.
Balik kerja dengan keletihan kerana demam beserta hati yang tidak tenang. Saya perlu masa untuk diri sendiri tetapi saya juga tidak boleh mengabaikan anak-anak tersayang. Saya call minta anak-anak bersiap untuk bawa mereka keluar makan. Bila mama buat sesuatu yang bukan rutin mereka tertanya-tanya.
Saya minta anak-anak pilih tempat makan dan mereka memilih KFC. Bila makanan siap dihidang saya biarkan anak-anak makan walaupun ketika itu suasana sangat tidak ceria. Saya layan mereka seperti biasa tetapi anak-anak seolah-olah dapat menghidu derita hati mama. Saya perlu faham kan anak-anak dengan situasi yang bakal kami sekeluarga hadapi sebulan dari sekarang. Perlahan saya ceritakan situasi di pejabat. Kakak dan abang boleh memahami tetapi adik tetaplah begitu. Saya hanya mampu beritahu secara yang sangat mudah buat adik. 'Mama berhenti kerja dan kena cari kerja lain'.
Adik suka sangat dapat pergi KFC tetapi mata dia dah mengantuk walaupun jam beru menunjukkan pukul 8.15pm. Apa yang dia tahu setiap permintaannya mesti ditunaikan samaada cepat atau lambat.
Abang dan kakak yang sudah besar, sudah boleh memahami erti kehidupan mama sedikit sebanyak. Sebesar mana masalah saya anak-anak tetap utama, saya akan berkongsi masalah yang ada dengan anak-anak.
Saya masih mampu tersenyum ketika ini, kekuatan saya adalah semangat dari anak-anak tanpa saya anak-anak akan kehilangan arah.
Saya datang kerja dengan separuh jiwa tetapi hidup masih perlu diteruskan. Jalan yang masih panjang dilalui belum lagi sampai ke penghujungnya. Perjuangan demi hidup, demi kebahagiaan. Saya ada anak-anak yang sentiasa di sisi lalu apa lagi yang perlu saya cari.
Tajuk Englishhh la sangat!
Mula minggu lepas projek kecik yang saya buat tahun lepas bersambung lagi tapi atas tajuk lain tapi lagi platform sama cuma tambah barang lain pulak. Jadi job nombor pun lain jugak.
My partner pun dah tak ada, berhijrah. Saya redha jelah berhempas pulas dengan orang baru, saya ok je. Membuli dan dibuli perkara biasa...opssss...
Lamaaaaa...saya makan gaji buta, goyang kaki suka-suki update blog. Dua bulan lepas tolong cuit projek orang sikit tapi tak best sebab orang yang handle tak best jugak...ngeee... Kali ini sendiri punya projek kena berdikari sebab yang dok atas saya orang baru tukar dari pejabat Miri. Harusss...banyak benda saya kena jawab dan kena ambik tahu dari projek lama...huhuhuuuu...
Sesi warming up kena laju-laju tapi alahaiiii...bayangkanlah berbulan-bulan saya tak ada kerja tiba-tiba kena terus masuk gear 5 haihhhh...semput tau. Tak sempat lagi nak cuci karat-karat yang ada!
Sibuk macam mana pun blog tetap kena update!
Saya sedang buka buku, belajar serta buat ulangkaji. Sejak semalam 'bos baru' sedang buat Appraisal 2013/2014. Hulur borang tau-tau dia keluar soalan teknikal macam interview nak masuk kerja tak ke buntang biji mata saya nanti. Harus buka buku dan mentelaah mana yang patut, kadang-kadang masa buat kerja boleh sahaja tetapi bila kena tanya langsung lupa semua yang ada dalam kepala. Gugup!
Kali pertama appraisal dengan bos yang mengambil alih tugasan sebagai ketua kami. Cara dia belum tahu lagi tetapi mengikut track record ada harapan akan disoal dan digasak dengan soalan. Dua bos saya terdahulu hanya membincangkan apa yang telah dipersetujui bersama lead. Andai ada bantahan, pandangan, cadangan mahupun aduan dan ketidak puasan hati berkenaan lead. Sebagai orang bawahan kami juga diberi hak untuk bersuara.
Besar harapan untuk melihat keberhasilan yang tinggi terhadap appraisal kali ini tetapi jawapan seakan sudah pasti dengan ketiadaan projek baru. Ramai kakitangan yang terpaksa mengisi timecard menggunakan 'stand by time' yang membawa maksud tiada projek, di mana bagi syarikat tempat saya bekerja kakitangan akan booking hours kerja mengikut projek dan client akan membayar mengikut rate tertentu kepada syarikat. Sekarang kebanyakan kakitangan terpaksa dibayar oleh syarikat.
Saya juga cuba untuk menukar haluan tetapi mungkin belum rezeki. Berangan-angan juga untuk menceburi bidang perniagaan tetapi risiko yang perlu diambil terlalu besar dan tiada sokongan dari teman sebantal. Jadinya terpaksa bersabar sehingga masa yang menentukan segalanya.
Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku
(*)
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
(Ulang *)
Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semu
Sesungguhnya semangat untuk berkerja telah hilang kebelakangan ini, jika tidak mengenangkan tanggungjawab yang tergalas rasanya diri ini telah tersungkur menyembah bumi. Ku gagahi kaki untuk terus melangkah demi perjuangan sebuah kehidupan. Semangat bagaikan hilang seolah 'Separuh Jiwaku Pergi' meninggalkan diri ini.
Demi tanggungjawab diri ini terus akur, tak bisa terus bergantung dengan dia. Demi kelangsungan kami hangatnya semangat ku tiup setiap hari ke dalam diri. Suatu hari pasti ada sinar harapan di hujung kegelapan pasti ada cahaya.
Luahan perasaan saya yang 'semangat kian hilang' bersama masa. Setelah ada kawan-kawan yang terpaksa pergi, kelembapan projek pula melanda bukan hanya di syarikat tempat saya bekerja tetapi juga di semua syarikat di dalam aliran yang sama. Kuatkan hati, kuatkan hati...
Korang hado? Jari yang dicat masih belum hilang warnanya. Keputusan pun semua sudah maklum. Besar harapan sangat wakil rakyat yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab serta menggalas amanah dengan baik. Allah s.w.t lebih tahu.
Berat tanggungjawab menjadi seorang pemimpin bukan setakat dunia sahaja perlu ditanggung tetapi akhirat esok juga perlu dijawab. Bersediakah? Jadi sebagai penyokong usah tambah dosa sedia membukit kepada menggunung tapi siapa pula kita nak menilai dosa pahala orang.
Selamat berkerja bagi yang bekerja dan jangan nak 'monday blues' sangat, niatkan kerja itu satu ibadah. Bagi yang bercuti happy holiday, wahhhh saya sangat jeles sebab tak dapat bercuti!
Safety & Health Alert dari syarikat tempat saya cari makan. Sama-sama kita jaga kesihatan dalam keadaan cuaca yang pans dan kering sekarang. Jaga diri dan keluarga. Saya harap pihak sekolah pun akan hadkan aktiviti luar buat sementara waktu.
Tahun ke-7 di syarikat yang banyak mengubah kehidupan dan taraf ekonomi hidup saya. Dari tiada apa-apa sehinggalah saya mampu membeli kereta dan sebuah rumah teres atas penat lelah dan perit-jerih saya berkerja di sini. Itu antara pencapaian terbaik saya sepanjang 7 tahun.
Alhamdulillah saya masih di sini walaupun ada di antara teman-teman terpaksa melangkah keluar apabila keadaan syarikat tidak mengizinkan. Kini hati mula berdolak-dalik, berbelah bahagi bila antara teman-teman sekepala dengan rela mengubah haluan hidup demi penghidupan yang lebih baik. Hati saya kian suram, jiwa saya mula bergelora. Tambahan pula saya kini terpaksa bekerja dengan insan yang banyak dolak-dalik dan berhati kelam. Semakin merimaskan.
Langkah pertama telah diambil. Mungkin telah tiba masanya saya berhijrah untuk kebaikan. Hijrah yang mungkin akan lebih membuka seribu peluang buat saya. Saya selesa di sini tetapi hijrah akan memungkinkan segalanya.
Petang semalam Pak Tuan telefon ajak balik, terkejut jugak masih awal jam menunjukkan 5.20pm sebab selalunya dia akan keluar pejabat pukul 6pm lebih. Rupanya dia sedang kecewa. Katanya ada berita sedih. Dia mendapat surat pemberhentian kerja (kontrak tidak di sambung). 5hb Febuari merupakan hari terakhir kerja di syarikat sekarang.
Saya tahu dia sangat sedih. Selepas bersara hampir setahun dia sibuk dengan mencari kerja dan selepas setahun berkerja dia terpaksa melepaskan tugasnya lagi sekali. Saya dalam sedih tetap memberi kata semangat buat Pak Tuan. Insyaallah akan ada percaturan yang lagi baik dari Allah s.w.t buat abang. Akan ada rezeki abang untuk isteri, anak-anak, mak dan kakak-kakak dia juga di tempat lain nanti. Walaupun hati saya turut menangis ketika itu.
Patutlah bos sangat memberi tekanan pada Pak Tuan dalam kerjanya. Ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang tidak betul dan bebanan kerja yang sangat banyak berbanding orang lain. Menurut kata Head Of Security Department bos buat macam tu supaya Pak Tuan letak jawatan sendiri tetapi dia salah orang sebab Pak Tuan memang tahan tekanan kerja. Hati kering. Apalah sangat tekanan mental sebegitu berbanding kerja dia dulu yang tarik mayat kat lombong putus tangan, siasat mayat hilang kepala, tangkap penyamun dan perompak bagai. Satu sebab utama bagi saya adalah ketegasan Pak Tuan sendiri, kalau tak betul big bos pun dia lawan. Sebab itulah di dalam PDRM pun dia lambat naik pangkat walaupun ada squadmate dia yang dah dapat pangkat Dato' sebab dia bukan jenis 'yes sir'.
Faktor umur mungkin saya menjadi lebih tenang menghadapi dugaan. Saya lebih percaya kepada Qada dan Qadar Allah s.w.t dan saya lebih kuat berpegang dengan perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat kita. Hari ini disembunyikan matahari seketika buat kita esok siapa tahu bukan setakat matahari tetapi Allah s.w.t juga memberi pelangi pelengkap keindahan.