Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Monday, 2 March 2020

Laman DiRaja Pontian


Cuti sekolah akhir tahun lepas kami habiskan dengan mengikut Walid bertugas di luar kawasan. Dua kali kami ke Pontian; semasa cuti Deepavali (sebelum PRK Tg Piai) dan semasa awal cuti sekolah. In between these two trips, kami menyinggah di Melaka dan Muar. Selain tu, kami juga ke Penang hampir sebulan (on-off). Sempat juga balik kampung  meraikan hari bahagia Uda sebelum Walid memulakan tugasan di Penang. 

Baca sini: [Melaka River Cruise] dan 


Kali ni Ummi nak share dulu trip kami ke Pontian. Seingat Ummi kali pertama kami ke daerah ini pada tahun 2012, kami hanya singgah di masjid daerah untuk menunaikan solat jumaat dan menjamu selera. Sebab tujuan utama kami nak ke Tanjung Piai. 

Throwback: [Tg Piai kami datang

 Kunjungan kali kedua dan ketiga ini kami manfaatkan sebaiknya untuk meninjau sekitar daerah ini selain mengunjungi semula  Taman Negara Tanjung Piai.

Baca sini: [Tg Piai revisited

Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi pastinya Laman DiRaja Pontian, sebuah taman/dataran awam berhampiran masjid daerah. Waktu malam tempat ni disinari limpahan cahaya lampu dan air pancut. Ada juga yang berjogging dan brisk walking di waktu malam. Ramai juga yang hanya bersantai menikmati angin malam sambil melayan anak-anak kecil bermain air pancut. Pendek kata, tempat ini sesuai untuk bersantai dan beribadah bersama keluarga. 



Laman DiRaja ini dibina sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor. Dibina pada tahun 2015. Ummi datang dulu belum ada Laman DiRaja ni (2012).


Ini pula pemandangan waktu petang di tepi benteng. Ummi pun tak pasti apa nama tempat ni. Kami panggil 'benteng' sebab ada benteng pemecah ombak di sekitar pantai. Bukan pantai untuk bermandi-manda, sekadar duduk menikmati angin laut atau memancing. Nak minum petang pun boleh, ada peniaga kecil yang berjualan.  

Batu-batu besar sebagai penahan/pemecah ombak. 



Bergambar bersama bot nelayan yang diparkir di sini.


Uniknya setiap tempat parkir tu ada titian dan gate yang berkunci sebagai langkah keselamatan.  



Mercu tanda daerah Pontian... 

Replika buah nenas. 



Lepas raya nanti Walid ada plan nak ke Pontian lagi. Ummi tak sure lah nak ikut je tidak. Dah 3 kali sampai, kurang teruja dah :) 

Wednesday, 19 February 2020

Kenduri Udang Galah di Warung Mak Ngah, Leban Chondong, Kuala Rompin



Misi utama kami selepas check out dari resort ialah untuk singgah makan tengahari di Leban Chondong. Leban Chondong adalah persimpangan utama untuk ke Kuantan/Pekan atau Kuala Rompin/Mersing yang akan ditempuh sekiranya kita dari Bandar Muadzam Shah. Di sebelah kiri jalan, ada Medan Selera Leban Chondong manakala di sebelah kanan jalan pula ada gerai-gerai. Kedua-duanya menyajikan hidangan udang galah. Namun, gerai-gerai ini nampaknya lebih ramai pengunjung berbanding medan selera.

Akhirnya jumpa juga si sepit biru ni :) 

Boleh dikatakan semua gerai menyediakan hidangan udang galah dan lauk pauk kampung yang menyelerakan. Menunya hampir sama, bergantung kepada kreativiti peniaga untuk menarik pelanggan. Ada juga yang menjual makanan bergoreng dan berkuah seperti mee goreng udang, mee kuah udang dsbnya. Yang pasti, ini port terbaik untuk menikmati udang galah.


Ummi tertarik dengan gerai Udang Galah Mak Ngah. Inilah yang menawan hati Ummi;


Semangguk penuh udang galah masak lemak. Harganya cuma RM25 semangkuk. Kalau seekor, harganya sekitar rm15 ke atas, bergantung kepada size. Murah sangat walaupun saiznya sedang-sedang sahaja, yang pasti setiap dari kami dapat menikmati sepuas-puasnya udang galah. Semangkuk tu adalah +-5-6 ekor. Jika hari pertama berebut udang seekor, hari terakhir ni sampai kena paksa baru habis 😂 Alhamdulillah rezeki dan nikmat yang disyukuri.


Sekitar gerai... 

Kanopi ni untuk group booking agaknya. 

Gerai Azizah sebelah tu pun ramai juga orang.. 

Bila perut dah kenyang, barulah selesa untuk memulakan perjalanan. Dengan iringan doa, kami mulakan perjalanan. Dalam perancangan, kami hendak singgah di Kuala Pilah untuk beli itik salai.

Namun, siapa sangka ada ujian besar menanti kami di hadapan. Baru beberapa minit memulakan perjalanan, Ummi dapat panggilan dari Makcik... "Na, Abg Cik jatuh motor. Nanti apa2 sy update". Kami masih boleh bergelak dan bergurau masa ni. Tapi panggilan berikutnya selang 15 minit, mematikan kegembiraan kami. Bukan sahaja keriangan kami luput, seluruh jiwa Ummi terasa hancur, luluh segenap sanubari dan terasa terbang segala semangat. Kata Makcik "Na, depa kata dah arwah..." Allahu Akbar! Itulah rahsia Allah. Terasa kerdilnya kita, sekelip mata sahaja takdir berubah.

Maka, kami meneruskan perjalanan terus dari Kuala Rompin ke Ipoh. Hanya Allah yang tahu perasaan kami sepanjang perjalanan. Lemah, letih, lesu, hiba, sayu semua bergaul sebati. Kami sampai selepas 9 jam mengharung perjalanan. Selalunya kunjungan kami disambut oleh senyuman Pakcik dan wajah ceria Makcik, tapi kali ini kami  disambut dengan bacaan Yasin dan airmata Makcik 😭😭😭

Namun, disebalik apa yang berlaku Allah itu Maha Baik. Kami dibiarkan menghabiskan percutian tanpa sebarang gangguan dan untuk itu Ummi amat bersyukur. Walaupun penutupnya pahit, percutian ini tetap menjadi antara percutian terbaik buat kami.

Jom sedekahkan Al Fatihah untuk Pakcik: [Pakcik ~ pergi tak kembali

Tuesday, 18 February 2020

Restoran Abe J, Kuala Rompin


Sambung cerita bercuti di Kuala Rompin :)


Amacam, nampak sedap tak siakap stim limau ni? 

Inilah salah satu menu wajib cuba jika anda ke Restoran Abe J, Kuala Rompin. Restoran ni memang terkenal di sini. Bila kami minta recommendation, ramai juga warga tempatan yang suggest restoran ni. 

Inilah kedainya, Restoran Abe J Medan Selera Ikan Bakar.



Kami ke sini sebelum Maghrib jadi suasana kedai masih lengang. Sengaja kami dinner awal sebab malamnya nak berehat di resort sambil menonton fire show. Kedai dibuka pada jam 5 ptg hingga 2 pg katanya.


Mula-mula pilih ikan dulu... Udang dan sotong pun ada tapi sayangnya udang galah takde stok.


Murahkan?

Menu pilihan kami... 


Siakap stim limau ni Ummi bagi 5 bintang. Pertama kali Ummi makan siakap stim limau terus Ummi jatuh chenta haha...
Jika yang kat atas tu versi Restoran Abe J, yang bawah ni versi Ummi. Punyalah teringat-ingat sampai usaha juga masak sendiri. Versi Ummi ni jauh panggang dari apilah kalau nak dibandingkan dengan air tangan Abe J, tapi rasanya sedap juga 😜


Restoran Abe J ni letaknya berhampiran masjid daerah, menghala ke Tg Gemok. Kalau dah nampak masjid tu, terus ke depan sikit. Kedai di sebelah kiri jalan, di Taman Sepakat kalau tak silap namanya. Kalau kita Waze, kemungkinan dibawa ke tempat lama, berhampiran pekan. Sekarang mereka telah berpindah ke tempat baru.

Ada juga gerai sate di sini. Jadi, kami tidak melepaskan peluang untuk cuba sate orang Pahang pula.

Sedap satenya. 

Selesa dan luas kedai ni. Yang paling menarik perhatian Ummi ialah alas meja disini. Mereka menggunakan kain batik sebagai alas. Diatasnya dibalut dengan plastic lutsinar. Cantik dan punya nilai estestika yang tinggi.



Makanan yang disediakan pun sedap. Patutlah ramai yang recommend. Harga makanan pun tidaklah mahal. Kami hanya menghabiskan tak sampai RM40 untuk hidangan makan malam yang enak ni. Alhamdulillah.

Wednesday, 12 February 2020

Melewati Tanjung Gemok dan Pekan Endau



Jarak pemanduan secara berkereta dari Kuala Rompin ke Tanjung Gemok adalah lebih kurang 45 minit. Alang-alang jaraknya dekat, kami mengambil kesempatan untuk ke Tanjung Gemok. Selalu dengar tempat ni ada jeti untuk ke Pulau Tioman, selain jeti di Mersing.

Sepanjang jalan, kami melewati beberapa buah kampung di kiri kanan jalan. Terdapat banyak papan tanda chalet di sini. Mungkin kawasan ini juga menjadi tempat tumpuan pengunjung yang ingin memancing. Jalan Mersing-Kuantan ini agak sibuk dengan kenderaan di kedua belah hala. Arah ke Tanjung Gemok akan membawa kita ke Mersing, JB dsbnya. Manakala arah bertentangan menghala ke Kuantan & Pekan juga Muadzam Shah yang mana boleh membawa kita ke ibu kota, melalui Kuala Pilah. Jalan yang kami lalui semasa datang ke Kuala Rompin.


Apa yang ada di Tanjung Gemok? Jujurnya ia hanya sebuah pekan yang sunyi. Tidak banyak pergerakan manusia mahu pun kenderaan yang kami lihat. Malah, Terminal Penumpang Tanjung Gemok juga lengang. Tidak pasti samaada terminal ini masih beroperasi atau tidak. Dari pandangan mata kasar, nampaknya terminal ini masih digunakan cuma tiada pengunjung ketika ini. Kebanyakan premis perniagaan juga ditutup kerana Tahun Baru Cina.

Terminal feri yang lengang... 

Teksi dan kereta persendirian juga tiada... 

Hotel Jeti Tanjung Gemok 
Ada juga hotel bajet untuk pilihan pengunjung.

Bot berlabuh

Perkampungan, jeti nelayan 

Masjid Tanjung Gemok 

Kami meneruskan perjalanan melintasi sebuah jambatan. "Ummi, kita kat johor ke?" Tanya Abang bila melihat seakan logo kerajaan Negeri Johor di tiang lampu jalan. Barulah kami sedar, kami sudah melintasi sempadan Negeri Johor. Kami berada di Pekan Endau, sempadan antara Pahang dan Johor. Terasa nikmatnya mengembara, bila terjumpa sesuatu yang baru. Nampaknya Pekan Endau lebih meriah dengan aktiviti. Kenderaan pun banyak. 

Mercu tanda bertulis 'ENDAU' 


Best juga kalau dapat makan ikan bakar di sini. Next trip Insha Allah.

Simple life at Endau. 

Meronda-ronda sekejap kemudian kami berpatah balik ke Negeri Pahang :)

Kembali ke pangkal jalan 😁


Dalam perjalanan pulang, kami melewati persimpangan ke Taman Negeri Endau-Rompin. Jaraknya kira-kira 50km dari jalan besar. Kami tidak sempat berkunjung ke sini.

Perut sudah lapar, jadi kami terus balik ke Kuala Rompin. Ikutkan Walid nak ajak lunch di Warung Kopi Johan sekali lagi tapi Ummi nak cuba tempat lain pula. 


Akhirnya kami pilih untuk makan di sebuah gerai di Medan Selera Bandar Baru Kuala Rompin. Bersih medan selera ni. Dalam masa yang sama, kami cuci pakaian di self service laundry berdekatan. Sambil menyelam, minum air.





Ini kedai pilihan kami...

Satu je nak cakap, orang Kuala Rompin ni memang pandai memasak! Makanlah di mana pun, sedap je air tangan depa. Kali ni kami pilih lauk kampung bersama semangkuk kari kepala ikan. Harganya cuma RM15. Memang sedap lauk pauk di sini. Rasa macam nak pindah dok Kuala Rompin je 😅

Tuesday, 11 February 2020

Berlibur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin



Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Rompin ialah Pantai Hiburan. Pantai ini terletak berhampiran pekan Kuala Rompin sendiri.



Pantai Hiburan ialah pantai awam, terbuka untuk semua pengunjung berbeza dengan Pantai Lanjut yang lebih exclusive untuk penghuni Lanjut Beach & Golf Resort.



Setiap tahun Kuala Rompin menjadi tumpuan pemancing kerana diadakan Royal Pahang Billfish Challenge. Kehadiran ikan layaran yang banyak bila tiba musimnya menjadikan Kuala Rompin sebagai tumpuan para pemancing. Difahamkan, konsep pertandingan adalah 'catch & release'. Sangat bagus untuk memastikan kelestarian spesis ini.



Terdapat beberapa gerai ala pasar malam yang berjualan di sini. Dapat juga kami mengisi perut. Sata yang Ummi beli sangat enak. Terasa manisnya isi ikan di dalamnya seakan sata di Terengganu. Kata Pakcik ni, beliau datang dari Tg Gemok. Selain tu, pau Kak Jie (kalau tak silap namanya) pun sedap untuk dicuba. Inti padat, best! Ada juga Medan Selera jika ada yang ingin menjamu selera. Kami hanya duduk di bangku yang disediakan sambil melihat gelagat para pengunjung. Nampaknya pantai ni sesuai untuk bermandi manda kerana lebih landai. Cuma di musim sekarang tidak digalakkan untuk mandi. Ada juga yang berkhemah. Menarik!

Inilah aktiviti kami. Naik keretapi ulat bulu aka keratapi tong drum. Mula tu anak-anak je yang nak naik, tiba-tiba Ummi depa pun terikut sekali haha... Satu tong tu cajnya RM5. Mula tu tak terfikir pun nak naik, tapi bila perasan hari dah senja elok juga Ummi temankan. Dalam hati kang entah kemana depa bawa anak-anak Ummi. Tiba-tiba Ummi paranoid 😅

Ummi dalam tong hijau belakang Abang tu 🤭


Boleh tahan laju juga benda alah ni. Drivernya pun bukan main pecut. Siap buat zigzag lagi. Menjerit-jerit budak2 ni. Ummi je control macho haha...

Dua ketol Angah dan Kakak bergambar. Bila besarkan gambar baru perasan ada orang di belakang depa. Mujurlah orang 😜
Ada gambar lain makcik tu pandang camera. Dah, jangan fikir bukan-bukan haha... 

Menjelang Maghrib, Pantai ni mula sunyi. Menurut salah seorang peniaga di sini, sebelah malam takde orang di sini, kecuali mereka yang berkhemah. Patutlah Ummi tengok masing-masing sibuk berkemas untuk pulang.

Kakak & Angah always ready to strike a pose.
Abang dgn Adik... Ke laut sokmo 😂😂😂

Pantai Hiburan kami tinggalkan dengan satu memori Indah alhamdulillah.