Showing posts with label Segamat. Show all posts
Showing posts with label Segamat. Show all posts

Tuesday, 27 December 2022

Tahniah En Din Sekeluarga

Sewaktu bertugas di sebuah bank, Walid telah ke cawangan Segamat atas urusan kerja. Tugasan tersebut membuahkan persahabatan antara Walid dan beberapa pekerja di cawangan tersebut. Silaturrahim tersebut masih kekal hingga ke hari ini. Jika ada kenduri-kendara dan dijemput, kami akan cuba hadir. Kali terakhir kami ke Segamat ialah tahun 2013, sewaktu Ummi mengandungkan Kakak. Bawak Tok sekali masa tu, ke kenduri anak tea lady bank tersebut. Kami panggil Makcik Segamat.  

Kali ni kami menerima jemputan dari En Din pula, ke majlis perkahwinan anak sulung beliau. 


Sampai di rumah kenduri dah hampir jam 3. Jumpa tuan rumah, dia suruh makan dulu. Elok sangatlah tu :D 

Sedapnya alahai nasi kenduri ni... Terbayang-bayang lagi keenakannya.

Cenderahati dari tuan rumah...

Dapat sebotol Sambal Kicap dan sebotol Sos Cili. Belum sempat cuba lagi sambal kicap tu. Cicah dengan Pisang Goreng pun sedapkan. Style orang Johor ... 

Terima kasih En Din sekeluarga atas jemputannya. Tahniah buat kedua mempelai. Didoakan agar beroleh sakinah, mawaddah & rahmah dalam rumahtangga. 

Dari rumah En Din, kami ke Jalan Meriyani, Kg Jawa untuk ke rumah Makcik Segamat. Kami dimaklumkan bahawa Makcik sedang uzur sekarang. Sebenarnya kalau Makcik sihat pun kami memang berhajat nak ke rumah beliau. Nak ziarah sambil kenalkan dengan anak4. Makcik & Pakcik baik sangat orangnya. Kalau ke rumah mereka, macam-macam dijamunya. Dilayan bagai keluarga sendiri. 

Bila nampak je Makcik terbaring, Allah sayunya hati Ummi. Rupanya Makcik dah lama bed ridden. Asalnya jatuh sewaktu nak memberus gigi di sinki. Akibatnya  ada tulang patah serta saraf rosak menyebabkan Makcik tak boleh bangun lagi. Hanya mampu terbaring. Tapi, Makcik masih kenal kami! Masih ramah, nak berborak macam dulu. Cuma, suaranya perlahan. Pakcik pula diuji dengan masalah jantung. Syukurlah, 3 dari 4 anak mereka tinggal bersebelahan. 

Didoakan agar kedua-dua mereka diberi kemudahan, kesembuhan dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Ada rezeki jumpa lagi ان شاء الله



Dari Pekan ke Segamat ~ Pengalaman Lalu 'Jalan Belakang'

Selain berhajat nak ke Pekan, kami juga ada keinginan untuk melakukan perjalanan di laluan Pekan-Segamat. Kami panggil 'jalan belakang ' sebab selalu kalau ke Segamat kami ikut PLUS. Teringin nak lalu jalan tu, nak tengok apa yang ada... 

Alhamdulillah Allah hadirkan peluang tersebut dalam bentuk jemputan kenduri kahwin dari kawan Walid di Segamat, En Din. Jadi, dapatlah kami merasa pengalaman lalu di kawasan tersebut.  Kawan-kawan termasuk Uncle Wadi, orang kuat Bomba Johor turut mengingatkan Walid agar berhati-hati kerana jalan tersebut agak bahaya. Kami juga sedia maklum bahaya banyak kemalangan termasuk kemalangan maut sering berlaku di jalan ni. 

Kata staff di Ancasa Royale Pekan, dalam 1/2 jam sampailah ke simpang untuk ke Segamat tu. 

Memandulah kami hingga sampai di laluan masuk ke Lebuhraya Kuantan - Segamat (Lebuh Tun Abdul Razak). Nama simpang masuk ni Paloh Hinai. First time tahu wujud tempat ni. Ada Balai Polis Paloh Hinai di sebelah kanan simpang, gah di atas bukit. 

Lebuhraya ni open highway. Masa ni seronok memandu sebab jalan 2 lanes :) Kiri kanan jalan ada ladang kelapa sawit dan hutan. 

Excited  nampak signboard Chini! Dari zaman kerja sampai sekarang dok tunggu nasi minyak Cik Siti (ofismate Ummi dulu), tak sampai-sampai jemputannya :D

Lepas Chini, jalan satu lane, jalan biasa. Kereta banyak di kedua-dua arah jadi kena naikkan meter sabar, bukan speed meter  :) 

Sampai Muadzam. Kami pernah berhenti solat di sini masa nak pergi bercuti di Kuala Rompin 2 tahun lepas. 

Lepas Muadzam ni, pemanduan lebih mencabar. Lalu hutan, jalan sempit. Pengalaman kami sendiri, 2x kereta kami hampir bertembung dengan kenderaan di lorong bertentangan yang mahu memotong kenderaan di hadapan mereka. Jalan satu lane jadi kena betul-betul clear baru boleh memotong. Tapi, bukan semua orang mampu bersabar di atas jalan raya :( Walaupun begitu, alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang pemanduan tersebut. 

Lori pun banyak...

Ada tempat nama Chenderawasih 😍

Di Gombak ada tempat nama Sg Chinchin, di sini Galang Chin Chin :) Ini agaknya yang dikatakan "jauh berjalan luas pandangan" :p Macam-macam nama tempat yang baru kami ketahui dan sedari kewujudannya. 

Alhamdulillah bertolak dari Pekan jam 11.35 pg, sampai di pekan Segamat jam 1.50 ptg. 

Lapaq nasik dah ni 🤭