Advertisement

Main Ad

Duduk Dan Tinggal Dalam Kenangan Semalam

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Perlu ke kita terus duduk dan tinggal dalam kenangan semalam. Kenangan yang kadangkala ianya menyakitkan dan menyedihkan. Kenangan yang kita cuba untuk lupakan namun kadangkala ia gagal untuk dipadam terus dalam fikiran.

Sesekali bila ianya datang mengetuk tengkorak dan terus menceluskan diri masuk ke dalam otak dan kita akan ingat dengan jelas setiap perkara yang telah berlalu. Atau sebenarnya kita adalah seorang yang pendendam dan tidak melupakan sepenuhnya kenangan yang telah menjadi racun dalam jiwa kita.

Kenangan kadangkala ia menjadi ubat dan penawar kesakitan. Kenangan juga boleh menjadi racun yang membunuh jiwa. Perlahan-lahan kita sendiri tidak kenal dengan diri kita. Waktu itu ia akan merosakkan keadaan sekeliling kita. Kehidupan seharian kita akan terganggu dan yang menjadi mangsanya adalah mereka di sekeliling yang tidak pernah putus asa dengan kita. Mereka percaya kita mampu mengatasinya.

Kenangan janganlah terlalu lama memakan diri jika ianya tidak mendatangkan kebaikan. Buang dan campaklah ia sejauh mungkin. Hilangkan terus dari dalam ingatan. Campak terus ia jauh dari kehidupan. Jangan terus tinggal dan hidup dalam kenangan yang merosakkan.


Bangun dan teruslah mencipta kenangan baru.
Kenangan yang lebih indah bersama insan tersayang.
Kenangan yang lebih bermakna dalam kehidupan.

Sampai satu masa kita perlu buang sesuatu dari dalam fikiran kita. Agar ia tidak menjadi racun yang berbisa hingga kita boleh hilang jati diri. Akhirnya kita sendiri tidak kenal siapa sebenarnya diri kita.

Post a Comment

9 Comments

  1. kenangan yg manis utk dikenang2, yg pahit utk mematangkan kita dan make us stronger insya Allah

    ReplyDelete
  2. Kenangan Yang manis seronok utk dikenang & diulang² dlm fikirkan. Yg buruk² biasanya delete atau pun lempar jauh 😅

    ReplyDelete
  3. Awat ibu, are you okey?
    Kwenchanayo???
    Kita tak boleh nak dok dlm kenangan semalam lama2, lagi kenangan tu yg buat hati pedih ja. kena move-on biarpun pedih.

    ReplyDelete
  4. semoga Allah permudahkan semuanya kan kak salina...

    ReplyDelete
  5. jgn kerana memori lama buat kita takut mencipta memori baru

    ReplyDelete
  6. Saya sejenis yang susah nak lupa kalau orang buat tak elok kat kita. Bayangkan masa zaman sekolah menengah sampai sekarang tak boleh lupa apa dia buat cumanya tidaklah memikirkan perkara tersebut.

    ReplyDelete
  7. Belajar melepaskan masa lalu, supaya tidak hidup dalam kenangan yang menyakitkan.

    ReplyDelete
  8. kenangan untuk dijadikan sandaran supaya yang negatif tidak berulang, yg positif akan lebih menguatkan ...

    ReplyDelete
  9. Macam SA sekarang..duduk dlaam kenangan arwah Mak...hari2 teringat....

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.