Wednesday, December 18, 2024

Alam Ria Pasti 2024 - Fatima & Kalam Jamaie

Siaran tertunda 😅 

Event Alam Ria Pasti Kawasan Pandan dan Peringkat Negeri Selangor ni dah berlansung pada penghujung Oktober dan awal November sebenarnya. Letak jugalah disini untuk kenangan. 

Fatima dah join team Kalam Jamaie PU sejak tahun lepas (4 tahun). Bidan terjun sebenarnya masa tu. Sebab last minute ada seorang peserta 5 tahun kena chicken pox. 2 hari sebelum pertandingan cikgu mesej ummi malam² hari, minta carikan baju untuk Fatima. Syukur Fatima memang dok join sama masa latihan, sebab ada abang dia, Fathiy (6 tahun) masa tu. Dekat rumah pun, dok berlatih sama la 2 ketul tu. Semua skrip dan step dia dah hafal. Alhamdulillah Allah mudahkan.. 

Tahun ni, semua peserta 5 tahun dan 6 tahun sahaja. Awal² cikgu dah bagitau Fatima masih kekal dalam team KJ. Untuk KJ ni, cikgu memang strict sikit cari pelajar yang suara kuat, dan disiplin tinggi (mendengar kata).. Sebab nak kena sync, dan boleh fokus pada arahan conductor kan.. Dan satu lagi, cikgu dok pm ummi, Fatima banyak dapat line solo katanya 😅😅 Cikgu kata terpaksa bagi banyak kat dia, sebab dia yang boleh diharap.. 

Allahu.. ummi seram ok. Maka ummi dok pulun la menghafal dengan dia. Skrip, nada intonasi dan gaya. Tapi dia memang pulun habis hafal semua. Line orang pun dia tolong ingatkan. MasyaAllah.. Semangat betul dia. 

Sesi latihan.. Latihan on weekend, mostly ummi join sama. Tolong setting time untuk cikgu 😅










Alam Ria Pasti Kawasan Pandan 2024
Alhamdulillah juara.











Alam Ria Pasti Negeri Selangor 2024
23 kawasan bertanding. Sengit betul saingannya. Walaupun tak menang but kids have done their very best. Almost perfect, cuma takde rezeki. But you guys nailed it..










Sunday, December 15, 2024

Sukaneka Pasti Kawasan Pandan 2024

Alhamdulillah, hari ni berlansung Sukaneka Pasti Kawasan Pandan. Tema tahun ni buah²an. Maka buah berwarna biru sebagai tema Pasti Ubudiah, pastinya Blueberry.. 

Comelkan maskot blueberry kami..

Hajat di hati nak tolong cikgu² prepare dekorasi untuk perbarisan. Tapi apakan daya, ummi handicap 😅. Tak larat nak sumbang kudrat dan tenaga. Yang termampu, just tolong pinjamkan costume maskot dari sekolah abang Fathan dan Fathiy. Kebetulan mereka pun tema buah²an masa sukan hari tu. Dan syukur juga ustazah & guru rumah sukan tak keberatan nak beri pinjam. Maka, itu jelah sumbangan yang mampu ummi bagi. Untuk pakaian anak², cikgu dah share link shopee untuk aksesori, maka parents hanya perlu order di hujung jari 😅😅.. 

Ummi suka idea cikgu². Selain maskot blueberry, ada anak² yang bawa produk/makanan yang berasaskan blueberry seperti jem, cheesetart, biskut, waffle, aiskrim dan sebagainya. Fatima bawa tart blueberry hasil air tangan cikgu PU sendiri. Ada juga anak² yang bawa plakad yang terkandung khasiat dan kebaikan blueberry. 

Fatima dengan kuih tart blueberry



Hari ni pun, tak dapat membantu banyak. Ummi tolong jagakan barang2 cikgu sajala.. Anak masuk acara pun ummi tak pergi intai tengok. Tak larat nak bersesak memenuhkan dewan. Maka, bergambar apa adanya saja lah. 

Habis event pun, ummi kerah anak⁵ saja untuk tolong kemas² semua. Sambil minta maaf pada cikgu² tak dapat membantu. Cikgu kata, memang tak bagi tolong pun. Kalau tolong, nanti cikgu yang marah 😂😂.. 


Recap acara dan keputusan hari ni, Fatima masuk 3 acara. Menang tempat ke-2 untuk 1 acara. Nusayba masuk 1 acara. Takde rezeki bawa balik hadiah. Perbarisan, PU menang tempat ke-2. Tahun ni, takde rezeki PU untuk mengekalkan kejuaraan perbarisan dan johan keseluruhan. It's ok. Tetap ada acara yang menang. Tahun depan we come back stronger, insyaAllah. 


Tahniah barisan cikgu dan anak² syurga PU. Tahniah juga buat parents yang menyumbang tenaga dan juadah potluck yang meriah dan beraneka jenis. Sedap² semuanya. Dah macam picnin di tepi dewan sambil support anak² bersukaneka. Terbaiklah parents PU ni. Sporting semuanya. 



Next event beramai² tinggal majlis graduasi je lah. Dah ada parents yang suggest buat family day (farewell), mostly parents anak² 6 tahun. Hihi.. 

Monday, December 9, 2024

Majlis Apresiasi Tahun 2024 MTI

Hari sabtu, 7 Disember 2024, berlansungnya Majlis Apresiasi Tahun 2024 MTI..


Sejak tahun lepas, penyampaian hadiah hanya diberikan kepada pelajar yang mumtaz & jayyid jiddan bagi subjek hafazan Al-Quran. 

Alhamdulillah, Faqeeh dapat jayyid jiddan, dan telah hafaz 7 juzu'. 
Ummi, personally rasa sistem dan teknik hafazan di MTI sangat baik dan banyak membantu anak² untuk menghafaz dan kekal hafal ayat² yang telah dihafal. Disini tidak mengejar tempoh hafazan, means bukan target nak hafaz 30 juzu dalam tempoh 6 bulan, sebagai contoh. Pace hafazan bergantung kepada tahap pelajar sendiri. Jika pelajar cepat hafaz, rajin buat ulangan, lancar hafazan masa tasmik, ustaz/ustazah akan beri lebih banyak baris tambahan ayat. Ada masanya tiada tambahan ayat diberikan jika ada beberapa kesalahan semasa tasmik dengan ustaz. Sesi tasmik bukan pada ayat baharu sahaja, malah ayat² yg telah dihafal sebelumnya. Setiap hari ustaz akan beri jadual gundal, ulangan ayat/juzu yang perlu diulang baca. 
Semoga Allah memberi sebaik² ganjaran buat para ustaz/ustazah yang bertungkus lumus mendidik/membimbing anak² halaqah.

Event ni merupakan event terakhir Faqeeh di MTI 🥹 since Faqeeh akan berpindah sekolah tahun depan. Tak banyak pun dapat rakam momen dia dan kawan² sebab kemana aja dierang ni pergi. Gambar tengah makan ni jelah yang sempat capture. Itupun, jenuh mencari budak² ni. Tersorok tempat makannya pun. Haihh.. Dan kami pun rushing nak ke kenduri kahwin saudara sebelah abi. Jadi, tak dapatlah berlama². 




Gambar orang lain pula yang lebih. haha..




Thursday, December 5, 2024

Faqeeh: Temuduga & Keputusan

Faqeeh, anak #2 tahun depan naik tingkatan 1, insyaAllah. Maka, ummi & abi mohon untuk kemasukan ke sekolah abang, MATIS MH. 

Faqeeh pun, ok je kalau nak masuk asrama, sebab ada abang long dia kan.. haha.. 

MATIS buka pendaftaran pada bulan September kalau tak silap. Then malam 14 November ada taklimat ibu bapa tentang proses temuduga dan sebagainya secara atas talian. 16 Nov, hari temuduga yang merangkumi ujian bertulis akademik (BM, BI, Matematik, Sains dan Jawi), ujian hafazan dan temuduga sahsiah. Untuk ujian hafazan, ayat hafazan diberikan pada penghujung taklimat ibu bapa. 

Ayat yang perlu dihafaz adalah Surah Al-Baqarah (142-145), 1 m/s. Bila dapat ayat ni, ada sedikit kelegaan dihati ummi, sebab alhamdulillah di sekolah sekarang, Faqeeh dah habis hafal Surah Al-Baqarah. Cuma perlu tasmik ulangan hafazan supaya lancar.

Awalnya, ummi plan untuk ambil cuti 15hb (Jumaat), untuk luangkan masa dengan Faqeeh utk tasmik, dan juga menjangkakan ujian akademik dibuat secara online, seperti abang tahun lepas. Rupanya, ujian akademik kali ni secara bertulis. Dan Faqeeh pula, minggu tu dia ada peperiksaan akhir tahun. So, tak boleh juga nak cutikan dia. Memandangkan ayat hafazan dia dah hafal, dan tiada ujian akademik online, dan ummi juga ada meeting di pagi hari jumaat yang barakah tu, tak jadilah ummi ambil cuti. Instead, ambil half day je. Balik petang tu kita bertasmik la bagi lancar. 

16 Nov, hari temuduga. Hantar dan tinggalkan sahaja, sama konsep seperti tahun lepas. Lepas 2 jam baru datang ambil balik.. Tak sempat ummi nak ambil gambar, berdesup je dia nya.. Sementara tu, kami (adik⁴ semua ikut sekali hantar abang interview ye.. semangat) pergi makan dulu di gerai nasi kerabu Kak La, tak jauh dari sekolah. Gerai tepi jalan je, tapi sokmo ramai orang. 


Around pukul 11, kami  dah terpacak di surau sebelah sekolah. Sementara tunggu Faqeeh call. Sambil tu dok intai² kot nampak kelibat abang long. Tak nampak pun 😅😅. Dia pun, tau adik ada temuduga, takde dia nak memunculkan diri ye.. Bertuah betul.

Selepas selesai temuduga. Tanya dia, semua ok je..

Selesai temuduga & ujian bertulis, keputusan Temuduga 1.0 keluar 19 November 2024. Alhamdulillah, lulus saringan pertama.


Next, saringan kedua iaitu Pra Tahfiz. 


Again, ummi bersyukur sangat dapat Surah Al-Baqarah (142-157), 1 maqro = 2½ m/s. Rezeki Faqeeh sungguh. Faqeeh submit hafazan pada 29 Nov. Ada sikit tersilap, but overall alhamdulillah lancar. Ulasan ustaz masa submit, teruskan baca macam tu  biar konsisten, dan jangan tinggal yang dah lepas², keep on ulang bacaan yang dah hafal. 

Ready to submit. Bismillah..



Keputusan Pra Tahfiz keluar pada 4 Disember 2024. Berdebar juga menunggu. Walaupun kita rasa macam ok, tapi tetap juga risau, sebab ramai yang bagus² juga both akademik dan Al-Quran. Berdoa banyak² moga ada rezeki Faqeeh sekolah di situ. Sebab jujurnya, kami takde plan B untuk Faqeeh. Cuma, kalau tak berjaya, paling tidak, teruskan sahaja di sekolah sekarang. 

Result keluar lewat petang semalam. Alhamdulillah Faqeeh lulus. Keputusan kali ni merangkumi purata markah bagi Temuduga 1.0 (Markah Al-Quran + Markah Akademik) dan juga Pra Tahfiz. Syukur ya Allah atas nikmat kurniaanMu. Ada rezeki Faqeeh bersekolah sama dengan abang. 


Selesai dah sesi temuduga. Syukur alhamdulillah. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang hendak kami dustakan. 

Next, pendaftaran kemasukan pelajar, insyaAllah pada 12 Feb 2025. Seorang lagi ke asrama. Syahdu rasanya. Tapi, ini yang terbaik buat anak². Semoga kalian jadi generasi yang sentiasa mencintai, dan beramal dengan Al-Quran, jadi insan yang bermanfaat buat ummah & agama. 

Saturday, November 30, 2024

Forever Sweet 25 🤣🤣🫶🏻

Another year older & wiser, perhaps.


Untuk kesekian tahun diberikan nikmat bernafas dan hidup dengan segala macam nikmat & rezeki yang Allah kirimkan dengan pelbagai cara yang terkadang aku sendiri tak sangka...


Fabiayyi 'aalaa'i Rabbikumaa Tukadzdzibaan

{Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Hendak Engkau Dustakan}


Alhamdulillah ala kulli haal atas segala nikmat kurniaan Allah yang tak terhitung banyaknya..


Terima kasih pada semua yang kirim doa & ucapan. Semoga Allah mengembalikan segala doa yang baik² buat kalian.

















Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015