Assalamualaikum dan salam Jumaat Saiyyidul Ayyam. Penghulu segala hari.
01 Januari setiap tahun adalah hari kelahiran Allahyarham Mr A.
Setiap tahun semasa hidupnya dan selepas pemergiannya, Cik Wan tidak pernah terlepas untuk menyediakan makanan kegemarannya. Sama ada nasi kerabu, nasi hujan panas atau nasi dagang. Selepas arwah tiadapun, tradisi memasak dan berkongsi juadah dengan jiran-jiran dan kadang-kadang jemput saudara mara datang ke rumah tetap diteruskan.
Tetapi, 01/01/2025 Cik Wan tidak sihat dan tidak mampu memasak seperti biasa, walaupun sebelum itu telah beli 5 kg santan untuk memasak 4 kg pulut kuning dan kerutuk 4 ekor ayam. Betul-betul tidak sihat jadi pertama kali dalam sejarah, Cik Wan tidak memasak apa2 pada 01/01/2025.
Maka hari ini, bila rasa badan dah okay sikit, Cik Wan tunaikan niat untuk sedekahkan pada guru-guru di sekolah sahaja. Sebab masih tidak berapa sihat, Cik Wan masak 2 kg pulut kuning dan 2 ekor ayam gulai darat sahaja.
Ini resepi Pulut Kuning yang Cik Wan gunakan. Terima kasih kepada Allahyarham MIL yang mengajarkan resepi ini dan kepada Allahyarham Mok (nenek) Cik Wan yang menunjukkan cara mengukus pulut sejak Cik Wan darjah 1 lagi. Al Fatihah untuk mereka semua.
Resepi untuk 1 kg Pulut Kuning:
- Bilas pulut yang direndam.
- Kukus selama 30 minit atau hingga naik wap.
- Sambil menunggu pulut dikukus, panaskan santan yang dicampur garam dan gula (bila dirasa, ada rasa masin sedikit dan hujung2nya ada rasa manis)- Santan dipanaskan hingga setakat garam dan gula hancur sahaja, jangan sampai menggelegak.
- Selepas 30 minit, angkat pulut dan gaul dengan santan tadi.
- Kukus semula pulut selama 20-25 minit atau sehingga naik wap.
- Siap dan boleh dikeluarkan, kacau perlahan2 sahaja jangan sampai nasi pulut patah.
Alhamdulillah. Beras Pulut cap apa tu? Rozita
ReplyDeleteSaya guna beras pulut siam. Kalau takde, cari je Pulut Susu.
Delete