Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts

Tuesday, 28 December 2021

Air Bunga Telang

Pokok telang yang Ummi tanam hari tu dah berbunga! 

Sebelum balik kampung dah nampak macam kudup bunga. Dalam hati, janganlah kembang lagi. Kalau boleh bunga pertama tu Ummi nak jadi saksi 'perkembangan-nya' :D 

Bunga sulung, yes! 

Tapi pokok belakang rumah berbunga dulu sebenarnya ...

Perkara pertama yang Ummi nak buat dengan bunga telang ni ialah air bunga telang. Dah lama teringin nak merasa. 

Percubaan pertama. 3 kuntum bunga je. Daun pandan (pucuk lagi) tu Ummi petik dari pokok pandan Aunty Sopiah hadiahkan. Ummi nak minta tolong tanam dalam pasu Ummi, sebab asyik tak hidup je Ummi tanam. Tup-tup dengan pasu sekali Aunty Sopiah bagi :D 

Rebus dengan daun pandan hingga mendidih. Pastu masukkan gula ikut kesesuaian. Bila gula larut, tutup api. Tapis ke dalam jug. Masukkan ais dan perah lemon ke dalam air tadi. Kacau sebati. 

Hasilnya ... 

Pudar warnanya tapi rasanya sedaplah. Rasa pandan & lemon. Bunga telang ni sebagai pewarna ja kot.  

Sebab kurang puashati dengan hasilnya, hari ni petik lagi. Dapatlah 5 kuntum gabungan pokok depan dan belakang. 

I made it! Haha ... Very nice color kan? 

Dan terlaksana juga hasrat Ummi nak tengok pokok-pokok di pagar ni berbunga serentak 😍


Thursday, 13 February 2020

Pokok cili belakang rumah 🌶️🌶️🌶️



Keluar sahaja dari wad tempohari, antara perkara pertama yang Ummi buat ialah menjenguk kebun belakang rumah. Rindu, risau semua ada. Masa tu cuaca panas kering, risau pula pokok-pokok Ummi mati especially pokok-pokok cili. Rindu sebab hari-hari Ummi 'berbual' dengan pokok-pokok ni 😊

Baca sini: [Ummi masuk wad

Sedang Ummi menyiram pokok dua tiga hari lepas, jiran belakang rumah tanya...
Kak F:  You tak tanam peria lagi ke? I sukalah makan peria katak you tu
Ummi: Tak, sekarang I tanam cili :) 


Kemain bunyinya...macam ada kebun seekar, padahal sekangkang kera je haha 😂😂😂

Tapi betul, di kebun Ummi ni sekarang banyak pokok cili. Dan alhamdulillah semuanya dah mula berbunga dan berbuah. Ada sepokok cili burung tu meriah sungguh bunga dan buahnya.

Ini champion.
Bunga dan buah paling banyak. 

Yang lain-lain baru nak cuba-cuba berbunga/berbuah...

Cili kampung 😍

Cili hijau ni macam cili solok warnanya tapi sizenya tak segemuk cili solok. Sebesar size cili merah je. Ummi semai benih cili merah tapi cili jenis ni yang tumbuh. Ada 3 pokok ni... Semua dah berbuah. 




Cili merah ada 2-3 pokok. Dah merasa hasilnya alhamdulillah.


Yang ni kecik je pokoknya tapi dah berbunga... 

Ahli baru di kebun, bayam Brazil. Cucuk batang je, alhamdulillah hidup. 


Rahsia penjagaan? Ummi siram dengan air basuh beras dan air basuhan ikan. Itu je.