Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Thursday, 11 October 2018

Air Solo & Apple Strudel wajib beli di Perth


"I troubled myself just to buy this for you Haji" kata F sambil menghulurkan sebotol air jenama Solo kepada Walid. Touching 😝 This year F & SY revisited Perth. Walid pula just buat local visit. 

Thanks a lot F & SY. 

Last year Walid pun bawa balik air Solo ni. It is actually lemonade yang sangat sinonim dengan Australia. Rasanya masam masam manis macam air lemon kat sini juga cuma ada rasa bergas sikit. Tapi sebab from oversea, rasa speciallah. Furthermore, it's the thought that counts :) 


Selain air Solo ni satu lagi yang mesti dicuba ialah apple strudel, sejenis dessert yang sangat terkenal di Perth. Yang ni memang sedap. Jenama yang terkenal ialah Corica. 

Info dari Sue, member Umi di Perth. 

Harganya boleh tahan mahal, sekitar RM60 untuk sekeping (kira-kira sehasta/+-45 cm). Dek kerana famousnya apple strudel ni, ramai yang beli bawa balik ke Malaysia. Umi pun dapatlah merasa hari tu. 




Kalau beli 6 ketul, Corica akan pek untuk hand carry atas flight. Info ni Sue yang bagitau. Tapi Walid beli satu je hari tu. Mahalkan... Lagipun setakat nak rasa, satu pun dah cukup. 

Thanks Sue. 

Yang kelakarnya Walid sorang je beli apple strudel ni. Jadi bila dah balik Malaysia F ni baru tahu pasal apple strudel ni. Teringin pula dia nak merasa hehe...mujur ada balance lagi. Taktaulah pergi kali ni dia beli ke tidak :) 

Kalau taknak apple strudel, durian strudel pun ada tau! 

Rasa bangga jap durian jadi pilihan Oz 😆



Thursday, 17 August 2017

Quest West End Apartment, Perth




Jomlah kita jenguk tengok apartment yang Walid stay masa pi Australia bulan puasa hari tu. Kot ada yang plan nak ke Perth bolehlah consider stay kat sini.

Walid ambil apartment 2 bilik, shared with his colleague, F. Harga semalam rm850. Kalau 1-room apartment macam the boss & female colleague ambik tu rm650/night. Nampak luas, selesa dan bersih apartment ni. Everyday ada cleaner datang buat housekeeping, macam hotel. Facilities semua tiptop. Lokasi memang strategic, dekat town. Dengan ofis Walid kena visit tu pun dekat sangat, 5 minutes walking distance. Dengan Malaysian hall and grand mosque di Perth ni pun around 15-20 minutes je.






Washing machine, complete with dryer. Lega depa boleh basuh baju hari2. 


Kalau Walid bawa Umi hari tu confirm hari2 Umi masak untuk iftar dan sahur 😀
Tu je nak share hehe...
Ada rezeki sampai lah kita insha Allah.

Wednesday, 9 August 2017

Cohunu Koala Park



Ini kira sambungan kembara bumi Perth hari tu. W/pun bukan Umi yang pergi, but my better half did. Saja buat kenangan, kita post kat sini. Bolehlah tunjuk kat anak cucu nanti 😀

Umi dah ingat2 lupa sebenarnya. Tapi kalau tak silap Walid bagitau dia naik train from Perth then naik teksi untuk ke park ni. About 2-hr journey juga kalau tak silap from Perth tu. Gigih nak jumpa kangaroo, koala dll hehe... Alang2 dah sampai kan, ambik lah peluang tengok negara orang. Ini pun Umi tak ikut, kalau tak maunya satu Australia Umi ajak pusing 😊

Members dia yang lagi 3 orang tu siap pergi sampai ke desert mana ntah. Ye lah kat Malaysia mana ada gurun kan? Eh adalah, pekan Gurun di Kedah 😂 Walid, being the only Muslim in the group puasa time tu so limited sikitlah pergerakannya. Pusing2 around Perth city je.

Inilah Cohunu Koala Park. Tapi macam2 haiwan dalam park tu, bukan koala je tau.


Koala bears, dalam sangkar je. Tak nampak sangat. 




Rare animals that we could see in the park. 



Yes, you can feed the kangaroos. 



So thoughtful hahaha 😂


From there they went to Fremantle. Fremantle ni area port, so bolehlah nampak boat berlabuh. Cantik pemandangan kat sini. Chef Wan pun pernah promote tempat ni dalam travelog dia. 


 That day Walid berbuka dengan the famous Kaili's fish & chips je 😉 



Fremantle market ni pula katanya ala central market (CM) kitalah. Cuci mata je kat sini tak beli apa2 pun. 

To be continued :) 

Sunday, 18 June 2017

Kembara Bumi Perth



Alhamdulillah setelah 2 minggu bermusafir di bumi kangaroo, Walid akhirnya kembali ke sarang :) sepanjang ingatan Umi ini kali pertama Walid outstation di bulan puasa. 

Mulanya bila dah confirm Walid kena pergi Perth tu teringinlah juga Umi nak ikut. Kebetulan cuti sekolah. Tapi baru je congak kos renew/buat passport untuk kami anak beranak yang boleh cecah rm1,200 terus terpadam hasrat murni Umi. Baik lah Umi beli sofa raya kan? 


Bila teman Walid pergi beli winter clothes dekat Winter Time malam sebelum berangkat tu langsung tak teringin nak ikut dah. Walid beli winter coat selai, sweater selai dan glove sepasang dah seribu lebih! Bayangkan kalau untuk 6 orang? Maka berguguranlah mimpi2 indah Umi nak makan fish n chips di Kailis yang femes tu!


Mixed seafood

Tapi yang kelakarnya winter coat tu tak guna pun. Glove lagilah tak payah. Suhu dalam 9-10°C. Mujurlah semua items tu claimable, takde lah ralat sangat spent >1k. 


Walid travel dengan 3 orang colleagues dia.; 2 Chinese, 1 Indian. 1Malaysia gitu hehe... Since he was fasting, tak banyak sangat lah tempat menarik yang dia visit. First day tu ikut jugaklah depa pi melawat 'tuan tanah' , Mr Kangaroo. Takkan dah sampai Oz tak tengok kangaroo kan. Bukan ada kat tempat lain pun. But then there was issue on finding halal food outlet and surau/musolla/masjid. He ended up solat atas padang je di Fremantle. And for iftar makan fish n chips tu le. So next day onwards he discovered the city on his own. Solat siap2 di apartment then baru keluar jalan-jalan and cari makan. Luckily kawan2 dia semua faham. Depa untunglah merata jugaklah pergi sightseeing. Tapi takpe lah mana tahu ada rezeki Walid bawa Umi pergi Perth in the future. Kita jalan dua ye B :) 

Lunch time. Santai je depa makan. 

Cantik bandar Perth ni. Selamat dan bersih. Even malam2 Walid keluar beli food jalan kaki sorang2 pun selamat. Public transport memang superb. Free bus services, train, taxi semua reliable.






Ada member Umi di Perth bagitau di Malaysian Hall ni ada free iftar and terawih every night tapi jauh juga untuk Walid berulang alik dari apartment nya so memang tak sempat singgahlah. Ini pun Walid pergi Sunday, the Hall tutup. 



Bila dah pandai naik public transport ni panjanglah sikit langkah Walid hehe... Tapi pusing2 bandar je la. 


Self service convenience store. Pilih barang, scan harga then bayar thru machine; cash or card. Canggihkan.





Spiderman pun ada hah :) 

Ini pula masjid Perth. Mostly jemaah are Pakistanis. Walid solat jumaat kat sini lah. Kecik je masjid nya. Azan memang takde lah. Solat jumaat depa fixed at 1 pm even masuk waktu around 12.15. Time rehat sama je every weekdays so tunggu lunch time at 1.00 tu baru solat jumaat. Hari biasa Walid bawa sejadah and solat di ofis je. Ada bilik kosong tumpang lah solat sebab dekat ofis tu pun semua none Muslims so surau not provided.


Pelbagai bangsa dan warna kulit. Bersatu dibawah kalimah yang satu. Suka tengok. 

Kadang tu Walid berbuka di ofis je bila banyak kerja. Makan lah biskut dengan air dulu. Nanti baru pergi cari nasi.


Ini kalau Tok Umi tengok gambar ni mesti nangis ni :D Hari tu bila tengok gambar Walid makan nasi dgn lauk je, takde kuih muih bagai Tok Umi dah touching dah. Hehe...


,Geram je Umi tengok Walid letak gitu je biskut tu huhu. Kot la nak alas dgn kertas ke tisu ke hehe...

Apapun alhamdulillah Walid dah kembali. Dah start kerja pun hari ni.