Rasa macam nak peluk je Juju bila beliau kongsi cara nak kembali ke legacy blogger interface. Baca perkongsian Juju di: SINI.
Kerap juga notice ni appear dalam dashboard Ummi. Itu yang try semalam :( |
Kelmarin memang Ummi tension sebab secara tak sengaja ter-cuba new interface yang dioffer oleh Blogger. Lepas tu, bila nak masukkan gambar, dah tak boleh. Tak boleh access ke phone Gallery. Selama ni boleh je. Ummi ni update blog guna phone je. Malas nak on laptop. Lepas tu kalau guna laptop kena transfer dulu gambar dalam phone ke laptop. Renyah!
Sample draft dalam NotePad |
Selalunya Ummi kalau ada idea terus tulis dalam NotePad dekat phone. Then C&P ke blog sebagai draft dan edit; masukkan gambar dsbnya. Sambil baring-baring or tengok tv pun boleh draft entry. Ini pun edit blog sambil lepak atas katil baru Angah aha... Seronok pula lepak atas katil depa. Tilam sedap, tak melendut.
Post semalam sebelum revert tu legacy blogher. |
Tapi, semalam tu tak boleh buat macam selalu. Tengok dekat Help section, depa suruh install apps Blogger. Install la. Tapi still tak user friendly for me. Nak resize gambar tak boleh, nak add caption tak dapat, nak centralized paragraphs pun tak boleh sudahnya Ummi upload je entry "Surprise untuk Walid" seadanya. Mata ni sakit je tengok gambar gedabak besar dengan paragraphs tak center tu tapi tak tahu nak adjust camne :(
Alhamdulillah kelmarin Juju buat perkongsian untuk kembali ke legacy blogger (existing interface). Terus ummi edit post semalam tu. Baru sedap sikit mata memandang dan membaca. Simple je benda ni tapi bila gelabah terus tak jumpa kat mana nak revert ke legacy blogger tu. Lepas tu dok pening sorang-sorang fikir camne nak buat 😂
Caranya senang je... Pergi ke dashboard, scroll bawah sekali. Click je kat situ, then click confirm. Selagi dibenarkan guna interface ni, selagi itulah Ummi guna interface lama ni. I'm comfortable with it because it's more user and (mobile phone) friendly.
Sekali lagi, berbanyak terima kasih kepada Juju atas perkongsiannya. Ummi ni buat blog suka-suka je, belajar pun sendiri-sendiri je. Sebab tu banyak kekurangan blog ni. Tapi tetap jadi kesayangan Ummi sebab banyak kenangan terhimpun dalam ni.
Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong Ummi 🤗