Showing posts with label GH. Show all posts
Showing posts with label GH. Show all posts

Tuesday, 6 June 2023

Hotel Seri Malaysia Genting Highlands


Kami memilih Hotel Seri Malaysia Genting Highlands untuk bermalam semasa ke Genting Highlands  tempohari. Terletak di Gohtong Jaya, sebaris dengan deretan kedai-kedai lain. Depannya main road untuk naik/turun puncak GH. Dapat pula bilik menghadap main road tu, tadah telinga je la dengar deruman enjin kereta/motor hatta sampai tengah malam. 

Kami ditempatkan di bilik 131 pada mulanya. Bagi yang pernah menginap di HSM pasti sedia maklumlah condition bilik, perabot, susun atur dsbnya di rangkaian HSM ni. Kami pun tidaklah letak expectation yang tinggi, berdasarkan pengalaman sebelum² ni. Cuma, harap segala facilities yang disediakan dapat digunakan dan berfungsi dengan baik. 

Of course bila dah dapat kunci bilik kita excited-lah kan nak masuk bilik berehat, solat, qadha hajat dsbnya. Malangnya, apa yang diharapkan sedikit tertunda;

1. TV takde siaran. Terpaksalah Abang turun ke ground floor untuk cari maintenance staff. Phone dalam bilik tak berfungsi. Cepat staff datang, setel satu bab.

2. Masalah besar! Takde air di bilik air. Walid pula kena turun report. 

Then datanglah staff maintainence lain pulak, "Maaf Bang, bilik ni memang air problem. Abang tukar bilik ye, nanti bilik ready saya panggil. Tadi, staff bawah (regi) terlepas pandang agaknya bagi bilik ni ..."  

Malas nak bertekak, kemas barang pindah bilik. Alhamdulillah bilik yang kedua ni better dan paling penting ada air :D Luas juga, dapat solat berjemaah 6 beranak dalam bilik tu. View pun lebih cantik sebab di Tingkat 3, paling atas. Bilik kedua ni Ummi dah malas nak ambil gambar :) 

The red building at night 

Lobi cantik, luas dan nampak macam baru upgrade/refurbished 👍 Ada welcome drink juga. Surau, hall dan cafe; Temran Cafe juga terletak di aras ni..

Cafe luas dan cantik, cuma food selection quite limited. Tapi, worth la, kids pun bayar RM10/pax je. 

Adjacent to Temran Cafe is another cafe; Cafe Lemuni. Buka untuk lunch rasanya... 

 Sepanjang koridor hotel ni tempat ia beroperasi. 

Hotel Seri Malaysia Genting Highlands
11, Jalan Jati 1, Gohtong Jaya 
69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur



 




Monday, 5 June 2023

Genting Highlands Premium Outlets (GPO)

Satu-satunya tempat menarik di Genting Highlands yang kami singgahi. 


Itu pun singgah window shopping je :D 
Adalah beli tapi sikit je...
Lebih kepada merayau-rayau di sini... Cantik dan rasa selamat GPO ni, itu yang seronok keluar masuk, keluar masuk kedai tu... 

Orang ramai tapi tak crowded... 

Ada playground di tengah² ni...

Penat main, masuk e-mart... 

Layan je la kehendak anak dara tu ...

Lepak belakang e-mart tu, ada kerusi meja. Nampak kan bangunan merah tu? 

Lepas alas perut dengan k-food ni, kami gerak ke Gohtong Jaya...

Hasil tangkapan; selimut Akemi selai. Harga asal RM145, single size tapi sebab product lama, depa offer RM50 je. Next visit (ان شاء الله ) nak beli yang queen/king size, sebab selesa selimutnya. Macam selimut hotel...

 Selain tu Kakak beli bath gel dekat outlet Sasa. Tu je... Angah dan Walid beli pouch bag & sling bag. Tu je la... 

Tapi, ada rezeki nak repeat sini :)


Sunday, 4 June 2023

Menuju Puncak

Pertama kali Ummi dan anak⁴ ke Genting Highlands dan kali kedua bagi Walid. Itupun katanya masa nak masuk U dulu. Longgggg time ago :D 

Gigih mendaki hingga ke puncak!
Kalau dari Sri Gombak tu, toleh kanan, toleh kiri boleh nampak puncak Genting Highlands ni, kalau cuaca baik. 

Genting Highlands, viewed from MRR2 dari Batu Caves arah ke SG. Kalau takde awan tu memang jelas nampak struktur bangunan² di puncaknya. Sepatutnya pergi awal cuti sekolah tapi anak bulus baru keluar wad jadi postponed kejap. Hikmahnya dapatlah Angah & Kakak sertai Kem Smart Solat tempohari. 

9.30 baru keluar dari SG, sesak jugalah dekat Tol Gombak tu sebab long weekend kan. 

1/2 jam kemudian dah keluar highway dan mula mendaki... Dekat je rupanya, rugi tak mai sebelum² ni 😂

The target 💪

Pondok Polis yang cantik rekabentuknya, umpama castle omputih... Ini kira pintu masuk untuk ke GH. Sebelum tu jumpa Gohtong Jaya. 

Tak jauh dari situ, jumpalah Genting Highlands Premium Outlet (GPO)😍

Jom la singgah cuci mata. Ada rezeki cuci dompet Walid sekali :p

Masjid Genting Highlands, satu jalan menghala naik ke GPO. 

Bangunan merah ala pagoda ni sangat outstanding. Kalau tahu namanya, komen di bawah ye 🤗 Pusing mana² pun nampaklah bangunan ni. 

Mendaki lagi ke atas...

Atas bukit tu temple; Chin Swee Temple.

Pintu gerbang dan entrance ke temple. Ada tempat parking untuk para pengunjung. 

Kami teruskan pendakian...

Cable car lalu atas kepala! Cuak juga hahaha... 

More cable cars 😍

Ini berhampiran Arena of Stars... Kiranya dekat puncak GH ni...

Depan Resort World. Dekat pukul 1 tapi kabus tebal. Sejuk betul atas puncak ni! 
Kami sekadar melewati puncak Genting ni, then singgah sekejap bergambar di tepi jalan. 

Pandang ke bawah, gayat! 
Ummi rasa puncak Genting ni lagi tirus, lagi kecik kot compared to Cameron Highlands yang lebih landai. 

Jauh beza sebenarnya GH dan CH. Di GH ni lebih kepada tempat hiburan kot, sedangkan di CH lebih kepada tempat melancong. Di CH banyak bunga, di sini tak nampak pulak taman bunga...

Moring Glory banyaklah tumbuh meliar...
Species bunga bawang purple adalah ditanam di tepi tembok tempat kami berhenti ambil gambar ni ..

Habis bergambar, turun semula ke Gohtong Jaya, cari lunch. 

Gohtong Jaya ni kecik saja pekannya, ada deretan kedai² dan kebanyakannya kedai makan Cina.  Faham sajalah bila banyak kedai makan, trafik jadi sesak sementelah ada yang letak kerusi meja di tempat parkir. Belum lagi van² dan bas² pelancong, kenderaan persendirian yang double park dsbnya, urut dada kejap. 

Pilihan untuk kami; kedai mamak dan satu cafe Melayu berkembar dengan cafe Hotel Seri Malaysia. Tapi, mahal sungguh harga makanannya, maka kedai mamak itu sajalah pilihan yang kami ada... Bukan tak suka, tapi baru kemarin je lunch di kedai mamak. Lagipun nak cari lauk Melayu la kononnya. 

Telur masin tu 1/2 je, harga RM2. Fuhh... 

Di GH ni, sudahlah susah nak cari kedai makan, harga pun mahal  :(  Ada satu kedai tomyam katanya buka sebelah malam, tapi tak buka pun. Sudahnya untuk dinner kami turun ke bawah lagi, area Geo Hotel.  Ada medan selera di situ. Pun, harganya tidaklah murah :( 

Lepas dapat kunci bilik, kami hanya stay di hotel. Malas dan tak tahu nak keluar jalan² kemana-mana... 

Photo of the red building taken from hotel 

The temple... 

Esok pagi, lepas breakfast kami terus checked out. 

Roundabout yang sentiasa sibuk. Sampai ke tengah malam dengar deruman enjin motorsikal dan kereta. Susah betul nak lelap 😅