Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Thursday, 26 December 2024

Jalan² di Zahara Garden, Gopeng


Alhamdulillah kali ni kami tak hadap heavy traffic. Pukul 7 pg di Tol Jalan Duta, pukul 10.15 kami dah sampai di Gopeng. Alang² banyak masa lagi, kami singgah di Zahara Garden ni. 

Zahara Garden ni tempat tarikan terbaru di Gopeng. Masa kami buat family day di Rock Garden & Himalaya Camping Resort tahun lepas rasanya ZG ni belum dibuka. Tak jauh pun dari Plaza Tol Gopeng, dlm 10-15 minit drive

Sama jalan masuk nak ke HCR tapi utk ke ZG kena ambil simpang kiri ke Kg Jelintoh. HRC pula kena terus ke depan, ke Kg Sg Itek. Jalan nak ke ZG tak mencabar macam jalan nak ke HRC. Dari simpang ni nak ke ZG  dalam 5 min drive je. 

Tiket;
12 tahun ke atas : RM25/person
12 tahun ke bawah: RM15/person
Total tiket kami: RM 130
Dapat kalendar 2025 satu 👍🏻

 Di sambut oleh 2 ekor rakun. 
Tapi maaf la, Ummi tak suka kalau haiwan dikurung dlm sangkar kecik gini. Nak² haiwan yang biasa hidup dlm kawasan yang besar dan bebas spt hutan tu. Mungkin pihak ZG boleh buat sangkar/kandang besar utk depa 2 ni. 

Tarikan utama di sini semestinya alpaca. 
Ini juga yang menarik hati kami utk ke sini, nak tengok alpaca. 

Tak pernah takut dengan haiwan. Dialah terpaling berani dan teruja nak sentuh² alpaca ni. Abang of course tak nak masuk. Kandang ni agak berbau jadi bukan kegemaran dia 😆

Comel kan? Bercekak pulak dia 😆

Ada beberapa ekor alpaca di sini. 

Dalam kandang yang sama juga ada beberapa ekor biri². Jinak² semuanya tapi ada pulak poo poo dan shishi merata² haha... 

Biri² yang sekor ni kena duduk luar kandang, sebab suka sondol orang 😆
Yang alpaca tu pula nampak pintu situ terbuka, nak juga keluar. Macam²... .

Kita tinggalkan alpacas & sheeps, nak explore tempat lain pulak dalam ZG ni... 

Tengok bukit ni, teringat bukit di HCR. 

Tempat ni cantik, banyak port nak bergambar...

Kecewa juga, rumah hobbit ni replika je :p 

Ni dalam Animal Farm. 
Boleh bagi makan haiwan² spt rabbit & birds. 1 peket makanan haiwan tu RM1 je. 


Ada pondok² utk berehat dan bergambar. 

Flying fox murah sangat, RM20 je utk adult. Children RM18. Ni staff tengah check peralatan sebelum para pengunjung dibenarkan cuba permainan ni. 

Ikan koi. 
Habis beringgit² jugalah bagi haiwan² dlm ni makan 🤭
Belakang tu ada bas pink, boleh naik utk bergambar dalam tu. Ada macam² lagi spot menarik utk bergambar. 

Lastly, kami masuk kids room ni. Disediakan gambar, pensel warna dsbnya untuk anak² mewarna. Bilik ni berhawa dingin, Ummi pun tumpang sekaki sebab nak aircond :D Takde orang, kami dgn adik sorang tu je. 

Lukisan yang diwarnakan tu bolehlah lekat di dinding bilik ni. 

Baguslah idea ni. Ummi suka and first time rasanya Ummi jumpa tempat outdoor yg sediakan aktiviti begini dlm premis mereka. 

Ada cafe; cantik, luas dan selesa nampaknya tu. Kami tak masuk, sebab agenda makan di tempat lain lepas ni. 

Beli aiskrim ja buat basah tekak :D 

Masa masuk tadi,  ada photo booth. Kami bergambar di situ dan masa nak keluar ni belilah gambar sekeluarga. Sebab gambarnya cantik dan kami pun dah lama tak print gambar sekeluarga. Last masa di Muzium Padi dua tahun lepas. 

Untuk gambar ni berabis jugalah RM70. Satu daripada gambar tu dalam bentuk fridge magnet. Oklah tu, boleh simpan sebagai kenangan. 

Zahara Garden 
Lot 43500 Kg Jelintoh 
31600 Gopeng
Perak Darul Ridzuan 
Waktu Operasi: 8.00 pg - 6.00 ptg
Website Zahara Garden: Zahara Garden


 

 








Bekal Dalam Perjalanan

Trip ke Johor tu ada beberapa episod lagi, tapi KIV sat, bagi laluan kepada cerita² Cuti Sesi ke-3 Persekolahan Tahun 2024/25 ni. Cuti kami tak kosong ye, banyak sangat aktivitinya. Alhamdulillah Allah bagi rezeki masa, duit dan tenaga utk bermusafir lagi. Syukur. 

Seawal jam 6.45 pagi (Sabtu, 21.12) kami dah bergerak menuju ke Utara. Bulan 9 yang lepas, kami menempuh perjalanan lebih 6 jam untuk sampai di Ipoh semasa hari pertama cuti sekolah Sesi 2 tempohari. Jadi, kali ni kami lebih bersedia. 

Termasuk dlm persediaan yg Ummi buat ialah masak bekal utk sarapan. 
Sarapan Nasi Bujang, requested by Angah :D 
Bawa bekal ni sebab nak elak bersesak² dan buang masa beratur beli makanan. Bila ada bekal, boleh berhenti makan di wakaf² Hentian Sebelah je. Jimat masa nak kena beratur beli makanan. 

Ummi buat sambal tumis bawang, instead of sambal belacan. Macam tak lalu pulak nak makan nasi putih dgn sambal belacan pagi². Kita buat dia, adjust la ikut kehendak masing² dak? 

Packed dalam bekas plastik tipuware je. Kalau tak jumpa sinki sesuai utk basuh boleh buang je bekas tu. 

Cubaan nak berhenti di Hentian Sebelah sebelum sampai R&R Tapah tak berhasil. Wakaf semua full. Jadi, terpaksa juga berhenti di R&R Tapah. Aduhai, ramainya manusia... 

Tumbler Walid beli di ArkadiusGift hari tu. Dalam tu Ummi isi Teh Tarik bancuh di rumah. Masa isi suhunya 45°C, bila sampai Tapah turun ke 25°C. Tahan panas jugalah kan... 

Setel makan, toilet break semua jom sambung perjalanan 💪🏻

Monday, 7 October 2024

Sarapan di Felda Sg Klah

Memandangkan sarapan di kafe bermula jam 8 pg, kami decided untuk keluar cari makan di luar. Berhampiran masjid ada kedai dan medan niaga. Cuma ada 1 gerai nasi lemak dan bersamanya 1 pasangan menjual roti canai. 

Penuh meja! 
Air tu saja order sama semua sebab pelanggan ramai, malas nak tunggu lama2 jadi ambil air sama je supaya memudahkan. 

Roti canai garing² gini favorite Ummi. 
Rotinya lembut dan manis² sikit memang kena dengan selera Ummi. 

Bersebelahannya ada gerai jual makanan ala² Korea ni. Untuk take away saja. Kakak order ramen dari gerai ni. 

Alhamdulillah semua kenyang. Bila dah kenyang,  jom la balik ke hotel, sambung rendam kaki di kolam air panas dan melawat sekitar kawasan hotel ni. 


Thursday, 30 May 2024

Japanese Village, Berjaya Hills

Dari Colmar Tropicale kami ke Japanese Village yang letaknya tak jauh dari situ. Asalnya nak naik shuttle van yang hotel sediakan tapi takut rushing pula, jadi kami decided untuk drive saja ke sana. Jadual shuttle van mula pukul 10, sama masa dgn waktu operasi JV ni. Pukul 12 kena checked out hotel, ada baiknya kami checked out siap² then gerak ke JV. Tak jauh, +-10 minit drive je dari CT. 

Cuma sebelum sampai atas ni kena daki 88 anak tangga! Bergegar jugaklah kepala lutut ni, mujur tak tercabut 😂 

Baca signage rasa cuak juga 😅
Last time Ummi mendaki di  Himalaya Rock Garden, pun termengah-mengah hahaha... Lama tak exercise, ginilah :) 

Dari gambar ni pun tahulah kan, depa dah pecut tinggal Ummi terkedek² kat bawah 😆

Nonetheless alhamdulillah Ummi berjaya! Lepas pada tangga ni mendaki lagi, tapi kawasan landai, tak rasa sangat mengahnya. 

Nampak pulak view macam ni, hilang segala penat. 

Kakak enjoying the breathtaking view at 3500ft above sea level. 

Finally we are reunited 😂

Masuk ke kawasan Japanese Tea House. Mendaki lagi... Tapi okay je, tak penat pun sebab cuaca nyaman. Kawasan pun agak landai. 

Bersiar² dan bergambar je atas ni...
Ikan koi dalam kolam pun tak banyak, boleh dikira, beberapa ekor je... 

Atas sekali tu tempat sewa kimono. Pakai kimono tu cantiklah nak bergambar atas ni. Harga sewa RM20 utk kanak² dan RM25 utk dewasa kalau tak silap.

Tak lama pun kami kat atas ni, tempat ni kecik je. Orang agak ramai jadi agak sesak. Turun dari sini kami masuk ke souvenir shop. 

Sekadar cuci mata. 

Dah tengahari jadi kami tinggalkan JV dan ke tempat seterusnya. 

JJCM jom!