MENGGILA UNDANGAN WALIMATULURUS | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. DULU-DULU ZAMAN PC ni kanak-kanak.. orang-orang tunggu cuti sekolah baru buat majlis walimatulurus ni. Sekarang dah tak kira.. hujung minggu ke cuti umum ke.. jalan terus. Lagi satu, majlis bukan lagi meriah tetamu macam dulu-dulu tapi yang diuramakan saudara mara rapat terdekat sahaja diundang. Perbelanjaan banyak dilaburkan pada persiapan tempat majlis diadakan.
Maaf ya kalau pendapat atau pandangan PC ni silap. Berbanding mengadakan majlis di rumah, sekarang ni ramai yang memilih mengadakan majlis di dewan-dewan khas sama ada di hotel, dewan orang ramai, dewan sekolah dan sebagainya. Sediakan duit, pilih pakej.. selesai. Rumah tetap rapi. Badan pun kurang letih. Bukan tak ada yang buat majlis di rumah.. ada cuma semakin sedikit jumlahnya. Kalau ada pun yang adakan majlis perkahwinan ddi rumah tetap sahaja hidangan disediakan oleh pihak katering yang dipilih mengikut kemampuan yang ada.
MENGGILA UNDANGAN WALIMATULURUS. Mulai bulan November tahun lepas setakat ini sehingga Mei 2025 ada undangan lagi walimatulurus. Baik belah PC mahupun belah encik suami. Jiran tetangga. Saudara mara. Kenalan. Alhamdulillah semua ada. Sudi mengundang dan terima kasih ingat kami. Sekadar mana boleh hadir insyaAllah kami hadir. Sebolehnya diusahakan hadir. Sedih bila ada undangan tak dapat dipenuhi. Tidak disengajakan. Kadang kurang sihat. Kadang masalah kewangan. Semua ok, eh ada urusan kerja pula. Benda ni PC rasa lumrah. Masalah global tidak kira siapa pun terpaksa hadapi. Cuma nak cakap atau tidak sahaja ya. Harap maklum.
Seronok memang seronok bila pergi majlis walimatulurus ni. Walaupun majlis sekarang banyak bezanya berbanding dulu-dulu tidak menjadi masalah. Tetap ada keunikan tersendiri juga. Lain zaman lain bawaannya. Cara dan tema yang semakin berkembang. Malar segar. Kreatif sungguh. Banyak kelainan dengan sentuhan insan-insan berseni.
Ketika bertemu. Jauh dekat. Lebih-lebih lagi bila lama tidak bertemu, atau sudah kerap bertemu juga, adab tetap mesti dijaga. Batas mesti diikuti. Kadang terlajak cakap. Terlepas tingkah. Hati-hati la ya. PC pun ingatkan diri PC juga sebenarnya. Semoga hidup kita sentiasa dalah kasih sayang Allah swt di mana pun berada.
NOTA PC : terbayang kek coklat moist la pulak.
Tags:
Santai Peribadi
Aah jarang dah buat majlis kat rumah. Kebanyakkan kat dewan/hotel je dah sekarang ni.
BalasPadam