Suatu pagi aku ke sini mengikut suami sudahlah pasti dengan cuaca dingin dan hujan mengiringi leka mataku memandang dan memerhati |
Ada belon terapung tidak berapa tinggi entah apa fungsinya tidak kuketahui tapi kalaulah ada peluang untuk menaiki belum tentu pula aku berani |
Pelbagai bentuk bangunan ada di sini lantas kuteringat Tun M mengilhamkan penempatan ini pemimpin sekarang hanya meneruskan legasi sayangnya jasa Tun M bagai tak terpandang lagi |
Di awal perkhidmatan aku bertugas di Wisma Tani tapi bukanlah di bangunan yang canggih ini cuma bangunan di Jalan Sultan Salahuddin yang kini sepi namun tak pernah kulupa di mana bermulanya langkah kaki |
Sewaktu singgah minum di sebuah restoran, aku disapa oleh seorang wanita kecil molek yang mendukung bayinya yang comel. 'Ini Kakcik kan?' sapanya. Berterus-terang aku tanya siapa dia. Rupa-rupanya beliau adalah blogger Mysweetzlife Noor Izmaliza. Terima kasih banyak-banyak tau Noor kerana sudi menyapa. Semoga percutian (mengikut suami yang berkursus) di Cherating penuh kegembiraan. Ada rezeki, kita jumpa lagi nanti. |