1. Memberi salam apabila bertemu.
2. Jangan banyak bertanya hal-hal yang tidak diberitahu.
3. Menziarahi jiran apabila jiran sakit atau ditimpa musibah.
4. Menunjukkan simpati apabila jiran menghadapi kesusahan.
5. Turut merasa gembira apabila jiran mendapat berita gembira.
6. Memaafkan kesalahan jiran.
7. Tidak menunjukkan pandangan(meninjau-ninjau) ke dalam rumah jiran sehingga menyebabkan terbuka auratnya.
8. Tidak menimbulkan rasa susah hati jiran.(cth. daun-daun dari halaman kita gugur ke halaman jiran menyebabkan jiran rasa tidak selesa.)
9. Tidak menyempitkan jalan ke rumahnya yakni jiran.
10. Menutup keaiban jiran.
11. Meringankan beban jiran.(cth: membantu jiran apabila jiran menghadapi kesusahan)
12. Tidak mudah terpedaya dengan kata-kata fitnah terhadap jiran kita.
13. Menghormati isteri atau pembantu rumah jiran kita.
14. Berlemah lembut terhadap anak-anak jiran tetangga.
15. Membantu/memberi tunjuk ajar kepada jiran kita dalam hal-hal dunia/akhirat sekiranya kita mampu.
Kisah aku (tidak berkaitan dengan adab-adab di atas) :
Bagi diri aku sendiri, aku sebenarnya bukanlah seorang jiran yang 'baik'. Aku memang jenis yang tak suka keluar rumah jika tiada hal. Keluar pun selalunya bersama suami. 'Cerita dari luar' biasanya suami yang akan sampaikan kepadaku. Suamiku memang suka bergaul dengan masyarakat hingga kadangkala aku rasa dia macam 'ketua kampung' lagaknya. Sampah tak dikutip - orang cari dia, ular masuk rumah - orang telefon dia minta panggilkan bomba (bukankah senang kalau terus telefon sendiri) dan banyak lagilah. Padahal suamiku itu bukan siapa-siapa pun. Kerja pun cuma pemanduku...
Baru-baru ini suamiku bercerita tentang seorang jiran yang tidak puas hati tentang tempat letak kereta. Iya, jiran-jiranku kebanyakannya mempunyai lebih dari 3 buah kereta bagi sebuah rumah. Hanya di rumahku sahaja ada 2 buah kereta - kereta En. Suami dan kereta Angah.
Jiranku (A) mengadu kepada suamiku kenapa sipolan (B) tu tak letak kereta di hadapan rumah sahaja?. Kenapa perlu letak di tempat lapang yang dia (A) hendak letak keretanya? Aku pun pelik, tempat yang B letak kereta tu memang bertentangan dengan rumahnya. Rumah A terletak berselangan beberapa pintu dari rumah B. Hmmm tak faham aku. Lantak kalianlah... Yang aku tak suka, bila suamiku dijadikan tempat mengadu, silap-silap nanti dia (suamiku) pula yang disalahkan konon jadi batu api walaupun dia hanya diam tidak berbunyi...