Kawan-kawan kakcik

Ahad, 27 Oktober 2019

Renungan untuk anak-anak...

...dan ingatan untuk diri sendiri.

Untuk anak-anak yang masih punya ibubapa...

...untuk ibubapa agar ingat akan dosa-dosa kita.

Selasa, 22 Oktober 2019

Mangga asam boi...

...ada yang berminat? Sebekas lebihkurang 400 gram = RM8.00
Antara bahannya : cili api...

...asam boi...

...dan semestinya hirisan mangga.

Sama ada dalam botol...

...atau bekas ini, berat dan harganya tetap sama.

Jumaat, 18 Oktober 2019

Mengimbau kembali pertemuan blogger di rumah kakcik...

...pada hari Ahad 23/10/2011 (sudah 8 tahun berlalu)...

Antara yang hadir...

...tetapi ramai yang sudah tidak aktif berblog...

...namun ada yang masih aktif di facebook.

Senarai kehadiran, tetapi ada beberapa orang yang lupa mencatat kehadiran mereka...
Sedikit ucapan terima kasih dari kakcik selaku tuan rumah (yang hanya menyediakan tempat pertemuan, tetapi makanan dibawa oleh mereka yang hadir) DI SINI

Susulan dari pertemuan di atas, beberapa siri pertemuan berikutnya diadakan kebanyakannya di Musollah Ihsan iaitu kediaman Ybhg. Prof. Dato' Dr. Haji Abdullah Al-Hadi.

Walaupun kini sudah ramai yang tidak didengari khabar berita, tapi kenangan pertemuan ini adalah sesuatu yang manis untuk diingat. 

Tidak akan terjadi sesuatu perpisahan sekiranya tidak dimulakan dengan pertemuan...

 

Khamis, 17 Oktober 2019

Jangan sombong...

...kerana sebenarnya kita juga mengharapkan ehsan yang diturunkan Ilahi melalui jalan yang ditentukanNya...

Selain Snowy, ada beberapa ekor kucing lain datang menumpang berteduh, makan dan minum di hadapan rumahku.  Kucing-kucing ini nampaknya ada yang boleh 'bertegur sapa' sesama mereka.  Tetapi ada juga yang menunjuk sombong.  Pantang kucing lain datang dekat, dia akan cuba tunjuk garang dan bersiap sedia untuk menerkam.

Eleh... sama-sama datang menumpang, suka hati saja nak tunjuk garang.  Sudahlah dia tu datang kemudian dari yang lain, hendak berlagak bagai abang kawasan.  Dia tak tahu, sekali tuan rumah bertukar jadi singa, semua sekali kena hambat keluar!
 
Dia suka dimanja

Sebenarnya, hanya Snowy yang ada 'lesen' untuk masuk ke dalam rumah dan boleh tidur baring sesuka hati kerana dia pandai bawa diri.  Tidak menyepah mahu pun membuang di sana sini.

Makan pun tidak mahu berkongsi bekas yang sama

Yang inilah suka sangat tunjuk garang
Begitu juga kita manusia.  Hendak tunjuk sombong kerana apa?  Bukankah segala yang kita ada, boleh hilang bila-bila masa?  Kenapa hendak berkasta-kasta juga?

Rabu, 16 Oktober 2019

Rumahtangga - selama mana pun, dugaan tetap ada...

Gambar hiasan. Rasanya gambar ini sudah berusia 9 tahun.

Jangan kata baru setahun jagung, yang sudah berakar umbi pun belum tentu akan 'selamat'.  

Ujian tetap akan datang.  Bukan hanya dari pasangan yang mungkin tergoda dengan persekitaran - kawan-kawan, ransangan dari 'kaum berlainan jenis', campur tangan kaum keluarga.  Ujian dari keadaan kewangan yang sentiasa tidak cukup.  Ujian dari salah seorang yang mungkin memandang remeh pada suruhan dan larangan agama.  Ujian dari kiri kanan atas bawah yang tidak terjangka!

Jadi, kebahagiaan yang Allah kurniakan saat ini, bukanlah tiket untuk kita menunjuk-nunjuk bahawa kononnya kitalah pasangan yang punya rumahtangga serba sempurna.  Sebagaimana nyawa kita yang dalam genggamanNya, begitu jugalah setiap sesuatu yang kita ada.  Segalanya hanya pinjaman belaka.

Sentiasalah bersedia dan berdoa juga berusaha agar apa yang kita ada itu DIA redha dan memberkatinya...

Isnin, 14 Oktober 2019

Sudah lebih 10 tahun rupanya aku berblog...

Aku mula berblog dalam bulan April 2009 melalui blogku yang pertama iaitu INILAH AKU...
Kerana sesuatu sebab, aku tidak meneruskan blog tersebut sebaliknya memulakan blog KAKCIK SEROJA ini dalam bulan April 2010.  

Catatan pertama di blog INILAH AKU :


Tiada sebarang ulasan pun... hahaha

Antara catatan lain dalam blog tersebut :

Juga tiada ulasan.

Sampai bila aku akan berblog?  Entahlah...

Jumaat, 11 Oktober 2019

Makan-makan di Teluk Intan...

Walaupun ada beberapa restoran Mamak yang terkenal di Teluk Intan dan menjadi persinggahan wajib sesetengah orang yang datang, tapi suami dan anak-anak tahu bahawa makcik kurang berminat dengan makanan Mamak.

Oleh kerana itu, seboleh-bolehnya kami akan mencari restoran atau kedai makan yang menyediakan makanan / masakan ala kampung atau restoran Melayu.

Antara restoran yang sering kami suami-isteri singgah jika ke Teluk Intan adalah Restoran Udang Galah.   

Gambar dari arkib Pakcik Google :




Bila singgah di restoran ini, makcik memang jadi rambang mata dan rambang selera.  Tak tahu nak pilih hidangan yang mana.  Tapi memanglah makcik tak ambil lauk udang galah.  Makcik lebih tertarik kepada  hidangan sayuran kampungnya yang pelbagai.  Masak lemak rebung, masak lemak pisang muda, masak lemak pucuk paku @ pucuk ubi serta macam-macam ulam-ulaman segar.  Ikan juga ada macam-macam - keli, patin, kembung, cencaru.    Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal...

Pergi pada waktu tengahari, pelanggan memang memenuhi restoran ini.  Jadi pilihlah cepat-cepat ikut selera dan dapatkan tempat makan lalu makanlah dengan berselera...
Selain restoran ini, ada satu restoran yang terletak di tepi jalan iaitu di Taman Cicely.  Tak ingat pula makcik nama restorannya.  Makanan di sini juga sedap dan murah.  Restoran ini rasanya buka pada waktu malam sahaja...

Makanan ala Thai yang kami pilih.  Alhamdulillah.
Sarapan pagi di sebuah warung yang kami 'terjumpa secara tak sengaja' di Teluk Intan :

Mee kicap pilihan pakcik...

...dan mee kari pilihan makcik.

Rabu, 9 Oktober 2019

WW : Beza... memang berbeza...

Tua dan kusam...

Muda... tak bersolek pun PERASAN bergaya!
Waktu muda dulu, makcik memang suka memandang dengan cara MENJELING sehinggakan pernah rakan sepejabat salah faham mengatakan makcik 'buat muka' bila dia bercakap dengan makcik!

Isnin, 7 Oktober 2019

Siapa Han Byul?...

Eh... makcik pun dah jadi BBNU (Budak Baru Nak Up) ke?   Tak lah... sesekali apa salahnya tulis kisah hiburan kan?  Seperti Shila Amzah yang mencipta nama di China dan Yuna yang kian dikenali di Amerika, tidaklah salah Han Byul pula mencipta nama di Malaysia, kan?  Lagi pun, demam Korea masih hangat di Malaysia ini.  Bila ada orang Korea 'pandai membawa diri' di sini, pastinya demam itu 'lambat sikit nak kebah'.  

Tapi, Han Byul ini lahir di Australia bukan di Korea.  Di rancangan Big Stage Malaysia Musim ke 2, dia mewakili Korea Selatan.

Dari Wikipedia :

Jang Han-byul ialah penyanyi Australia dan personaliti televisyen yang muncul pada rancangan Code: Secret room dan Society Game Jang Han-byul adalah bekas vokalis utama kumpulan LEDApple dan membuat debut sulungnya dengan album mini CODA pada bulan November 2011. 


Lahir: 4 Julai 1990 (umur 29 tahun), Brisbane, Australia
Kumpulan muzik: Led Apple (dari 2011)
Lirik lagu DUKA DAN BAHAGIA ciptaan sepenuhnya HAQIEM RUSLI yang dinyanyikan oleh Han Byul :

Hamparan hati
Lena memaksa
Terukir indah
Kasih bermadah
Aku cuba untuk meluahkan
Kesan yang kau berikan

Siang terluka

Malam bahagia
Kenangan indah
Terus bersinar
Aku cuba untuk meluahkan
Kesan yang kau berikan

Tangisan embun pagi

Melayari kesedihan ini
Tak akan ku persia dirimu
Mengapa kau pergi

Kini engkau merana

Harapan dari sisa kenangan
Ku tak mampu untuk meneruskan
Kau baluti luka yang berbisa

사랑하면 안되서

(Sarang hamyeon andoeseo)
그렇게 잊을수만 있다면
(Geuleohge I-jeulsu man itdamyeon)
그토록 바래왔던 사랑이
(Geutolog balae watdeon sarangi)
다시 또 있을까
(Dashi tto iss-eulkka)

Memori indah

Kita bersama

Maafkan diri ini

Telah membuat kau tersiksa
Luka dan bahagia
Nilai wang tunai yang dimenangi oleh Han Byul...

Selasa, 1 Oktober 2019

Kambing perap sedap dari Mamasab...

Ini bukan review berbayar ya.  Makcik beli, makcik masak dan makan, makcik rasa sedap sangat lalu makcik kongsikannya di sini.  (Gambar waktu makan tak bolehlah tunjuk sebab makan di rumah, aurat tak terjaga, jadi tak sesuailah hendak letak gambarnya...)
Hahaha...kambing perap tu dah sama besar dengan muka makcik!  Ada dua saiz ya... Sekilo (RM55) dan setengah kilo (RM35)

Masak dalam pemanggang ajaib katanya


Siap untuk dimakan.  Sedap sangat.  Lembut dan berjus.  Tulang pun sedikit sangat.  Memang puas hati.


Sementelah anak bujang makcik berminat berniaga, dia cuba-cubalah jadi ejen Mamasab ini.  Jadi makcik pun sokonglah dia dengan membeli kambing perap itu.  Memang tidak menyesal langsung membelinya dan akan ulang beli lagi.

Bolehlah jenguk instagram anak bujang makcik itu kalau anda juga berminat... Jenguk di sini ya :  http://www.instapuma.com/mamasabbakerybymin