Bila Angah sudah menetapkan tarikh untuk menikah, ayahnya mula susah hati. Bukan apa, kami bukanlah orang yang 'sebut sahaja terus ada'. Banyak yang kena difikirkan. Termasuklah jemputan dan hidangan. Fikiran Angah adalah sama dengan fikiran emaknya - yang penting akad nikah dan mas kahwin. Yang lain-lain itu, ikutlah kemampuan.
Memandangkan Angah bernikah pada hari Jumaat, dan Sabtu pula saudara-mara rapat ada hal yang tidak boleh dielakkan, kami mengambil keputusan untuk membuat Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sahaja pada sebelah malamnya.
Dalam termenung dan berfikir - cadangan asalnya hendak masak sendiri, tiba-tiba makcik teringat pada rakan blogger yang kini mengusahakan khidmat penyediaan makanan iaitu Puan Junaina Abdullah.
Makcik terus menghubungi beliau melalui whatsapp. Mulanya hanya ingin menempah makanan untuk 50 orang sahaja. Akhirnya jumlah yang ditempah adalah untuk 200 orang. Jemputan hanya dari kalangan adik-beradik dan jiran-jiran setaman. Ada juga anak-anak tahfiz yang dijemput. Mereka azan dan solat Maghrib berjemaah di rumah makcik. Alhamdulillah.
Jom tengok hidangan yang disediakan oleh Puan Junaina. Semuanya menepati citarasa hinggakan ada tetamu yang menambah-nambah makan walaupun sedang berdiet...hahaha.
|
Buah-buahan |
|
Ayam goreng berempah |
|
Masak lemak nanas dengan ikan masih |
|
Ikan bulu ayam |
|
Ulam-ulaman dan sambal belacan |
|
Yang di tengah itulah Puan Junaina |
|
Bersama pengantin. |
Selain dari hidangan di atas, Puan Junaina juga menghadiahkan sebekas kuih. Termasuk juga dalam pakej adalah air sirap+oren dan teh panas yang sangat-sangat sedap. Minum segelas rasa tak cukup tau...
Terima kasih Aina untuk perkhidmatan yang sangat-sangat memuaskan hati. InsyaAllah sekiranya ada kenduri lagi selepas ini, kakcik tidak akan teragak-agak untuk menempah dari Aina.
|
Kad Perniagaan Cik Jun Kitchen. |