Doakan segalanya selamat. Insya Allah, nanti kita berkongsi cerita lagi.
Kawan-kawan kakcik
Sabtu, 29 Mei 2010
Jumaat, 28 Mei 2010
Apa yang akan anda lakukan....
Sedang anda dan kawan-kawan anda menjamu selera sambil bergelak ketawa, anda terpandang pada satu 'pasangan bahagia'. Mereka juga sedang menjamu selera dan kelihatan sungguh bergaya serta mesra. Tetapi.. tiba-tiba mata anda terpandang sesuatu yang tak sepatutnya anda pandang dan tak sepatutnya terjadi. Lelaki bahagia itu memakai seluar pendek yang longgar di bahagian bawahnya. 'Benda' yang sepatutnya bersembunyi, sedang mengintai anda! Walaupun anda hampir pecah perut menahan ketawa, adakah perlu anda memberitahu lelaki itu??? (........dan ini adalah kisah benar!)
Pesanan buat diriku..
'.....berlaku adillah kepada anak-anakmu.. kerana di waktu nazakmu, kau takkan tahu siapa yang akan memangkumu dan membisikkan syahadah di telingamu.....'
Khamis, 27 Mei 2010
Sarawak lagi...
Walaupun aku telah menolak tawaran untuk ditempatkan di Kapit atas nama dinaikkan pangkat, aku tetap akan Sarawak lagi. Insya Allah, 'pengembaraan' dari Miri ke Kuching akan bermula pada 29/05/2010 dan berakhir pada 03/06/2010. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.
Indahnya pemandangan di langit Miri ini. Sumber dari pakcik google.
Rabu, 26 Mei 2010
Petang ni, nak makan apa pulak..
Sejak lokasi tempat kerja suami 'dipindahkan' dari Pusat Bandar Damansara ke Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, kami sering sampai lewat ke rumah. Tambah-tambah bila hari hujan dan jalan sesak. Kadang-kadang hampir pukul 7. 00 petang, baru sampai. Kalau rajin, aku akan masak masakan yang ringkas sahaja. Masak nasi, goreng ayam atau telur (kalau rajin lebih sikit, akan jadilah ayam masak sos) dan sambal. Sayur, hanya sesekali sahaja dijadikan hidangan. Kalau dalam peti dingin beku ada makanan segera seperti drummet, nugget atau french fries - adakalanya digoreng juga.
Bila dah lewat sangat, keinginan untuk memasak pun jadi kosong. Lebih senang, beli sahaja. Petang ini, agak-agaknya nak bagi anak-anak makan apa, ya?
Sombongnya dia..
(sekadar apa yang kurasa.. mungkin orang lain berbeza tanggapan)
Semalam aku dan Along menonton rancangan ujibakat Imam Muda di Astro Oasis. Along pernah menyertai rancangan ujibakat ini tapi gagal untuk melayakkan diri (bukan kerana itu aku menyuarakan rasa hati ini).
Salah seorang peserta ujibakat itu, kulihat amat sombong (pada pandangan peribadiku). Dia begitu marah apabila dirinya tidak terpilih untuk mengikuti program berkenaan. Terkeluarlah kata-kata:
* Saya telah berjumpa Tan Sri XXXX - dia kata saya layak...
* Saya telah menjadi Imam Solat Tarawikh selama dua tahun...
* Saya menjadi juri pertandingan membaca Al Qur'an...
* Saya rasa macam nak suruh juri tu baca surah - betul sangat ke dia punya bacaan?...
Subhanallah...
Along semasa menghadiri ujibakat
Selasa, 25 Mei 2010
Tak Faham
ibu telah tiada
dia tak kembali juga
bapa sedang sakit
dia tak bertanya walaupun sedikit
dia tak bertanya walaupun sedikit
dia paling disayang
mengapa kini dia menghilang
Isnin, 24 Mei 2010
Iye ke??
kalau kita bermain atau bersukan dengan boss, sehandal mana pun kita, kita kena pura-pura kalah untuk memenangkan boss... (^_^)
betullah agaknya, kalau kita memang kaki bodek pekerja cemerlang!
Ahad, 23 Mei 2010
Kuali pun diambil??? :(
tinggal tempatnya sahaja.. tv dah tak ada..
peti ais ni dah rosak.. kalau tidak???
stor simpanan barang yang kosong sekosong-kosongnya...
Balik Kampung
Nak balik ke kampung pagi ini. Khabarnya, rumah di kampung dah 'dikosongkan oleh Kassim Baba'. Aduhai...
Sabtu, 22 Mei 2010
Dalam diam
dalam diam dan sepi
aku sebenarnya memerhati
dalam bisu tanpa suara
hatiku berkata-kata
dalam senyap dan kelabu
ada gemuruh di dadaku
dalam dingin dan beku
ada lahar yang menggelegak di kalbu
dan ..........
dalam apa pun keadaan
aku tak ingin tertekan!
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!
Jumaat, 21 Mei 2010
Please don't go - KC & Sunshine
(Sekadar mengimbau kenangan lalu)
I love you
Yeah
Babe, I love you so
I want you to know
That I'm going to miss your love
The minute you walk out that door
(Chorus)
So please don't go
Don't go
Don't go away
Please don't go
Don't go
I'm begging you to stay
If you leave
At least in my lifetime
I've had one dream come true
I was blessed to be loved
By someone as wonderful as you
(Chorus)
Hey, hey, hey
Yeah
Babe, I love you so
I, I want you to know
That I'm going to miss your love
The minute you walk out that door
So please don't go
Don't go
Don't go away
Hey, hey, hey
I need your love
I'm down on my knees
Beggin' please, please, please
Don't go
Don't you hear me baby
please don't go
Don't leave me now
Oh, no, no, no, no
Please don't go
I want you to know
That I, I, I, love you so
Don't leave me baby
Please don't go
Bagaimana rasanya...
dengan sopan dan 'berbahasa' anda menyapa seseorang..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tiba-tiba dijawab...
'opsss... saya bukan Puan, saya Datin....'
apakah muka anda akan jadi begini
v
v
v
v
v
v
v
v
Langit subuh sebelum siang
di bawah langit ini
ramai yang berjalan sendiri sendiri
berjalan tanpa peduli
demi mencari rezeki
demi sesuap nasi
di bawah langit ini
mungkin juga ada seorang bayi
yang menangis tanpa bunyi
kedinginan menunggu mati
di bawah langit ini
dosa pahala bersilih ganti
sekejap bergerak sebentar berhenti
dalam sedar dan alpa sekeping hati
Khamis, 20 Mei 2010
Ada yang tak kena..
komen -komen yang dimasukkan selepas komen Zeqzeq dalam catatan di bawah.... tak keluar kat skrin (dan tentunya tak boleh dibaca) ...
:( :( :( :( :(
takkan nak kena buat macam ni kot...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bila pula suamiku jadi Perunding Rumah Tangga??
Semalam seorang isteri menelefon suamiku. Hampir dua jam suamiku 'terpaksa' melayannya. Kesnya??? Tentang suaminya yang ada teman wanita. Tentang suaminya begitu, suaminya begini.
Patutlah pagi ini, suamiku agak lewat bangun sehingga aku mengejutkannya dari tidur. Selalunya dia akan bangun sebelum aku sendiri terbangun. Rupa-rupanya ada cerita yang aku tak tahu terjadi malam tadi. Bagusnya (setakat ini) suamiku tak pernah berat mulut untuk bercerita kepadaku tentang apa saja.
Peliknya bagiku, kenapa pula suamiku dijadikan tempat mengadu? Apa kelayakan yang dia ada? Ini kes kedua (seingatku). Lepas ini entah apa pula...
Rabu, 19 Mei 2010
Apa nak jadi????
Hari Sabtu lepas, sewaktu balik dari bertemu guru kelas dan kawan-kawan sekelasnya, bangcik mengadu padaku yang ketua kelasnya pengsan akibat dipukul. Yang memukul adalah rakan-rakan sekelas (mereka baru di Tingkatan 1). Sebabnya adalah budak-budak yang memukul itu tak puas hati apabila ketua kelas tersebut menulis nama mereka yang membuat bising dan nakal.
Semalam pula, balik dari sekolah, bangcik menceritakan ketua kelasnya telah dimasukkan ke ICU!. Menurut kata guru kelas yang bercerita kepada bangcik, ibu mangsa telah meminta cikgu mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa yang telah terjadi. Jika tidak, ibu tersebut akan membuat laporan polis. MACAM ITU PULAK??? Kalau terjadi pada anak aku, apa-apa hal pun aku mesti membuat laporan polis terlebih dahulu. Lain-lain hal, kemudian boleh cerita! Nyawa anak bukan ada galang ganti. Menurut kata guru berkenaan, ada kemungkinan murid itu akan koma.
Sebagai seorang ibu, hal begini amat merisaukan hatiku. Akan selamatkah anak-anakku bila mereka keluar rumah dan pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu?? Di manakah lagi tempat yang selamat untuk anak-anak?? Di zaman aku bersekolah dulu, tiada masalah pergaulan atau sebagainya. Murid lelaki dan perempuan bergaul sama sendiri (walaupun timbul cerita-cerita cinta monyet) tidaklah sampai keluar cerita pembuangan bayi. Bila bergaduh pula, mungkin ada juga adegan tampar menampar (aku pernah menampar seorang murid lelaki - rakan sekelasku sewaktu di sekolah rendah - sehingga dia menangis) , tapi semuanya berakhir di situ sahaja. Tidak pula dia menungguku selepas waktu persekolahan bersama rakan-rakannya untuk membalas dendam.
Untuk ketua kelas bangcik, marilah sama-sama kita doakan agar beliau pulih seperti sediakala. Manakala, untuk budak-budak yang membelasah itu, kita doakan agar mereka diberi hidayah untuk menjadi manusia yang berguna dan akan mendapat pengajaran yang sewajarnya atas apa yang terjadi.
nota jari : aku bercuti hari ini kerana bahagian belakangku terasa sangat sengal. Lebih malang,
hos mesin basuh pula tercabut menyebabkan dapur rumahku 'banjir'. Nasib baiknya, Along ada di rumah untuk membantu.....
Selasa, 18 Mei 2010
Isnin, 17 Mei 2010
Ahad, 16 Mei 2010
Sembang-sembang di Balai Polis Trafik..
Nyonya A : saya betul-betul marah. Dia tak ada mintak sorry (Nyonya ni tak pandai nak sebut perkataan maaf kot). Kalau dia mintak sorry, saya mesti tak report. Saya tahu, dia bawak moto, duit mesti tak banyak (entah-entah, duit dia lagi banyak dari duit Nyonya..hehehe..). Ini dia marah-marah saya. Saya banyak sakit hati. Dia tanya apa pasal saya brek? Itu sebab dia langgar saya. Ayoooo.. kalau saya tak brek macam mana? Kereta depan sudah berhenti.
Puan B : geram betul saya. Saya dah bagi signal nak masuk parking. Dia boleh mengundur tak tengok-tengok. Dia kata dia tak nampak kereta saya. Dia cuma nampak kereta yang di belakang kereta saya. Dia kata mak dia kena parkinson. Apa kena mengena mak dia dengan dia langgar kereta saya. Saya nak tengok ic, dia kata dia tak bawak ic dan lesen memandu. Macam mana dia boleh bawak kereta tanpa ic dan lesen? Dia tak minta maaf pun. Kalau ikutkan, saya malas nak buat report. Kereta saya pun bukan teruk sangat. Tapi, saya sakit hati.
Encik C : saya bawak bas. Tangan saya termasuk dalam stereng (?). Masa saya nak pulas stereng, tangan saya termasuk sekali.. (perbualan tak sempat dihabiskan kerana Puan B masih mencurahkan isi hatinya..)
Sabtu, 15 Mei 2010
Kemalangan
Terjadi pagi tadi dalam perjalanan ke One Utama kerana suami perlu menghadirkan diri ke pertandingan bowling. Tiba-tiba sahaja terasa hentaman yang kuat di sebelah kiri dan inilah hasilnya...
dan ini pula kecederaan kereta yang melanggar...
Pucat sepucat-pucatnya muka wanita ini....
Cadangnya nak selesai di luar saja tanpa perlu membuat sebarang laporan polis. Suami menganggarkan RM2,000.00 diperlukan untuk membaiki kerosakan kereta kami. Tapi, wanita itu dengan yakin mengatakan, dia pernah membaiki kerosakan yang sama dengan kos hanya RM300.00. Setelah bertukar-tukar nombor telefon dan berbincang, kami meneruskan perjalanan.
Hanya sebentar di One Utama..
Kemudian kami ke bengkel membaiki kereta..
Dan juga ke Pusat Servis Toyota..
Di kedua-dua tempat, kami diberitahu anggaran kos untuk membaiki kerosakan tersebut dalam lingkungan RM2k. Kami dinasihatkan membuat laporan polis supaya boleh membuat tuntutan insuran. Akhirnya kami ke Jalan Tun HS Lee. Baru hendak menaip laporan, wanita tersebut menelefon agar niat kami tidak diteruskan dan dia sanggup membayar sejumlah RM2k tersebut. Bagaimanapun, setelah berfikir dan berbincang, laporan diteruskan...
Aduh.. banyak hal jadi tergendala... :(
Langgan:
Catatan (Atom)