Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 November 2013

Marilah menuju kejayaan...

...dengan usaha dan kemahuan yang berterusan...

Gambar ini kakcik rakam dari siaran azan di TV Astro Oasis...

Khamis, 28 November 2013

Malas Panas Pedas...

Malas aku malas
Aku malas hendak berbahas

Panas aku panas
Takkan kubiar tubuh melengas

Pedas biar pedas
Takkan manis dek hembusan kipas...


Nak duduk diam-diam sambil cari ilham biarpun sekitar kuat bergoncang...

Selasa, 26 November 2013

Ramai orang yang baik di sekeliling kita...

...tapi kerana ada seorang dua yang kita rasakan jahat, apatah lagi orang itu adalah darah daging sendiri, maka kita rasakan dunia ini adalah sangat kejam.

Persoalannya, adakah kita ini orang yang baik kepada orang di sekeliling kita?

Jangan beratkan fikiran, jom makan nasi lemak dan kita ternak lelemak dalam badan dengan jayanya...

Isnin, 25 November 2013

Semoga aku boleh tersenyum dalam apa pun keadaan...

Hari pergi hari datang
kita mengharap kita merancang
namun mungkin yang diharap tak sama dengan apa yang datang
kanku cuba tersenyum walau hati galau dan walang...

Ahad, 24 November 2013

Tangan tu kalau tak menggatal tak boleh ke?...

Ops! Jangan salah faham bila membaca tajuk tu, ya...
Ini tentang orang yang gatal tangan suka nenconteng-conteng tak kira tempat.

Sabtu, 23 November 2013

Kegembiraan adalah (Bhg. 2)...

Kami sebilik di Mekah dan Madinah hanya untuk beberapa hari dan malam.  Namun ikatan hati yang tulus dan ikhlas adalah mengatasi ikatan darah yang bersandarkan pangkat serta darjat.

Kegembiraan terjalin bila kami bertemu lagi genap selepas 6 bulan kami berpisah...


Jumaat, 22 November 2013

Aku dan empat anak lelakiku...

Yang sulung sudah berumahtangga
kudoakan hidupnya sentiasa bahagia
takkan kujadikan diriku orang ketiga
takut nanti dia rasa serba tak kena

Yang kedua juga sudah bekerja
tapi belumlah stabil kedudukannya
secara terus terang kutanya bila hendak berumahtangga
lurus jarinya menunjuk dua

Anak ketiga di alam remaja
tahun depan di tingkatan lima
susah juga hendak kujaga perasaannya
sedang perasaanku jarang diambilkira

Sibongsu bermata sepet
dahulu denganku asyik berkepit
seiring usianya meningkat sedikit demi sedikit
Kian jarang dirinya dapat kuulit

WALAU BAGAIMANAPUN PERLAKUAN MEREKA
WALAU  APAPUN PERBUATAN MEREKA
TAKKAN KUSANGGUP MELIHAT MEREKA DERITA
KAN KUPERHATIKAN MEREKA SEHINGGA AKU MENUTUP MATA...

Aku dan empat anak lelakiku...


Khamis, 21 November 2013

Kegembiraan adalah...

...bila kita suka dengan apa yang kita ada dan tidak merasa gusar walau dalam tekanan...

Rabu, 20 November 2013

Selasa, 19 November 2013

Terima kasih kerana sudi jadi pengikut...

...walaupun blog ini semakin mengarut
hendak bertandang tersemput-semput
hendak membalas komen bagai mencari jarum di dalam timbunan rumput...

Berpantun di pagi Selasa...

Kain belacu berbenang suasa
kemas tersimpan di dalam peti
hendak kuluah pelbagai rasa
takut lain yang orang mengerti

Isi air ke dalam cangkir
dibawa belayar dalam perahu
biar di bibir senyum terukir
luka di hati siapa yang tahu...

Isnin, 18 November 2013

Peserta (Pelajar) Akademi Fantasia, ingatlah bahawa anda bukan Dato' Jamal Abdillah...

Akademi Fantasia 2013 telah berakhir semalam,  kan?

Aku tak pernah menonton siaran langsungnya untuk tahun ini termasuklah pertandingan akhirnya.

Pernah sesekali 'tertengok' siaran ulangan.  Tetapi, tak habis satu lagu pun, pasti saluran akan berubah.

Mengambil contoh AF yang telah berlalu beberapa siri sebelum ini,  berapa ramai yang benar-benar berjaya mencipta nama dan menjadi 'orang kaya'?

Pastinya dua perkara itu yang menjadi impian para peserta, bukan?  Bagilah apa pun alasan atau tujuan, ianya tak akan boleh jauh lari dari dua perkara tersebut!

Jamal Abdillah (atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah dan kini bergelar Dato') juga dikenali selepas menjadi juara Bintang RTM.  Namun nasibnya berbeza.  Selepas puluhan tahun dan selepas jatuh bangun yang diketahui umum, bintangnya tetap juga bersinar.  Mungkin sebab beliau ada aset semulajadi yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa iaitu suaranya.  Beliau tidak perlu cuba-cuba meniru suara orang lain.  Gaya persembahannya juga tidak terikat dengan gaya sesiapa yang kononnya 'idola'.

Kita sebenarnya terlalu dilekakan dengan pelbagai bentuk hiburan.  Kita juga dimomokkan dengan bintang-bintang yang berkilauan tanpa mengetahui berapa lama sebenarnya kilauan itu akan tiba ke mata manusia.

Jangan menyesal bila nanti dalam usaha mencapai cahaya, diri terbakar sebelum sampai ke matlamatnya.

Dunia seni tiada salahnya, yang salah adalah para pelakon yang tersalah mengambil watak!

Ahad, 17 November 2013

Bibir merah bak cili...

...tak mengapa.  Pedas kata-kata yang dituturkan pun tidak mengapa kalau tujuannya untuk membawa sejahtera.

Tapi ramai orang tidak boleh menerima teguran pedas tambahan bila ianya tepat kena ke batang tubuh sendiri.

Sampai bila kita selesa didodoikan sedangkan tali yang membuai kita itu kian haus dan mungkin menghentak kita jatuh tanpa ampun bila-bila masa sahaja...

Sabtu, 16 November 2013

Jumaat, 15 November 2013

Pandangan mata mungkin sama...

...tapi nilaian hati tetap ada beza..

Mulut mungkin mengaku 'iya', namun naluri berbolak-balik adanya.
Begitu juga bila kita bercerita,  ada yanh cuba memahami, afa yang cuba menilai dan mentafsir sesuka hati. Akhirnya hasrat tak kesampaian, kejujuran jadi taruhan...

UPSR - Terima kasih Adik a.k.a Budak Sepet (BS)...

Semalam (14/11/2013), keputusan peperiksaan UPSR telah pun diumumkan.

BS juga telah mendapat keputusannya.   Tiada A yang tercetak dalam slip keputusan peperiksaan BS itu.  Dia hanya mendapat 3B2C.
Haruskah aku sebagai ibunya dan suamiku sebagai ayahnya mengamuk dan kecewa?

Tidak.  Tiada sekelumit perasaan itu terbit di jiwa dan hati kami.  Kami tahu sejauh mana kemampuan BS.  Kami juga tidak memaksanya untuk mengikuti kelas tambahan sebelum tiba saat peperiksaan. 

Ibubapa apakah agaknya kami ini?  Tidak mahukah melihat kejayaan anak-anak sendiri?

Sebenarnya,  kami belajar dari pengalaman lalu.  Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman lalu itu, tak perlulah kuceritakan panjang lebar di sini.

Apa yang penting, langkah BS selepas ini tidaklah akan semudah langkahnya sebelum ini.

Aku dan suami sepakat untuk tidak marah-marah atau membanding-bandingkan keputusan BS dengan rakan-rakannya.

Malam tadi, aku bercadang untuk membelanja  BS makan di Secret Recipe.  Sekepas Maghrib,  kami bersiap-siap.  Bangcik di rumah adikku.  Angah pula tak mahu ikut sama kerana katanya makan2 di SR mahal dan 'mak kan takde duit'.

Tiba-tiba BS kata dia tak mahu makan di SR sebab 'tak banyak pilihan makanan'.

Bila aku sebutkan beberapa tempat, akhirnya BS bersetuju untuk makan di Mali's,  Setapak.  Tidak sampai RM40.00 pun kubelanjakan di situ.  Siap bungkus dua set nasi lemak.

Aku sangat berterima kasih kepada anak-anak yang mengerti.  Lagipun aku dan suami tak pernah berkira dengan anak-anak soal makan minum bila kami berkemampuan.

Aku juga sangat bersyukur ke hadrat Ilahi walau seringkali juga hatiku disakiti, anak-anak tetap tahu bila masa yang sesuai untuk membeli jiwaku...

SIJIL ADALAH SATU KELEBIHAN, USAHA ADALAH SATU KEUTAMAAN...

Khamis, 14 November 2013

Pesanan buat anak-anak yang tak terucap oleh bibirku...

...anak-anak yang kukasihi
bila nanti diri ini tiada lagi
teruskan ikatan kasih yang tersimpul mati
adik beradik janganlah berkelahi
bila berjauhan sentiasa ingat di hati

Anak-anakku

hormatilah mereka yang lebih dewasa darimu
sayangilah mereka yang lebih muda darimu
jadikanlah dirimu insan yang disayangi bukan ditakuti

Anak-anakku

hidup kita berlandaskan agama
dan atas izinNya jua
oleh itu anakku
ingatlah dalam setiap langkah dan tarikan nafasmu
bahawa tidak akan berlaku sesuatu
andai tiada keizinan dariNya

Anak-anakku

jangan nanti sewenangnya kalian menyalahkan takdir
bilamana kalian sendiri yang memilih jalan berliku

Anak-anakku

Sangat sedikit bekalku buat kalian
memang salahku andai kalian kelaparan
tapi kalian dibekalkanNya akal fikiran
pasti kalian tahu apa patut dilakukan...

Anak-anakku

masa untukku kian singkat
tiba masanya pasti aku akan berangkat
pesanku ini tolonglah ingat
KEJARLAH DUNIA TANPA MENINGGALKAN BEKALAN KE AKHIRAT

Rabu, 13 November 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja :
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Makan di mana tengahari ini? Nak makan makanan ala-ala kampung?...

Ingat tak catatan kakcik tentang Moon's Kitchen?

Kali ini kakcik nak tunjukkan pula kedai yang bersebelahan dengan Moon's Kitchen itu.

Kedai ini namanya ASBA MASAKAN KAMPUNG DAN IKAN BAKAR.
(Maaf,  walau dah berbulan kakcik buat catatan menggunakan Notell ini, kakcik belum pandai nak buat pautan)

Jom kita tengok antara lauk-pauk yang disediakan.  Lupa pula kakcik nak ambil gambar ikan bakarnya.

Nasi dan lauk yang suami kakcik makan itu + 2 gelas milo panas + 2 ekor keli berlada + semangkuk paku masak lemak cili padi = RM17.60.  Berbaloi tak?

...dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkannya...

(....menanti ketibaan doktor di Al-Islam Specialist Hospital...)

Selasa, 12 November 2013

Hari ini aku bawa bekal...

hanya nasi dingin
digoreng bersama sedikit cili, telur, garam dan bawang
ditambah sedikit kicap
juga beberapa keping nuget goreng
itu pun terjumpa kaku dalam peti dingin beku

Seorang anak tak akan faham
akan kesusahan seorang ibu
apa yang mereka tahu dan mahu
mestilah tersedia selalu...

Isnin, 11 November 2013

Indahnya hamparan cahayamu...

Vamun tak mungkin kau mampu bertahan di situ
jika tiada izin Allah Yang Satu
jangankan berada di situ
takkan kau muncul walau sekali lalu...

Pertemuan blogger di majlis perkahwinan anak Atuk Baik...

  Dalam majlis beginilah peluang untuk bertemu diperolehi.  Itupun tanpa janji untuk datang pada waktu yang sama...

Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami.
Semoga pasangan pengantin akan berbahagia bersama hingga ke syurga...

Ahad, 10 November 2013

Senyumlah walau hatimu terluka...

...lagipun senyum itu tidak memerlukan bayaran dan ia juga boleh menjadi sedekah yang tidak diketahui nilainya...

Jumaat, 8 November 2013

Di manakah tempat yang selamat untuk kita tinggal...

J..kalau di pangsapuri yang berpengawal, bercctv dan perlukan kad akses untuk keluar masuk pun boleh ditembusi perompak...
8