Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 September 2017

Kesian Qaid, sampai hati kepalanya 'dipotong' :(...

Gara-gara peniaga yang ingin buat kerja mudah dan tidak mahu mengeluarkan kos bagi membayar model atau jurugambar, maka gambar Qaid adalah yang telah menjadi mangsa. Kalau pun tidak mahu bayar model dan jurugambar, di zaman ini dengan menggunakan telefon bimbit pun boleh merakam gambar sesuka hati.  Apa masalahnya hingga sanggup 'mencuri' gambar orang lain tanpa rasa bersalah?  

Kalau sanggup mengubungi pemilik asal gambar dan berbincang pastinya masalah tidak akan dipanjang-panjangkan.  Ini jangankan hendak berbincang, 'kredit' pun tidak diberi.   Muhammad Qaid itu lelaki, sanggup dia 'diperempuankan' sesuka hati!  Nenek Qaid betul-betul marah tau!

Gambar-gambar yang menggunakan wajah Qaid :




Gambar asal Qaid :

Saya tahulah saya comel.  Kalau hendak
ambil saya jadi model, hubungi mummy
saya.  Hendak hubungi nenek saya pun boleh!


Setelah disiarkan di facebook dan Mummy Qaid dapat menghubungi 'seseorang', akhirnya gambar yang menggunakan wajah Qaid itu telah pun dipadamkan. Ha... ini juga pengajaran untuk peniaga-peniaga lain ya.  Tiada jalan mudah untuk mengaut keuntungan!

13 ulasan:

  1. Sewajarnya minta izin terlebih dahulu.Berbincanglah itu lebih baik.Nampak kecil sebenarnya ini hal yang besar.

    BalasPadam
  2. oh die crop pastu edit tang kepala je..gtu la...dlu gmbr tisya pn pernh kena guna juga..bila msg owner tu siap ckp btul ke anak awak...geram btul..pastu die blok kita

    BalasPadam
  3. Macam-macam orang yang nak meniaga menggunakan modal kecil ni..

    BalasPadam
  4. pandai pula dia cari gambar yang ceria macam tu untuk di edit.

    BalasPadam
  5. boleh saman ni kalau tau prosedur dan caranya atau mintak royalti

    BalasPadam
  6. oo kes copy paste? patutnya mintalah izin

    BalasPadam
  7. Gitu pulak! Cucu org pulak jadi mangsa.Kalau didiamkan boleh berleluasa tu lan KC

    BalasPadam
  8. Wah! Senangnya kerja! Main potong-potong kepala aje! Kalau saya pun mau marah Kakcik. Mommy Qaid tak buat apa-apa ke pada si pemotong kepala ni?

    BalasPadam
  9. Alahai...macam ni punya orang pun ada..kalau minta izin kan boleh

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : [email protected]