Tapi... mungkin lebih baik begitu daripada menjadi parasit yang hanya tahu menumpang kemudian menyebarkan penyakit. Betul tak, kawan-kawan?
Kawan-kawan kakcik
Rabu, 29 Februari 2012
Tolong doakan...
Selasa, 28 Februari 2012
Rasa hati yang berbagai...
dingin sekali air perigi dicurah ke tubuh berhati-hati ingin riang secerah mentari pagi namun ada rasa yang sukar dimengerti |
Menitis embun di hujung daun membawa basah ke muka bumi dendam dan resah disimpan bertahun tidak mengharap ada yang menyelami |
memutih awan di kaki langit cuaca mendung hujan tak jadi terbakar hati tak nampak hangit hanya nafsu memakan diri |
hutan batu kian menjulang tumbuhan hijau semakin pupus biarpun luka semakin hilang namun sakitnya sukar dihapus |
Gambar dari arkib Google - macam-macam hal! Kalaulah Allah menentukan bumi ini hanya untuk sesuatu kaum sahaja, bagaimana pula jadinya? |
Isnin, 27 Februari 2012
Yang sakit itu...
... adalah Along. Terima kasih kepada semua yang mendoakan semoga kesihatan beliau kembali pulih.
Di samping itu juga, kakcik ada menerima pesanan ringkas dari Dato' Luah Fikiran yang agak terganggu kesihatan beliau beberapa hari kebelakangan ini. Beliau berkirim salam kepada semua rakan yang mengenali. Sama-samalah kita doakan semoga Allah SWT mengembalikan kesihatan beliau dengan sepenuhnya.
Wajah dia ni ada di mana-mana tempat yang maknya ada... |
Dia ni bukan tak lawa kalau senyum, tapi bila dia 'tarik muka', perempuan meroyan pun tak boleh lawan! |
Dia ingat comel sangatlah tu...
Ahad, 26 Februari 2012
Kedai Rakyat 1 Malaysia...
... secara kebetulan sewaktu aku memerhatikan dari dalam kereta, kebanyakan yang masuk ke kedai ini mesti ada warna merah pada pakaian mereka ...
baju merah |
pakcik ni tak pakai baju merah pulak |
budak perempuan itu pun bergaun merah |
si tudung merah |
Hanya beg plastik ini yang ada jenama 1Malaysia yang kubawa keluar. |
Dalam tidak ke mana, akhirnya sampai ke Teluk Intan...
... keluar dari rumah jam 11.40 pagi dan sampai semula ke rumah jam 6.40 petang. Tiada gambar di Teluk Intan kerana tiada apa lagi yang menarik untuk kurakam setakat ini. Hanya ada gambar sewaktu perjalanan pergi dan balik yang dirakam dari dalam kereta...
Mesti ada ular dan tikus di sini, kan? |
Hanya budak ini yang mahu mengikut. |
Tasik dan langit - satu gabungan yang indah. |
Nampak tak pelangi? |
Agak tak jelas juga pelanginya |
Saban hari ada sahaja tanah yang digondolkan. |
Sabtu, 25 Februari 2012
Ke mana kita di hari ini?...
Nampaknya kakcik tak ke mana-mana pun, merehatkan badan di rumah sahaja. Tapi tak tahu juga, sekejap-kejap lagi kalau keluar pula. Kita bukan tahu pun apa yang telah Allah aturkan untuk kita walau kononnya kita telah merancang begitu begini, ya tak?
Jom tengok 'gambar tak jadi' yang kakcik rakam malam tadi (GB, mak nak pinjam kamera sekejap, boleh?)...
Hawaiian BBQ Cheesesteak |
Italian Rosemary Chicken |
Peniaga di Jalan Ampang - Hulu Langat |
Tempat yang sama dari sudut yang berbeza |
'Kau garu aku, aku garu kau', boleh? |
Jumaat, 24 Februari 2012
Ada yang lebih memerlukan bantuan dari gelaran...
0
Kisah lain (klik pautan untuk membaca)
Mungkin bagi setengah orang, gelaran adalah lambang kemegahan. Tapi bagi yang lain, gelaran itu tidak memberi makna mahupun mengenyangkan perut yang lapar. |
Semoga Along dan adik-adiknya tidak akan membiarkan mak dan ayah mereka saat kami tidak lagi berdaya. Tambahan pula kami tiada harta untuk diwariskan kepada mereka. |
Pagi ini kita makan roti sahaja...
... dan jangan lupa mulakan makan dengan membaca Bismillah serta bersyukur kerana masih ada makanan untuk kita jamah ...
Rasanya ini adalah keluaran terbaru Gardenia |
Bila makan, taklah pula rasa duduk di luar negara! |
Harganya RM3.80 sahaja. Pastikan belum luput tarikh ya? |
Agak liat tapi sedap dimakan dengan minuman panas. |
Gambar yang tiada kena mengena. Cuma nak tunjukkan kulit mukaku yang 'sangat cantik' gara-gara set SRG! (nak tahu apa itu SRG, cuba tanya RCW @ Cik Ta!) |
Langgan:
Catatan (Atom)