Assalamualaikum semua,
Tahun ini aku memang sangat jarang masak kuih untuk berbuka, tengok mood dan kerajinan hehehe. Tapi baru ini aku ada jumpa satu resepi yang baru aku cuba. Sedap rasanya dan wajib untuk aku kongsikan di sini. Cara nak buat pun sangat senang. Minggu lepas aku ada buat inti kelapa untuk roti lepas tu baru teringat sayang kalau berkulat inti kelapa tu. Jadi aku cari lah resepi apam yang gunakan inti kelapa.
Pernah buat ketayap tapi tak berapa jadi, buat kuih bom bijan pun dah pernah buat, kuih koci atau tepung gomak tak berapa rajin. Jadi apam solo ini sangat sesuai kerana mudah nak buat. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula halus (aku guna 3/4 cawan)
1/4 cawan minyak
2 1/2 cawan air
1 paket mauripan
sedikit garam
Pewarna ikut suka
Inti kelapa manis
Cara Masak:
- Campurkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali pewarna dan inti kelapa, kacau dengan whisker hingga sebati dan tidak berketul
- Perapkan adunan dalam bekas bertutup untuk 30 minit atau hingga adunan naik
- Ambil beberapa sudu adunan dan letak pewarna, untuk jadi hiasan
- Panaskan kukusan terlebih dulu hingga mendidih, jangan lupa letak minyak pada acuan
- Bila adunan dah naik, letak sesudu dua adunan dalam acuan masukkan inti kelapa dan tutup dengan adunan lagi, letak sedikit adunan yang kita telah campur pewarna
- Kukuskan selama 15 minit
|
campur semua dalam ini sebelum tambah kan air dan minyak lepas tu kacau je |
|
Adunan sebati gini dan biarkan naik ya |
|
Kat rumah takde acuan besar jadi aku guna cup ini, inti tu letak banyak lagi best |
|
Tutupkan dengan adunan dan letak sikit yang ada pewarna |
|
Kalau ada warna lain mesti cantik, tapi habis dah hehehe |
|
Selepas di kukus 15 minit |
|
gini rupanya dalam tu |
|
sedap, aku suka... memang tak rugi cuba dan pasti akan buat lagi |