Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Monday, December 2, 2024

JAMUAN MAKAN LEPAS GOTONG ROYONG

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas dari rabu sampai jumaat ada buat gotong royong kemas pejabat. Jadinya boss aku suruh kami masak sedap hari jumaat lepas gotong royong. Dia mintak masak gulai daging jadi kami tambah menu lain yang sesuai. Masak bersama-sama aku je tak masak, jadi tukang suruh je hehehhe.  Kami masak nasi putih, daging gulai, ayam goreng kunyit, sayur kobis dan sambal belacan. Dapur tu budak-budak bawak mereka ada dapur portable guna bila mereka kerja luar.

Goreng ayam dekat luar

suruh budak lelaki yang jaga, tapi itulah ayam nya mereka goreng garing sungguh

aku tolong potong-potong je

ini orang yang masak gulai, dia biasa masak kalau kerja luar

Ini geng setup meja mengoreng

Ini kat pantry bawah ada yang sediakan buah potong untuk rojak buah

goreng sayur kobis





rojak buah ni sedap betul tau

ikan bengkak... berebut

daging gulai kawah

budak lelaki yang pi solat jumaat kami baru makan, yang lagi 2 orang belah kiri tu kawan dari tingkat lain.

Monday, November 25, 2024

AIYAN BUAT SAGU GULA MELAKA

 Assalamualikum semua,

Aku kan pernah cerita yang Aiyan ambil kelas aliran masakan di sekolah menengah ini. Seminggu akan ada 2 atau 3 kali kelas masak. Selalunya menu yang dia suka dan dia ingat resepinya dia akan ajak aku masak kat rumah. Hari jumaat tu dia baru buat sagu gula melaka, dan ahad dia kata nak buat. Yang bersungguhnya mesti lah mama dia yang buat, dia buat kerja paling mudah. Isi sagu dalam bekas je. Itu lah jugak antara sebab dia susah nak turun berat. Setiap kali kelas masak, dia makan sampai 2-3 kali sebab sedap hahahha. 


dia yang pilih warna biru dan oren tu




Dapatla 10 bekas, sebelum tu 3 bekas dah selamat dalam perut kami

Tuesday, July 23, 2024

BILA DATANG RAJIN

 Assalamualaikum semua,

Bila datang rajin tu masak la lain sikit, semalam dengan hari ini masak lontong kuah lodeh untuk jual di kedai. Buat tak banyak 10 bekas je sehari, itu pun ramai yang mintak buat lontong darat pulak. Tapi kerajinan belum sampai lagi, lontong darat banyak lauk sampingan itu yang lambat. Aku guna resepi lodeh biasa kat sini je. 

sambal dan telur rebus

Kuah macam nampak sikit tapi banyak kuahnya tu

Wednesday, December 27, 2023

WW BUAT KARIPAP SENDIRI, BARU PUAS HATI

 Assalamualaikum semua,

Dah lama tak buat, bila buat tu puas hati dapat makan. Isi lak boleh boh banyak.

mula pun dah lewat masa tu

malam baru habis

siap je mesti goreng sebab Aiyan nak makan

buat karipap kentang boh daging cincang, ini baru betul keripap daging hehehe

Tuesday, November 21, 2023

DEMI MENCARI SESUAP DUA NASI

 Assalamualaikum semua,

Setiap hari pukul 4.15 dah bangun untuk masak barang jualan di kedai. Memang penat tapi bila jumaat ambil duit jualan jadi bersemangat nak masak hari-hari. Heheheh gini lah demi sesuap dua nasi kan.

4.30 pagi masaukkan dalam oven masak untuk lebih kurang sejam

roti sardin goreng 

pagi tadi awal lak dia bangun teman aku masak, selalu pukul 6 pagi baru dia keluar bilik

Thursday, June 22, 2023

PHOTO DIARY #22/2023

 Assalamualaikum semua,

Udah hari khamis ye, rasa bahagia sungguh bila udah hari khamis sebab esok dah jumaat lepas tu cuti hahahha. Bila rasa penat dengan jadual harian bila hujung minggu memang dinantikan. Tak nak bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar ya.

dia tak suka nak selfie ni... 

aku suka mata dia kalau waktu malam, bulat je waktu siang ni muka garang je

pelita solar yang masih setia berfungsi

menu sarapan pagi sabtu

buat popia sardin untuk kudapan kat rumah

jumpa anak ular kat parking motor, mesti kene bunuh dengan kucing

hari ahad terserempak dengan maktek kat Mr Diy , dia lalu depan aku boleh dia tak perasan dengan aku... hahahha sejenis jalan menonong je

masak pulut dengan noxxa

jual pulut pagi dengan kelapa kat kedai... 

Aiyan dan kawan baik dia kat transit

Edy sampai lambat sampai tertidur dah dia

semalam petang hujan lebat kat sini, naik air kat sini... 

selalu bawak sandwish telur, hari ini kita bekal nasi lemak je

Friday, September 16, 2022

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK

 Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu lepas masa aku buat entri pasal nasi lemak ada yang minta aku kongsikan resepi masak sambal. Kebetulan minggu lepas masak nasi lemak jadi dapatla aku kongsi dekat sini caranya. Ini cara aku masak sambal ya, mudah dan tak perlu risau dapur berkecah.

Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 paket kecil cili boh puteri

3 biji bwg merah besar, kisar

2 biji bawang merah, hiris

6 ulas bwg putih, kisar

1 helai daun pandan

1 ketul kecil gula melaka

Sedikit bilis, kisar

Sedikit udang kering, kisar

2 keping asam keping

Garam/perisa

Air secukupnya

Cara masak: 

- Panaskan minyak masukkan daun pandan biar naik bau, masukkan bahan-bahan kisar dan cili boh. Gaul hingga semua bercampur dan tutupkan periuk dengan penutup, masak dengan api kecil untuk 20 ke 30 minit. Beberapa kali kita kacau juga supaya tak hangus dan berkerak. 

- Setelah 30 minit bila tengok dah pecah minyak boleh masukkan gula melaka, tambahkan air separuh cawan, tutupkan lagi penutup untuk 10 -15 minit atau hingga gula cair sepenuhnya.

- Bila gula dah cair boleh masukkan asam keping, tambahkan sedikit air lagi, masukkan hirisan bawang tutupkan lagi periuk biar bawang layu sepenuhnya untuk 5 minit,lepas tu masukkan perisa dan garam. Jangan lupa rasa sebelum tutup api. Sambal aku suka ada rasa pedas manis masin sikit baru ngam.

* Selalunya aku akan masak sambal ni malam, esok pagi tinggal panaskan je. Sebab aku masak sambal lama nak dia tahan lama dan takde rasa pedar gitu.


Aku suka bau wangi nya



Aku suka masak dengan periuk atau kuali bertutup, api kecil


Pecah minyak gini baru masukkan gula melaka

Bawang hiris jangan lupa



Aku suka gunakan mangkuk bila makan nasi lemak haahahah...