Assalamualaikum semua,
Hari Rabu adalah hari untuk pakai baju korporat. Ini baju korporat baru JUPEM , mahal la jugak baju ni RM85. Hari khamis hari batik.
Dan lama tak beraksi depan cermin ajaib |
logo jupem |
Assalamualaikum semua,
Beberapa minggu ni memang banyak entri aku pasal sukan je, selagi SUKAB tak habis selagi itu lah entri pasal sukan ini akan muncul. Bahagian kami tak ramai orang dan selalu tak ada kat pejabat tapi mereka nak turut serta juga. Demi semangat setia kawan, datangla juga di pagi sabtu demi nak menyokong mereka main tarik tali. Sibuk jadi tukang jerit dan sorak. Pukul 8 dah mula daftar, 8.30 lawan. Kami kene lawan 5 kumpulan semuanya. 3 menang 2 kalah dan kami dapat tempat ketiga. Kira ok sangat la tu.
dengar taklimat dulu |
isi borang dulu |
permainan pertama, 1 kumpulan 8 orang je |
datang lambat tolong jagakan anak kawan, bersih lagi belum berselut |
borak gelak tawa |
sampai ke tengah padang kami turun bagi sokongan |
lepas 2 kali main tarik tali, makan dulu... penyokong makan dulu |
pergi belikan coklat, mereka kata nak makanan yang bagi tenaga |
semua 10 orang termasuk pemain simpanan |
rehatkan lepas 2 permainan |
main tepung |
antara orang kuat bahagian belakang |
faizah siap bawak dua anak dia lagi, sian takde orang jaga... demi nak menyokong kan |
lepas habis permainan ketiga |
bergambar dengan pihak lawan, kumpulan yang kuat ingat kami kalah tapi tekad kami lagi kuat |
bukti main selut sekali, sampai ke tengah padang ambil gambar |
geng perempuan yang jadi tukang sorak |
permainan keempat, masa ni aku balik dah |
anchor kami yang memang paling membantu |
dahla malam tu hujan, memang becak la |
Assalamualaikum semua,
Ini cerita sabtu lepas, kami ada SUKAB (Sukan Antara Bahagian) JUPEM. Kami dah mula dari awal bulan 8 hingga akhir bulan 10 nanti. Sebelum ni ada kami main pentaque, ini sebab kami main di hari sabtu, tempat permainan agak jauh jarak tapi tekad ulang alik untuk tengok. Dari pukul 8.30 pagi dah sampai JUPEM sampai pukul 5.30 baru balik rumah. Seronok tapi penat, penat menunggu hahaha.
Permainan pusingan pertama... bersimpuh tu |
masa ni mengigil jari masa pegang guli |
wakil lelaki pun ada |
pasukan kedua masih gembira lagi |
lawan pasukan ketiga |
petang dah, geng main tenis tengah berehat lepak dekat dalam dewan sebab sejuk sikit |
sementara menunggu permainan lain kami akan berlarian kt tempat perlawanan tenis |
muka-muka yang bermain hari ini... dah macam berkelah kan |
geng yang main tenis |
panas terik masa ni.... |
Assalamualaikum semua,
Tarikh 30 April 2024 bersamaan 21 Syawal kami buat Jamuan Raya JUPEM. Asyik gambar jamuan raya je kan, maaf lah ye kawan-kawan. Sekarang ni pun tak sempat nk buat entri awal ada je kerja nak dibuat. Oklah jom kita tengok gambar yang ada ya.
comel topi ni sebab boleh gerak-gerak telinga tu dan ada lampu |
Hadiah untuk permainan aiskrim premium |
Khemah kami sangat ringkas, jual aiskrim je kan |
Jiran tingkat 4, dia datang jumpa aku sebab nak bagi duit raya kat Aiyan |
bergambar dulu sebelum kene serang |
Tema kami arnab, sebab tu yang bertugas pakai topi arnab |
comel betul adik vendor ni kan.... baju lak sama warna |
Balik sekolah dia pun singgah dulu makan apa yang patut |
Assalamaualaikum semua,
Kisah jumaat 2 minggu lepas, kami buat jamuan raya di Kedai Puspanita. Menu simple je panggil pembekal dan AJK je. Jom la kita tengok gambar yang ada agak malas nak menulis panjang-panjang.
menu ada mee kari, soto, ketupat palas dan rendang, rojak pakistan dan manisan |
rewang dari awal pagi |
menu yang aku masak soto |
rojak pakistan ni sedap |
mee kari ni pun sedap isi banyak |
cikgu-cikgu taska datang petang |
orang kuat kedai |