Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Wednesday, September 5, 2018

Fluffy Pankek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kata omputeh pankek, kata kita tak berapa nak putih ni macam lempeng la ya. He he he. Pada saya setiap orang mempunyai versi pankek yang berbeza, dan tidak salah untuk mencuba sebarang resepi yang dijumpai. Kata pun suka masak, suka nak mencuba.


Resepi ni saya jumpa masa stalk IQ Surianti Ramli. Macam biasalah screen shot aje dan simpan dulu till masa yang sesuai nak cuba. Oleh kerana saya ni seorang yang membawa bekal ke sekolah, everyday, maka resepi ni pilihan yang tepat untuk memulakan hari. Pertama kali saya buat (gambar atas) saya buat plain aje tak bubuh garam dan gula, manakala yang kedua tu saya masukkan semuanya includes choc chip. Yang plain ni rupanya sedap jugak dimakan dengan sambal hitam.



Thursday, May 12, 2011

Sarapan : Pulut Ikan Kering

Assalamualaikum semua...
Petang semalam, CS ke Brinchang, kawan nak isi minyak sebab nak balik kg minggu ni... Ingatkan pi kejap aje tapi pukul 10 baru sampai balik rumah. Sebabnya.... ada kebakaran dekat sana, abes jugak 6 7 bijik rumah berangkai, hangus semua.. tu yang ralik... kesian tgk mangsa kebakaran tu... ada gak amek gambo, tapi xleh nak bluetooth la pulak... nanti tgk kat paper ada ke tak citenyer...


berbalik pada N3 arini...simple je tapi menjadi kesukaan CS ever n ever... sebab malam tadi dah penat sgt nak masuk dapo, CS tanak pulut ni pagi tadi. agaknya ada kot yang terbau aroma ikan kering menusuk hidung. pastu parut kelapa pun pagi tadi jugak. (mintak mahap la ye kot ada sape2 yang terganggu...)
resepinya simple je...tapi kalau ada siapa yang tak biasa tanak pulut, boleh jadi mentah / kurang masak. CS pun baru2 je pandai tanak pulut ni...xde sukatan yang spesifik tang air dan pulut tu... CS ada jugak bertanya pada mek, macam mana nak dapatkan hasil yang memuaskan ni...
Antara petua-petua nak tanak pulut ni adalah :
  1. masukkan air jangan terlalu banyak - agak2 dalam 2 cm dari paras pulut
  2. masuk air secukupnya (mcm masak beras biasa), pastu bila dah mendidih, buang air tu agak2 sehingga kering, kemudian kecilkan api
  3. masa menanak pulut ni seboleh-bolehnya guna la api kecik (sabar itu separuh daripada imannnnn)
  4. pastikan tutup/tudung periuk tahan wap, maksudnya wap panas x boleh keluar sebab wap ni lah yang akan masakkan pulut tu bila dah tutup api (mula2 belajar tanak pulut dulu, CS letang ibu lesung kat atas tutup periuk ni... heeeeeee) 
  5. kalau guna rice cooker lagi senang sebenarnya, pastikan air sedikit dan tunggu je siap. CS suka tanak pulut guna dapo gas je, bau dia lagi wangi (ye ke?????)
  6. * kalau kata x kompiden jugak, senang2 pulut tu dikukus je... abes citer... :)
Harap2 petua yang sedikit ini dapat membantu kawan2 (yang sudah lebih terrer dr CS pastinya)...