Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Monday, November 23, 2015

Bubur Asyura : Gotong Royong Di Desa Tercinta (1.11.15)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Yang sebenarnya dah lama dok niat nak selesaikan n3 pasa Asyura ni. Tapi sayang waktunya kurang dan mood nak mengarang memang tak ada. Tahun ni rasanya agak kelam kabut sikit dengan urusan di sekolah dan juga urusan dunia yang lain. Bukan nak bagi alasan tapi itulah hakikatnya bagi kita yang bergelar manusia ni. Pada tahun ni Alhamdulillah memang nak jadi rezeki agaknya. Dua kali dapat makan Asyura Kelantan, satu dari kampung sebelah dan satu lagi yang dibuat di surau di kampung.

Walau bagaimana pun sayang sekali saya tak sempat nak ambil gambar dari permulaan proses membuat Asyura ni sebab agak lambat ke surau. Letih sebenarnya sebab malam sebelumnya tu baru saja sampai dari Kuala Lumpur. Tapi untuk kenang-kenangan letak jugaklah gambar yang sempat di ambil, walaupun hanya menggunakan handfon aje. Jom tengok...




Tuesday, November 17, 2015

Bubur Pulut Hitam NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sangat menyukai bubur pulut hitam, tapi percaya atau tidak saya tak pernah membuatnya sendiri. Agak2 tak reti a.k.a tak pandai ke apa? Hi hi hi semua campur2 la tu. Pernah juga saya beli sepeket beras dulu tapi cari2 tak jumpa pulak. Oleh kerana dah ada NOXXA rasa syok sikit nak buat. Syok tu bukan dari segi apa, dapat la buat banyak sikit sebab tak ambil masa.


Rupa2nya beras pulut hitam ni agak mahal jugak ya. Masa saya beli tu sekilo RM 12. Jadi saya buat la setengah kilo, pakai NOXXA memang kejap aje nak merebus beras tu kalau dibandingkan dengan guna periuk biasa. Tambah2 pulak beras dah direndam semalaman. Bukan apa rendam lama2 tu, ingat nak buat petang tapi tak terbuat jadi rendam sajalah beras tu hingga esoknya.


Thursday, March 26, 2015

Bubur Nasi Ayam & Oat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bubur pilihan orang tidak sihat?

Tidak semestinya kerana bubur merupakan makanan berkhasiat yang boleh dimakan oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja untuk sarapan, tetapi baik juga semasa makan tengah hari atau makan malam. Bagi saya pulak kalau rasa nak makan bubur tu on aje.




Friday, November 21, 2014

Lempuk Durian / Bubur Kacang Lempuk Durian

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bubur kacang ni memang takyah dah cerita bebanyak... memang semua orang tahu. Baru2 ni ada la saya buat bubur kacang sikit, sekadar perabih kacang hijau yang ada. Cuma istimewanya bubur saya ni ada campuran lempuk durian. Ehh... lempuk durian pun nak kecoh!


Bubur kacang yang tak ada daun pandan, tapi tetapi sold out dimakan begitu sahaja dan dibuat aisekerim.


Friday, May 10, 2013

Bubur Oat Lobak Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat buat semua sahabatku. Semoga hari ini memberikan keberkatan buat kita semua. Tiga hari berkerja, tau2 dah nak cuti esok... Seronoknya!!

I have no idea tau sebenarnya  bila tengok Tun publishkan bubur oat dan lobak merah di blognya. Haiyyyoooo, saya sangat2 susah nak terima makanan berasaskan oat, yang lepas saya telan hanya oat + milo + susu sahaja, kalau kata bubur ke apa ke memang lambat sikit la nak lepas. Rasanya yang agak melekit tu memang menyiksakan saya... ^^

Tapi kebetulan baru2 ni saya buat carrot susu, dan hasil tapisan carrot tu ada banyak la pulak, jadi saya pun tergerak hati la nak mencuba setakat mana rasanya bubur oat ni. Ejas punya ejas, saya pun masaklah 3/4 pot nasi dan di campurkan dengan hampas lobak merah sebab itulah bubur ni macam kekuningan sikit. Di dalamnya juga saya masukkan sekali 2 biji kentang yang dipotong dadu, sebabnya saya memang tak suka bubur kosong gitu aje. [Banyak songeh...]


Bila dah masak tu, mmmmm macam ok la jugak rasanya di makan panas2. Tak adalah rasa oat sangat tetapi tekak sensitif saya memang awal2 menolak. Nak habiskan semangkuk ni, kata orang Kelantan "kembang tekok" la jugak. Apapun, satu perkongsian yang baik dari Tun, terima kasih ya... mungkin lain kali kalau buat tu kena kurangkan lagi kuantiti oatnya. Terima kasih Tun....


BUBUR OAT DAN LOBAK MERAH
Resepi : tun telani

Bahan2:
1 mangkuk nasi saya guna 3/4 pot beras
3 mangkuk air
½ cawan oat
1 btg lobak merah- sagat halus
½ kiub ayam
1 inch halia- hiris halus
Garam secukup rasa
Saya tambah 2 biji kentang dadu, didihkan bersama beras
 
Bahan tabur:
Ikan bilis goreng, Cili merah- hiris, Lada hitam, Bawang goreng

Cara2:
Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur.
Masukkan oat dan kacau sebentar.
Perasakan garam.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam dan bawang goreng.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, September 29, 2011

Bubur Som-Som

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua. Wah...berderet2 kuar juadah minum petang di bliglist cheqsue nih. Amboiiiiii bukan main lagi korang eh...bikin jeles cheq sue la tu. Bubur som-som ni cheq sue dah cuba beberapa hari lepas. Memang tak pernah buat dan tak pernah makan. Beli pun tak pernah. Bila tengok kak Gee buat, bahan2 pun dah ada kat rumah, cara buat pun senang, terus cheq sue nak cuba. Cuma daripada resepi tu cheq sue buat separuh adunan je supaya x pening nak habiskan.


Sekali rasa bubur som-som ni macam 'kepala santan' lompat tikam, cuma yang ni lebih keras sedikit dan agak kenyal. Yang dibuat ni pulak agak terasa ketepungannya sebab mungkin masaknya dengan api besar. Ye lah bila disebut 1st time tu banyak yang kita xleh nak agak2 lagi macam mana. Untuk 2nd time nanti insyaAllah hasilnya akan lebih memuaskan.

Nampak Kak Gee buat cantik aje guna acuan SM...cheq sue pun buat la jugak dalam acuan apam bentuk love tu yang agak susah sikit nak keluarkan. Herot berot bentuknya.


Rupanya bubur som-som ni sedap sangat dimakan tika sejuk @ dingin. Memang terasa ngamnya lemak2 dengan manis air gula tu. Kalau ada sape nak cuba tu bolehlah tengok resepi kat bawah ni ya... Wassalam...

BUBUR SOM-SOM
Sumber : Kak Gee

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara :
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api sehingga mendidih.  Masak hingga pekat dan berkilat hingga adunan meletup-letup. Pastikan dikacau sentiasa supaya adunan tidak berketul.  Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.  Sajikan bersama sirap gula melaka

Sirap gula melaka :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara :  
Masak gula melaka dan air hingga gula larut dan tapis. Sejukkan.

Thursday, July 21, 2011

Bubur Kacang Durian (T___T) Akhirnya...

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Hari ini hari Khamis,
Mari makan bubur manis.


Ewahhhh... pagi ni berpantun apahal? Buang tebiat dah ke? He he he.. sesekali apa salahnya nak berpantun mantun bagai... Hah...kalau ada sape yang nak membelinya tu sila, sila ye...
Semalam...ramai betul ye membuat bubur atau juadah yang berkuah-kuah dan dimakan dengan roti atau biskut. Cheq sue pulak memang dah lama sangat dok menyebut nak makan bubur kacang durian. Semalam macam berjanji2 pulak dengan che mat DTS...dia ada bubur ni, cheq sue pun ada. Hari pasar malam tu ada orang jual tapi kemain ramai dok kerumun...tak jadi terus nak beli, alih2 semalam member bagi sebijik. bila cheq sue bukak ada la dalam 7 ulas durian. Alhamdulillah.... ada jugak yang mendengar rintihan ku ini....
Jom makan jom....

BUBUR KACANG DURIAN
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- secawan kacang hijau (direbus empuk)
- 5 ulas durian
- 3 keping nisan
- 3 sudu gula
- sehelai daun pandan
- santan sederhana pekat dari sebiji kelapa
- secubit garam kasar

Cara-cara :
- masukkan santan ke dalam kacang hijau yang telah empuk
- tambahkan nisan, gula, daun pandan dan secubit garam kasar
- setelah mendidih masukkan durian dan masak sehingga durian agak lembik (jangan berlebihan nanti tak rasa isinya)
- sedap dimakan dengan pulut, roti atau biskut

Friday, July 15, 2011

Pengat Labu Sagu Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Petang ni kembali lagi dengan resepi kedua berasaskan labu. Eh.... ada lagi? Ada..... ada banyak lagi yang perlu dihabiskan. Cheq sue pun buntu memikirkan ape yang hendak dibuat. So dengan kepakaran yang tiada ni cheq sue buat ajelah pengat labu.
Kenapa namanya pengat labu sagu merah? He he he... gelak la dulu. 2 3 hari lepas, cheq sue ada masak sagu merah untuk dibuat lompat tikam sagu..tapi tak terbuat-buat lagi. Jadi, cheq sue pun masukkan la sekali ke dalam pengat ni. Sekali sagu tu dah turun warna la pulak... Aishhh... whatever lah...janji jadi pengat.
Satu petua yang seharusnya diketahui semasa memasak labu ni adalah perlunya untuk merendam terlebih dahulu labu tersebut dengan air kapur semalaman supaya labu tidak menjadi lembik / hancur semasa di masak. Kalau nak buat sayur lemak tak payahlah rendam air kapur ye.... kang tak leh nak gigit pulak... Kalau nak buat sira labu lagilah perlu merendam dalam air kapur dalam kepekatan yang lebih tinggi... (cheq sue surrender kalau buat sira...takot tak jadik)
Haaaaa...layan ajelah ye gambar sekeping ni... xde resepi tau sebab semua dah tahu masak pengat...cuma tang labunya aje kena hati2 siket...

kalau diperhatikan, kuah pengat tu dah ala-ala pinky kan...insyaAllah sat lagi nak makan dengan pulut...bagi kengkawan jugak sesikit

Monday, July 4, 2011

Bubur Kacang, Jagung dan Sagu

Assalamulaikum...

What a beautiful Monday... ahakssss

 Bubur cheq sue ni cair sket..tak berapa suka la yang pekat2 ni

Haaa pagi ni kita nak buat tayangan amal sket..... sape yang suke makan bubur, bubur kacang rampai ni sangat sesuai untuk dicuba kerana mengandungi bahan tambah yang cukup menyelerakan seperti jagung madu dan sagu. Perghhhhh....memang maveless tau... Cheq sue dah lama nak buat bubur kacang, kacang pun dah lama beli...setelah digoda oleh Nuni dan Kak Diana Melley....he he he barulah terhasil manisan ni. Lawannya sudah tentulah roti benggali. Rasa2 sikit aje rendamnya, tapi bila dah campur segala bagai bende kat dalam, seperiuk jugak dapat nye... so ante hantar la bagi kawan2 sikit sorang... Semangkuk untuk cheq sue berbuka petang nanti..
Cheq sue masak bubur ni malam tadi. Biasanya bubur kacang sedap dimakan setelah disimpan semalaman (pada selera cheq sue lah...orang lain mungkin tak kot) sebab tak terasa sgt kacangnya... kalau baru2 masak ni macam kuat je bau kacang nya tu.
Pagi semalam kan cheq sue ke Gua Musang. Baliknya singgah kedai jap beli jagung...dua ketui 5 hengget nko.... nak makan punya pasai... sape yang pernah mai CH beli jagung tu tau la kan... Sepanjang dok sini cheq sue dah nampak jagung 2 tongkol 10 hengget. Amacam? Sanggup beli tak? Kalau teman idok lerrr.....

Jagung mutiara / madu... boleh makan mentah je...

BUBUR KACANG, JAGUNG DAN SAGU
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- secawan kacang hijau
- setongkol jagung
- 1/2 cawan sagu
- santan sederhana pekat dari sebiji kelapa
- gula secukup manis
- sedikit garam kasar (seketui je untuk melemakkan santan)
- 2 helai daun pandan
- 5 keping nisan kelantan

Cara membuatnya :
- rendam kacang hijau 5-6 jam (opt)
- rebus bersama sagu sehingga empuk
- masukkan jagung dan santan
- tambahkan nisan kelantan dan gula (secukupnya-jangan banyak sebab nisan dah manis)
- masukkan garam dan daun pandan
- masak hingga mendidih