Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Friday, August 7, 2015

Kerabu Mangga Campak-Campak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau dikampung kerabu ala2 Thai begini memang saya tak pernah buat. Haruslah buat kerabu pilihan ayahanda, iaitu kerabu Kelantan yang ada sambal kelapa dan juga santan. Tapi memandangkan saya buat di CH maka saya buat suka hati sajalah. Sebab itulah namanya pun kerabu mangga campak2... yang penting bila siap boleh dicampak ke dalam pinggan nasi... bukan campak ke dalam plastik sampah. Dok gitu???




Thursday, February 26, 2015

Kerabu Meggi Siam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dok ingat2 balik, memang dah lupa bila saya buat kerabu meggi ni. Special request meggi Siam dengan Cheq Da, saya terus buat pada malamnya. Sebelum ni memang tak pernah nampak orang jual, dan memang tak pernah makan. Teringin jugak nak rasa walaupun katanya meggi ni pedas berapi. Kita ejas la ikut mana yang kita selesa kan. Dah kita yang buat dia...



Saya buat kerabu ni ikut gaya saya, apa yang ada di dapur dan apa yang saya mahu. Nampak tak berapa meriah sebab bahan tak ada. Namun dari segi rasa kira oklah cuma bahagian meggi tu agaknya tercelur lebih masa jadi agak lembik sikit.


Monday, December 16, 2013

Kerabu Pucuk Paku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ada apa-apa je kerabu di rumah, memang akan makan bertambah. My cek tu suka sangat kerabu. Kebetulan dia ada bawa balik pucuk paku jadi saya buatlah kerabu untuk dia.

Nak buat kerabu stail Kelantan ni tak susah. Yang perlu hanya sambal kerisik / sambal nyor dengan santan pekat sahaja. Kalau ada belen sambal nasi kerabu pun boleh guna.


Dah pun siap. Lengkap dengan sambal nyor dan santannya. Dah sediadi makan.


Pucuk paku yang dicelur terlebih dulu. Kalau tengok ada merah-merah dalam tu adalah pucuk midin yang dikutip sama. Saya belasah ajelah... Santan tu pulak saya perah gunakan air suam untuk mengelakkannya cepat basi.


Ini pula buah beko yang juga boleh dibuat kerabu. Hanya bakar atau celur kemudian dikikis kulitnya. Buah ni pahit sikit... kalau ada nanti saya share gambarnya.

Untuk resepi boleh rujuk n3 nasi kerabu sebelum ni... payah pulak nak copy paste... nak link n3... haishhh

Wednesday, November 13, 2013

Kerabu Telur Masin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila terpandangkan Kak Ros upload n3 ni terus saya teringatkan baki telur masin yang saya bawa dari kampung sejak Ramadan yang lalu. Jadi saya pun rebuslah 2 biji untuk sama mencuba resepi tersebut. Bila kata sahaja kerabu, memang ianya salah satu pembuka selera. Dengan bau masam limaunya, serai, bunga kantan tak sah kalau makan tak bertambah. Daripada resepi yang dinyatakan ianya lebih kurang sama dengan kerabu telur dadar.

Oleh sebab saya plan nak makan begitu sahaja, maka saya tambahkan separuh timun batang (dadu) ke dalamnya. Cuma ralat jugaklah bila dah siap, saya hanya boleh makan bahagian telur kuningnya kerana bahagian putih tu TERSANGATlah masin, barangkali kerana terlalu lama dalam rendaman air garam.

In sha Allah, lain kali boleh cuba dengan telur masin fresh pulak. Sedih jugak bila terpaksa membuang sisa yang tidak dapat dimakan tu. Apapun TQ Kak Ros kerana berkongsikan resepi ni.



KERABU TELUR MASIN
Resepi : Kak Rostina

Bahan2 :
Telur masin (dalam 2-3 biji) (Direbus)
1 biji bawang merah besar (hiris halus)
3 biji cili padi (potong halus) - terpulang la kepedasan masing2
2 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tangkai daun ketumbar/daun pudina (hiris halus)
Gula

Caranya :
1. Mula2 masukkan bawang, cili, serai & bunga kantan yg telah dihiris halus ke dalam mangkuk besar.
2. Tambahkan jus limau kasturi & gula.
3. Gaul sebati.
4. Telur masin yg telah direbus dihiris halus, kemudian campurkan ke dalam mangkuk besar tadi.
5. Gaulkan sambil melenyek sedikit telur masin tadi bersama bahan2 lain. Taburkan daun ketumbar/daun pudina.
6. Sedia dihidang.

#Tak yah letak garam 

Friday, May 11, 2012

Kerabu Peria & Udang



 
 
1st time tengok Mieza publish, terus esoknya pi beli peria dan udang. Cheq sue memang penggemar peria. Kalau orang kata pahit, yang pahit itulah bagi cheq sue satu kenikmatan. Makan ratah gitu pun sedap. Konon2 buat ni untuk berbuka semalam, tapi xdan makan banyak sangat sebab termasak banyak jenis pulak. Xpelah, yang penting dah dapat rasa dan memang teruja dengannya.

TQ sangat pada Mieza sebab berkongsi resepi ni. Tapi cheq sue derhaka jugak sesikit nak sesuaikan dengan apa yang ada kat rumah.  Biasalah bab masak2 ni, nak kena ejas mana yang patut kan. Tambah2 pulak bila masak sikit dari kuantiti yang di nyatakan. Pandai2lah kita tambah tolak kat mana-mana. Kita yang buat dia kan...

Pada siapa yang suka makan kerabu tu boleh la cuba resepi ni pulak. Gerenti makan bertambah nasinya. Jangan lupa buat ekk... Wassalam...



 
KERABU PERIA DAN UDANG
Recipe : Mieza @ WAWMC


1 biji peria yang sederhana besar - potong, buang tengah dan hiris halus. Rendam dalam air garam selama 1/2 jam
cheq sue guna sebiji peria katak, hiris halus
300 gm udang - kupas kulit cheq sue guna dalam 8 ekor, belah 2
1/2 cawan dantan pekat x guna
2 sb kerisik cheq sue guna kelapa parut kulit hidup
1 biji limau nipis - ambil jusnya xde stok
garam dan gula


Bahan hiris:

1 biji bawang besar
2 biji cili merah
4-5 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
6-7 tangkai daun kesum
3 tangkai daun ketumbar

1 biji buah tomato - dadu cheq sue guna tomato hijau, hiris nipis

Bahan tumbuk halus:

3 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 inci belacan
2-3 sb udang kering cheq sue ganti dengan ikan bilis

Cara-cara:

1. Toskan buah peria dan celur dalam air mendidih selama 2 minit. Angkat dan toskan airnya.
cheq sue celur peria terus bersama udamg dalam air panas mendidih + garam
2. Udang yang telah dikupas kulit dibersihkan dan dicelur hingga masak. Angkat dan toskan airnya.
3. Masukkan peria, udang, bahan hiris,bahan tumbuk dan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan digaul rata. Rasakan masam, masin dan manisnya.
4. Hidangkan dalam mangkuk yang sesuai.
5, Jika suka boleh dicampur dengan sayuran lain seperti tauge, daun selom dan sebagainya..udang juga boleh diganti dengan makanan laut yang lain seperti kerang.
 

Saturday, December 17, 2011

Yam Pla Meuk


 
 
Selamat tengah hari semua. Terima kasih pada teman2 yang memberi pandangan tentang kisah  Apa Lelaki Mahu. Maaf jugak x dapat nak respon sebab asyik loading aje. Tenet pun dah jadi lemau bila hujan ni. Nasib baik tuan tanah tetap mantain dengan n3 baru... He he he...

Apa menu lunch harini? Cheq sue dah siap satu. Tu kat bawah tu, kerabu sotong. Tengah dok sebatikan dengan bahan perasa. Ada satu lagi yang nak kena buat atas permintaan. Tadi ke pasar pagi, rasa macam nak borong aje semua. Banyak sayur2 kampung, kalau dapat sayur putih makan dengan ikan kering adehhhh masyukkkk....


 
Dah lama teringin nak buat kerabu sotong ni, bila sebut kerabu aje menjejer-jejer air liur. Yang dah makan pun boleh rasa lapar. Kat rumah ni jarang2 buat kerabu camni, selalu mesti ada kelapa goreng dan santan. Sesekali kerabu macam ni mesti membuka selera. Kalau agak2 korang xde idea nak buat apa tu cuba-cuba la kerabu ni ya... Memang meletop abes...
 
YAM PLA MEUK @ KERABU SOTONG
Sumber : Kak Wan @ Citarasawan

Bahan-bahan
1 kg sotong di kelar dan di rebus ~ cheq sue hiris bulat dan celur dalam air panas

Bahan Tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk halus
5 tangkai cili padi di tumbuk halus
Bahan Hiris
2 labu bawang besar di hiris nipis
3 batang serai di hiris halus
2 biji tomato di hiris
2 hiris halia
sepotong nenas di cincang

3 tangkai daun pudina ~ cheq sue guna daun ketumar dan daun bawang

Sedikit bunga kantan
5 biji cili padi di hiris

Bahan Perasa
2 biji limau nipis di ambil airnya
4 sudu besar sos ikan
1/2  sudu besar gula + 1/2 kpg nissan & sedikit garam



Bahan lain :
Segenggam tauge ~ dicelur sebentar dalam air panas
 

Cara :  
Sebatikan bahan perasa dan gaul dengan bahan2 yang dihiris nipis.
Masukkan sotong dan tauge. Kacau hingga mesra. Selepas beberapa ketika boleh rasa masam, masin dan manisnya.  
Siap di hidangkan.

Tuesday, July 5, 2011

Urap Mentah Kacang Botol & Tomato

Assalamualaikum...

Buat ape petang ni kawan2.... Nak masak untuk dinner terlalu awal kan? Ke tengah dok godek juadah minum petang? Haaaaa agak2 apa menunye? Kalau dapat puding ke... jus ke memang nyaman la di saat cuaca yang sedang membahang sekarang ni.
Cheq sue ada jugak buat puding, selongkar dari dapur Kak Ummi tapi xmo tayang lagi... pagi esok naaaa...  Juadah yang cheq sue buat sebaliknya dari sekolah tadi adalah urap mentah kacang botol dan tomato. Sebenarnya tak pernah lagi makan si urap ni, sekali tgk macam kerabu basah... resepi ni cheq sue dapat dari rumah Che Mat Gebu... bila ada kcang botol teringin pulak nak cuba. Kalau dimakan mentah tak berapa gemar. bila dah jadi urap ni mana tahu pebret lak pasni.
Dalam resepi che mat, dia tak campur apa2, tapi biasalah nak sesuaikan dengan apa yang ada kat umah ni. sebab tu lah cheq sue memasukkan sedikit tomato hijau (nak dapat banyak sikit, kacang botol tu 4 biji je ada...). Kisahnya dalam resepi ni che mat ada masukkan cekur, ingat ada kat belakang rumah tapi rupa2nya TEMU... seb baik ingat kalau tak dah jadi urap temu he he he

 Wah...nampak macam sedap kan... tapi buat ni tak rasa pun lagi... belum masa okeh! Tuan tanah nak kuar sat lagi...kena buat siap2...

Kalau ada cili merah buleh kasi lipstik siket... Pucat aje nampak

URAP MENTAH KACANG BOTOL & TOMATO
Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
-25 tangkai kacang botol muda, cuci bersih, tos kering dan hiris nipis
-1 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa yang sedikit muda (berkulit basah)
-Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
-2 biji cili merah
-6 biji cili padi
-1 ulas bawang putih
-5 biji bawang merah
-1/2 inci belacan
-2 inci isi cekur
-1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan
-1/2 inci kunyit hidup
**bahan-bahan ni cheq sue agak2 je untuk kuantiti yang sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)
- Gaul bahan2 tumbuk lumat dengan kelapa parut, tambah garam secukup rasa dan juga gula. Gaul hingga semuanya mesra. Sesuaikan rasa.
- Kemudian masukkan hirisan kacang botol tadi, gaul rata2 dan hidangkan segera. Jika tidak habis, simpan dalam peti sejuk..

Thursday, June 23, 2011

KerabuTauge & Ikan bilis~ bijik kacang

Ketemu lagi.... Sebenarnya ini adalah menu semalam. Tapi xpe ye dipublish pagi ni? Heeeeeeee...... Kenapa cheq sue kata bijik kacang? Sebabnya tauge tu cheq sue ambil yang dibuat di sekolah, tapi x menjadi lak sebab x cukup air. Taugenya jadi kemetot dan kiut2 jer... Apapun dari membazir cheq sue buat la kerabu ni. Sebenarnya kalau nak cerita pasal kerabu, kat kg tak pernah buat kerabu macam ni....kalau kerabu je mesti bersantan macam N3 ni. Tapi pernah la jugak cheq sue buat untuk mencuba.
Apapun, untuk resepi ni (asalnya kerabu tomato ikan bilis) cheq sue ada oter sesikit dengan menggantikan tomato dengan tauge, dan menambahkan beberapa bahan lain. Bukan ape...nak kasi meriah siket.... Mintak kopipes ye Noorsha.... dan kepada Hanamemories yang bagi idea.

 Tak berapa nak berseri kerabu ni. Listik...eyeshadow...blusher tak cukup... he he he

KERABU TAUGE & IKAN BILIS
Sumber : Noorsha

 Bahan-bahan :
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris Cheq sue gunakan tauge secukupnya
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas) campur dengan anak ikan kembung dan ikan bulu ayam - goreng
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • 4 batang bunga kantan
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional

Cara-cara :

  1. Hiris tomato dan buang empulurnya. Bersihkan tauge dan celur seketika. Rendam seketika dalam air sejuk lebih kurang 5 minit.
  2. Ikan bilis, anak ikan kembung dan ikan bulu ayam digoreng goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  3. Dah siap! bleh la dihidang



    Tuesday, June 21, 2011

    Kerabu Jantung Pisang - Aduhai...

    Assalamualaikum & Selamat malam

    Aduh aduh aduh...kerabu jantung pisang yang memang menggoda. Agak-agak ada tak yang tergoda melihat menu berbuka cheq sue tadi ni? Sebenarnya hari ni tak berapa baik untuk cheq sue...rasa serba x kena...stress... semua ada. Balik tadi pun xde idea nak masak apa. Petang dah godek muffin, alhamdulillah akhirnya habis stok pisang.
    Bila ternampak jantung pisang yang diambil semalam...terfikir untuk membuat gulai tapi cheq sue tak pernah makan la pulak...mmmmmmm belum masanya nak try kot. So itulah terhasilnya kerabu ni. Tambah2 pulak ada lagi seekor ikan lolong (errrrr ikan ape ye...yang mata besar2 tuh...) yang agak besar.
    Dan kerabu ni cheq sue lawankan dengan bendi goreng, ikan selayang goreng kunyit dan budu. Amboi....banyaknya makan... Mmmmmm korang agak2 la yer.... ikan setengah ekor...bendi 5 bijik...kerabu semangkuk... Huh....


    KERABU JANTUNG PISANG
    Sumber : Sendirian Berhad

    Bahan-bahan :
    - sebiji jantung pisang sedang
    - setengah biji kelapa (parut)
    - seekor ikan (bakar / rebus) buang tulangnya
    - 2 ulas bawang merah
    - sehiris halia
    - sedikit lada hitam
    - sedikit santan(diperah dengan air panas)
    - garam & gula

    Cara membuatnya :
    - hiris jantung pisang dan rebus sehingga empuk (masukkan sedikit minyak dan garam). Bila dah masak sejukkan dan perah airnya
    - sangai (goreng tanpa minyak) kelapa hingga kekuningan. Sejukkan dan ketepikan
    - tumbuk lada hitam dan halia. Tumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan ikan dan kelapa yang disangai. Tumbuk agak2 hancur dan bercampur. Perasakan garam
    - kemudian tuang sedikit santan dan bolehlah dihidangkan
    - jika ingin lebih pedas, boleh hiris cili padi dan masukkan bersama
    * Hidangan ni siket je...cukup la sekali makan sekeluarga... cheq sue makan separuh je...