Online users

Follower

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Jawab tag lagi.

Sekarang ni rajin pula nak menjawab tag.Ini tag dari pengkomen tegar blog ni, eDdy.

Sila letakkan gambar anda

Apakah status anda?
Wow.Macam artis pula tanya status.Taken yaw.

Ceritakan tentang diri anda.
Seorang yang ringkas dan kelakar.Ceh.Puji diri sendiri kelakar.Anak sulung dari 4 orang adik beradik.Nak tahu lebih lanjut, kena jumpa depan mata.Baru boleh tahu aku ni macam mana.Hahaha.

Ceritakan tentang blog anda.
Mula menulis since 2008 dan blog ini telah beberapa kali menjalani transformasi layout.Cara penulisan juga semakin berubah.Dulu tulis short form tak beragak.Siap tempek emoticon bergerak sana sini.Sekarang, non ado.Url blog dinamakan sempena nama ex.Time tu tengah hangat bercinta.Sekali putus der.Pernah berura ura nak tukar tapi sampai sekarang tak tertukar lagi.Huhuhu.

Apa pendapat anda tentang blog?
Merupakan medium untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dengan readers.Untuk yang berstatus tegar, sehari tak update, rasa tak lengkap hidup.Duduk pun tak senang.Blog juga boleh jadi medium untuk kutuk dan hentam satu sama lain.Tapi blog I tak ada you'olls nak hentam blogger lain.I blog secara berhemah.

Nasihat kepada kawan kawan yang baru nak buat blog?
Untuk yang baru ada blog, tak perlulah terlalu excited sangat nak mengejar bilangan follower.Blog lah secara ikhlas.Kalau boleh, janganlah ada short form dalam penulisan blog.Tulis biar penuh.Senang sikit orang nak baca.Paling penting, perlu ada konsistensi dalam menulis.Jangan hangat hangat tahi ayam.Hari ini update, esok lusa tinggal je blog tu.

Nyatakan keunikan blog anda.
Omak aii.Tanyalah readers.Tak tahu la apa yang unik sangat pasai blog ni.Cerita pasai diri sendiri ja yang banyak.Orang kata, syok sendiri.Hmmphh.

Sampai bila nak tulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai bila bila.Aku dan blog ibarat isi dan kuku.Tak boleh berpisah.Impian aku, aku nak jumpa semua blogger yang aku kenal dalam alam maya ni dan eratkan silaturrahim.Berkawan biar seribu kan? Disamping tu, harap earning nuffnang maintain.Cari rejeki lebih noks.

Tag 5 orang yang anda kenal.
Nak tag schoolmate kesayangan:

Tuesday, July 27, 2010

Why Insan Tinggi?

Jawab tag pulek.

1. what's the name of the blog and why u named it so?
Sebelum lahirnya 'Insan Tinggi', ada nama lain untuk blog ni tapi aku sendiri tak ingat.Hahaha.Zaman awal-awal buat blog macam harom sikit entry.Memang childish habis.Short form bagai.Aku namakan 'Insan Tinggi' sebab itu betul-betul reflect diri aku.Walaupun ada orang yang lebih tinggi dari aku, aku tetap nak kategorikan diri aku sebagai Insan Tinggi.Hohoho.Layout blog pun dah banyak kali tukar sebab aku ni jenis cepat bosan dengan layout sendiri.Ada free time asyik nak usik semua setting.

2. when did you started blogging?
August 13, 2008. Orang first yang aku refer untuk buat blog ialah my bestie, Adawiah.

3. your first follower
Sumpah tak ingat.Huhu.

4. something for att
Thanks for being my friend.Thanks for tagging me too!

5. next 6 cute blogs:
Siapa ada free time, dipersilakan buat tag ini ye. =)
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger