Online users

Follower

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Bandung Trip: Pasar Baru

Adalah terlebih rajin semalam. Semalam saja 3 entry. Teringat zaman kegemilangan berblogging dua tahun lepas.Satu hari , 6 entry kot. Konsisten pulak tu. Sekarang, malas.Hahaha.Ok.Nak sambung cerita Bandung.Jom ke Pasar Baru pulak.Haa.Tempat ni wajib pergi especially untuk kaum wanita.Syurga hang tau tak...syurga! Sebab apa syurga? Sebab semua barang murah dari kain pasang,kain telekung,blouse,kain pelekat,tudung dan banyak lagi la. Pasar Baru ni besar. Ada 5 lantai. Haa..Kat Bandung tak panggil 'tingkat' depa panggil 'lantai'. Ocen parking kat lantai 5, so kitorang start dari kedai atas dulu la. Masuk first kedai pun dah jadi sawan.Bersepah kain pasang.Nak macam mana? Kain sulam manik, sulam bunga, kain kebaya, kaftan semua ada! Tinggal nak pilih dan bayaq ja. Harga pun super duper cheap. Kain pasang sulam manik boleh dapat 110k rupiah. Duit kita dalam 30 hengget lebih ja. Mana nak dapat kat tanah tumpah darahku oii.

Aku nasihatkan tak payah la beli kat kedai tingkat 5 tu sebab ada kedai kat level bawah yang jual the same design tapi dengan harga yang lebih murah. Gigit jari tengok kain sulam cantik cantik.Ikutkan hati, nak cekau je semua tapi apakan daya, ongkosnya kurang. Huhuhu.Beli setakat yang termampu ja.

Tengah tunggu tokey kedai amik kan kain sulam untuk Adawiah. Dia la yang paling banyak shopping kain.Orang nak tukar status tak lama lagi. Haruslah cari kain untuk seisi family.Ye tak? Tapi memang berbaloi pun beli kain kat sini. Berangan jugak kalau ada duit lebih, time nak kahwin nanti, nak mai cari kain lace kat sini.Sebab murah gila! Now I know why bride to be love to do shopping here.Door gift pun murah. Senang cakap, semua murah la.

Ocen, our supir. Ikut je lah kemana kitorang pergi. Nak berpisah, takut tak jumpa balik sebab keadaan dalam Pasar Baru ni sangat sesak.Jaga jaga la dengan handbag korang.Ada kes kena toreh bag.Banyak pencopet kat sini.Alhamdulillah, sepanjang di Indonesia, tak ada apa apa berlaku kat kami. Ocen ni jadi tukang pegang plastik shopping kitorang. Habis beli, sua kat dia. Kiri kanan mengendong plastik.So sweet.Hahaha.

 Adawiah going crazy again.Hehehe.This time, misi mencari kain cotton pulak.

Aku tak beli pun. So, I camwhore sorang sorang.Cantik kan corak paisley yang aku pegang tu? Tu material viscose if I'm not mistaken. Telan ayaq liuq ja la tengok kain cantik cantik. Sebelah kedai ni kedai lace.Orang tu cakap harga range from RM 5 to hundred ringgit for 1 meter depending on the material.Aku try rasa kain dia. Memang ada perbezaan.Setengah kain lace, kasar, ada yang lembut. Batu dia pun lain. Juling mata tengok banyak sangat design.Semuanya bling bling.

Duduk dalam Pasar Baru dari pagi sampai nak tutup. Tak sedar pun dah spend almost 5 hours dalam ni. Yang ajaibnya, tak lapar langsung. Perempuan, kalau dah shopping, puasa pun sanggup.Hahaha.

Sunday, December 18, 2011

Tudung karipap

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dah selamat sampai kat KL.Not KL exactly tapi kat Kota Damansara. Bertolak awal pagi, sampai sini pukul 2 petang. First day kat sini, tak ada apa sangat pun buat. Just rehat rehat je kat rumah. Hari ni pergi Jalan TAR. Woah. Rambang mata der. Last time datang last year. Time tu fesyen tudung jalur jalur. Sekarang ni dah tak nampak pattern tu. Sekarang ni lebih banyak tudung yang style sarung ropol ropol tepi. Ala ala Arianni gitu.Banyak sangat kedai. Semuanya murah murah. Boleh jatuh bankrupt kalau datang situ setiap hari.Orang pulak, seperti biasa la. Ramai. Weekend pulak kan. Mujur parking senang cari pasal Pak Su kerja kat Amanah Raya. So, parking dalam building sajork.

Ikutkan hati, aku nak borong banyak banyak.Tapi sebab poket tak ada la berisi sangat,amik 5 helai je lah. Itupun, jenuh pilih pasal aku tak ada target warna. Rasa cantik, amik ja. Hohoho. Pakai ke tidak tu, fikir lain. Ada masuk satu kedai bangla ni. Dia nak promote la design baru. Katanya TUDUNG KARIPAP. Terburai gelak kami kat situ. Ni haa tudung karipap yang dimaksudkan. Kita panggil tudung ropol ropol. Dia pi bantai karipap teruih. Hahaha.


Anyway, anyone in Kota Damansara?

p/s: Jalan jam pasal ada event Drift apa entah kat depan Dataran Merdeka.

Thursday, December 15, 2011

Potong kasi rendah

Dua hari lepas, aku pergi Vincci. Mencari kasut untuk pakai kat maktab nanti. Nak yang bertumit, tapi tak nak yang tinggi sangat. Dah la aku pun dah renjong. Kang pakai tinggi tinggi, orang cakap 'tak boleh tinggi lagi ke?'. Hahaha. Lagi pun, nak pakai ke kelas setiap hari. Tak mampu la nak tinggi tinggi. Buat sakit kaki ja.Kebanyakkan design yang aku nak, semuanya tumit tinggi. Tinggi yang melampau. Vincci tengah sale oi. Ada yang 70%, ada yang 50% ada yang 20% ja. Ada la aku tengok satu kasut ni, cantik sangat tapi tumitnya terlalu tinggi dong. Aku dah kerut kening dah pasal non ado yang tumit rendah yang cantik design nya sampaikan mat arep cakap,

Ish. Tak boleh potong ka tumit tu bagi rendah sikit?

=.=

Aku tak tahu la dia sengaja buat lawak or memang dia bermaksud suruh aku beli kasut tu, balik hantar tukang kasut kasi potong tumit kasut tu. Selesai masalah. Hohoho.

Tuesday, December 13, 2011

Beli kain kat Nagoya

Semalam pergi kedai kain. Katanya YES. Bila masuk Alamoda, kain cotton tak banyak pilihan. Sikit ja. Itu pun bunga tak menarik perhatian. Bila tanya kat akak tu, ini je ke design cotton? Dia cakap ada banyak lagi tapi kat bahagian KAIN EKSLUSIF. Dah nama pun ekslusif, harga pun ekslusif la. Ye tak? Terus potong mood nak shopping kat Alamoda. Mak su bisik jom pergi Nagoya. Situ lagi banyak pilihan. Plus, murah. Aku pun ok je la kan.

Bila masuk Nagoya, mood shopping datang kembali. Weehu! Memang murah. Plus, design lagi banyak dan murah. Ye, murah! Hahaha. Rambang mata tengok design yang sangat pelbagai. Wonder how geng mak mak shopping kain. Yang penting, dah ada target warna. Bila dah ada target warna, senang sikit nak pilih. Kalau warna pun tak ada lagi, memang sampai ke malam pusing pun tak jumpa. Aku nak cari kuning pastel untuk wedding akak Wan nanti. Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku hidup ni, ini first time nak beli kain kaler kuning. Sebelum ni non ado sebab terasa diri macam tak sesuai pakai kuning. Nasib baik tema kuning pastel. Mau kalau kuning shcoking, memang tak la kan.Hohoho.

Aku amik jugak kain bunga bunga kat atas tu. Ika pun nak. Disebabkan saya ni akak yang baik, saya belanja la adik saya kain cotton 4 meter. Nanti nak buat baju, fikir lain nak belanja ke tak.Hahahaha.Design bunga kami sama cuma colour je slightly different. Kalau tak, dia nak yang sebijik macam aku. Woooo woooo..Mana boleh! Alasan Ika, "Bukan nak pakai sekali. Ika pakai time akak tak pakai la" No way. Tak boleh, tak boleh.

Beli kain 12 meter suku, just RM 45 saja. Penjimatan terhebat.

p/s: Tak rugi buat baju kurung. Kerja nanti pun setiap hari pakai baju kurung. Bosan jugak kalau asyik ulang baju yang sama. Ye tak?

Monday, November 28, 2011

Family shopping


Hari tu pergi Yawata. Teman Mak Su beli barang rumah. Ika dan Bang Cik pun ikut sekali. Dorang ni kalau nak pergi Yawata bukan main lagi beradon. Tambah tambah si Ika tu. Macam nak pi dating gamaknya. Biasalah. Jarang keluar rumah.Sekali bila keluar, melaram sakan la. Bang Cik siap cakap, "Ika lagi pandai bergaya dari akak" Amboi =.=

Tok pesan belikan sabun basuh baju dengan kordial air tapi duit bagi tak cukup. Memang selalu macam tu. Aku pun halalkan jelah duit aku. Untuk kegunaan aku jugak kan. Setakat 20 ringgit, banyak mana sangat la kan kalau nak dibanding dengan jasa tok bela kami adik beradik. Lagipun, duit boleh dicari. Aku ni bukanlah style berkira sangat pasal duit. Kalau rasa nak beli, aku beli. Dan aku sangatlah anti orang yang berkira bab duit ni. Kalau berkira kena tempat, tak pa.
Belek punya belek, Daiyo menjadi pilihan.Pasal murah. 4.5 kg just RM 11.90. Tahan lama sikit. Bab serbuk pencuci ni tak memilih sangat asalkan wangi sudeh. Bang Cik cucuk cucuk suruh amik Downy bagai. Amboih. Cukuplah dengan Daiyo.

Hasil tangkapan.Campur dengan barang Mak Su sekali. Pencil colour tu beli pasal Bang Cik nak guna untuk exam Seni dia next week. Kesian sangat aih. Tak ada pensel warna. Nak minta duit kat tok, dia takut. Last last cekau kat kakak dia. Memang SYOK. Tak nak ambil yang 12 batang. Nak yang 24 batang ja.Fine Bang Cik fine. Memang duit akak bawa balik untuk labur kat hang. Hohohoho.

Pulang dengan poket kosong.

Thursday, November 10, 2011

Pumpkin Patch

Hari tu ke Pumpkin Patch, mencari kasut untuk anak jiran. First time aku masuk kedai tu. Ye lah. Kedai baby.Mana la aku nak masuk tanpa motip. Tapi kali ni ada motip so boleh la masuk.Hehehe.Kebetulan tengah ada sale. Ya ampun, barang semuanya comel. Jadi geram pulak tengok baju baby. Sebab kecik sangat. Bila kecik otomatik jadi comel. Rasa nak beli satu untuk anak sendiri =.= Kahwin pun tak lagi kan. Dah fikir untuk anak sendiri.Hahaha. Mencarilah aku kasut untuk si Akim. Payah jugak nak cari. Satu sebab saiz kaki kat Malaysia tak sama dengan saiz kaki kat sini. Kat Malaysia dia saiz 4. Disebabkan aku tak nak silap beli, aku minta Bang cik tolong ukur kaki Akim. Dia cakap 12 cm ukuran kaki tapi jiran aku suruh amik kasut 15cm. Ye lah.Budak budak kan cepat membesar.Beli elok elok je kang, pakai tak sampai setahun dah tak muat. So saiz 4 Malaysia sama dengan saiz 6 UK. Sini sizing ikut UK. Satu lagi masalah nak mencari kasut si Akim ni, semua design cantik. Rambang mata aku dibuatnya. Itu cantik, ini cantik. Dah la kecik kecik. Geram ja aku tengok. Last last aku angkut yang ni untuk dia. Style sikit kan.

Rasa nak gigit pun ado. Kecik sangat. Eee!

Thursday, November 3, 2011

Fragrance Sale

Hari ini pergi tengok Fragrance & Make up Sale kat Manners St. Awal awal masuk dah kena warning dengan mak cik guard tak boleh tangkap gambar.Siap dia mintak delete lagi. =.= What to do. Terpaksa la delete.Kang kena halau dari kedai pulak kan. Seperti biasa, orang sangatlah ramai. Budak sekolah pun sama naik. Biasa la.Barang murah sapa tak suka kan? Sasaran utama, nak tambahkan alat mekap.Wawawah. Sekarang ni dah pandai berjinak jinak dengan alat mekap. Persiapan awal sebagai cikgu la katakan.Hahaha. Pusing punya pusing, dapat la sebatang gincu, concealer dan make up remover.

Got this for myself. Aku memang kaki perfume. Pantang ada sale, mesti angkut satu untuk diri sendiri. Padahal perfume yang ada tak habis pakai lagi. Aku ni jenis cepat bosan sikit dengan bau badan. Style tukar ikut kehendak hati. So, currently ada 3 jenis perfume yang dah dibuka. Sebenarnya antara dua. Sama ada nak ambil Hillary Duff atau Britney Spears. Dua dua bau sedap. Last last angkut Hillary Duff sebab 100ml. Yang Britney punya 50ml ja tapi harga sama. Go for 100ml! Hehehe.

Sunday, August 14, 2011

Window shopping la sangat.

Hi.It's been ages since I last updated.Ages? Dua hari ja pun tak update.Buat teruk boleh. Ok lah. Banyak benda nak cerita tapi sebab blogger buat hal hari tu, terus buat mood aku spoil nak update.So, kita mulakan dengan kejadian hari Jumaat la ye. Kelas ada satu je. After habis kelas, Wan ajak window shopping. Aku dah agak dah window shopping tu tak ke mana.Mesti ada juga sangkut dua tiga barang. Heh. Teman Adawiah beli boot. Hajat di hati memang nak beli wedges. Duk tengok orang pakai lawa aih. Kena pula tengah ada sale. Beli dua kasut, percuma satu. Yang perginya bertiga. Haa..Tunggu lagi. Angkut sorang satu la. Alang alang nak raya kan.Boleh la nak melaram.Noooh.

Nak beli ni pun fikir dua tiga kali jugak.Takut tak selesa, takut dating nanti aku lagi tinggi dari pengutip durian la bla bla bla.Last last angkut jugak!

Thursday, July 21, 2011

Dressmart

Waktu kat Auckland, tercapai juga cita cita aku nak jejak kaki kat Dressmart ni. Sebelum ni asyik dengar kawan ja bercerita. Jauh juga tempat ni dari town center. FYI, Dressmart ni lebih kurang macam Direct Factory Outlet, dimana barang branded dijual dengan harga yang murah. Ada outlet Levis, Rip Curl, Quicksilver, Peter Alexander, Forever New, Nike, Puma dan banyak lagi. Jangan kata kami ja shopping, parents Adawiah pun sama. Hehehe. Seronok pak cik dapat jeans baru. =) Kalau lapar, jangan risau. Ada Spice Traders which is halal.Sayangnya Dressmart ni pun sama macam kedai yang lain.Tutup awal. Tak syok sungguh. Patutnya buka la sampai malam. Baru la puas sikit nak tawaf satu building tu. Hoh.

Pulang dengan poket yang kosong T_T

Monday, May 16, 2011

Sukanya!

Perasaan kalau pergi Pak n Save, berbunga dan excited. Macam nak jumpa boipren.Hahaha.I just love Pak n Save. Harga murah dan ya, harga murah. Plus, semua barang ada jual kat sini. Kalau datang sini, tak ada maknanya nak grab sikit sikit. Paling kurang 30-40 dollar juga melayang. Selalu kitorang restock makanan sebulan sekali. Kalau bulan tu masing masing perut gajah, 3 minggu sekali dah restock. Hohoho. Kat sini kami layan brand Budget ja. The most cheapest brand. Hahaha. Kalau nak up sikit, Pams. Jarang la nak beli brand mahal mahal. Beras pun cap budget. Asalkan jadi nasi sudah la.Oh ya. Kat sini plastic bag charge 5 sen satu. Kitorang jarang ambil plastik. Eco savvy. Hahaha.Eco savvy la sangat. Selalu bubuh dalam kotak ja.Tak pun sumbat ja dalam bonet kereta tu. Senang.

Monday, May 9, 2011

Beli lagi

Actually, dah berjanji dengan diri sendiri tak nak beli baju baru tahun ni sebab baju yang ada pun tak terpakai. Tapi mata memang pantang nampak sale.Nak ja serbu. Serbu saja tak pa.Ni sempat lagi grab dan swipe.Pergh.Macam orang kaya der. Main swipe swipe sambil kunyah chewing gum.Sekarang ni suka beli dress.Duk tengok orang lain pakai macam cantik.Try la beli sepasang dua.End up duk dalam locker lagi.Tak tahu bila nak pakai nya.Tak berani nak pakai pergi kelas.Rasa macam over sangat nyah.

Sekarang ni banyak shopping online jual skirt macam payung tu.Kasi nampak macam tinggi.Fesyen dah macam macam.Kalau nak ikut fesyen dan peredaran masa, memang tak terkejar semuanya. Poket mau cekang.Kalau tak, jangan harap la nak bergaya sakan.Setiap hari tukar jeans, handbang,.Ponat eh.

Wednesday, April 20, 2011

Shopping at Melbourne.


Actually, cerita ni dua bulan lepas jadi. Tapi, faham faham je lah ye.Tak menyempat nak update. Kira halal la naa.Cerita kat Melbourne. Bagi aku, Melbourne ni syurga shopping. Kalau mai sini, tak angkut dua tiga benda, tak sah la. Bukan apa, barang kat sini jauh lebih murah dari NZ. Maybe sebab mata wang dia Aussie lebih tinggi dari NZ, barang pun rasa macam murah. Tapi memang murah betoi pun.Contoh, dress labuh bersepah boleh dapat 20 dollar ke bawah.Kalau kat NZ, paling murah 40 dollar.Kalau nak dapat 30 dollar pun, kena tunggu time sale.Itu pun tak banyak.

Waktu pergi Harbour Town Shopping Centre, mata meliar tengok barang murah. Nasib duit Aussie dah nak habis je time tu.Kalau tak, lagi ligat rasanya. Huhuhu.

Sisco, syurga dress murah.Hohoho.

Mix and match. Maka, inilah jadinya. Hehehe.

Cotton on.

Aku paling sakan.Sampai 3 plastik. =.=

Oh. Lagi satu, Melbourne ada 4 DFO! Direct Factory Outlet. Banyak barang branded yang dijual pada harga yang sangat murah.Nanti cek update pasal tu pula naa =)

Wednesday, March 2, 2011

Shopping barang rumah.

Once dah settle down kat Welly, kaki menuju ke Pak n Save. Cari benda nak masak.Kalau ada perencah saja, tak guna weh.Perasaan bila mai Pak n Save ni sangatlah best.Semua benda rasa nak grab.Tengok tu nak, tengok ni nak.Bahaya betoi.

Kita shopping bawang dulu la nooo.Kalau tak sempat nak pergi market dan terdesak sangat nak cari fresh fruits and veges, boleh la mai Pak n Save.Harga sikit mahal dari market tapi kualiti tip top.

Setel sayur, tengok bahan mentah lain pula.Ayam ayam.Kalau kat Pak n Save, senang sikit nak cari ayam yang halal.Banyak.Cap Brinks.Lagi satu, senang beli kat sini sebab dah siap siap potong.Tinggal nak basuh sikit sikit ja lagi.Haa..Pilih la hang.Nak paha atau dada? Semua ada.Hohohoho.

Tengok seafood pula.Selalunya kami beli fish fillet dan udang ja.Sotong jarang beli sebab mahal.Tak mampu noks.Kalau sekali sekala nak makan, boleh la.

Nah.Hasil kutipan sepanjang berjalan di dalam Pak n Save.Agak banyak kan? Hahahaha.


Thursday, February 17, 2011

Window shopping je lebih.


Mujurlah mood nak shopping tak ada time ni.Kalau tak, mau habis juga duit eden.Ini kat Forever 21 outlet Queensbay.Ada buat massive sale sempena CNY rasanya.Besaq nak mampuih outlet ni.Kalau bawa anak kecik, boleh main aci sembunyi.Hehehe.To be frank,baju tak ada la cantik sangat pun tapi mahal nak mam....Jual brand agaknya.

Lenguh juga la kaki ni pusing satu Queensbay.End up beli stocking ja weh.Hahaha.Jadi la tu.Tengah berjimat ni.Hehehe.

Thursday, February 3, 2011

Bila sistem alamat bertukar...

Dah sampai dah barang.Pak cik pos laju ada masalah nak cari rumah aku.Ini bukan first time dia tepon.Dah banyak kali hantar pun still tak dapat nak ingat rumah aku kat mana.Kelakar pula bila dorang sesat.Tak boleh salahkan dorang juga sebab dorang jarang nak hantar parcel kat area rumah tok ni.Baru baru ni je kerap beli online.Rumah tok ni dulu guna address batu 5 1/4, sekarang dah guna kilometer 9.So, pak cik pos laju agak serabut nak cari.Tak dapat nak agak kat mana kilometer 9.Kena pula rumah tok bukan ada peti surat rasmi.Tak ada signboard apa apa pun.Rumah kampung la katakan.Peti surat yang ada pun ihsan dari rumah lama pak chaq.Dah la kat peti surat tertulis 'E-003'. Alamat rumah lama pak chaq kat Langkawi.Hahaha.Mujur posmen surat dah biasa dengan kawasan kampung ni.Kalau kena newbie,rasanya surat tak sampai dah kat rumah tok.Hahaha.

Wednesday, January 19, 2011

Shopping kat Padang Besar


Last week pergi Padang Besar.Dah lama teringin nak pi sana since orang cakap baju kat sana murah dan banyak pilihan.Mula la menyendeng kat pengutip durian.Nak pi nak pi.Hohoho.Maka, pergilah kami ke sana.First, singgah kedai jersey.Kamil pesan belikan jersey Malaysia untuk adik dia.Murah! RM 25 saja.Aku pun angkut sekali der.Tak plan pun nak beli jersey Malaysia tapi alang alang dah murah, nak belagak pakai kat Welly, angkut juga! Kalau ikut hati, nak je bayar RM 50 tapi pengutip durian sibuk bargain.Gilalah! Tak pernah aku tengok orang bargain macam dia.Style paksa cukup cukup sampai muka akak kedai tu jadi lain.Last last kami dapat RM 47.Hohoho.

Waktu aku snap gambar ni, mak cik kedai ushar pelik ja.Dia ingat aku nak spy kedai dia kot.Mak cik, saya nak buat modal tempek kat blog la!

Hasil tangkapan di Padang Besaq.Ikut hati nak angkut banyak lagi tapi takut dia marah.Huhuhu.

Antara benda lain yang aku beli ialah meja.Kesian sangat tengok depa asyik meniarap buat kerja sekolah.Sakit dada kot.Lagipun,tak elok sangat asyik meniarap kat lantai sejuk.Bila ada meja ni, tak ada la asyik membongkok sangat.Posture badan pun boleh dibaiki.Eceh.Cakap macam pakar pula kan.Hehehe.

Kalau mai Padang Besar, kena pandai bargain.Kalau tak, siap la hang kena kapak.Aku ni pun, mujur ada dia yang pandai psiko tokeh kedai.Aku tak sampai hati sebenarnya nak minta murah murah sangat.Ye lah.Dorang pun cari makan dengan jual baju.Tapi, kalau kualiti kain tak berpatutan dengan harga, memang patut bargain sampai betul betul murah.Hahaha.

Monday, January 17, 2011

Hanger.

Senang hidup ada penyangkut ni.Kalau tak, main sangkut je kat mana yang boleh.Berselerak satu bilik.Hanger ni aku beli kat Jitra Mall.RM 25.Ada 28 lubang.Haa.Sangkut jangan tak sangkut!Al-maklumlah, sekarang ni dah tegar pakai shawl.Tudung bawal pandang sebelah mata saja.Hohoho.

Wednesday, January 12, 2011

Jubah online

Makan hati je lah tengok jubah dan kaftan online.Nak order takut labuh tak cukup panjang.Memang dorang ada bagi measurement baju tu tapi dari labuh bahu ke tumit.Tak berani nak merisikokan diri beli takut singkat, buruk kang bila pakai.Huhuhu.Makan hati der.Sekarang design dah pelbagai,labuci sana sini.Glamour noks.Dari pemerhatian kasar, beli online lagi murah dari beli kat kedai.Tapi risiko beli online, kita tak dapat nak rasa kualiti kain tu macam mana.Just boleh tengok dengan mata kasar ja.Tapi kalau beli kat kedai, puas hati sikit sebab dapat belek kain tu.Dapat fitting.Tapi harga agak costly sikit la.

Kan syok kalau duit berkepuk.Nak beli apa pun tak perlu fikir panjang.Hurm.

Thursday, December 30, 2010

So called kakak mithali.

Dah lama berjanji dengan adik adikku ni nak temankan dorang beli barang sekolah.Plus, sekolah pun dah nak start dah. Berjalanlah kami ke bus stop.Orang tak ada transport sendiri memang macam ni.Nak keluar kemana pun bergantung pada public transport je.Kalau nasib baik, awal la dapat bas.Nasib tak baik, dekat sejam baru ada bas.Kami pergi Alor Setar sebab banyak sikit pilihan kedai berbanding Jitra.

Misi mencari kasut dimulakan.Kasut Ika senang nak cari sebab dia dah target nak kasut macam mana.Mai tang Bang Cik ni, jem teruih.Next year dia jadi pengawas.So, kena beli kasut hitam.Kaki pula saiz besaq. Kaki gajah.Macam aku juga la.Tapi kaki dia lagi giant.Masuk Kedah Shopping Centre, minta saiz 10, tak celuih.Masuk kedai lain pula.Minta saiz 11, banyak yang dah habis stok.Banyak kali juga la dia try kasut.Semuanya tak lepas sebab muncung depan tak cukup lebar untuk kaki dia.Sampailah satu kedai ni, banyak sikit choice kasut hitam.Lepas satu, satu dia try.Sampai satu tahap, aku berdoa please lah muat.Tak larat dah nak mencari.Mujur ada satu kasut ni muat.Saiz 11 der! Dah rupa McDonald dah weh.Punya panjang! Hahaha.Nasib hang la Bang Cik.Kaki gajah tak boleh nak buat apa dah.Jenuh gelak aku tengok panjang kasut tu.Panjang sungguh!

Setel semua barang sekolah, pekena movie Janin.Tak best sangat bagi aku.I was expecting more from it.It turned out to be a little bit boring.Plot pun aku kurang faham sikit.Aku rasa orang lain pun mesti rasa macam tu juga sebab trailer dia nampak macam gempak gila tapi sebenarnya so so je.

Habis movie, terus balik rumah.Kesian kat depa nak kena mengangkut banyak barang.Mujur bawa backpack.Sumbat semua dalam tu.Hajat dihati nak pekena laksa tapi orang ramai sangat sampai tak ada seat.Malas nak menunggu.Jarak bus stop dengan rumah agak jauh.So, terpaksa berjalan sikit sebelum sampai rumah.

p/s: Boleh labelkan saya sebagai kakak mithali tak? Hehehe.

Tuesday, December 28, 2010

Hunting for gift.

Pada sebelah malamnya pula, kami ke pekan Kuah mencari hadiah untuk wedding Kak Lily.Terlupa sebenarnya nak beli hadiah.Al maklumlah, sebelum ni just ikut orang tua pergi kenduri.Makan then balik.Ini kenduri kawan sendiri.Bond tu kuat sikit.Terasa macam memang kena beli hadiah.Gitu.

So, pusing la satu Teow Soon Huat mencari hadiah yang sesuai.Wan came up with her idea to buy fresh flowers or cake.Tapi rasa tak applicable pula sebab tak melekat di ingatan.Cewah.Last last kami decide belikan frame.Yeah yeah.Bunyi macam lame kan.Tapi disebabkan pengantin memang suka ambil gambar, sesuai sangatlah bagi frame.Boleh abadikan kenangan bersama disitu.

Minta salesgirl situ balutkan.Atee...mana bawa alatan membalut der.Kata vacation.Tak vogue la bawa gunting dan salotape.

Dah siap balut =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger