Online users

Follower

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Ni blog ke zoo?

Jom sambung tengok binatang. Hehehe.

Kasi interframe adik adik guwe.

Anak ayam. Padahal anak ayam belakang rumah tok punya banyak. Tapi belemoih la. Yang ni dia jaga elok. Gebu semuanya. Boleh feed tapi kena bayar kot if tak silap. Kami tengok dari luar je lah.

Arnab. Ada banyak spesis. Semuanya pantang disua tangan, laju je mendongak. Ingat kitorang nak upah makanan kot. Hahaha.

Oh sheep! Rindu pulak biri biri kat Welly. Sana punya lagi berbulu tebal. Sini nipis ja. Mungkin panas, so bulu nipis. Make sense jugak tu.

Nisah beli kacang panjang. Ada pak cik jual kat area situ. Feed la mana mana binatang yang hang nak. Itik pun makan kacang panjang oi. Hang tengok sheep tu. Tak menyabar. Habis baju nisah pun dia nak gigit.

Titew pun nak try feed jugak. Titew pilih kudew. Suke acah acah kudew ni pasal muke diew kelakar bilew nak mamam kacang tu. Alih alih muke kitew yang buruk.Seriau diew gigit tangan kitew.

HAHAHA.

Tuesday, January 17, 2012

Safari la pulak

Kenyang makan, jom masuk safari. Tengok binatang la pulok. Bayar tiket RM 49 sekepala. This ticket includes lunch set. So, ok la. Kalau tak bagi complimentary service, memang dah lama saya buat protest depan kaunter. Macam berani kan? Cakap pi la. Akak kaunter emo tak sudah. Bergaduh dengan boyfriend kot. Ditengkingnya sorang apek pasal tak reti bahasa. Elok pulak lepas apek tu blah, dia siap ejek apek tu depan kitorang. Amoi belakang aku pun perasan. Dia siap cakap "Aiyoooh". Buat malu ja weh. Dah la melayu. Kerja berhadapan dengan public ni kena la sentiasa senyum dan sopan santun. Itu budaya kita. Jangan la terlalu carried away dengan personal problem sampai kat tempat kerja pun nak lepas geram kat orang lain. Not good la.

Dah. Malas nak ingat balik muka akak tu. So, first show, elephant show. Ramai gila orang. Al maklumlah, cuti sekolah. Kebanyakkannya yang datang ni family bawa anak kecik. Elok sangatlah tu bagi pendedahan awal kat anak anak. Kenal jugak dorang ni dengan binatang tropika. Jangan sampai besar, tak tahu mana satu lembu, mana satu kerbau, mana satu seladang. Hahaha.

Orang sini pandai buat duit. Dijualnya tebu satu plastik RM 2. Buat bagi makan kat gajah. Gajah ni dari jauh dah boleh sniff tebu tu. Mana yang pegang tebu, dia pergi dekat.

Panjang gila belalai! Aku pun macam budak kecik. Terlopong tengok gajah depan mata. Lama mana dah tak mai zoo weh.

Lepas ni kita masuk sangkaq rimau pulak noh. Hohoho.

Monday, January 16, 2012

Villa A Famosa

Sambungan daripada cerita [ini]

Disebabkan check in during weekend, sewa villa ni RM 620 untuk satu malam. Fully furnished with private pool. Bukan main lagi. Dekat Grand Lexis dah private pool, kat A Famosa pun nak private pool jugak. Once in a bluemoon orang kata. Bukan selalu boleh bercuti. Ye tak? Kagum sekejap bila masuk. Cantik. Yang penting lampu oren. Nampak ekslusif. Amik gambar pun semua jadi oren.Hehehe.
Nak tunjuk 'this is my villa'. Jadi tak? =.='

Wohooo! Terus rasa nak terjun woi! Yang ni quite dalam. Lepas la nak kuak lentang back and forth. Hohohoho.Klorin dia lain macam.

Bilik tidur. Satu bilik, boleh muat 4 orang.

Dapur. Best pasal dapur mengadap ruang tamu. Sambil bancuh kopi, sambil tengok tv. Nak buat macam ni la kat rumah sendiri nanti. Hohohoho. Mai time kenduri, jenuh pasang tirai. Disaster.

Ruang tamu yang super besar. Ini sumbat 20 orang pun boleh muat ni. Tinggal nak bawa toto sendiri ja la. Aircond pulak setiap bilik dan ruang dipasang. Sayangnya, tak berapa sejuk. Huhuhu.

Maaf. Gambar adalah blur. Tapi bagus jugak. Pasal tak ada la nampak sexy sangat orang orang dalam gambar ni. Hahaha. Terjun time malam. Best gilaaaaa! Time ni aku uzur tapi dah hari ketiga. So, flow nya tak ada la banyak macam first day. Tanya mak su, boleh ke tak nak terjun. Risau jugak kot kot satgi terjun, air jadi merah. Hahaha. Mak su cakap ok ja pasal bila dalam air, tekanan kat luar sama dengan dalam. Ke lagi tinggi? Entah. Tapi konsep dia macam tu la. So darah tak keluar. Terus tukar baju, terjun.Tak fikir apa dah. So, kepada gegirl di luar sana. Beranilah terjun ke dalam pool or laut even tengah uzur ye. =P

Sunday, January 15, 2012

Gerai buah tepi jalan

On the way nak balik dari Melaka, singgah satu kedai tepi jalan ni. Mak Ndak nak beli cencaluk. Pak Su pulak teringin nak makan rambutan. Beli la dalam 2 kilo. Murah weh. Amik manggis sekilo. Manggis ni berat kulit ja lebih. Isi cenonet ja. Durian? Dah buat pesta makan durian malam sebelum balik. Aku tak berani makan banyak pasal takut panas satu badan dan pening. Aku tak nampak buah tapi aku nampak ni haaaa....

PETAI!

Aku ni hantu petai. Nampak petai, muka terus berseri seri. Terus terbayang sambal tumis petai.Pergh. Sedap. Pak Su suruh amik satu tangkai. Beda buat lauk tengahari untuk esoknya. Sayangnya isi halus halus. Padan la dengan harga. Harga dia aku tak ingat tapi yang pasti murah (Bahana baru nak buat entry sebulan selepas pergi.Memang tak ingat la kan).

p/s: First time makan cencaluk and I love it. Benda masin masin ni memang aku cukup suka =.=

Thursday, January 12, 2012

Melaka


Lepas pergi PD, kitorang straight ke Melaka pulak. Nak pergi A Famosa Resort. Yang ada GPS, Nisah sorang ja so dia lead depan. Tapi sampai kat satu simpang ni, Nisah masuk Alor Gajah. Pak Su cakap Nisah salah jalan. Patutnya masuk kat Ayer Keroh pasal Pak Su pernah berkursus kat A Famosa Resort sebelum ni. Sepatutnya perjalanan ke Melaka dari PD hanya memakan masa selama sejam setengah. Tapi disebabkan kami sesat, almost 3 jam kami bazir masa atas jalan. Dah sampai kat Ayer Keroh, kami langsung tak nampak signboard A Famosa. Dah mula rasa silap jalan. Pak Su terus call Mak Chaq tanya jalan. Ternyata GPS Nisah betul. Betul la masuk simpang Alor Gajah. Tak pasai pasai kena patah balik cari tol Alor Gajah! Perut dah kriuk kriuk dah pasal dah pukul 4 lebih. Singgah kat tol Alor Gajah sebelum teruskan perjalanan ke A Famosa. Isi perut dulu.

Dah boleh senyum lepas isi perut.

Pukul 5 lebih baru sampai A Famosa. Kedai semua dah tutup. Hanya mampu bergambar saja depan signboard A Famosa. Kecewa pasal tak dapat masuk dalam. Plan kami hanya nak singgah sekejap ja kat Melaka. Pak su suggest tidur kat situ semalam. Alang alang dah sampai kan. Sesi cucuk mencucuk tok aji pun dimulakan. Pasal dia ma'am besar selaku pengeluar dana percutian. Kehkehkeh.Kalau dia tak approve, enggak boleh stay situ.

Bak kata Nisah, tok aji pun pandai posing berselerak. Hikhikhik.

Hasil musyawwarah anak beranak, tok aji setuju untuk stay semalam. Cucu-cucu gembira tak terhingga! Hohoho.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger