Online users

Follower

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Bandung Trip : Toko Buku Gramedia & Cihampelas Walk

Nak sambung cerita Bandung. Kami punya trip Bandung-Jakarta-Bandung. So, hari ke 4, kami ke Jakarta. Supir pun dah bertukar. Kali ni supir kami namanya Ocen. Awal awal kenal, dia ni nampak pemalu sikit. Tak banyak cakap. Take time jugak nak tunggu dia panas enjin. Sepatah kita tanya, sepatah la dia jawab.

Sebelum ke Jakarta, kami singgah Toko Buku Gramedia. Haa..mesti korang yang pernah pergi Bandung tak pernah masuk toko buku sini kan? Korang mesti busy shopping kat Pasar Baru kan? Hehehe.This is upon Adawiah's request. Dia ni kuat membaca. Toko ni besar. Ada empat tingkat. Setiap tingkat, lain jenis buku. Komik pun berlambak kat sini. Bila ditengok orang Indon ni, dorang ni pun rajin membaca. Bagusnya toko buku ni, dia tak marah kalau orang baca buku kat situ. Certain kedai cukup pantang kalau kita duduk bersila kat lantai kedai dorang. Sini tak.In fact, setiap buku yang display, mesti ada satu yang dah dibuka plastiknya. So that orang boleh tengok content dalam dia macam mana.

Awal pagi lepas breakfast, aku telan ubat mabuk.Risau takut mabuk on the way ke Jakarta nanti. Ubat tu kena makan 1 hour before travel. Time sampai kat toko buku tu, dah boleh rasa effect ubat dia. Aku dah macam orang mabuk tok tok. Jalan pun melelong dah. Mata asyik nak terpejam ja. Jumpa kusyen panjang, bantai tidoq sat. Bangun, tengok Adawiah khusyuk belek buku lagi. Tak sampai hati nak 'kejan' dia suruh cepat.Tawaf bangunan tu sekali lagi in order nak bagi hilang mengantuk. Harapan je lah nak segar balik. Ubat tu effect dia up to 8 hours. Serius macam orang amik dadah.Lalok.

Pemandangan biasa bila berada di Bandung. Too many unfortunate people. Bersyukurlah kita kat Malaysia ni punya tempat berlindung dan cukup anggota badan. Tipu la kalau tak kesian tengok dorang ni merempat tepi jalan minta sedekah. Bila dah ramai sangat, terfikir kenapa tak ada yang ambil dorang ni letak kat pusat perlindungan? Kenapa dibiarkan ja macam ni? Ada yang menjual kerepek dan air tengah tengah jalan raya.Selalunya dorang akan pergi kat setiap kereta waktu lampu tengah merah. That's why kat sini kebanyakkan kereta tinted tebal. So that, orang luar tak nampak orang dalam.Tak ada la awkward sangat bila kita tak nak beli kan. 

Setel kat toko buku, we went to Jalan Cihampelas. Barang kat sini super murah. Diri dihantui seribu penyesalan.Kenapa la tak datang sini dulu before Rumah Mode. Poket pun dah nak rabak time ni. Huhuhu.Dalam duk sengkek tu, sempat lagi grab satu baju. Personally, aku rasa kedai biasa tepi jalan lagi murah compared to mall yang gempak gempak. Kualiti kain lebih kurang ja.


Sampai kat Jakarta time maghrib. Keadaan di Jakarta sama seperti di KL.Jam.Banyak beza Bandung dan Jakarta..Bandung more or less macam kampung sikit while Jakarta up sikit. Tak ada pun yang menjual kerepek tepi jalan. Beggars pun tak ada.Check in kat Rumah Shinta.Dinner tapau makanan tepi jalan. Nasi uduk namanya. Macam ayam penyet jugak tapi dorang panggil nasi uduk.Serius terbaik. Sesetengah orang tak berani nak makan tepi jalan. Tapi alhamdulillah la, sepanjang kat Indon, aku tak kena food poisoning. Elok ja berak setiap pagi. Tak ada cirit birit ke apa. Certain people tak confident makan tepi jalan takut kotor etc. tapi aku ok ja. As long as it is halal. Makan tepi jalan jauh lebih murah dari makan kat restoran.Rasa pun jauh lebih sedap.

Monday, June 18, 2012

Bandung Trip: Rumah Mode, Restoran Simpang Raya & Restoran Sangkuriang

Sambungan entry Pasar Baru.Let the picture do the talking okay?

Dah penat shopping, poket pun hampir rabak, moh le kita pergi makan. Kali ni Ocen bawa pergi Restoran Simpang Raya. More or less sama ja macam Restoran Sederhana.Masakan Padang cuma lauk dia ada lain sikit. Lapar sangat, sampai tak sempat nak snap gambar makanan. Huhuhu. FYI, restoran ni banyak cawangan. 

Dekat Bandung ada ANZ oiii! Kagum sekejap.Oh.Untuk yang tak tahu, ANZ ni one of the bank in New Zealand. Dulu waktu study kat sana, aku guna bank ni la. So, bila jumpa, agak teruja sikit. Stop by sebab bakal pengantin tengah draw duit NZ. Hehehe.

Dekat rumah Mode.Sampai around 5 petang, orang tersangatlah ramai. Aku bila dah ramai sangat orang ni, mula la rasa rimas. Panas toksah duk kata la.Even duduk dalam aircond, kalau dah bersesak sesak dalam tu,  aircond pun tak rasa. Rasa nak muntah, pitam semua ada la. Macam mengandung puleks nak muntah. Over saaaangat. 

Aku rembat satu baju je kat sini. Lepak kat cafe kejap before blah. Pink guava juice dia sedap ooooo.Memang rasa serdak serdak jambu batu tu tapi sayangnya portion dia sikit.No wonder la harga dia tak sampai RM 10.

Before balik hotel, bergambar dengan Ocen dan Hendra. Hendra mai hantaq kek lapis yang kami order.Panas lagi time dia hantar tu. Depa ni kuat melawak. Masing masing dah ada bini dan anak dah tapi lagaknya kaya' orang single. Pantang nampak perempuan cun, tegur. Berpegang pada prinsip "Berkawan biar seribu kak" Haaa..Yo lah tu...Hang tengok la muka Ocen(baju kotak kotak). Duk gelak pasai pa tak tau. So gegeh.

Even dah makan kat Simpang Raya, perut still rasa lapar. Lepas Rumah Mode, Ocen bawa pergi Hotel Sangkuriang. Dekat je restoran ni dengan Rumah Mode. One thing that I like the most about this place is its landscape.Macam makan dalam taman gitu. Ada pondok kecik, duduk bersila. Time malam pi syok la. 

Bantai makan nasi lagi.Jangan berangan nak diet kalau datang Indon.Nasi goreng special kot ni. Siap bagi keropok lagi. 

Gurame bakar. Aku kureng sikit style bakar macam ni.Prefer it to be fried. Garing garing makan baru sedap.Mati mati ingat harga dia fix sebab dalam menu tulis macam tu.Sekali ikut gram. Haaa.Jenuh bayaq. Dah la 800 gram. =.='

Thursday, June 14, 2012

Bandung Trip: Pasar Baru

Adalah terlebih rajin semalam. Semalam saja 3 entry. Teringat zaman kegemilangan berblogging dua tahun lepas.Satu hari , 6 entry kot. Konsisten pulak tu. Sekarang, malas.Hahaha.Ok.Nak sambung cerita Bandung.Jom ke Pasar Baru pulak.Haa.Tempat ni wajib pergi especially untuk kaum wanita.Syurga hang tau tak...syurga! Sebab apa syurga? Sebab semua barang murah dari kain pasang,kain telekung,blouse,kain pelekat,tudung dan banyak lagi la. Pasar Baru ni besar. Ada 5 lantai. Haa..Kat Bandung tak panggil 'tingkat' depa panggil 'lantai'. Ocen parking kat lantai 5, so kitorang start dari kedai atas dulu la. Masuk first kedai pun dah jadi sawan.Bersepah kain pasang.Nak macam mana? Kain sulam manik, sulam bunga, kain kebaya, kaftan semua ada! Tinggal nak pilih dan bayaq ja. Harga pun super duper cheap. Kain pasang sulam manik boleh dapat 110k rupiah. Duit kita dalam 30 hengget lebih ja. Mana nak dapat kat tanah tumpah darahku oii.

Aku nasihatkan tak payah la beli kat kedai tingkat 5 tu sebab ada kedai kat level bawah yang jual the same design tapi dengan harga yang lebih murah. Gigit jari tengok kain sulam cantik cantik.Ikutkan hati, nak cekau je semua tapi apakan daya, ongkosnya kurang. Huhuhu.Beli setakat yang termampu ja.

Tengah tunggu tokey kedai amik kan kain sulam untuk Adawiah. Dia la yang paling banyak shopping kain.Orang nak tukar status tak lama lagi. Haruslah cari kain untuk seisi family.Ye tak? Tapi memang berbaloi pun beli kain kat sini. Berangan jugak kalau ada duit lebih, time nak kahwin nanti, nak mai cari kain lace kat sini.Sebab murah gila! Now I know why bride to be love to do shopping here.Door gift pun murah. Senang cakap, semua murah la.

Ocen, our supir. Ikut je lah kemana kitorang pergi. Nak berpisah, takut tak jumpa balik sebab keadaan dalam Pasar Baru ni sangat sesak.Jaga jaga la dengan handbag korang.Ada kes kena toreh bag.Banyak pencopet kat sini.Alhamdulillah, sepanjang di Indonesia, tak ada apa apa berlaku kat kami. Ocen ni jadi tukang pegang plastik shopping kitorang. Habis beli, sua kat dia. Kiri kanan mengendong plastik.So sweet.Hahaha.

 Adawiah going crazy again.Hehehe.This time, misi mencari kain cotton pulak.

Aku tak beli pun. So, I camwhore sorang sorang.Cantik kan corak paisley yang aku pegang tu? Tu material viscose if I'm not mistaken. Telan ayaq liuq ja la tengok kain cantik cantik. Sebelah kedai ni kedai lace.Orang tu cakap harga range from RM 5 to hundred ringgit for 1 meter depending on the material.Aku try rasa kain dia. Memang ada perbezaan.Setengah kain lace, kasar, ada yang lembut. Batu dia pun lain. Juling mata tengok banyak sangat design.Semuanya bling bling.

Duduk dalam Pasar Baru dari pagi sampai nak tutup. Tak sedar pun dah spend almost 5 hours dalam ni. Yang ajaibnya, tak lapar langsung. Perempuan, kalau dah shopping, puasa pun sanggup.Hahaha.

Tuesday, June 12, 2012

Bandung Trip: Trans Studio Bandung

Since we stayed for four days in Bandung, we decided to go to Trans Studio. Bosan jugak kan kalau asyik nak shopping sepanjang masa. Dari Hotel Progo ke Trans Studio hanya memakan masa selama 30 minit. Itu pun sebab jam.Kalau tak jam, rasanya 20 minit pun dah boleh sampai. It was beyond my expectation. I thought it was an outdoor theme park.Rupanya indoor. Mujurlah pergi time weekdays so tak ramai sangat orang. 


Waktu nak beli tiket, orang kaunter tanya "Kartunya sudah ada?" I was like.............Aku tanya balik, "Kartu?" Apa tu?" Rupanya kartu tu kad.Dia dah buat muka dah.Agak agak la.Aku Malaysian.Mana nak faham bahasa korang.Harga tiket on weekdays 150k rupiah, weekend pulak 200k rupiah.

Ni haa rupa kartu tu. Mega Cash Card namanya. Harganya 10k. Perlu ada kartu ni sebagai pass untuk masuk dalam Trans Studio. Mujurlah 10k ja. Kalau duit Malaysia dalam RM 3.40 ja.Kad ni jugak berfungsi sebagai debit card dimana kita boleh topup max to 5juta rupiah dan guna dalam Trans Studio untuk purchase makanan ataupun souvenir. Kitorang tak topup pun.Bajet ler katakan.

Oh ya.Tak boleh bawa masuk outside food or beverage ye. Aku dah la bawa botol besar mineral water.Jenuh minum sampai habis.Nak buang, sayang. Huhuhu.

Wah.Walaupun weekdays, tempat ni tetap meriah. Ramai pelancong.Trip sekolah pun ada. Memang tak sangka la dalam mall dorang boleh buat theme park macam ni.

Tak payah pergi US pun boleh jumpa Statue of Liberty you'olls. Konsepnya lebih kurang sama dengan Movie World Gold Coast, cuma tak banyak sangat karakter kartun yang boleh kita jumpa kat sini.

Antara game yang ada, Vertigo, Giant Swing,  Marvel Superheroes 4D, Trans Car Racing dan macam macam lagi la. Vertigo paling takut. Nak cerita pun tak boleh sebab korang kena rasa sendiri baru tahu feeling takut tu macam mana. Pusing 360 darjah.Kejap diatas, kejap dibawah. Pusingnya bukan kejap, tapi lama. Turun dari Vertigo, pening kejap.Aku nak try Giant Swing tapi Adawiah dah give up. Dia takut lagi bertambah pening. So, aku pun tak naik la. Bosan la naik sorang sorang. Ceh. Padahal, seriau.Sebab tengok gaya macam lagi seram dari Vertigo.

Baru aku faham kenapa ada trip sekolah datang sini.Sebab ada Science Center dalam ni.Ada corner math, fizik,kimia dan biologi. Aku yang kureng sikit bab pameran ni pun boleh suka sebab kebanyakan benda kat situ interaktif. Kita boleh test sendiri. Ralit duduk dalam tu, tak sedar dah spend almost sejam. Kalau masuk muzium, tak dan 30 minit, dah chow dah. Hahaha.

Monday, June 11, 2012

Bandung Trip : Nasi bakar

Semalam tak mampu nak update blog.Rasa malas sangat.Ni pun gagah update jugak ni. Semuanya kerana mu readers.Ecewah.Lepas lunch, kami sambung pusing FO. Malam, terasa lapar balik. So, ajak Ocen cari kedai makan.Kami tak kisah sangat makan kat tepi jalan. Asalkan makanan tu halal dan sedap.Bab hygiene pun amik berat jugak tapi macam la tak biasa makan kat gerai tepi jalan kat Malaysia kan? Lebih kurang sama ja tahap kebersihannya.

Actually kat situ, banyak gerai makanan tapi this one attracts us the most.Maybe sebab lampu dia terang.Menarik perhatian.Hahaha.Dia tulis soto bandung tapi yang display lauk lauk.Mujurlah dorang ada menu. Tertarik dengan nasi bakar. Tanya tokey nasi bakar tu apa. Dia cakap nasi tu balut dengan daun pisang, lepas tu kasi bakar. Mula mula ingat macam lemang.So tak berani nak order.Takut tak masuk dengan ayam bakar madu. Sekali hang, ada pak cik meja sebelah order nasi bakar. Nampak sedap pulak nasi bakar tu.Pak cik tu pulak pulun sedap sungguh. Rupanya langsung tak macam lemang pun.Macam nasi kukus je rupanya.So, tukar order.

Lauknya lebih kurang sama dengan ayam penyet.Cuma tak ada tauhu dan tempe.

Tengah bakar ayam madu. Siap guna kipas lagi you'olls. Yang menjual ni semua muka jambu.Muda muda lagi.

Kami tapau ja.Nak makan kat bilik.Puas sikit.Lagipun badan dah belengaih.Tak selesa nak makan dulu. Nak mandi bagi wangi dulu, baru feel sikit time makan kan. Rasanya sangat tip top weh. Dalam nasi bakar tu,dia ada letak isi ayam.Portion dia pulak, agak banyak.Kenyang mok cik.Sambal paling terbaik.Pandai betul orang Indon ni buat sambal.Tak boleh nak guess depa buh apa dalam sambal tu.Sedap sangat la I tell you.

Lepas tu, baring baring terus terlelap.Memang bagus sangat la kan.Mana la tak buncit.Pfffttt.

Friday, June 8, 2012

Bandung trip: Restoran Sederhana


Lupa nak bagi tau yang aku stay kat Hotel Progo. Ceeramoon and the geng pun stay sini tapi dorang datang Bandung awal sikit kot dari aku. Ramai yang tanya, tak jumpa dorang ke? Memang tak jumpa pun. Kalau jumpa pun, tobat segan nak tegur. Hehehe.

Lepas dah lenguh satu badan mendaki dan menuruni bukit, kami minta Ocen bawa pergi lunch. Time tu baru pukul 12 tengahari.Ocen terkejut kitorang dah ajak lunch. Dia ingat kami dah breakfast kat Progo, padahal tak pun. Mati mati aku ingat pakej yang kami bayar ni tak termasuk breakfast.Rupanya Ocen cakap breakfast is included in the package. Pfft. Burn one day breakfast. Ocen kasi testing kek lapis. Baru lepas bakar kot, sebab still panas. Enak bangat. Ada tiga flavour. Coklat, pandan dan keju. Kalau beli kat dorang, dapat murah sikit. 90k. Sebab ambil direct dari kilang. Kalau kat kedai katanya 120k.Kami tak survey pun harga kat kedai.Memang percaya bulat bulat la apa yang dorang cakap. Lepas testing, terus order kat dorang.Senang. Malas nak fikir dah. Mula mula ingat boleh merasa dua tiga potong ja, sekali Ocen cakap memang bagi testing satu kotak tu. Haaa..Dah perut pun lapar time tu.Sementara nak sampai kedai makan,duk ngap kek lapis je lah.Hohoho.

Sampai sudeh kat kedai makan. Restoran ni namanya Sederhana. Specialized in masakan Padang. Banyak lauk kan? Tak perlu pun habiskan semua tu. Kitorang tak order pun lauk tu.Just cakap berapa orang dan dia akan serve semua lauk yang ada. Terkebil kebil jugak la awal awal tu. Nak makan yang mana satu ni.Last last makan empat lauk saja. Jimat kos. Sambal terung dia terbaik. Guna cili api hijau tu.Memang rare la tapi enak banget. Total kos 77k. If tak silap la.Titew pun dah lupa.

In front of the restaurant.Memang kalau korang pergi kat mana mana restoran masakan padang, dorang akan susun pinggan lauk display macam tu. Guwe pun enggak faham ngapain begitu.

Keluar restoran, standard la ada pedagang tunggu nak jual barang dorang. Dari keychain,beg, fridge magnet, semua jenis benda dorang jual. Tolak elok elok, dorang pun tak memaksa kita beli.Once we say no, they will go.

Thursday, June 7, 2012

Bandung trip: Tangkuban Perahu

How should I start the story? Hurm. Ok.Mula dengan first day kat Bandung la ea. Senang sikit nak susun cerita.Kitorang sampai Bandung midnight dan disambut oleh pak supir yang bernama Ocen.Disebabkan malam, gelap, so aku tak dapat nak agak airport tu besar mana. Yang pasti, tempat pick up luggage dan kastam sangatlah kecik. Berhimpit himpit queue. Keluar dari kastam je dah nampak Ocen pegang kertas nama aku. Ok. Rasa awkward.Tak tahu nak greet Ocen macam mana. Terkulat kulat tunjuk tu nama saya. Hahaha.Bongok.

Lepas tu, ada supir lain jugak yang ikut. Namanya Hendra. Dia ni pun kerja bawah Serumpun Tours jugak. Satu company la senang cerita.Eh.Lupa nak bagitau yang kitorang pergi under agent.Dorang yang setelkan bab accom dan transportation.Nanti aku cerita lebih lanjut ye. Tunjuk planned schedule kitorang,decide nak pergi Tangkuban Perahu dulu esok paginya.

Nak masuk Tangkuban Perahu, kena bayar. Aku tak pasti berapa fee entrance dia sebab kitorang dah bayar sekali dengan duit accom.Tapi yang pasti, Malaysian kena charge lain sikit dari local people. Gitu pulak kan.Dah bayar fee entrance, ingatkan dah setel la kan.Sekali, Hendra cakap kena bayar 150k rupiah untuk tour guide. Jadah apa pulak tour guide ni. Aku ingat Tangkuban Perahu tu tempatnya macam open.Tak perlu tour guide segala. Tapi sebenarnya boleh ja kalau tak amik tour guide.Korang jalan ja la sendiri. Tapi kalau tour guide, dia bawa la pergi Kawah Domas.

Memang tak expect pun akan kena jalan dekat sejam untuk sampai ke Kawah Domas tu. Tu dah campur berhenti amik gambar, amik nafas semua la. Cungap mak noks. Dengan pakai flat shoes yang tunggu masa nak rabak ja, dengan jalan licinnya. Huwa! Awat la Ocen tak habaq awai awai kena jungle trekking kat sini.Tapi kira kitorang okay lagi la dari geng mak cik dan pak cik. Dorang lagi kesian.Jalan kejap, berhenti. Sempuuut. Syok kat tour guide tu la dapat geng tua. Sebab bayaran 150k rupiah tu untuk sejam. Lebih daripada sejam, kena add on lagi duit. Dapat kitorang yang muda dan sengkek ni, jangan harap la nak berhenti lama lama. Dah tahu dah trick dorang ni. Saja suruh berhenti ambil gambar la apa la. Saja nak lengah lengahkan masa.Puiii.

Tour guide tu cakap orang Malaysia ni manja. Jalan sikit, penat. Kena setempek.Tapi memang betul pun.Jalan sikit, dah semput.Bab ni aku salute la kat local people. Dorang ni fit.Even dah berusia, tapi lagaknya kaya orang muda. Cewah. Tour guide kitorang jalan laju ooo.Same pace.

Dalam pokok pun jadi kerja. Ni semua angkara tour guide yang nak lengah lengah kan masa la ni. Layankan aje lah. =.=

Worth the walking. Kawah Domas dari pandangan atas. Tinggi lagi ni nak sampai kat bawah.

Bambino sedang berehat. =.='

Bambino sedang posing.

 Dah sampai kat bawah Kawah Domas.Macam preggy pulak saya.Duh.

Tapi memang cantik la Kawah Domas ni. Suddenly it reminds me of Rotorua. Rindu pulak zaman kat NZ.Orang tu suruh kami rendam kaki amik feel.Siap suruh beli telur tunggu rebus.Memang tak la kan.Saja ja tau dorang ni. Nak lengahkan masa. Setakat amik gambar dua tiga keping, done. Ramai betul Malaysian kat sini. Memang tak rasa macam kat Indon pun. Toleh kanan, Malaysian.Toleh kiri, Malaysian.

Yang bawa kami berjalan bukan setakat tour guide saja tapi ada 2 orang pedagang.Istilah pedagang ni sama macam penjual la. Dorang ikut je kitorang sampai habis. Nak suruh beli barang dorang.Bab ni la paling aku tak suka. Bukan kedekut, tapi dorang mark up harga bukan main tinggi.Jual keychain je pun. Ada sorang ni, jual gelang macam AC Mizal tu. Cakap boleh bagi sistem badan elok la bla bla bla. Harga first dia letak 150k rupiah. Gilo apa gelang sampai RM 50.Last last dia bagi 50k ja. Aku pun dah kesian sangat dengan dia, beli jugak la satu. Lepas tu baru dia blah. Hilang satu azab orang mengekor.Aku rimas sikit orang duk paksa beli barang ni. Memang la dorang cari rezeki, tapi dah kata tak nak beli, means tak nak la kan.

Habis tour, semua pakat sakit kaki. Sengal satu badan.Rasain lo!

Ibuk!

Holla!

Indon much aye? =P

Wednesday, June 6, 2012

Safe and sound

Hallu everyone!

Alhamdulillah, Perjalanan pergi dan pulang berjalan dengan lancar. The trip was awesome. Yang tak awesome nya, duit mengalir macam air T_T Memang syurga shopping la kalau pergi Bandung. Not to worry, duit habis pun untuk benda yang sepatutnya. Dah lama aku tahan shopping sebab Bandung ni. So, sekali sekala berhabis untuk diri sendiri, tak salah kan? (Ayat sedapkan hati). Later I'll update with pictures okay. Definitely will go there again when the right time comes. Memang tuju situ la kalau nak cari barang pengantin. Murah teruk kot. Geram tengok kain lace. Pusing kiri cantik, pusing kanan cantik.

Ok lah. Nanti I update lain noh. Toodles!

Wednesday, May 25, 2011

Dasar suka travel.

Kalau dah dasar suka berjalan tu, memang dah tak kisah sangat nak habiskan duit untuk tujuan tu.Semalam aku berperang dengan diri sendiri. Mula mula tengok tiket Medan murah. Mulalah roger encik siput dan kawan kawan yang lain untuk join sekali. Plus, ada Kundoq yang study kat sana.So, bolehlah jadi tourist guide kitorang. Dah siap tag dorang kat Facebook. Beria dah ajak. Aku pun dah semangat dah nak booking.Sekali....

Nik bagitau tiket ke Bandung pun tengah murah. Ok. Dah berbelah bahagi. Antara Medan dan Bandung, of course I would go for Bandung. Syurga barang murah dan banyak makanan halal kat sana. Yang menguatkan lagi keinginan aku nak pergi sana sebab Zul yang jarang nak shopping mopping pun boleh terjebak bila pergi Bandung. So, I want to be there as well. Nak merasa juga 'kemurahan' barang kat sana. Lagi terkinja kinja nak pergi bila tengok tiket return Bandung RM20 sahaja.Ya kawan kawan. RM 20 sahaja. Mana tak gila aku dibuatnya.

Tanpa berfikir panjang, aku grab je tiket ke Bandung. 30 May-5 Jun 2012. Cerdik. Dekat seminggu dekat Bandung. Tak perasan bulan Mei ada 31 hari. Tsk. Dah beli baru perasan. Kalau lama sangat kat Bandung pun bosan juga. Maybe akan ke Jakarta sekejap untuk mengurangkan kebosanan 6 hari di Bandung. Dah kena start saving dah sekarang ni.

Ok.Terus tak sabar. To encik siput, sorry weh tiba tiba beralih arah nak pi Bandung. Ni kalau tau kat Kundoq ni, mesti dia kecik hati. Sebab dari dulu lagi plan nak pi Medan, tak pernah menjadi.Ada ja halangan dan rintangan.Ecewah.

So kepada yang pernah pergi Bandung tu, feel free to give any advise and tips here. =)

Bandung, jumpa lo' tahun depan!
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger