Online users

Follower

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Free

Minggu ni free sikit.Seminggu break dari praktikum.Balik maktab untuk interaction week.Setelah sekian lama tak menyarung baju batik maktab, hari ni sarung jugak. Peduli la hujung kain dah koyak rabak. Tak kuasa aku nak beli yang baru. Lagi 1 sem je pun. Alah membeli, menang memakai gitu. Hari pertama, boleh tahan la. Seronok dapat berjumpa balik dengan member. Al maklumlah, semenjak duduk kat Berapit ni, dah jarang nak lepak dengan gegirl maktab. Bila kena balik maktab ni, at least berjumpa jugak la kami. Masing masing syok bercerita pengalaman praktikum. Jakun sikit. Tak pernah praktikum lagi. Ini first time.Maka, banyak lah cerita yang keluar.

Buka puasa kat KFC. Buat get together dengan darlings. Alang alang dah get together, sambut birthday Adawiah sekali. Kawan tu tak expect pun kitorang nak sambut birthday dia ari ni. Kira menjadi jugak la surprise. Actually, dah belated.That's why dia tak expect. Hahaha.

Nanti update lagi.Buh-bye!

Saturday, June 9, 2012

23

Ehem.Today is my 23rd birthday.Happy Birthday to me =)

Friday, November 4, 2011

Happy birthday Nunun!

Selamat hari lahir sayang! Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur dan berikan jodoh yang baik untuk hang. Kawan sampai mati ok. Aku tak reti nak bagi ucapan sempoi sempoi. Jaga diri dan aku doakan yang terbaik untuk hang.

We've been friends since childhood.Kayuh gerek naik bukit sama sama pergi sekolah. Dialah kawan yang paling rapat dengan aku time aku duduk kat Taman Permata dulu. Pantang ada masa terluang ja, mesti aku tuju rumah dia. Pergi tusyein, mak dia yang hantarkan.Balik tusyein pun mak dia yang tolong escort. Sebabnya balik tusyein lewat malam, jalan gelap. Kalau mak dia tak dapat hantar, aku kayuh gerek punya laju. Tak pandang kiri kanan dah. Takut punya pasal. Rumah aku pulak ceruk pokok getah. Lagi la takut. Aku dah anggap family dia as part of my family.

It's amazing how time brings us together. Jatuh bangun bersama. We're growing up together. Sedar tak sedar, dah 22 dah. Kejap sangat masa berlalu. Dulu semua berlemoih. Hehehe. Walaupun sekarang ni aku dah menetap kat Alor Setar, aku still contact dengan member kat Jitra. Dorang pun tak pernah lupa kat aku. Berpegang kepada motto, kawan sampai mati =)

Tuesday, August 2, 2011

Post birthday celebration

Ini cerita dah basi. Baru sekarang nak blog. Al kisah post birthday celebration. Sebenarnya tengah cari hari yang sesuai untuk celebrate birthday Adawiah memandangkan time weekend dia kerja. Plan punya plan, decide nak buat on Friday kat rumah Ky. Tak ada la surprise sangat pun sebab kitorang memang jujur cakap nak buat makan makan.Letih dah nak buat surprise ni. Dah mati akai dah.Hohoho.

So, hari Jumaat after kelas terus rewang kat rumah Ky. Buat kecik kecik among kitorang ja. So there you go, menu yang sangat banyak sampai tak tahu nak makan yang mana satu dulu.

Kek buatan Wan. Sebenarnya topping pink tu tak ada dalam resepi pun. Sepatutnya benda alah tu guna untuk tulis wish atas kek tapi sebab tak jadi, Wan teruih buat jadi topping.Hahaha.

Alang alang birthday kitorang ni dekat dekat (bulan 5,6,7) terus 'kampoi' tiga orang sekali. Aku, Elin dan Adawiah.Hahaha.

Ada ayam barbeku. Nyum nyum.

Ada bihun goreng, nasi goreng.Musnah diet.

Egg tart. Kema cakap lagi senang buat macam rupa kek sebab tak gaduh nak buat acuan kecik kecik. Sekali harung gitu.Sedap oh egg tart kema.

Pasaipa time bulan puasa banyak sangat entry pasal makanan ni? Ugh.

Tuesday, June 14, 2011

Surprise from him.


Hee. Thanks B!

p/s : Video tak reti rotate.Hadap la korang senget kepala tu sikit ye.Huhuhu.

Pertemuan antara blogger


Berkesempatan untuk makan semeja dengan blogger mantop a.k.a retis Auckland iaitu Kamal Effendi, Lumut dan Hawa Nasir. First plan, nak makan kat Ayuthaya.Kemudian tukar nak makan kat Angies. Lepas tu semua cakap Angies standard macam Cinta. Last last makan kat Empire. Woah.Makanan dia mantop.Tokeh orang Siam. Memang terbaik la food kat situ.

Makanan lumut.Dia cakap tak kena dengan tekak dia.Last last yang duk perabih si Rose dan Kamal.Hahaha.

Makanan pasangan lumut.Tak tahan pedas rupanya mamat tu.Heh.

Makanan Kema.

Makanan Wan.

Seriously, aku dah lupa nama makanan aku.Huhuhu.

Dah bila blogger bertemu blogger ni, macam macam cerita la keluar. Si retis Kamal Effendi paling teruk kena interview.Nasib ko la dik oi. Hahaha. Banyak benda juga kitorang sembang.Dari hal blog sampai la ke hal akademik.Lame.Hohoho.Sambil makan sambil gosip. Yang si lumut pulak, memang nampak ceria lain macam la sekarang ni. Orang baru tangkap cintan.Biasalah tu.Hehehe.Main bisik bisik depan aku. Bikin hati gua panas je.Cis. Hawa pula duk sakan bersembang dengan Kema.Dengaq cerita kerja kat McD. Pergh.Hebat hang Hawa. Orang lain cleaner ja, hang bantai kerja McD teruih.

Lumut dan wolverine.Hihi.

Kamal, awat muka lagu tuuuu? Hahaha.Kalau nak tau, aku kenal Kamal ni since 2008 if tak silap. Time tu kitorang terlibat untuk sambutan kemerdekaan kat Dataran Merdeka.Ala, human flag tu. Time tu Kamal ni duk pakai braces lagi. Sekarang ni dah buka.Cantik dah gigi.Patut tayang sakan.Hehehe.

Panjang umur kita jumpa lagi naa Lumut. Miss you!

Tumpang glamour retis bawah lampu lip lap lip lap.

Lagi satu benda, dorang komplot ramai ramai.Nyanyi lagu birthday kat aku. Awal sehari.Ok la tu ada juga orang nak nyanyi lagu birthday kat hang Pirah oi.Thanks kepada semua sebab memeriahkan majlis hari jadi saya yang terjadi secara tiba tiba.Hahaha.

p/s: Dah lama tak menulis.Ku rasa janggal sedikit. =P

Tuesday, March 15, 2011

Momo Tea pulek.

Sambungan mini celebration semalam, kami pi pekena Momo Tea pula.Ya.Perut sekoq sekoq macam ulaq sawa.Lagi tak kembung perut, lagi tu menyumbat.

Dah lama tak jumpa ramai ramai macam ni.Ye lah.Masing masing kerja.Even satu kos pun, time lecture je lah satu satunya masa untuk jumpa.Itu pun after kelas, berdesup hilang sorang sorang.Dah lama tak gelak besaq macam semalam.Masing masing buka story.Update update.Hahaha.

Grape Green Tea. Sumpah tak sedap.Tobat tak beli dah lepas ni.Actually before tu pesan iced shave tapi sekali mesin cino ni rosak daaa.Terpaksa ambil air yang tak memerlukan blender.Yang ada air green tea ja.Nah.Menghadap nak habiskan satu bekas tu.Jelas sekali green tea bukanlah kegemaranku.Huhuhu.


=)

Bergaya doooowhhh

Pulang dengan hati yang senang =) Oh.By the way, helmet tu kepunyaan Wawan.Saja interframe dalam blog ni.

Monday, March 14, 2011

Mini celebration

Salam.

Baru balik dari celebrate birthday Kema dan Wan kat Cinta.Sambut dua orang sekali.Jimat kos.Hahaha.Depa ni tak tahu kami nak celebrate birthday.Bagitau kat Kema nak celebrate birthday Wan.Kat Wan pula cakap sebaliknya.Memang kena kencing kaw kaw la.

Yang diraikan.Kema dan Wan Z.

Amboi.Banyak noh dapat kad.Duk senyum senyum baca ucapan dalam kad tu.

Oreo cheese cake versi cup cake.Sedap teruk oh.Harus minta resepi dari Adawiah.

Had this for dinner.Hainannese Chicken Rice, bahasa kampungnya nasi ayam.Hahaha. Ayam dia terbaik.

Complete.Darlings.

Dinner fully sponsored by birthday girl.Murah rezeki. =)

Kek penyet =(

Al-kisahnya dua hari lepas birthday housemate.Maka, saya pun pergilah Wendy's mencari kek untuk birthday girl. Untuk yang tak tahu, kek Wendy's ni totally guna ice cream.Ya.Lupakan tentang kalori yang terbakar di gym.Hari jadi adalah hari untuk menggemukkan diri.Sekali sekala.Once in a year. Aku beli kek tu pukul 6 petang memandangkan housemate kerja sampai pukul 10 malam.So, ada masa la untuk simpan dalam peti ais. Plan nya, sebelum dia balik, kami nak ubah kek tu dari fridge ke bilik Neda. Kantoi la kan kalau letak dalam peti ais.

Dah ditakdirkan Tuhan, terkantoi juga dengan housemate.Kami tak sempat nak bawa lari kek masuk dalam bilik Neda sebab tiba tiba dia balik awal dari yang kami expect.Maka, pasrah je lah.Tunggu masa ja dia buka pintu peti ais tu. Elok pula kan, dia pi ambil air coke dalam peti ais.Maka, tepat jam 10.30 malam, kami pun menyanyikan lagu Happy Birthday untuk housemate.Huhuhu.Awal 1 jam setengah beb.Hang ada?

Dah tu, kami tak bagi dia sentuh lagi kek tu.Biar tunggu detik 12 malam baru nak makan sama sama.Waktu tu kek dalam kotak.Tak tahu apa yang dah terjadi di dalam.Bila buka ja, naaaaahhhhh....kek sudah cayaq! Luluh hati guweeee.Peti ais tak cukup sejuk untuk tahan bentuk kek ais krim tu.

Kek penyet khas untuk housemate. =.=

Mujur jugalah still ada bentuk tapi 'pagar coklat' kat tepi tu dah senget benget dah.Hohoho.Nasib baiklah rasa dia still mantap.Cookies and cream.Dia ada letak oreo and milkyway chocolate.Manis toksah duk kata la.Benda ni makan sikit sikit pun dah muak.

To housemate, happy birthday! Sorry la kek penyet.Huhuhu.

Monday, November 8, 2010

Celup tepung pun sodap.

Prank paling gempak sepanjang berada di Wellington.Presenting Wawan celup tepung!

Merelakan diri dibaling tepung.At first dia blank kenapa kitorang baling tepung.Bila orang start nyanyi lagu birthday,baru dia dapat tangkap.Mana nak dapat tangkap.Birthday bulan 12 kot.Sambut sebulan awal.Hohoho.

Habih cupcake kena tepung.Terharu tak Wawan?

Tengok rambut dia.Urgh.Geram.Tina cakap rambut Wawan macam Aslan dalam cerita Narnia tu.Tapi aku rasa lebih mirip kepada Einstein saintis terkenal dunia.Kalau ada misai kontot, lagi sebijik.Hahaha.

Pedih weyh pedih.Cool gila Wawan.Langsung tak marah kena baling tepung.Habis cardi TOPMAN.Heh.

Happy birthday in advance Wawan!

Saturday, November 6, 2010

Birthday Bubu.

Dah lama tak buat birthday celebration sejak pokai ni. Sekarang dah berduit sikit bolehlah nak throw birthday surprise kepada yang berkenaan. So, kali ini kami celebrate birthday Bubu in advance.Hoih.Tak pernah orang sambut birthday awal. Birthday dia hujung bulan ni tapi kami dah sambut dulu sebabnya masing-masing nak balik Malaysia.Takut tak tersambut birthday budak tu haa.So, sambut awal je la option yang ada.Buat pun kecil-kecilan saja.Panggil kawan-kawan terdekat.Nak panggil semua party planner tak mampu.Plus, sekarang ni semua berterabur.Ada yang kerja, ada yang on vacation.So, buat antara kite kite je.Eceh.

Meriah tak you'olls? First time ada orang deco rumah ni untuk birthday celebration.Sebelum ni, non ado.


Sampai dua kek untuk Bubu saja.Tak boleh challenge aku lagi.3! Hahaha.

Bubu tak tahu pun orang nak celebrate birthday dia.Mana nak expect weyh.Masuk ja rumah, orang tala kek nyanyi lagu birthday.Tercengang kawan.Hahaha.Overall, perut kenyang suka hati.

Sesi penyampaian hadiah.

Lepas kenyang, main murderer.Cuak woih dapat role murderer.Jenuh buat muka feelingless tak nak orang cam.Berjaya juga cover tapi kena tuduh selalu.Last-last kena tangkap juga.Hohoho.

Tengah cari pembunuh.

Nanti ada masa kita gather lagi naa =)

Wednesday, October 6, 2010

Birthday pengutip durian

6 Oktober: Birthday pengutip durian.

Seminggu sebelum tarikh ni, aku dah plan baik punya nak buat itu ini.Lepas tu bila diasak dengan assignment, terus terlupa kejap pasal birthday dia.Elok 5 haribulan baru tersedar balik.Gelabah tak tahu nak buat apa. Nak buat kad memang tak sempat la. Lagipun kalau nak buat kad, perlukan kosentrasi yang tinggi.Nak buat pun kena penuh kasih sayang.Kalau tak, kad tak jadi cantik.Bahahaha.

Last last end up wish through FB ja. Itu pun segan nak jiwang lebih. Takut kena bahan dengan kawan-kawan dia.Tunggu dia online, baru boleh jiwang lebih.Lama juga la kami ym.Lepas rindu.Ecewah.

Bila ditanya nak apa as birthday gift, dia cakap "I nak you" Holloh holloh holloh.

Sunday, October 3, 2010

Open house lagi!

Hari ni attend lagi satu open house hosted by senior kat The Terrace.Makan nasi lemak, bihun sup dan rojak buah.Sedap sangat.Sambal dia rasa macam sambal nasi lemak antarabangsa kat Kg Baru tu (bak kata Elin). Rojak buah pun sedap.Terbaik la akak-akak semua.Dah boleh buat calon menantu dah.

After habis open house, pergi rumah Ky pula.Nak surprise kan dia untuk kali ketiga.Sebelum ni surprise ramai-ramai.Kali ni surprise from kawan terdekat pula.Punya lama bertapa dalam bilik Ky.Tunggu dia balik dari Stafford.Siap sempat lagi bercerita pasal kenangan time foundation.Memang surprise habis la tadi. Kawan tu ingat hantu dah.Atee...bilik besar duduk sorang-sorang.Memang la tokojut.

Balik hujung tahun ni nak bawa baju kurung banyak-banyak sikit datang sini.Meriah bukan main ok Syawal kat sini.Tiap-tiap minggu open house.

Tuesday, September 28, 2010

Happy Birthday Att!

Entry ni khas untuk trip partner merangkap teman seperjuangan iaitu Att Ashburn.

Selamat ulang tahun ke -21. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki hendaknya. Yang paling penting, kita kawan sampai mati ya. Thanks for being such a good friend to me.Tak sangka kita boleh jadi rapat macam ni.Maybe sebab dulu kita kelas lain-lain,so tak pernah nak mix.Bila satu kelas baru dapat chance nak kenal Att lebih dekat. Tak ada la serius sangat Att ni. Pak lawak juga.Hehehe.Nanti ada rezeki, kita pi trip sama-sama lagi naa.Kita masak lauk sardin lagi ok.Oh.Lagi satu, kalau perlukan model untuk try DSLR baru, Zack volunteer dulu.Hihihi.

Once again, Happy Birthday dear!

Att ada blog juga. Klik [sini].

Thursday, September 2, 2010

Ped, it's your birthday!

Nak ole-ole dari New Zealand? Meh join Raya Sakan Contest.Klik [sini]

Ped, happy 21st birthday.Semoga persahabatan kita kekal sampai mati.Thanks for this lovely friendship. It's been almost 10 years kan kita kawan.Dari zaman tudung lipat rapat kat muka,spek mata bulat sampailah zaman selendang bunga-bunga,contact lense kita kawan.Tak sangka kan kita dua nak jadi cikgu tak lama lagi.Nanti boleh la aku hantaq bakal anak aku kat hang.Konfirm dia cekang Math lepas ni.Hehehe.Sayang hang teruk weyh.Aku rindu nak lepak kat Pacific sambil usha abang claypot dengan Nun.May you have a blessed year ahead.Cepat dapat boyfriend, cepatlah kahwin.Hehehe.Miss you!

Tunggu aku balik November ni.

Friday, August 13, 2010

Jeritan ustazah di malam hari jadi.

Nak buat surprise time birthday kat sini tak praktikal kalau nak baling telur dan tepung sebab rumah floor carpet.So, selalunya tepat jam 12 malam, just wish birthday je.Esok lusa baru buat surprise party.

Cuma kali ini agak gempak juga la surprise.Tak sangka reaksi birthday girl akan sehebat ini.Al-kisahnya pada malam kejadian, kami berhempas pulas siapkan cupcake untuk Oyeen. Kedudukan bilik Ada dan Oyeen just dua langkah berjalan dah sampai.Kentut pun dengar.

Bagus minah ni.Malam birthday baca Yaasin.Nak dijadikan cerita, Ijan saja call Oyeen minta turun bawah kejap.Konon nak jumpa untuk wish birthday la.Padahal Ijan ni kat bilik Ada je pun.Time tu la kami curi masuk bilik Oyeen.Duduk senyap-senyap macam pencuri.Elok je dia naik atas, pulas tombol pintu, naaaahhhh...macam kena histeria dia menjerit.Sampai terjelepuk depan pintu.Punya terkejut tengok kami punya ramai dalam bilik dia.Paling tak boleh blah, Oyeen pakai kain telekung! Hahaha.

Oyeen dan para 'penceroboh bilik'.

Birthday paling suci pernah aku join.Silap besar la aku tak record moment tu.Kalau tak, aku nak publish kat youtube dan namakan video tu as "Jeritan ustazah di malam hari jadi".Konfirm rating tinggi.Hahaha.

Happy Birthday Bang Cik!

Happy Birthday Bang Cik.

May God bless you. May you have a blessed year.Semoga bertambah macho dan senyum selalu.Akak jealous dengan lesung pipit bang cik, dalam.Tak macam akak punya.Jenuh senyum nak bagi nampak lesung pipit.Kaulah hero hindustan akak.Ecewah.Hitam itu menawan.Hitam itu manis. (Apa punya ucapan daa) Rindu nak keluar pergi beli burger kat Alor Senjaya dengan bang cik. Rindu nak makan kat kedai cikgu Dun dengan bang cik.Rindu nak suruh bang cik tolong belikan keropok twisties kat kedai Lian.Oh.Rindu la!

Take care bang cik.Love you so much!

Psst..Lain kan muka adik aku dengan aku.Hihihi.

Tuesday, August 3, 2010

August

Kepada :

1) Nur Farieha Mohd Noor

2) Hafizah Hanum Shahrudin

3) Hasnun Adha Hassan

4) Misslily Lilo

5) Muhammad Muhaimin

Selamat Hari Jadi! Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki.Semoga berjaya dalam bidang masing-masing.Ini semua kawan FB yang sambut birthday hari ini. So far, hari ini mencatatkan bilangan birthday paling banyak.Tak tahulah kot-kot ada yang saja letak tarikh birthday kan.

Aku dah pernah tertipu dengan sindiket fake birthday ini.Kalau kawan rapat, maybe boleh ingat tarikh birthday.Kalau yang kenal kat blog tu, memang pakat tak ingat la.Sebab tu bila FB notify birthday, main wish ja.Tak tahu sahih ke tak.Huhuhu.

Tapi at least ada effort nak wish kan.Hohoho.

Monday, July 26, 2010

Hanya gambar

Sekitar majlis makan tengahari + mini birthday celebration semalam.

Nooh.Hat tengah tu pulun tak sangga.Tak pandang kiri kanan dah.

Birthday boy and girl kelihatan amat terkejut sekali apabila melihat lilin diatas kek.

Antara makanan yang ada.Ehem.Sambal belacan tidak dilupakan.

Sesi potong kek.

Cheese cake and its owner.

Der, makan nasi berulam timun la baru sihat.Perut melayu mana boleh tinggal nasi.

Eh.Dia pula yang overexcited.Hehehe.

Clap clap.Nyanyi lagu birthday.

Ini birthday siapa sebenarnya?

Solat berjemaah.Mujurlah ruang tamu besar.Boleh buat saf kat sini.Dah lama rasanya tak solat berjemaah berimamkan lelaki ini.Rindu pula zaman kat MRSM dulu.Everyday solat jemaah.Huu.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger