Selamat pagi semua. Semalam hati berkecamuk. All comes at one time. Rezeki dah nampak depan mata tapi laluan nak capai ke rezeki tu sangat sukar. Al kisahnya semalam pergi PPD menghantar surat untuk guru sambilan. Tak sangka pulak sesenang tu nak minta. Mungkin sebab ada sedara yang kerja dalam tu. So, everything went well la. Cuba kalau kita tak kenal orang dalam tu, susah jugak nak nego. Aku cakap la kalau boleh nak minta sekolah yang dekat dengan rumah sebab tak ada transport. So, check punya check, sekolah yang aku nak tu tak ada kosong. Sekarang yang terdesak dan kritikal nak pakai cikgu is sekolah yang jauh dari rumah. Dekat Kuala Kedah. Sungguh. Aku tak dapat nak buat decision. Pasal ikutkan hati, memang nak pergi. Ye lah. At least ada jugak benda nak buat dari duk saja kat rumah. Tapi memikiorkan tak ada kereta, aku jadi keliru.
Itu satu hal. Disebabkan benda ni, aku decide nak beli kereta. Nak tak nak, nanti nak kena beli kereta jugak. The problem here is tak tau macam mana nak beli. I mean, dorang minta offer letter mengatakan aku konfirm kerja dengan kerajaan satu hari nanti dengan salary sekian sekian. Ini kawan paksu sendiri minta. Dia kerja kedai kereta.Mana nak ada oii. Ditambah pulak dengan condition aku yang dah habis belajar dan tak kerja lagi menyukarkan aku nak keluar kereta. If still belajar, valid lagi la offer letter tu, pasal ada sebut amount scholarship.Tak nampak jalan nak beli kereta lagi melainkan beli secondhand which aku tak berapa nak gemar la. Nak beli atas nama orang lain? Payah. Lagipun nanti susah balik bila ada problem apa apa dengan kereta tu. Aku ni kalau boleh, tak nak la menyusahkan orang lain. Kalau nak minta sedara jadi penjamin, insya-Allah ada yang akan membantu.
Wan suggest pergi showroom, sembang dengan orang tu sendiri. Cerita condition aku macam mana, so that lagi clear nampak apa benda dia nak dan sebagainya. Kena usaha sendiri. Payah kalau nak mengharap kat orang selalu.Korang ada suggestion tak macam mana nak solve prob aku ni? Kot la ada yang kerja jual kereta baca blog aku ni. Hehehe. Your comment is highly appreciated.
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts
Thursday, January 3, 2013
Tuesday, December 13, 2011
Tinted kereta
Kan aku cakap aku datang BM sebab ada misi yang perlu diselesaikan kan? Inilah misinya. Tinted cermin kereta. Al-kisahnya hari tu kat Groupon ada buat promo tinted ni. Bayar just RM 150 instead of RM 780 untuk tinted the whole cermin kereta. Warranty 5 tahun. JPJ compliant. Aku tak ada kereta sendiri tapi bila teringatkan mat arep pernah menyuarakan kehendak nak tinted kereta, aku bagitau dia. Aku tak pernah nak amik tau pasal keta ni. Tanya jugak la, RM150 tu kira murah ke standard harga ja. Takut takut la dorang saja letak harga tinggi ke apa ke kan. Dia cakap murah la. Lagipun mak dia duk complaint panas. Al maklumlah, Kedah sekarang ni makin panas. Buka aircond high pun belum tentu boleh cool down.
Servis kedai ni sangatlah tip top. Cermat betul dorang ni buat kerja. Proses tinted ni amik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Mati kutu jugak kami kat situ. Tak tau nak buat apa. Duk ingatkan sekejap ja. Hahaha. Ada satu plastik tinted tu, nala punya hitam tapi murah. Rasanya yang tu tak lepas JPJ.
So, kepada yang nak duk area BM, nak tinted kereta, boleh la try servis kat sini. Normal price around RM780. Kalau nak yang lagi sejuk, around RM1100. Yang tu dari US punya. Memang sejuk.Langsung tak rasa panas.
QZ & UV Solar Protection,
No. 130, Jalan Tembikai,
Taman Mutiara,
11400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
(012-4920052)
Labels:
Bukit Mertajam,
dia,
info,
kereta
Subscribe to:
Posts (Atom)