بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alhamdulillah...STP dapat menjemput Ustaz Azhar Idrus (UAI) pada 17 Februari 2014 yang lepas untuk menfaatkan ilmu kepada anak khariah STP dan taman taman sekitarnya.
Mesyuarat diadakan beberapa kali sebelum tiba hari kuliah untuk membentuk beberapa AJK
AJK PA sistem, LCD dan pembesar suara
AJK kawalan lalu lintas dan parkir
AJK kemah dan gerai jualan
AJK keselamatan, Unit Amal dan RELA
AJK kutipan derma
AJK promosi (baner, bunting dan flyers)
dan beberapa AJK lagi
AJK PA sistem, LCD dan pembesar suara
AJK kawalan lalu lintas dan parkir
AJK kemah dan gerai jualan
AJK keselamatan, Unit Amal dan RELA
AJK kutipan derma
AJK promosi (baner, bunting dan flyers)
dan beberapa AJK lagi
Pukul 1.00 tgh RELA dah mula bertugas
Tempat khas untuk peniaga
Terima kasih banyak banyak melicinkan program
Gerai Studio Mukmin (menjual semua produk UAI)
Antara skrin besar yang dipasang luar surau
Masalah besar bagi kami sebagai penganjur ialah peniaga yang tidak mengikut arahan daripada AJK STP, Pasukan RELA dan Unit Amal yang melarang mereka berniaga di tepi tepi jalan kerana tempat niaga telah kami sediakan.
On line dengan Allah melalui Bismillah
(antara petikan ceramah UAI)
# Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
"Tiap2 pekerjaan tidak salah di sisi agama, tapi kita tidak sebut dengan nama Allah ia menjadi sia-sia".
# Pekerjaan yang molek (baik) adalah yang dimulakan dengan Bismillah.
# Tujuan tazkirah ini supaya kita bila hendak mulakan sesuatu perkara perbanyakkan sebut Bismillah.
# Bangun pagi sebutlah Bismillah.
# Bangkit dari tidur, duduk di tepi katil tu sebutlah Alhamdulilah. Segala pujian milik Allah.
# Sebelum masuk bilik mandi dan tandas bacalah doa.
# Kita biar ada online sokmo dengan Allah. Iaitu sebut selalu Bismillah, macam kita dengan FB tu, on line sokmo.
# Jangan cari glamer dengan FB, biar Allah yang bagi kita glamer.
# Hendak makan baca bismillah, jika tidak syaitan akan panggil kawan2 dia mari makan bersama kita, dia whatsapp lah kawan dia.
kita makan dia makan. kita minum dia minum. kita tidak nampak mereka, tapi Nabi yang bagi tahu macam itu.
Bermakna kita kenduri bersama syaitan.
# Siapa tulis Bismillah pada papan hitam, dia dapat pahala selama mana tulisan itu belum terpadam. Bayangkan kalau dia ukir pada batu atau kayu.
# Jika minat pemain bola Chelsea pun, tidak payahlah tulis "i love Chelsea" tapi tulislah "I love Rasulullah".
Sumber daripada Shukri
WASSALAM
kat masjid di tempat tinggal saya ni pun dah beberapa kali UAI datang...beliau datang lps maghrib tp jam 3 ptg,jalan naik ketaman saya ni dah ditutup-jem...
ReplyDeletetrimakasih berkongsi petikan2
ReplyDeleteassalamualaikum atuk...wah bestnya..:)
ReplyDeleteTQ atuk berkongsi intipati ceramah UAI
ReplyDeletepenuh bermanfaat mesej dakwahnya
ReplyDeletealhamdulillah..atuk sharing lagi dgn kami..
menetapkan hati ini utk laksanakan misi bismillah dlm melakukan sesuatu perkara
Senang sangat nak sebut tapi ada masa tak sebut jugak...
ReplyDeleteMesti ramai hadirin kan.. ustaz Azhar ada tarikan tersendiri terutamanya kepada golongan muda
Bestnya UAI...penceramah yang mesra anak muda..hebat
ReplyDelete