Thursday, May 31, 2012

Ho Chi Minh 2012-10 - Mekong Delta Boat Trip



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Masih menceritakan aktiviti di Pulai Thoi Son
Kami dibawa ke satu kawasan kebun yang ditanam berbagai jenis pokok tanaman. Tujuannya untuk memperkenalkan jenis jenis pokok kepada pelancong. Antaranya pokok nangka, mata kucing, limau barli dan lain lain lagi.

Mereka gantungkan berbagai jenis buah

Di sebuah pondok sedang menunggu hidangan buah buahan
(Hidangan pada masa itu buah naga, nenas, ciku, mata kucing dll. Semua buah disini manis manis belaka)

Disamping itu kami dihidangkan juga lagu lagu tradisional mereka dengan iringan muzik. Termasuk lagu can malican dalam bahasa mereka. Lepas itu sediakan duit, kerana penyanyi2 tadi akan membawa bakul (atas meja belakang, sebelah kiri) untuk mohon sumbangan.

Kebun mereka bersih dan teratur

Kemudian kami menaiki sampan yang muatannya cuma 4 atau 5 orang

Sungai yang kecil dan berliku dan kiri kananya terdapat pokok nipah dan bakau

Dikendalikan oleh seorang di belakang dan seorang lagi di hadapan
Mereka membawa agak laju juga (mukin kejar trip)

Menuju ke Sungai Mekong dalam masa lebih kurang 20 minit
kerana bot besar telah sedia menunggu kami

Menaiki bot semula untuk balik ke jeti Bandar Tho
Disediakan sebiji seorang kelapa muda

Pemandangan jeti Bandar Tho



Kata Mutiara (melancong/musafir)

Sang Singa jika tidak meninggalkan tempatnya, ia tidak akan dapat membaham mangsa. Dan anak panah pula jika tidak meninggalkan busurnya, ia tidak akan mengenai sasaran..


WASSALAM

Wednesday, May 30, 2012

Kelihatan Helikopter Berlegar Di Udara


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah dua tiga kali perasan kelihatan helikopter berlegar legar di ruang udara daripada minggu lepas.


Kemungkinan mereka membuat latihan untuk menyambut Hari Kelahiran Keputraan Yang Dipertuan Agong



Menyambut hari jadi sebaik-baiknya,orang berkenaan sendiri solat hajat dua rakaat dan jika dapat solat syukur dan tambahkan sedikit amalan dengan apa-apa amalan seperti bersedekah, tilawah Al-Quran, zikir, selawat, istiqfar, solat sunat (apa-apa solat sunat), ziarah orang tersayang dan hadiahkan kepadanya seperti guru-guru kita, ibubapa dan sebagainya. Bagus juga membuat sedikit makanan sekadar yang mampu dan bahagi-bahagikan kepada jiran tetangga kita.


Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut”.

(riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma’ al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).

rujukan disini

WASSALAM

Tuesday, May 29, 2012

Ho Chi Minh 2012-9 - Mekong Delta Boat Trip

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selepas sarapan pagi, kira kira 2 jam perjalan, kami sampai ke Bandar Tho. 

Dalam perjalan kami melihat kehidupan di pinggir bandar.


Kelihatan sawah padi di kiri kanan jalan. Masa itu padi baru sahaja selesai dituai.


Di jeti tepi Sungai Mekong

Jeti menuju ke bot

Menaiki bot hendak menuju ke Thoi Son Island
mengambil masa kira kira setengah jam

Aktiviti di Sungai Mekong
kampung nelayan, pengangkutan kargo, operasi mengambil pasir dan lain lain

Aktiviti bot pelancongan banyak terdapat disini


Ladang Ternakan Lebah
Mencuit madu di celah celah lebah

Kami dihidangkan madu lebah dicampur dengan air suam, kacang tanah dan air limau kasturi

Disamping kueh kueh tempatan

Kemudian kami dibawa ke perusaan kampung, membuat gula gula kelapa secara tradisional

Disempanjang kiri kanan jalan terdapat banyak gerai menjual hasil buah buahan tempatan

Kraftangan, cendera mata

Perbagai jenis pakaian
Saya syurkan lebih baik membeli barang barang tersebut di Ben Thanh Market, kerana lebih murah sedikit


Kata mutiara (melancong)

Sungguh kulihat air yang bertakung itu mengeruhkan. Sekiranya ia mengalir, ia
menjadi jernih. Sekiranya tidak mengalir ia menjadi keruh..


WASSALAM

Monday, May 28, 2012

Menghadiri Walimatul Urus di Finas


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang semalam menghadiri Majlis Walimatul Urus anak kepada Jemaah STP


Pertama kali menjejakkan kaki ke Kompleks Studio Merdeka / Finas
Di tepi MRR2, bersebelahan Zoo Negara


 Semoga kedua pengantin disatukan hati serta bahagia hingga ke Syurga



Sebelum itu, sebelah paginya menghadiri Program Gotong Royong Hapuskan Pembiakan Aedes, di Taman Desa Aras

 Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang bersama MPAJ dan Persatuan Penduduk


Firman Allah swt.

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang musafir  yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-bangga diri."

An Nisa' - ayat 36


WASSALAM

Saturday, May 26, 2012

Zon Bersih


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Bandar Melawati dan Taman Permata ke arah zon bersih tahun 2012
Majlis di rasmikan oleh YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan Negeri Selangor

 Penduduk tempatan turut hadir

 Urusetia terdiri daripada MPAJ

 Diadakan pertandingan melukis kanak kanak

 Majlis pelancaran
turut hadir Orang Besar Daerah Gombak, YB Saari Sungib dan YB Azmin Ali


 Mewakili STP



Tanda anda memasuki zon bersih



Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw.

Sesungguhnya Allah SWT itu suci dan menyukai hal-hal yang suci,
Dia Maha Bersih dan menyukai kebersihan
Dia Maha mulia dan menyukai kemuliaan
Dia Maha Indah dan menyukai keindahan
kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” 

(HR. Tirmizi)



WASSALAM

Friday, May 25, 2012

Ho Chi Minh 2012-8 - Panorama HCM


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Panorama Ho Chi Minh City (HCM)
yang sempat saya rakam


Bangunan ini telah dibina pada tahun 1902-1908, dengan gaya bentuk kolonial Perancis untuk bandar Saigon ketika itu. Ia telah dinamakan semula 'Ho Chi Minh City People's Committee' selepas tahun 1975



 Pakir motorsikal bertingkat

 Kebanyak bangunan di Vietnam, lebarnya cuma 12 kaki

 Tan Hoa Ngoc Hotel, 50 miter ke Ben Thanh

 Gambar atas, cuma terdapat 1 tol sahaja di HCM
Gambar bawah, antara stesen pam minyak


 Pengangkutan awam

 Rakyat awam tidak dibenarkan memiliki kereta, cuma motor sahaja

 1 keluaraga dibenarkan cuma 2 orang anak sahaja

 Kebanyakan penduduk HCM akan pulang ke kampung bila hujung minggu

 Pengangkutan air antara yang terpenting juga

 Wayar berserabut
(kelebihannya, jalan raya tidak berlubang lubang)

 Padi antara tanaman utama
(kerja kerja pemasangan tiang elektrik sedang di jalankan)

 Aktiviti riadah budak budak sekolah di taman
(tengah tengah bandar HCM)

Salah sebuah sekolah



Firman Allah yang bermaksud:

“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.”

(Surah al-Anam, ayat 11)



WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...