Thursday, January 31, 2013

Pulau Langkawi - Kuih Tokiaw

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semasa mengunjungi Pasar Malam, Pekan Kuah. Terdapat satu gerai yang sedang dikerumuni ramai orang. Mula-mula saya nampak iklan yang bertulis Tokiaw.

Tepung dituang pada plat

Diisi inti

Inti kaya dan inti kelapa
Rasanya lebih kurang kuih apam balik
Sedappppppp.....saya suka inti kaya


Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.


WASSALAM

Wednesday, January 30, 2013

Pulau Langkawi - Pasar Malam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kesempatan masa yang ada, sementara menunggu kuliah pada malamnya, sewaktu menghadiri seminar di Pulau Langkawi, saya dan beberapa kawan berjalan kaki daripada Hotel Seaview menuju ke Pekan Kuah.

Kebetulan pula ada pasar malam. Pasarnya diadakan pada malam minggu dan malam rabu. Ini pertama kali saya datang ke pasar malam ini setelah beberapa kali datang ke Langkawi.

Daripada pukul 5.00 petang lagi peniaga dah mulakan perniagaan mereka. Pukul 6.00 petang pengunjung pun dah mula ramai, pengunjung tempatan dan pelancong domestik serta luarnegara. Sesiapa yang datang ke Langkawi ini harus datang ke pasar malam ini, kerana beraneka jualan yang ada.




Pulut durian


Ringan Disebut, Berat Ditimbang

Dari Abu Hurairah r.a katanya,

”Nabi s.a.w bersabda:’Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu;” Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)


WASSALAM

Tuesday, January 29, 2013

Blues Geng - Nor Hafizah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Blues Geng yang popular pada tahun 80an. Pernah menonton persembahan mereka di Taman Tasik Perdana, percuma ajer, masa tu bujang terantang tang.

Pada Ahad yang lepas, kebetulan kumpulan ini baru memulakan persembahan mereka semasa kami sampai di Majlis Walimah anak kawan isteri, di Seri Gombak, yang bernama Nor Hafizah.


Suami kepada kawan isteri saya sedang bermain gitar
(mungkin kenalan rapat dengan Blues Gang)


Semoga pasangan pengantin bahagia dan senantiasa di atas landasan Islam hingga ke akhir hayat.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir.

(riwayat Bukhari & Muslim)

WASSALAM

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul - 1434


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





Pengertian dan Peristiwa Penting bulan Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah buahan mula berbunga dan setersnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini sehinggalah sekarang. Manakala maksud bagi bulan Rabiul Akhir atau Rabiul Thani pula ialah bulan kedua musim bunga.

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

1. Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.
(12 Rabiulawal tahun gajah).

2. Perlantikan Nabi menjadi rasul.
(berumur 40 tahun)

3. Hijrah
- Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al Munawwarah
pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di  Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan
- Peperangan Safwan (Badar Pertama)
- Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
- Bani An-Nadhir
- Daumatul Jandal
- Peperangan Bani Lahyan

5. Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
(Hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632 M.)
- wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi Khalifah
- Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra. di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra. Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq
- Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra. telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman Saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis
- Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan Salib dan seterusnnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
- Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Sumber disini


WASSALAM

Wednesday, January 23, 2013

Pulau Langkawi - Menghadiri Seminar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Menghadiri Program Seminar Pemahaman Garis Panduan Penyeliaan Koperasi, anjuran ANGKASA WP KL. Bertempat di Hotel Langkawi Seaview, pada 18-20 Januari 2013.

Pukul 11.30 malam keluar daripada rumah kemudian mengambil 3 orang kawan.

Singgah di Sungai Petani, mengambil seorang lagi kawan.

Sampai di Kuala Perlis lebih kurang pukul 8.15 pagi.

Satu satunya kelebihan Langkawi pada saya ialah melihat bot-bot yang perbagai rupa

Sebelum apa-apa cari hadiah untuk orang yang tinggal dulu
(mungkin dah turun harga kut...sebab kat Pengkalan Kubur dulu harganya RM400++)


Oleh kerana semua ALK hadir dalam seminar ini
kami adakan mesyuarat bulanan pada petang Jumaat

Malamnya acara perasmian dan seminar berlangsung 2 hari

Kelebihan hotel ini, saya suka sebab dihidangkan banyak ulam-ulam kampung



Menentang Penguasa Yang Jahat.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” 

(Riwayat Muslim)



WASSALAM

Tuesday, January 22, 2013

Cuti Semester Kak Uda

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam semalam menjemput Kak Uda daripada kolejnya untuk cuti semester.
Sekarang ni rumah kembali riuh rendah dengan anak-anak, kerana semuanya ada, kecuali Kak Ngah.
Cuti-cuti macam ni, ibu mereka paling gembira, kerana kerja rumah ringan sedikit, kerana dua orang anak dara membantunya.


Satu bonet kereta barang-barang Kak Uda


Firman Allah swt.

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat (ilmu) Tuhanku, maka akan habislah lautan ini sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).
(Al-Kahfi: 109)



WASSALAM

Saturday, January 19, 2013

Universitas Trisakti Banjir


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apabila mendengar berita Universitas Trisakti di Grogol, Jakarta Barat dilandan banjir, terus menghubungi Kak Ngah. Alhamdulillah, Kak Ngah berada di hospital luar daripada Bandar Jakarta. Dan petang semalam Kak Ngah menalifon kami, memaklumkan dia selamat.

Berita-berita ini saya perolehi daripada sumber google


Presiden menjelaskan, banjir di Jakarta kali ini merupakan yang terbesar setelah banjir yang terjadi lima tahun lalu. Bahkan Kompleks Istana Kepresidenan pun tak luput dari banjir kali ini.

"Kita masih ingat dulu 2007 bahkan lebih besar, semua tempat yang tadinya tidak kena jadi kena. Istana Negara kantor saya juga kena tadi pagi, sekarang sudah susut, tempat yang langganan banjir kena lagi," kata Presiden.


TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Universitas Trisakti di Grogol, Jakarta Barat meliburkan mahasiswanya hingga Sabtu (19/1/2013). Gara-garanya, kampus tersebut hingga hari Jumat siang masih tergenang air setinggi 30 cm.

(Saya pernah melalui kawasan ini)
"Kampus diliburkan sampai Sabtu. Jadi masuk lagi Senin. Kemarin kebanjiran sampai satu meter di dalam kampus," ujar Sandy, salah seorang mahasiswa Trisakti kepada Tribunnews.com.

Sementara itu, kondisi jalan di depan kampus Trisakti, kemarin hingga terendam hampir 1,5-2 meter. Sehingga akses masuk ke kampus tersebut tertutup air. Begitu pula dengan jalan di samping kampus, juga tergenang air yang tingginya hampir 1 meter.



Hadith :

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:
”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “ 

(Bukhari)



WASSALAM

Thursday, January 17, 2013

Menghadiri Seminar Koperasi


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Insyaallah akan menghadiri Program Seminar Koperasi di Pulau Langkawi, selama tiga hari. Akan bertolak menaiki kereta bersama tiga kawan ALK yang lain pada tengah malam ini.

Doa Musafir

Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami. Amin amin amin



Pemimpin dan Rakyat


Nabi s.a.w, bersabda :

“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat". 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


WASSALAM

Monday, January 14, 2013

Sukarelawan - Ceramah Maulidur Rasul

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam semalam menjadi sukarelawan pada Majlis Ceramah Maulidur Rasul di Padang MPAJ AU 2, Taman Keramat. Anjuran Surau Ittifaq dan Ahli Majlis MPAJ Zon 1.

Penceramah jemputannya ialah Ustaz Azhar Idrus


 Mendengar taklimat

 Petugas dan orang ramai Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di dewan dan ada yang solat di padang bola.

 Padang bola AU 2 dipenuhi dengan orang ramai





Rasulullah SAW bersabda; 

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat).

Allah SWT. Berfirman kepada mereka, 

"Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"

HADIS Riwayat At-Termizi 



WASSALAM

Thursday, January 10, 2013

Mash Nasi Ayam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mash Nasi Ayam yang terletak di hadapan Masjid Al Aqram, Datok Keramat antara kedai nasi ayam yang popular. Apabila waktu makan tengahari sentiasa penuh dan beratur panjang untuk pesanan bungkus.





Selamat Daripada Seksaan Api Neraka

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab.

Jawab Rasulullah SAW:

"Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"

(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

WASSALAM

Tuesday, January 8, 2013

Ibu Kolegen

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sekarang ni saya perhatikan tengah musim ibu kolagen, sejenis rumpai laut. Saya pun menyibukkan diri dengan ibu kolagen ni juga setelah disyorkan oleh adik ipar. Insyaallah, apa-apa perkembangannya akan saya maklumkan.

Pek yang dibeli. Mungkin gred AA

Setelah dibasuh

Setelah direndam semalaman

Setelah direbus dan disejukan. Macam jeli

Cara-cara memproses

Khasiat-khasiatnya

Makanan yang dihalalkan semua makhluk lautan dan akuatik seperti ikan air tawar, udang, sotong dan sebagainya sebagaimana 

firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Dihalalkan bagi kamu tangkapan laut dan makanan yang didapati dari laut.”

(Surah: Al-Maidah – 96)

WASSALAM

Monday, January 7, 2013

Mengiringi Jenazah Mak Long

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi mengiringi jenazah Allahyarhamah Mak Long, mak saudara isteri ke Perkuburan Islam Jalan Karak, Gombak. 



Sempat menziarahi perkuburan Allahyarham Azizam Abd Aziz (kawan blog) dan memberi sedekah Al Fatihah,


Daripada Thauban maula Rasulullah s.a.w. bersabda

“Sesiapa menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya gunung Uhud”

WASSALAM


Friday, January 4, 2013

Restoran Suria - Nasi Arab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Restoran Suria, No. 402, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bersebelahan bangunan Mydin Jalan TAR, berhadapan dengan Shell.

Antara nasi Arab yang termurah yang pernah saya makan



Nasi Mandy + 1/4 ayam = RM5.00
Barbican = RM2.00

Cuma masaalah parkir, paham paham aje la, kawasan Chawkit


KENAPA MAKANAN YANG HALAL?

Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut:

Amal Ibadat Diterima Oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga"

(Hadith Riwayat Muslim).


WASSALAM

Thursday, January 3, 2013

Gangguan Bekalan Air

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Air o air
Mengapa kau tiada
Bagaimana aku nak ada
Orang 'niagakan' aku


Kawasan perumahan saya (Hulu Kelang)
bekalan airnya on & off


Jual beli air

            Air sungai, air laut, mata air dan hujan semuanya milik manusia bersama, tak ada seorang pun yang berwenang lebih utama dari yang lain, dia tidak boleh dijual dan dibeli selama masih ditempat aslinya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah saw. bersabda:

 “orang-orang Islam itu berserikat dalam tiga hal yaitu : Air, tempat penggembalaan dan api”.

 Rasulullah shalallahu’alahi wasallam bersabda:

 “Nabi melarang jual beli Air.” Dalam riwayat lain menyebutkan “ Nabi melarang menjual kelebihan air agar dapat menghalang-halangi rumput”.

            Para ulama berselisih pendapat dalam menafsirkan larangan tersebut. Sebagian mereka mengartikannya pada keumumannya.mereka mengatakan bahwa tidak boleh menjual air secara mutlak baik dari sumber, kolam, atau mata air, baik ditanah milik sendiri maupun bukan milik sendiri. 

sumber : disini


Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan larangan menjual air. Namun, setelah dikumpulkan segala hadis2 berkaitan dengan hukum ini, para ulama membuat kesimpulan;

Air yang berada dalam sungai atau laut, haram dijual. kerana itu adalah hak kepunyaan semua.

Orang yang menceduk air sungai atau laut, kemudian membawa balik air itu, HARUS menjualnya kerana ia sudah menjadi hak milik khusus baginya. sebagaimana orang yang mengutip kayu api di hutan HARUS menjualnya kerana telah menjadi miliknya.

Orang yang mempunyai telaga atau mata air di satu kawasan tanaman, dan air telaganya MELEBIHI keperluan dirinya, maka HARAM menghalang orang lain mengambil airnya secara percuma untuk tujuan menyiram tumbuhan2 di sekitarnya.

sumber : disini


WASSALAM

Wednesday, January 2, 2013

Doa Penerang Hati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi ini jalan raya mulai sibuk, sekolah yang sebelum ini sunyi, pagi ini mulai ceria kembali dengan murid murid.

Kita sebagai ibu bapa bekalkan kepada anak-anak kita dengan doa penerang hati.




Ya Allah jadikan cahaya dalam hati ku, cahaya pada lisan ku, cahaya pada pandangan ku, cahaya pada pendengaran ku, cahaya dari kiri ku, cahaya dari kanan ku, cahaya dari atas ku, cahaya dari bawah ku, cahaya dari hadapan ku dan cahaya dari belakang ku serta jadikan cahaya pada diri ku.

Tinggal anak bongsu seorang yang masih bersekolah melangkah ke tingkatan 2. Persiapan terakhir, menggunting rambut.

Sentiasa mendoakannya supaya berjaya serta cemerlang di dunia dan di Akhirat

WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...