Tuesday, February 28, 2012

Hantar Kak Ngah ke LCCT


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Atuk nak pergi Umrah lagi...
Memang la niat tu nak pergi tiap-tiap tahun
tapi ada komitmen lain

Semasa Kak Ngah balik ke Malaysia tempoh hari cuma bawa beg warna merah ajer

Tapi bila balik semula ke Jakarta, siap beli bagasi sekali
untuk membawa bekalan seperti mee segera, biskut, gula-gula, coklat, burger, mee laksa dan macam-macam lagi

Kami tumpangkan kawannya yang duduk di Ampang
begnya lagi besar dan berat

Singgah sebentar di Masjid KLIA

Bye bye Kak Ngah
moga dipermudahkan segala urusan disamping keputusan yang cemerlang
dan Insyaallah akan berbakti di atas jalan Allah



Sabda Nabi saw.

"Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga".

(HR. Muslim).



Sabda Nabi saw,

"Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat".

(HR. Ar-rabii')


WASSALAM

Monday, February 27, 2012

Baucer 1 Malaysia


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selepas makan laksa dan solat Zhuhor, pada hari ahad semalam, bawa Kak Yang dan Kak Uda ke kedai buku MPH, JJ, Wangsa Maju. nak perabiskan baucer 1 Malaysia.

Kak Uda, cuma ada 2 bulan sahaja lagi di metrik. Jadi tiada keperluan yang lebuh mustahak. Kak Yang baru seminggu masuk ke sem II.

Nak beli calculator, sudah habis, nak beli kertas A4, tinggal yang mahal harganya ajer, nak beli kamus, kat rumah dah banyak.


Jadi cuma beli beberapa buah novel dan alat tulis beberapa doz. (buat stok)


Dalam setengah jam saya memerhatikan di kuanter cashers, cuma ada seorang yang memebeli buku pelajaran. Yang lain kebanyakanya semua membeli buku komek, novel dan alat tulis

Disini saya berpendapat secara peribadi, ada pembaziran dan tidak dapat mencapai tujuan utama baucer 1 Malaysia disalurkan kepada penuntut-penuntut.

Selepas solat Asar pula, kami menghantar Kak Uda balik ke mertriknya, Banting. Kak Ngahnya memberi kata-kata semangat kepada Kak Uda yang akan menduduki peperiksaan akhir pada bulan April nanti.

Kemudian, jalan pulang, singgahkan Kak Yang pula di UPM. Hampir pukul 10.00 malam baru sampai ke rumah.



Tanggung jawab terhadap Anak

Imam Sajjad as telah berkata,

"Adapun yang menjadi hak anakmu ialah, engkau harus tahu bahwa ia adalah darimu, dan kebaikan dan keburukannya di dunia ini dikaitkan kepadamu. Engkau juga berkewajiban membantunya dalam masalah akhlak yang baik, mengenal Allah dan ketaatan kepada-Nya. Maka berkenaan dengannya hendaklah engkau seperti orang yang yakin akan mendapat pahala jika berbuat kebajikan kepadanya dan mendapat siksa jika berbuat jelek kepadanya."


WASSALAM

Makanan Tengahari Ahad


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dua tiga hari yang lepas agak sebuk sedikit, itu yang tidak bersiar. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung PHD. Maaf kerana tidak sempat membalas kunjungan.

Selepas solat Jumaat, terus ke Banting, ambil Kak Uda. Kemudian singgah UPM, ambil Kak Yang pula. Hari sabtu yang lepas adakan majlis sedikit, Insyaallah saya buat N3 nanti.

Alhamdulillah, kali ini kami dapat berkumpul kesemuanya, 8 beranak. Kesempatan ini ibu mereka memasak laksa yang menjadi makanan kegemaran keluarga kami, pada tengahari ahad semalam.








Sebelum makan makanan berat, kami makan rojak buah,
ikut Sunnah Nabi saw., makan buah-buahan terlebih dahulu


Ini rezeki saya semalam



Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup)

Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri. Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin. Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :

"Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya".


Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W :-

"Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah".


Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya daripada mata pencariannya yang halal supaya Allah memberkati rezekinya itu.


WASSALAM

Wednesday, February 22, 2012

Follwer ke 222 - eye_nee


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ini PHD menerima follower yang ke 222

waeyenee.blogspot.com

Terima kasih EYE NEE





klik gambar untuk ke blog beliau


Tentang diri eye_nee

"Menjalani Kehidupan Biasa-Biasa.. Punya Rasa Marah..Penyanyang.. Kelakar..Emo...Ini Semua Biasa.. Tulisan Ku..Cerita Ku..Semua Biasa.. Ini Kebiasaan Ku..Menulis Ttg semua.. Semua Yang Biasa Tiada Luarbiasa.. Kerana Aku manusia Biasa..."

Mula berblog pada tahun 2009



Sabda Nabi saw.

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”

(Riwayat Muslim)



Sabda Nabi saw.

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”

(Riwayat Abu Daud)




WASSALAM

Tuesday, February 21, 2012

Kak Ngah Bercuti Seminggu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi tadi saya membaca komen daripada ummu tentang N3 saya sebelum ini Kak Yang - Sem II, antara yang ditulisnya
'terkenang kpd bapa saya yg tetap hendak menghatar saya walau saya dah ke universiti tiap kali saya balik ke asrama'


Saya kaitkan kisah tengah hari semalam, dimana, saya, isteri dan Abang Cik (tak ke sekolah kerana demam) pergi ke LCCT untuk menjemput Kak Ngah, daripada Jakarta. Pulang bercuti seminggu, sebelum dia bertukar ke hospital lain untuk menuruskan practicalnya.

Pada mulanya saya suruh Kak Ngah naik bas daripada LCCT ke KL Central, dan ambil dia kat situ ajer. Tapi, sehari sebelum dia balik, kami buat keputusan untuk mengambil dia di LCCT. Perasaan kesian dan tanggungjawab kepada anak, Alhamdulillah, Allah ruangkan masa waktu bekerja kami untuk menjemput dia dari airport.


Sabda Nabi saw.

“Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak”

(HR Muslim)




Pernah satu ketika Umar ibn al-Khattab mengatakan kepada seorang ayah yang tidak menunaikan tanggungjawabnya “Kamu datang berjumpa aku mengadu anakmu yang derhaka sedangkan kamu terlebih dahulu derhaka kepadanya, kamu berlaku buruk kepadanya sebelum dia berlaku buruk kepadamu”



WASSALAM

Monday, February 20, 2012

Kak Yang - Sem II


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Syukur keputusan sem I, Kak Yang melepasi target 3.5 pointer. Petang semalam kami menghantar dia ke UPM untuk meneruskan perjuangannya ke sem II, dengan iringi doa agar dia memperolehi kejayaan dengan lebih cemerlang, disamping cemerlang untuk Akhirat.


Barang-barang yang dibawa ke asrama


Kak Yang (kiri sekali) semasa Tahun 6


Hadis Rasulullah swt.

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

1. Sentuhan
Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka.

2. Berbual
Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati.

3. Ungkapan
Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan.

4. Mendengar
Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk.

5. Menatap wajah
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap

Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya..

6. Berkongsi perasaan
Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka (berunsur perkara-perkara positif).

7. Suapkan makanan
Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja.

8. Beri pujian
Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alasan.


“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”

Penerangan penuh di sini

WASSALAM

Sunday, February 19, 2012

Tanah Runtuh di Lahad Datu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi ini matahari masih tidak memancarkan cahayanya
Hujan masih tidak berhenti-henti, sudah masuk hari kedua


Bagaimana cuaca di tempat kawan-kawan semua


Semalam kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Sabah



Gambar di atas menunjukkan lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Terusan, Jalan Silam, Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 2 beranak, iaitu seorang ibu, Faridah Jompah, 40 dan anak perempuannya Nisdawati Jamal, berusia 8 tahun.

Hujan lebat bermula sekitar 9 malam di Lahad Datu, kira kira 5 jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Lahad Datu selepas melawat POIC dan Kg Nala di Tungku untuk pelancaran projek Mini Estet Sejahtera.

Cerita lanjut di sini




Sabda Nabi saw.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka".

Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab;

"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"

(HR-Ibnu Majah)



Sabda Nabi saw.

“Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu."

Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’

Jawab Nabi, "Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat”.

(HR-Imam Muslim)

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.


WASSALAM

Friday, February 17, 2012

Duit Siling Baru


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang lain mukin dah jemu dengan duit siling baru
Tapi saya baru pertama kali menerimanya



ini menunjukan yang saya jarang membelibelah



Duit siling lama yang ada simpan sikit-sikit ni nak buat macamana yer..


Dari Al Barra bin Azib dan Zaid bin Arqam, keduanya berkata, ”Kami adalah dua orang pedagang pada masa Rasulullah saw. Pada suatu ketika kami bertanya keapda Rasulullah saw. perihal sorf (tukar barang /jual beli/pengurup wang).

Sabda baginda

”Jika dilakukan tangan dengan tangan (tunai / serah terima waktu yang sama), tidak mengapa (boleh), dan jika dilakukan dengan tidak tunai, tidak baik.”

(Hadis bukhari Jilid 2 , hadis 1013 )


WASSALAM

Thursday, February 16, 2012

Hayaki Kopitiam


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi semalam seperti biasa turun ke kafeteria, untuk sarapan pagi. Kebetulan pula kena Q panjang, kawan kata kali ini kita makan kat luar le, tukar selera.

Kami menuju ke Danau Kota, seorang kawan ini biasa dengan kawasan ni, kerana dekat dengan kelas studynya.


Hayaki Kopitiam
Festival City, Danau kota, Setapak, Kuala Lumpur

Kebanyakan menunya masakan Pantai Timur







Terdapat beberapa cawangan
cawangan utamanya di Kelantan





Kedainya selesa dan bersih


Kami order pakej nasi kukus + teo o ais = RM6.90




Harga yang berpatutan, sedap dan mengenyangkan


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud:

"Bukankah aku memberitahu kamu mengenai ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



WASSALAM

Wednesday, February 15, 2012

Songket Akad Nikah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Gambar gambar peristiwa penting seperti hari jadi, majlis akad nikah, majlis perkahwinan dan sebagainya pada setiap orang dijadikan kenangan.

Dimana masa yang teruang atau kita teringat akan peristiwa itu, maka kita akan melihat semula gambar gambar yang berkenaan. Macam cerita karton doraemon le.....seolah olah kita kembali kepada masa peristiwa itu kembali... he he


Saya ada sehelai kain songket yang saya pakai semasa majlis akad nikah dahulu. Nak pakai tak boleh, sebab dah nak reput. Maklumlah dah hampir 30 tahun hayatnya.

Jadi saya fremkan kain songket berkenaan dan sangkutkan kat diding rumah. Boleh la melihatnya setiap waktu



Dari Abdullâh bin Mas’ud ra, berkata:

Rasulullâh Saw bersabda:

"wahai anak muda, sesiapa di antara kamu yang mampu menikah, menikahlah, karena dengan menikah akan lebih memejamkan mata (dari melihat yang haram) dan menjaga diri (dari zina), apabila kamu tidak mampu menikah, maka berpuasalah, karena puasa adalah kendali bagi dirinya".

H.R. Bukhâri, Muslim, Turmudzi dan Abu Dawud.
(Ibn al-Athir, 1984: XII/122, no. hadits: 8919).


WASSALAM


Tuesday, February 14, 2012

Makan tengah hari tadi


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Rezeki yang Allah beri untuk tengah hari tadi
di kafeteria pejabat saya


Nasi + sayur petola + ikan kembung bakar + air suam = RM5.10

..................Alhamdulillah.................


Jom kita tengok apa makanan kegemaran Rasulullah SAW

1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin
Buah dari syurga dan ianya boleh mengubati penyakit buasir.

4. Anggur
Nabi suka buah anggur kerana ianya dapat membersihkan darah, menguatkan pinggang dan membersihkan perut.

5. Madu
Ia adalah makanan segala makanan minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum diwaktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (segala jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater
dan wajahnya.

7. Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandang mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan
Baik untuk mata dan untuk perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan,merawat radang perut.

10. Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka
Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoren Itali)

12. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan, jangan diteguk akan mudah mendapat sakit pada hati.




WASSALAM

Monday, February 13, 2012

Bukit Tinggi-5


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apartment Meranti Park, Berjaya Hill, Bukit Tinggi
tempat kami beradu

adik saya menjadi ahli Kelab Berjaya ni
jadi urusan sewa dia tanggung

pada hari itu kami sewa 4 pintu
terlupa nak tanya, satu pintu berapa harganya

makan petang...he he
bekalan yang dibawa daripada rumah

membakar otak-otak
setelah kenyang, kami menuju ke kolam renang pula

masa ini kami kongker kolam renang

kata emak 'aku tak sior mandi, dulu dah jenuh mandi kat sungae'

kecut-kecut tangan kaki anak-anak saudara ni

selepas balik daripada kolam renang
sebelum Magrib dah mula hidupkan api



masak ajer licin...habis satu tong
maklumlah siang tadi turun naik bukit
lepas tu berenang sakan pula
kenyang perut ....ZZZzzzzzzzzzz



Sabda Rasulullah saw.:

"Kalau seseorang daripada kamu berjalan keran hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di dalam masjidku".

Sabda Baginda lagi:

"Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada keluarga sesebuah rumah orang Muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan n syurga".


WASSALAM

Sunday, February 12, 2012

Bukit Tinggi-4


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kami memilih untuk ke Japanese Garden dulu kemudian tembus ke Botanical Garden.

Riuh rendah kawasan ni dengan suara anak-anak buah







Japanese Tea House ini menjual teh dan sedia menyewakan baju kimono (untuk perempuan) dan Samurai (untuk lelaki)
Rumah Tatami SPA- harganya untuk 1 jam-4 jam, RM400 hingga RM990




Botanical Garden











Kedai cenderahati

Daripada sini kami terus ke Apartment Meranti Park yang telah ditempah


Bukit Tur Saina’


adalah antara bukit-bukit yang diberi keistimewaan dalam disiplin Islam, selain dari bukit Nur di Makkah dan bukit Uhud di Madinah. Bukit ini berketinggian 2240 meter.


Antara kelebihan bukit Tur Saina’ ialah Allah SWT telah bersumpah di dalam al-Quran dengannya dalam firman-Nya: (وَالطُّورِ (1)) ”Demi bukit Tur” (al-Tur: 1).


Bukit Tur Saina’ adalah tempat Nabi Musa AS bermunajat dan bercakap-cakap dengan Allah SWT (al-A’raf: 143).


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...