بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pertama kali mengadakan majlis walimah, pertama kali menerima menantu, pertama kali menerima kunjungan besan, pertama kali beramah mesra dengan para jemputan.
Disini sudah tentu ada kekurangan dalam semua perspektif.
Dengan itu terlebih dahulu saya serta keluarga memohon maaf
Saya sedia menerima teguran dan pandangan untuk penambahbaikan.
Poster mengalu-ngalukan kedatangan
Ruang untuk mengabdikan kenangan
Mempelawa serta mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, kawan-kawan anak-anak dan kenalan semua serta pihak sebelah besan
wall of fame keluarga dan tetamu
Adik ipar yang tengah penat membantu tetap menceriakan majlis
Tepat pukul 12.30 tgh pengantin sampai
Menerima menantu cucu pertama
Sebahagian keluarga saya
Keluarga besan
Antara kawan-kawan anak-anak
Cuma sempat bergambar di luar dewan sahaja
Antara dua generasi
Alhamdulillah, Sykur kepada Allah
Majlis berjalan lancar
dan kelemahan adalah daripada saya sendiri
Ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
"Semoga berbahagia dan ramai anak."
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
"Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."
Mereka lalu bertanya,
"Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"
Aqil menjawab,
"Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita)".
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu Beliau bertanya,
"Apakah ini?"
Abdul Rahman r.a. menjawab,
"saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
" (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin,
Rasulullah s.a.w. akan berkata,
"(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
"Semoga berbahagia dan banyak anak."
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Wallahu’alam.
WASSALAM