Wednesday, January 22, 2014

Mini UTC Sentul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertama kali menggunakan perkhidmatan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bandar Sentul.

Berkonsep di bawah satu  bumbung

Setiap UTC menawarkan sepuluh kluster perkhidmatan seperti urusan jabatan dan agensi kerajaan, kesihatan, keselamatan, kewangan, utiliti dan pendidikan.

Di Mini UTC, Sentul ini, ditempatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia.

Terdapat juga gerai makan, pasar  basah, klinik, surau, perpustakaan, mesin ATM dan gelanggang futsal.

Alhamdulillah... 2 jam selesai urusan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 
(Surah al-Hajj, ayat 46)

Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.

WASSALAM

Monday, January 20, 2014

Cuti Hari Jumaat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selesanya cuti dihari Penghulu hari. Boleh hadir di Taman-taman Syurga sebelum Solat Jumaat.

Jemaah yang hadir dan jumlah kutipan melebihi daripada hari-hari Jumaat yang bekerja.


Rasulullah SAW bersabda: 

“Ketika datangnya Jumaat, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa kalam daripada emas dan kertas daripada perak, untuk  mencatat nama siapa yang masuk ke masjid. Selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah Taala menjawab: “Wahai malaikat-Ku, demi Kemuliaan-Ku dan demi Kebesaran-Ku, sesungguhnya sudah Aku ampuni segala dosa mereka.”

(Raunaqul-Majalis)



Diriwayatkan hadith daripada Samurah bin Jundab (r.a) katanya:

‘Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) membuat misalan pada solat Jumaat kemudian (yang datang awal) berpagi-pagi (mereka ke masjid untuk bersolat) sebagaimana menyembelih (qurban) seekor unta, kemudian adalah menyembelih (qurban) seekor lembu, kemudian adalah menyembelih (qurban) seekor kambing, sehinggalah disebutkan (seumpama menyembelih) qurban seekor ayam jantan.’ 

[Hadith Ibnu Majah]


Rasulullah SAW pernah bersabda: 

“Sesungguhnya manusia akan duduk di sisi Allah pada hari kiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri Jumaat.”  

(Riwayat Abdullah bin Masud)



Dinyatakan dalam sebuah hadis, bahawa para malaikat mencari orang yang terkemudian daripada waktunya pada hari Jumaat. Mereka bertanya sesama sendiri,
“Apakah yang dikerjakan oleh orang yang berkenaan. Apakah yang menyebabkan orang yang berkenaan terlambat datang?” 

Maka berdoalah para malaikat; 
“Ya, Allah, ya Tuhanku! Sekiranya orang itu terkemudian kerana miskin, maka kayakanlah dia, kalau kerana sakit, maka sembuhkanlah dia, kalau kerana sibuk, maka berikan kelapangan waktu untuk beribadat. Kalau kerana bermain-main, maka hadapkanlah hatinya untuk mentaati-Mu.”

WASSALAM

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Antara WhatsApp yang diterima





Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” 

[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]


WASSALAM

Monday, January 13, 2014

Lantai STP Merekah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah berkhidmat lebih kurang 12 tahun, lantai ruang solat di bahagian depan STP merekah dengan sendiri. Mozeknya menonjol ke atas.

STP mengambil langkah awal untuk membaikpulih kerosakan. Sebut harga dianggarkan RM4000.00. Tapi... Alhamdulillah ada seorang jemaah sanggup menanggung semua kos itu.





Alhamdulillah...selepas dibaikpulih


من بنى لله مسجدا صغِيرًا كَانَ أم كبيرًا بَنَى الله لَهُ بيتًا فِى الجَنّةِ

(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang membina masjid sama ada kecil atau besar nescaya Allah ‘Azza wa Jalla akan membangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

(Hadis riwayat At-Tirmidzi)


WASSALAM

Friday, January 10, 2014

Pembangunan Semula Masjid Jamek Kampong Baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas berkesempatan menunaikan Solat Zohor di Masjid Jamek Kg Baru yang sedang menjalankan pengubahsuaian yang besar.

FAKTA MASJID JAMEK KAMPUNG BARU, MALAYSIA

Tanah untuk masjid disumbangkan pedagang Melayu Bachik Abdullah pada 1880-an.
Asalnya dibina hasil kerjasama penduduk.
Dibina berbentuk seperti sebuah balai.
Terdapat tanah perkuburan.

Kemudian diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru (MAS) pada akhir 1920-an.
Menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pedagang yang berdagang ke Kuala Lumpur melalui Sungai Klang. 

Bagi membiayai pembinaan itu, setiap keluarga disaran menderma RM60 secara tunai atau beransur-ansur. Pada 1955, jumlah kutipan yang dibuat melalui kaedah itu berjaya mengumpulkan RM30,000. Akhirnya, jawatankuasa berkenaan berjaya mengumpulkan RM214,000 iaitu RM90,000 sumbangan Kerajaan Selangor manakala bakinya hasil derma dan tabungan masjid.

Masjid Jamek Kampung Baru disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records bagi acara memasak bubur lambuk terbesar.

Setiap kali menjelang Ramadan Masjid Jamek Kampung Baru akan menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada umat Islam.

Sebahagian besar penduduk Kampung Baru dan Kuala Lumpur dikatakan pernah menikmati bubur lambuk masjid.

Masjid itu juga terkenal kerana sering dikunjungi tokoh agama dari luar negara.

Sumber drp : sini












Masjid yang dibina itu tidaklah mengira sama ada besar atau kecil semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

من بنى لله مسجدا صغِيرًا كَانَ أم كبيرًا بَنَى الله لَهُ بيتًا فِى الجَنّةِ

(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang membina masjid sama ada kecil atau besar nescaya Allah ‘Azza wa Jalla akan membangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Telah disebutkan oleh Al-‘Allamah Nuruddin Ali Al-Ajhuri di dalam kitab beliau Fadhl Insya’ Al-Masajid wa Imaratiha hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: 

“Bahawa masjid-masjid dunia itu akan dibawa ke dalam syurga, pengelola-pengelola dan penjaga-penjaga masjid-masjid, bilal-bilalnya dan imam-imamnya berarak menarik masjid-masjid itu dan ahli jemaah masjid-masjid itu mengiringkan perarakan itu. Orang masa itu bertanya: “Siapa itu? Malaikat-malaikat atau nabi-nabikah?: Kemudian diberi tahu bahawa itu bukanlah malaikat-malaikat dan bukan juga nabi-nabi, hanya pengusaha-pengusaha masjid-masjid dan orang-orang yang sembahyang di dalam masjid itu”.

WASSALAM

Thursday, January 9, 2014

Drama Tarbiah Cinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas Pop Art Media mengadakan pengambaran drama bersiri untuk TV2 yang bertajuk Tarbiah Cinta. Kisah cinta ahli Tabligh membuat usrah antara masjid-masjid daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu. Pengambaran di STP cuma satu hari sahaja.

STP membenarkan membuat pengambaran di sini dengan syarat beradapan mengikut cara Agama Islam seperti pakaian menutup aurat, menghormati waktu solat, dilarang merokok dan lain-lain lagi.








Hadith Rasulullah SAW tentang Dakwah :

Allah akan memberikan cahaya yang berkilauan pada seseorang yang telah mendengar ajaranku, lalu disampaikannya kepada yang lain sebagaimana yang didengarnya. Adakalanya orang yang disampaikan kepadanya lebih mengerti daripada pendengar itu sendiri.

(H.R Ahmad)

WASSALAM

Wednesday, January 8, 2014

Tempoyak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dusun ini peninggalan Arwah bapa yang dibelinya pada akhir 70an dengan harga RM300.00 ajer. Jadi pokok duriannya dah tua. Tambahan pula sudah penghujung musim, jadi buahnya ada yang kurang enak. Ini operasi membuat tempoyak pula....



Dapat la sedikit kirim tempoyak ke Besan di Kelantan, kebetulan pula anak nak balik ke kampung Mertuanya pada hari ini.


Amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Solatkan untuk mereka.
2. Mohon keampunan untuk mereka.
3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5. Muliakanlah teman-teman mereka.
6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.


WASSALAM

Tuesday, January 7, 2014

Rambutan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Rehat sebentar selepas balik daripada kebun durian, betul-betulkan pinggang dan lutut, maklumlah sesekali ke kebun.... ha ha. Mana yang terkena gigitan pacat tu menyapu minyak angin agar dapat hentikan darah yang mengalir.

Sekarang operasi memetik buah rambutan gading di depan dan belakang rumah pula.








Pokoknya tak tinggi mana....itu yang berani panjat....

Pacat yang mencari mangssa

 Firman Allah SWT:

            Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.

(Qaaf: 7)

WASSALAM

Monday, January 6, 2014

Kebun Durian-Kg Biak

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari sabtu lepas baru berkesempatan membawa menantu balik ke kampung saya. Kebetulan pula musim sekarang musim durian, tapi dah nak penghujung musim.
Bawa juga menantu pergi ke kebun durian yang jauhnya 7 kilometer daripada kampung dan terletak agak jauh juga daripada jalan besar.








Pasar di Kampung Gajah

Doa Kesyukuran

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya : 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

(Al-Ahqaf : 15)


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...