Monday, November 29, 2010

PTK 2010

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Petang semalam mendaftar di Vistana Hotel , Kuala Lumpur
untuk menghadiri Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Pekena kari kambing

kena pulak bilik macam ni, lena terus, tak sempat nak study

selepas taklimat, membentuk kumpulan

Ambil berkat daripada nama yang Kak Nab beri

Wassalam

Saturday, November 27, 2010

Kami Belanja Kak Yati di Restoran Hj Sharin Low-2

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sementara menunggu makanan samapai
kami bercerita sedikit pasal pejabat,
Kak Yati kata dia nak jaga cucu dalam pencen nanti

teringat kan pak wer, kalau sedap nak ajak dia ke sini ler
mula mula sampai sop selamat datang - free
dalamnya ada syur sayuran, udang dan tulang ayam
tom yum

sayur sayuran campur teratai, dah lupa namanya
itik BBQ

siakap stim Hong Kong

masa untuk nyam nyam

dah kekenyangan tak tahu nak beri berapa bintang
tenguk gambar dan kekawan sendiri beri berapa bintangnya


Wassalam

Friday, November 26, 2010

Kami Belanja Kak Yati di Restoran Hj Sharin Low


Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Kami ingin meraikan Kak Yati yang akan bersara pilihan
mulai bulan Januari 2011,
dengan masakan Cina Muslim, di Restoran Hj Sharin Low

tempatnya agak tersorok juga, tapi selesa, hindar dari kesebukan

Saya rujuk daripada blog Food Craver untuk mendapat maklumat awal
itu pun terlajak juga, kerana papan tanda di Jalan Wangsa 1, telah hilang

yang bertanda star, adalah permintaan ramai

Kami minum asam boi kedondong kasturi

sup tom yum

siakap stim Hong Kong

itik BBQ


susana dalam kedai


rehat sementara menunggu hidangan yang di oder
Insyaallah kita bercerita di entry berikutnya

Wassalam

Thursday, November 25, 2010

Selamat Ulang Tahun Cikgu Mas

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Jangan puas hanya dengan satu piagam
Jangan puas dengan yang telah kau lakukan
Jangan biarkan sang malam membeku kedinginan
Selamat Ulang Tahun saya ucapkan
Semoga dirimu semakin dekat dengan Allah
Semakin banyak potensi diri yang anda kembangkan

Selamat ulang tahun saya ucapkan
Biarpun tak semahal berlian
Meskipun tidak sewangi bunga mawar
Dan tak seindah rangkaian puisi
Hanya kalimat sederhana yang merangkum semuanya
Dengan doa di setiap kata yang terucap

moga Allah memelihara CM sekeluarga
di dunia dan di Akhirat

Wassalam

Tuesday, November 23, 2010

Hujan

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Al-Baqarah, ayat164 "air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya"

Tengah hari semalam hujan turun dengan lebat setelah beberapa hari tidak hujan. Membuatkan persekitaran menyadi segar dan nyaman. Ini mungkin memberi rahmat kepada anak anak yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.

Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.

Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas.




Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang.

Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir.

Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm).

Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.

Maklumat diperolehi drp:http://ms.wikipedia.org/wiki/Hujan

Gambar ikhsan drp: Sheikh Google

Furqan ayat 48-49 "dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai"

Wassalam


Saturday, November 20, 2010

Muhammad Adha Lee-Saudara Baru

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Malam Raya Adha bersamaan 16 November, 2010
seorang saudara baru melafaskan syahadah..Alhamdulillah

beliau diberi nama Muhammad Adha Lee

ibarat seorang bayi yang baru lahir...suci dan bersih

Moga Allah mempermudahkan serta terangkan hatinya
untuk memperlajari ilmu2 Islam

Wassalam

Thursday, November 18, 2010

Membantu Upacara Ibadat Qurban di Surau TP

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Seperti biasa setiap tahun di Surau TP, mengadakan ibadat qurban

tahun ini ramai pertugas pertugas dan pemerhati

mukin cuti satu hari sahaja, ramai yang tak balik ke kampung


keistimewaan di Surau TP, kami dibantu oleh Anggota Bomba

membantu kebersihan dikawasan persembelihan




mesin pemotong ni banyak meringan kerja pemotongan tulang

Moga amalan qurban kita semua diterima oleh Allah serta
petugas petugas dibalas oleh Allah atas tenaga mereka yang telah sumbangkan

Wassalam

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431

Bismillahirahmanirohim

Assalamulaikum

Saya mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
kepada semua kawan, sama ada secara langsung atau tidak
yang telah menyemarakkan Pahala Hindari Dosa



Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban

1. Membaca Basmallah atau takbir

2 . Selawat kepada nabi

3. Menyembelih pada waktu siang.

4. Memilih binatang yang gemuk dan sihat.

5. Disembelih oleh orang yang berqurban.

6. Binatang hendaklah dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat.

7. Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban

8. Menggunakan alat sembeliha yang tajam


Fadhilat dan Hikmah

1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2. Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4. Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5. Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."



gambar2 ikhsan drp Sheikh Google
Wassalam

Sunday, November 14, 2010

Alhamdulillah, Adibah Selamat di Jakarta

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Saya dan isteri mersa terharu atas keperihatinan saudara mara,
rakan sepejabat dan jiran jiran serta kekawan alam maya
terhadap keselamatan anak kami Adibah
yang sedang menuntut di Jakarta, mengenai perkembangan
letusan Gunung Merapi di Yogyakarta.

Pertanyaan bertambah apabila berita pelajar Malaysia,
untamanya di Universitas Gadjah Mada di bawa pulang ke Tanah Air.
Alhamdulillah, anak kami dalam keadaan selamat.


Kami menerangkan yang anak kami belajar di Jakarta, Gunung Merapi tu berada di Jogyakarta, jarak antaranya bolehlah dianggarkan antara Johor dengan Kedah


gambar gambar daripada sheikh google

gambar ikhsan drp:Idris Talu

gambar ikhsan drp:Idris Talu

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas ambil berat
daripada semua dan
ini adalah antara doa doa
daripada anda atas keselamatan anak kami
yang dimakbulkanNya

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara
maka bala pasti akan turun kepada mereka, (iaitu) :

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain” (Riwayat at-Tarmizi)


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...